Salam
6 Syawal,
Hari ini sekolah kembali dibuka setelah
pelajar sekolah puas cuti beraya. Semalam dan kelmarin jalan raya banyak yang
sangat sesak disebabkan kepadatan kenderaan. Malang tidak berbau kemalangan
jalan raya tetap berlaku di musim perayaan ini. Tak pasal-pasal siap viral di FB lagi cerita gajah pulak yang
mengamuk di jalan Grik-Jeli, Ish..ish gajah pula yang dapat nama..
Bagi yang bekerja makan gaji dengan majikan
selain dari guru sebenarnya hari isnin kelmarin dah mula bekerja, tetapi biasalah..mood
raya katakan, ramai yang masih mengambil cuti rehat, ada yang seorang dua
sahaja datang ke pejabat, itu pun duduk melepak sebab operasi kepejabatan masih
tidak dapat beroperasi sepenuhnya.
Bila raya biasanya media membuat sorotan
kepada mereka yang tidak bercuti terutamanya pada pekerja yang beruniform
seperti polis, bomba, tentera, jururawat.
Di samping itu, ramai lagi
kelompok-kelompok yang terpaksa bekerja pada hari lebaran cuma kurang diberi
publisiti. Antaranya Staf pam minyak, staf makanan segera seperti KFC, Staf
pasaraya besar (kalau staf non muslim ramai biasanya raya pertama pekerja muslim diberikan cuti),
pengawal keselamatan, DJ Radio dll.
Jika staf ramai, masih boleh buat
penggiliran shif yang stabil, atau pun ada yang jika bekerja pada hari raya
elaun dibayar sampai double &
triple.
Cuma media dan kerajaan jarang fokus kepada satu kelompok yang dikira
bertugas juga pada hari raya, iaitu pegawai masjid. Sistem kerja di
masjid sangat berbeza dengan penjawat awam yang lain. Penggiliran pegawai
masjid tidak seragam di semua tempat bergantung pada situasi setempat dan
semasa. Jika masjid tersebut ramai stafnya lain kiraannya. Biasanya pemuafakatan dan toleransi sesama rakan
sekerja sangat diperlukan.
Namun ada juga yang bersikap selfish.
Setiap tahun asyik dia sahaja yang bercuti, bila ditegur boleh bergaduh. Nak
pula jika di Masjid Daerah dan Negeri (masjid yang menggunakan penjawat awam
sebagai pegawai masjid, kebanyakan pegawai masjid bukan orang tempatan) ada
pegawai masjidnya yang memang bukan kaki masjid, tetapi terpaksa bertugas di
masjid sebab ‘diposting’ sama ada pihak JAKIM atau JAIN ditambah dengan suka
mengambil kesempatan di atas tawadduk
staf yang lain.
Biasalah jika penjawat awam, bos di
peringkat pertengahan dan bawahan terpaksa menerima staf di bawah seliaannya
tanpa dia berhak untuk memilih sendiri stafnya. Dapat yang ok seronoklah, dapat
yang problem terpaksa terima juga..saya berpendapat itu antara punca kenapa kualiti dan nilai
hasil kerja sektor swasta dan korporat
lebih baik berbanding di sektor kerajaan.
Akhirnya, bagi mereka yang berpeluang bercuti, selamat kembali bekerja. Bagi yang tidak berpeluang bercuti insyaa Allah di masa yang mendatang adalah rezeki dan hikmahnya. Apapun kita semua kena ingat, kita dibayar untuk kerja yang kita lakukan, maka bekerjalah bersungguh-sungguh. Elakkan dari terjebak dengan gejala yang diistilahkan makan gaji buta kerana bukan di sisi majikan sahaja kita bersalah, tetapi yang lebih besar di sisi Allah SWT kita juga dikira bersalah kerana tidak amanah dalam menjalaskan tugas yang diberikan.
Bas sewa khas untuk membawa pelajar tingkatan 6 Kulliah Sultan Abu Bakar Pekan di hadapan Masjid Sultan Mahmud Lipis. Macam rombongan nak pergi hantar orang pergi Haji ke Mekah dah gayanya. |
No comments:
Post a Comment