Tercatat di info yang dipamerkan dekat ruang kenyataan di Taman Negeri Endau Rompin yang di sini terdapat semut besar. Semut sejenis makhluk Allah yang namanya dinamakan dalam satu surah Al Quran iaitu surah Al-Naml.
Dinamai dengan An Naml yang bererti semut, kerana pada ayat 18 dan 19 terdapat perkataan An-Naml (semut), di mana raja semut mengatakan kepada anak buahnya agar masuk ke dalam sarangnya masing-masing, supaya mereka tidak terpijak oleh Nabi Sulaiman a.s. dan angkatan tenteranya yang akan melewati tempat itu. Mendengar perintah raja semut kepada anak buahnya itu, Nabi Sulaiman tersenyum dan takjub atas keteraturan kerajaan semut itu dan beliau mengucapkan syukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa yang telah melimpahkan nikmat kepadanya berupa kerajaan, kekayaan, memahami ucapan-ucapan binatang, mempunyai tentera yang terdiri atas jin, manusia, burung dan sebagainya. Nabi Sulaiman a.s. yang telah diberi Allah nikmat yang besar itu tidak merasa takabur dan sombong dan sebagai seorang hamba Allah, baginda memohon agar Allah memasukkannya ke dalam golongan orang-orang yang soleh.
Berbatalion angkatan semut berjalan mengikut lorong yang telah ditetapkan buat mereka.
Semut-semut yang terdapat di Taman Negeri Endau Rompin.
No comments:
Post a Comment