Kisah Ramadan (KIRAM 31) Menunggu Jibril
turun part 2
Syeikh Jibril seorang imam terkenal dari
Mesir. Sebelum ini saya tak pernah kenal dan perasan akan beliau. Iye lah
ketika itu mana ada lagi dunia google dan Youtube ni. Emel pun saya tak de.
Sehinggalah Syeikh datang menjadi imam
terawih jemputan untuk satu malam di
Masjid Negeri Sultan Ahmad 1. Barulah saya bersua dan mula mengenal akan style
bacaan beliau.
Petang itu, Kami pelajar Maahad Tahfiz
(ketika itu digelar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri Pahang,
Kini Maahad Tahfiz Negeri Pahang) menunggu ketibaan Syeikh di lapangan terbang
Sultan Ahmad Shah, Kuantan bersama dengan Pengetua Maahad Tahfiz merangkap Imam
Besar Masjid Negeri dan Pengurus Besar Yayasan Pahang.
Akhirnya Syeikh Jibril tiba bersama pesawat
yang membawa beliau turun mendarat di lapangan terbang Sultan Ahmad Shah
Kuantan. Kami berbaris menunggu syeikh dengan perasaan teruja.
Akhirnya saya nampak kelibat Syeikh. Bukan
berjubah dan berserban seperti sangkaan orang kita bila mengimejkan tok imam dan para ulama.
Syeikh smart berpakaian kemeja siap bertali leher tersenyum bersalaman dengan
kami. Puas hati saya dapat bersalaman dan bersua dengan Syeikh Jibril.
Iftar pada hari tersebut juga istimewa.
Saya dan rakan berbuka puasa di Istana Abdulaziz Kuantan (Kediaman KDYTM Tengku
Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang). Syeikh Jibril juga berbuka puasa
di Istana bersama dengan KDYTM Tengku Mahkota.
Selesai berbuka kami bersolat maghrib di
istana yang diimamkan oleh Syeikh Jibril. Itulah kali pertama saya menjadi
makmum kepada syeikh Jibril dan orang
arab.
Kemudian kami ke Masjid Negeri untuk
bersolat terawih yang diimamkan oleh Syeikh Jibril. Solat terawih 8 rakaat
sahaja, tapi panjangnya dah sama macam hari biasa yang buat 20 rakaat. Siap
dengan sujud tilawah lagi. Time Qunut masa witir, first time juga saya berqunut
panjang.
Selesai berterawih kami mengambil
kesempatan bergambar lagi bersama Syeikh Jibril.
Begitulah secebis pengalaman manis, bersua
dengan Syeikh Jibril.
Kalian juga sudah tentu ada pengalaman
bersua dengan orang-orang hebat. Sudah tentu perasaannya sangat berlainan..kan.
Sama lah juganya dengan kita bersua dengan
bulan yang hebat iaitu Ramadan. Kita juga mencari malam yang hebat yakni malam
al-Qadar. Sudah tentu perasaanya juga berlaianan.
#PermaiMenulis
#syeikhjibril
#ramadan
#kiram
#kiram
#seputarmemorisilam
Gambar lama zaman filem kodak, kamera sendiri takde lagi.
Menyambut ketibaan Syeikh Jibril di lapangan terbang
Kenangan selepas solat sunat terawih di Masjid Negeri bersama Syeikh Jibril
No comments:
Post a Comment