Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran
Titiwangsa, Malaysia.
Ia merupakan kawasan pelancongan
pergunungan yang menarik
kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius.
Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104
kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur.
Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.
Bukit Fraser mendapat nama dari
seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James
Fraser .
Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut
cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun
dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada
tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya
agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Jalan
rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Kini bas boleh sampai ke puncak
kerana jalan naik dan turun sudah berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan
turun seperti dahulu.
Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini
tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik.
Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina
pada zaman penjajahan
Inggeris.Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul
untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan
Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Pertandingan ini
memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di
sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh
dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Suasana di Bukit Fraser menyerupai
suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi
dengan bangunan granit
kelabu dengan gaya Tudor.Harga makanan amat berpatutan malah ada makanan yang
lebih murah dari sesetengah tempat pelancongan.Amat sesuai untuk mereka yang ingin
berehat dari kesibukan dan mencari ketenangan.Terdapat juga kedai-kedai
cenderamata yang terhad.
Hampir keseluruhan nama tempat dan bangunan dinamakan dengan nama orang Inggeris. Rasanya hanya Masjid yang tidak menggunakan nama pembesar Inggeris. Inilah nasib menjadi negara yang dijajah suatu ketika dahulu. Sebagai renungan bersama, Kini walaupun sudah merdeka adakah pemikiran kita telah merdeka atau masih terjajah?
Tasik di Allan Water
Banglo persendirian
Banglo Jelai
Masjid Sultan Mahmud, Bukit Fraser, sama nama dengan Masjid daerah Lipis
Bunga di halaman Masjid Sultan Mahmud Bukit Fraser
Dataran menara jam yang menjadi tumpuan pelancong. Ketika ini hujan jadi tiada pelancong yang bergambar.
Banglo Pekan
Terdapat banyak bunga yang cantik-cantik
Deretan rumah kedai warisan yang perlu dipelihara sebagai suatu monumen sejarah yang berharga. Gambar di Pekan Tras, Raub ketika laluan masuk ke Bukit Fraser
No comments:
Post a Comment