Saturday, August 04, 2012

Bila Berbuka puasa.

Bila Berbuka puasa.
Sekarang ini istilah iftar sudah meluas digunakan di tempat kita. Iftar merujuk kepada berbuka puasa. Semua orang menunggu-nunggu saat yang penuh dengan kenikmatan itu. Tidak kira orang kaya, miskin, tua, muda, lebih-lebih lagi kanak-kanak akan terbayang rasa kesyukuran dan kenikmatan di saat berbuka puasa.

Untuk iftar ini, kita berpeluang  membuat amal kebajikan yang ganjarannya sangat lumayan. Suatu galakan dari Allah supaya kita memberi makan kepada orang yang lain. Sunat untuk kita memberi makan kepada orang yang berpuasa. Sabda Rasulullah yang bermaksud :
“siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka dia mendapat ganjaran seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun.” (riwayat Ahmad, al-Tirmizi & al-Baihaqi)

Antara beberapa isu yang berkait dengan berbuka puasa ini :

-Mereka yang mengambil untung maksima (bisnes) untuk juadah iftar. Contohnya di hotel-hotel. Ada yang menawarkan dalam iklannya untuk iftar hanya RM 75. Nak melantak apanya sampai RM 75 sekali berbuka puasa. Di Masjid kami juadah berbuka puasa disediakan setiap hari. Kami hanya bayar kepada catering RM 6 untuk satu kepala. Setiap hari lebih dari 200 orang mendapat nikmat berbuka puasa percuma di masjid.

- Orang yang berniaga di bazar, ada yang tidak menjaga kualiti makanan, fikir wang semata. Itu yang makanan tak habis hari ini, esok perangat boleh jual semula. Ada pengalaman sahabat yang beli lauk yang telah hampir expired.

-Peniaga di bazar ramadhan menjual makanan untuk bagi orang berpuasa makan, tetapi awas, dalam kita membeli makanan, ada di antaranya tergolong di kalangan mereka yang fasiq. Jangan beli makanan dari air tangan orang yang fasiq. Kita sanggup berlapar sepanjang hari siang demi mengikut arahan Allah, tetapi ruginya kalau makanan yang masuk ke dalam mulut kita ketika berbuka bukan dari air tangan mereka yang soleh. Siapa  fasiq?.. Jangan beli makan dari mereka yang tidak menutup aurat, biasanya golongan perempuan yang ramai berniaga. Yang tidak bertudung, pakai baju bodyshot, pakai seluar pendek serta  yang kita perasan mereka yang tidak menunaikan kewajipan solat.

-Peniaga bazar, ramai yang tidak menunaikan kewajipan solat, apa taknya..mula berniaga sebelum asar. Dekat nak asar pembeli dah mula berkerumun..sampai lah ke waktu maghrib. Peniaga ini biasanya akan berbuka di gerai mereka sahaja. Kalau tak percaya..cuba kita aim mana-mana peniaga..tengok..dia bersolat atau tak?..Kalau confirm tak..jangan beli dengan dia. Rosak diri kita makan dari orang yang tak sembahnyang. Budak-budak hafiz boleh lupa masa jadi imam terawih nanti.

-Lebih dahsyat Catering yang menyediakan makanan di masjid-masjid, ada yang tidak menutup aurat, tidak bersembahyang. Pihak pengurusan masjid kena bertegas juga. Tahun depan kalau boleh haramkan terus catering itu dari dapat tender di masjid.

-Banyak masjid yang jadi sunyi sepi ketika waktu solat maghrib, sebabnya jemaah semua pakat-pakat solat maghrib di rumah masing-masing. Ada kesan juga tu dalam buku catatan amalan kita.

Penutupnya..Ramadhan al-mubarak jangan kita jadikan Ramadhan al-murtabak (kata Ustaz Norhamizi, pegawai JAIP). Berbuka puasa seadanya.. teringat semasa belajar dahulu, istilah ‘maidah rahman’ yang banyak digantung di banner masjid-masjid di Mesir. Maknanya depa ada menyediakan juadah berbuka puasa. Rasa keseronokannya bila berbuka di masjid. Kalau nak tahu…bagi yang belum pernah..cer try sekali….



Kenangan ketika berbuka di Masjid Amru al-As di Mesir

No comments: