Galeri Sultan
Azlan Shah sebuah Galeri yang indah dan menarik senibinanya. Galeri ini telah
dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada 9 Disember 2003 sempena ulang tahun
Perkahwinan Baginda yang ke-48.
Galeri Sultan Azlan Shah dibina semula dari istana lama iaitu Istana
Ulu. Istana Ulu atau dikenali juga dengan nama Istana Kota ini terletak di
Bukit Chandan, Kuala Kangsar tidak jauh dari Masjid Ubudiah. Istana ini
pada asalnya ialah tempat persemayaman Sultan Perak yang ke-28, Sultan Idris
Mursyidul ‘Adzam Shah yang memerintah dari tahun 1887-1916.
Istana ini mula dibina pada tahun 1898 dan siap pada tahun 1903. Pada
tahun 1916, Istana Ulu ini telah disemayami oleh Almarhum Sultan
Abdul Jalil , putera Sultan Idris Mursyidul ‘Adzam Shah. Selepas
kemangkatan Almarhum Sultan Abdul Jalil pada tahun 1918, Istana ini telah
disemayami pula oleh putera, Almarhum Sultan
Yussuf Izzuddin Shah , Sultan Perak yang ke-32 yang memerintah
Negeri Perak dari tahun 1948-1963.
Istana Ulu mempunyai perkaitan yang rapat dengan permulaan pertukaran
kawasan pemerintahan Kesultanan Perak dari daerah Sayong ke daerah Bukit
Chandan. Istana Ulu juga dikenali sebagai Istana Cinta Berahi, Istana Cempaka
Sari atau Istana Kota. Istana tersebut direkabentuk oleh Kapten Maurice Alexander
Cameron, Timbalan Jurutera Kolonial dan Ketua Juruukur Negeri-negeri Selat pada
masa itu. Bahagian bumbungnya
pula menggunakan pengaruh Acheh dengan pengunaan bumbung yang berbentuk limas.
Pengaruh dari senibina India pula terdapat di bahagian kubah di kedua-dua menara
bangunan.
Ukiran-ukiran
kayu kayu yang terdapat pada istana tersebut telah diukir oleh Raja
Harun Al-Rashid yang merupakan seorang pengukir terkenal ketika itu. Beliau
mengambil ilham berdasarkan tumbuhan alami yang terdapat di taman istana
tersebut. Sementara ukiran batu yang telah dibuat oleh pengukir mengikut arahan
dan perkenan Sultan Idris 1 di mana Almarhum memastikan supaya tidak
terdapat sebarang bentuk ukiran yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti
bentuk binatang atau patung-patung.
Penyusunan dan konsep ruang yang terdapat pada istana tersebut adalah
berdasarkan pada ilham baginda di masa-masa yang lepas. Rekabentuk bangunan
istana ini mempunyai ciri-ciri persamaan dengan bangunan Istana Negara,
Mahkamah Tinggi Ipoh dan Stesyen Keretapi Ipoh.
Kebanyakan daripada bahan binaan untuk Istana Ulu ini dibawa dari luar
negara. Atapnya dari Perancis dan jubin nya pula dari India.
Walau bagaimanapun, banyak bahan tempatan yang digunakan seperti kerangka
bumbung yang dibuat daripada kayu cengal dan ukiran daripada kayu meranti yang
terbaik.
Kapal-kapal dagangan yang melalui perairan Sungai Perak telah digunakan
untuk membawa bahan-bahan binaan untuk pembinaan Istana Ulu ini. Sementara itu
gajah telah digunakan bagi mengangkut bahan-bahan tempatan.
Istana Ulu ini dipagari dengan tembok kota yang dibina di sekeliling
Istana tersebut sehingga namanya turut dikenali dengan nama Istana Kota. Pada
bahagian atas tembok tersebut kerawang besi berukiran bunga kemboja telah
dibina dengan cantik.
Kemegahan dan keagungan istana ini dilukiskan
dengan seni pembinaannya yang halus dan indah dan terus kekal berdiri teguh
walaupun telah seabad didirikan. Pembinaan semula bangunan ini telah
menyempurnakan lagi talian warisan kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Persekitaran yang mengasyikkan
Ruang parking yang nyaman
Singgah bergambar je di depan IPG Ipoh
Alang-alang ke Perak, mengeteh bersama Ustaz Azizuddin sahabat baik serumah (ahli bait), semoga kami bersua lagi di masa-masa yang lain pula.
Tolong promosi, buku susunan Ustaz Aziz yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment