Kami berkesempatan singgah di bandar Mersing. Antara dapatan yang berkaitan dengan Mersing ialah :
Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato'
Bentara Luar iaitu MOHD SALLEH BIN PERANG. Tapi menurut temubual dengan Encik
Hussin bin Mohamad, Dato' Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur
Daerah Mersing.
Cerita lisan
mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir
Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang
kerana membawa gundik Sultan Pahang.
Cerita Lisan
Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari
bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA'. Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan
persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan
kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan
wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.
Mengikut
Abdul Malek Munip, imigran-imigran cina yang berada di seluruh negeri johor
termasuk Mersing digalakkan berhijrah daripada Maharaja Abu Bakar di bawah
sistem Kang Chu, sistem itu dijalankan di Sungai Besar Johor dimana orang cina
menanam gambir dan lada hitam.
Sebagai
menyahut saranan Baginda imigran membuka penempatan di Kangka dengan nama
Kangka Apeng dan sekarang dikenali sebagai Estet Kuala Mayang ditanami getah
dan kelapa sawit.
Nadi
pembangunan Mersing ialah kegiatan pertanian seperti rancangan FELDA, FELCRA
dan RISDA. Pembukaan tanah itu mengubahkan sedikit-sedikit wajah Bandar
mersing.
Daerah
Mersing yang ada pada masa itu mempunyai petempatan yang berselerak seperti
Lubok (kini dikenali sebagai Pengkalan Batu, Tenglu, Sri Pantai dan
tempat-tempat lain). Kesemua tempat ini mempunyai cara yang tersendiri mendapat
namanya.
Pada zaman
pendaratan Jepun di Mersing, mereka telah membakar kawasan Bandar Mersing dan
memusnahkan jalanraya dan jambatan konkrit yang dibawa oleh Inggeris. Pusat
Pentadbiran Jepun masa itu, kini telah didirikan Bangunan Majlis Daerah
Mersing.
Penduduk
asal Mersing pula, pada zaman dahulu kala berasal dari negeri Terengganu. Ini
dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kampung yang mengusahakan keropok lekor
ikan. Ada juga antara penduduk tempatan yang fasih bertutur dalam telor
Terengganu.
Masjid Jamek yang kelihatan dari Tugu
Ramai yang mengambil peluang bergambar di tugu mahkota ini
Terdapat kuda dan kereta kuda yang boleh disewa di pantai ini.
Boleh menaiki kereta kuda berkeliling di pantai.
Sumber rezeki terbuka luas di mana-mana, yang penting berusaha dan memohon keberkatan.
Jangan sangka pantai timur sahaja pengeluar keropok, Mersing juga antara pengeluar keropok yang sedap.
Keropok lekor Mersing
No comments:
Post a Comment