Sedekah
sangat dianjurkan dalam Islam. Apatah lagi jika dilakukan dalam bulan Ramadan.
Sudah tentu pahalanya berganda.
Sabda Rasulullah SAW :
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Tirmizi)
Masih belum terlambat untuk kita bersedekah dalam bulan Ramadan.
Nak pula berbaki 10 akhir Ramadan. Baki hari-hari yang sangat berharga buat
kita semua.
Hari ini saya bertemu dengan wakil sebuah syarikat yang
berhasrat untuk membuat sumbangan kepada masjid sempena Ramadan.
Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Di masjid kami (Masjid Sultan Mahmud) terdapat almari yang
disediakan khas (almari sumbangan Majlis Daerah Lipis) bagi sesiapa yang ingin
memberi infak makanan seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan sebagainya.
Mereka yang ingin mengambil bahagian bolehlah meletakkan sendiri
barangan di dalam almari tersebut.
Sebelum ini kaedah penerimaan barang sangat mudah. Sesiapa yang
berhajat dan terdesak boleh ambil sendiri. Atas konsep kepercayaan.
Tetapi untuk masa akan datang, mungkin akan dibuat buku rekod
dan sesiapa yang berhajat perlu mengambil barang melalui pegawai masjid.
Ini kerana kita dapati ada pihak yang mengambil kesempatan.
Hampir setiap hari ambil barang. Datang pula pada masa tiada orang dan
mencurigakan.
Berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Kerja di masjid, macam-macam ragam manusia kita boleh jumpa.
Huhu.
Sekian.
#PermaiMenulis
#ramadan
#catatanimamkecil
#kiram
Lawat : http://syababgr.blogspot.my
No comments:
Post a Comment