Bulan puasa diturunkan Al-Quran, Rasulullah
SAW sendiri bertadarus dengan malaikat Jibril setiap kali bulan Ramadhan. Pada
tahun kewafatan Rasulullah SAW, Baginda telah menyemak bacaan dengan malaikat
Jibril sebanyak 2 kali khatam sepanjang tempoh bulan Ramadhan.
Mengambil sunnah tersebut, kita sangat
dituntut membaca dan bertadarus al-Quran. Kebiasaan di tempat kita bila tiba
Ramadhan program tadarus dirangka baik di masjid, surau, pejabat, sekolah dll.
Menjadi suatu yang sangat menyedihkan jika masih kedapatan sesebuah kampung,
organisasi, masjid dan surau yang tidak langsung menganjurkan program tadarus
al-Quran.
Cuma ada pelbagai ragam yang berkait dengan
program tadarus al-Quran. Antaranya :
Ada yang buat Tadarus perdana, penganjur
menghimpun seramai-ramai orang, kemudian pada hari program tersebut
masing-masing pakat baca pada tempat yang ditetapkan. Sejam dua selepas itu terus buat majlis khatam.
Ada yang buat selepas solat terawih, mula
pukul 11 malam, pukul 12 atau 1 pagi baru habis. Orang yang berkerjaya beri
alasan lewat sangat esok nak pergi kerja kalut.
Ada yang buat waktu pagi, orang yang
bekerja pula akan dakwa..kami tak boleh nak join sebab bekerja.
Pendapat saya, sangat cantik jika dibuat
tadarus berserta pembimbing. Tak perlu nak baca laju sangat macam tekan minyak
160km, baca berserta bimbingan
memastikan kita dapat membaca
al-Quran mengikut kaedah yang betul.
Pengalaman saya bertadarus dengan pakcik-makcik.. selalu berlaku : curi nafas dalam bacaan, dengung tak cukup
harakat, terlepas pandang pada hukum mim mati. Lebih parah pada kaedah-kaedah
bacaan khas untuk riwayat Imam Hafs
seperti : Imalah, Ishmam, Naqal, Ibdal habis redah sahaja baca sebab tak tau
pun kaedah yang sebenar untuk membacanya.
Walaupun program tadarus di merata-rata
tempat dijayakan di negara kita. Namun suasananya masih tak sama di negara-negara
Arab. Di sana memang seronok kita dapat menyaksikan hampir di mana-mana, baik tua,
muda sentiasa berdampingan dengan mushaf Al-Quran. Mereka membacanya di mana-mana
sahaja. Di kedai, dalam bas, semasa menunggu bas, sambil berjalan, dalam
train.. Suasana yang belum berlaku lagi di negara kita…Alangkah indahnya jika negara
kita pun seperti itu. Ayuh kita mulakan ke atas diri kita.. dengan sentiasa
berdampingan dengan mushaf.. dan berusaha melazimi membacanya.
Tahun ini juga, kami tetap meneruskan kelas
mengaji al-Quran sesi petang, walaupun tahun-tahun sudah ada yang memberi
alasan tidak sempat kerana nak membuat persediaan juadah berbuka puasa..
Alhamdulillah kelas dapat berjalan dengan baik..Semoga mereka dan kita semua
Istiqamah bersama Al-Quran.
Sekian, Wassalamu
No comments:
Post a Comment