Malam raya,
selain dari kedai mamak payah nak cari kedai makan yang masih beroperasi, banyaknya dari hari kelmarin lagi telah tutup, bahang raya punya pasal. Maka kedai makan yang masih ON, confirm ramai pelanggan mengeteh. Keadaan yang sama ketika di hari pertama Ramadhan, beberapa kerat kedai makan yang dibuka memang laku.. Semasa di awal ramadhan dahulu, saya membawa imam terawih jemputan mencari tempat minum, kami mencari sehingga 12KM jauhnya baru ketemu kedai minum yang dibuka.
selain dari kedai mamak payah nak cari kedai makan yang masih beroperasi, banyaknya dari hari kelmarin lagi telah tutup, bahang raya punya pasal. Maka kedai makan yang masih ON, confirm ramai pelanggan mengeteh. Keadaan yang sama ketika di hari pertama Ramadhan, beberapa kerat kedai makan yang dibuka memang laku.. Semasa di awal ramadhan dahulu, saya membawa imam terawih jemputan mencari tempat minum, kami mencari sehingga 12KM jauhnya baru ketemu kedai minum yang dibuka.
Pagi Raya,
Selesai solat subuh, seperti kelaziman biasa setiap tahun, pegawai masjid akan dijemput bersarapan pagi ke rumah Hj Mustafa, Tokey Cendol Center Point (CCP).
Solat raya dijadualkan pada jam 8.30 pagi. Kami mula bertakbir pada jam 8.00 pagi. Para jemaah sudah mula memenuhi ruang solat masjid. Cuma tiada yang berani menghampiri ruang hadapan terutamanya berdekatan dengan tempat imam. Kami telah sediakan 3 mikrofon untuk melancarkan bacaan takbir secara jamaie. Takda yang berani jadi solo nampaknya.
Jam telah 8.30 pagi, tetapi ada pula 2 orang pakcik ni yang lengkap bersongkok senget dan bersamping datang lewat tapi muncul di tempat belakang imam, bersolat sunat pula , tunggu depa habis baru mula…
Selesai solat dan khutbah, orang ramai bersalaman sebelum pulang. Sudah menjadi kelaziman bagi orang-orang dari Indonesia mereka akan serbu Imam dahulu, yang tua dan muda penuh berkerumun bersalaman dengan imam, siap cium tangan lagi.
Setelah beberapa jam selesai solat raya, masjid telah kosong sepenuhnya. Saya yang masih merayau-rayau didatangi oleh seorang lelaki, mula bercerita dengan dialek Kelate. Kawe ni nak kelik ke Kota Bharu, nak beraya dengan anak bini, baru je keluar lokap, nak balik xde pitih ni…Kami memang sudah amat biasa menghadapi situasi dan dialog seperti ini….mungkin ada kebenarannya..mungkin tidak..Wallahua’lam.
Selalu sangat mereka yang meminta duit datang ke masjid, kadang-kadang setiap minggu ada. Terbaru kumpulan dari Kashmir, Afghanistan & Palestin. Mohon sumbangan untuk madrasah, rumah anak yatim, beli kitab, fakir dan fisabilllah. Kadang-kadang ada yang sampai memaksa orang menderma kepada mereka. Kalau orang tak bagi atau mereka dapat sikit, mula tensen dan mereka bising pula ke pegawai masjid. Status mereka pun diragui..kami pesan kepada orang ramai, lebih yakin kalau salurkan sumbangan pada NGO Badan amal ‘kita’ (NGO dari Malaysia) yang ada membuat misi bantuan kemanusian ke sana. Qadhi kami bercerita, ada yang meminta derma di CH (Cameron highland), tapi menginap di hotel mewah di CH. Maka buat teman-teman sekalian..berhati-hatilah…
Salam syawal…buat semua yang mengenali saya..Taqabballauminna wa minkum...Kullu 'am wa antum bikhair. Maaf zahir & batin.
Ps : Takziah kepada Bilal Johne, yang kematian adiknya sehari sebelum 1 syawal. Mudahan rohnya bersama golongan salafussaleh.. ameen.
gambar sebelum solat raya 1433H
No comments:
Post a Comment