Wednesday, August 01, 2012

Pasal Terawih..


Bila Ramadhan, malamnya orang akan menunaikan solat sunat Terawih. Setiap kali ramadhan timbul isu, nak solat 20 rakaat atau 8 rakaat. Sebenarnya bagus dah dapat solat terawih. Sebabnya berlambak lagi manusia yang tak berterawih pun. Ramainya yang bertawaf di Mall-mall berwindows shoping untuk hari raya.
Jangan sampai bergaduh dan tidak bertegur sapa disebabkan khilaf rakaat solat terawih ini. Kalau ada masjid yang buat 8 rakaat sahaja, jika kita nak buat 20 rakaat cari masjid lain yang buat 20 rakaat. Atau solat 8 dahulu lepas tu sambung lagi dekat rumah. Kalau ada yang bising juga..senang sahaja…tawarkan dia jadi imam solat terawih untuk 20 rakaat tersebut.
Bagi masjid yang buat 20 rakaat..bagus juga. Boleh bagi alternative untuk makmum. Terpulang pada jemaah nak masuk kumpulan mana 8 @ 20 rakaat. Pihak masjid jangan marah pula kalau selepas 8 rakaat saf jadi berkurangan.
Berkaitan dengan terawih juga, suka saya sebut pasal imam terawih. Biasanya bila dekat dengan bulan Ramadhan pihak masjid mencari imam-imam hafiz yang akan membawa solat terawih ini nanti. Ada masjid yang memang telah sain kontrak dengan maahad-maahad atau dengan imam hafiz yang khas.
Ada juga imam-imam hafiz yang menawarkan diri untuk menjadi imam.
Masalah bagi pihak masjid ialah, kita tidak tahu bakal imam terawih jemputan kita. Memang ada yang buat temuduga, tapi 1 dalam sejuta rasanya. Dapat yang OK Alhamdulillah, dapat yang KO bersabar aje lah. Ada imam yang tidak lancar, ada imam yang baca berterabur, langgar hukum hakam bacaan..
Kita tidak boleh juga salahkan imam yang baca langgar hukum hakam ini. Kena salahkan guru-guru mereka. Mereka ini baca dan belajar dengan guru mereka. Guru mereka ini lah yang lepaskan sahaja anak muridnya baca dan hafaz tanpa bertajwid. Bila dah jadi tabiat payah nak ubah.. Jadi pesanan buat guru-guru hafiz, syadid sikit tasmi’ pelajar..jangan longgar sangat.

Kesimpulannya. Jom lah kita berterawih..jangan banyak alasan..last-last tak buat langsung.

No comments: