Dalam kelana kami ke Perak, sempat singgah di Muzium Di Raja Perak. Cuma ketika ini muzium ditutup kerana masih dalam proses baik pulih. Jadi hanya boleh merayau-rayau di halaman sahaja.
Sumber Wikipedia :
Muzium DiRaja Kuala
Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan, Istana
Lembah atau Istana Tepas) telah didirikan pada tahun 1926, di bandar Kuala
Kangsar, Perak,
oleh seorang tukang kayu Melayu yang bernama Haji Sopian dan dibantu oleh dua
orang anaknya, mereka ini berasal dari Seberang Perai.
Muzium Diraja Kuala
Kangsar dibina atas perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah ( Marhum
Kaddasallah ) sebagai tempat bersemayam sementara, disebabkan ketika itu Istana
Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan menggantikan Istana Negara. Baginda
D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan ini mulai
dari tahun 1931 hingga tahun 1933. Setelah baginda berpindah ke Istana
Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja
seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain
Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan.
Dari segi bentuk
senibinanya, Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang
mengkagumkan. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis
keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ).
Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini. Ia dihiasi dengan
ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang diam dengan
corak-corak anyaman Melayu Tradisional.
Bangunan ini dibina di
atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan
lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang yang
tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan
sebuah singgahsana. Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat
rasmi Baginda, di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup
dengan bidai.
Nama Istana Kenangan
telah diberikan pada tahun 1960-an setelah diperbaiki dengan dayausaha Almarhum
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Istana Kenangan
diduduki oleh keluarga DiRaja Perak sehingga tahun 1982, apabila Almarhum
Sultan Idris II telah berkenan menyerahkannya di bawah pengawasan Jabatan
Muzium Negara.
Pada tahun 1986, ia dijadikan
Muzium DiRaja, di mana penyelenggaraannya diserahkan kepada Pentadbiran Negeri
Perak Darul Ridzuan. Pada 16 November 1986, Muzium DiRaja Perak ini telah
dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Azlan Muhibbudin Shah.
No comments:
Post a Comment