Tangan gatal merujuk kepada orang yang tidak boleh duduk
diam. Ada sahaja benda yang nak diusiknya dan sudah tentu tanganlah agen
terutama untuk menyentuh sesuatu. Suka saya bercerita mengenai isu ini
berkisar dalam pagar masjid khasnya
masjid kami, masjid tuan puan dan mana-mana masjid pun, isunya hampir serupa
sahaja.
Masjid merupakan tempat umum yang dikunjungi oleh pelbagai
orang, orang besar, orang tempatan, orang luar, pelancong tempatan, pelancong
luar negeri , peminta sedekah, penjual
pendek kata semua jenis golongan manusia berkunjung ke masjid. Berbeza
dengan mana-mana pejabat yang lain
termasuk pejabat agama sekalipun, pengunjungnya terbatas kepada orang-orang
yang tertentu dan berkenaan sahaja.
Di masjid terdapat orang yang menguruskannya yang mungkin
boleh kita sebut bahagian pentadbirannya mungkin terdiri daripada pegawai
masjid dan AJK masjid. Begitu juga dimana-mana pejabat dan agensi lain terdapat
mereka yang menguruskannya. Namun bezanya.. pentadbiran masjid tidak
dipedulikan sangat oleh pengunjungnya dan kadangkala tidak dikenali pun oleh
mereka yang mengunjunginya. Makanya seolah-olah pentadbiran masjid tiada kuasa
sangat pun dalam menguruskan orang ramai yang berkunjung di masjid. Lebih-lebih
lagi mereka yang mempunyai tangan gatal.
Pengunjung bertangan gatal, ada sahaja yang disentuhnya dan
walaupun mereka mengusik sesuatu benda itu hanya seketika tetapi kesannya
terserlah, menyusahkan orang ramai lebih-lebih lagi pentadbirannya.
Antara contoh-contoh sikap orang yang gatal tangan di masjid.
(contoh berdasarkan di masjid kami)
-Melukis dan menulis sesuka hati di tandas masjid, seperti
no hp awek bla..bla. Mereka ini memang siap bawa marker dalam poket mereka.
-Membuang kucing ke masjid. Mungkin jika mereka ini berkuasa, mereka ingin menjadikan masjid sebagai zoo atau
pusat perkembangan haiwan terutamanya kucing.
-Menampal, menggantung iklan mereka sesuka hati tanpa
meminta kebenaran. Rasa saya kalau saya sesuka hati menampal/ menggantung
banner dip agar rumah atau pejabat mereka..amacam?
-Membawa balik tabung kutipan derma ke rumah mereka. Mungkin
mereka ingin menabung..cari tabung duit kat kedai semuanya saiz kecik, yang kat
masjid sahaja bersaiz besar gedabak.
-Meninggalkan pampers anak-anak mereka sekali dengan perasa
dan pewarna di pampers berkenaan di meja, kerusi tempat rehat masjid, di lantai
tandas dan dimana-mana yang mereka nak letak. Tak boleh nak salahkan mereka
juga. Mungkin mak ayah mereka dulu yang didik mereka supaya berperlakuan
begitu. Pesan ayah mak mereka, ada anak nanti buang sahaja pampers di
mana-mana.
-Najis mereka tidak dijirus, mungkin rumah mereka pun begitu
juga, harap baju sahaja bergaya…perangai habat..tapi ada juga yang nak kawin
dengan mereka..sama-sama habat…
-Parking khas untuk pegawai…ramai juga yang berminat nak
jadi pegawai masjid kut. Kadang-kadang saya terpaksa parking kenderaan di luar
pagar masjid, di tepi jalan raya..Kalau saya parking di pintu pagar macamana?
-Mereka pandai guna telekong, kain pelekat, sejadah yang
disediakan..tapi tak reti nak lipat, gantung balik…Kalau tanya..mereka kata
cikgu kat sekolah tak pernah ajar.
-Mereka sanggup alih kerusi-kerusi batu yang berat untuk kegunaan mereka, lepas itu tak letak
balik..
-di meja ruangan niaga koperasi masjid kami, mereka baca/
belek buku-buku sampai jadi lusuh buku tersebut. Dulu-dulu masa sekolah tak
pandai sangat jaga buku..al maklumlah buku teks pinjaman..buku free, bukan
kepunyaan mereka pun..jadi tak payah nak jaga beria-ria..kesannya bila dewasa
agak ganas dan tidak berhalus bila berdepan dengan buku.
Pintu tandas/ plus tandas/ pili air..boleh tercabut/
terkopak dek kuatnya daya tangan mereka…tak tahulah kut-kut banyak sangat makan
minum produk kesihatan yang
berlambak-lambak menyebabkan mereka menjadi sangat kuat macam badang.
Pili yang besi pun boleh tewas dengan mereka.
Ada banyak lagi..tangan-tangan gatal di masjid….kalian boleh
tambah sendiri di list masing-masing…
Sekian…
Ps: moralnya..Jagalah bersama rumah Allah ini. Memang bukan
rumah kita..tetapi rumah Allah..kita jaga rumahNya…Dia akan balas balik dengan
jaga kita pula.
No comments:
Post a Comment