Friday, January 27, 2012

Mari Mengulang (i)

Rutin minggu ini...
Rabu : Kuliah maghrib Surau JHOA. Lepas Isya'  : Kelas Asas Tajwid.
Khamis : Kuliah maghrib Masjid Batu Yon.
Jumaat  : Kuliah Maghrib Masjid Chegar Perah
Sabtu : Meting ALP
Ahad : Jaulah KL
Isnin : Ujian hafazan imam wibawa.
Selasa : Ujian Hafazan imam wibawa.

Dulu-dulu masa belajar... waktu yang berkualiti untuk mengulang al-Quran antaranya ialah selepas solat maghrib.

Sekarang... waktu maghrib tak ada ruang untuk mengulang al-Quran.

Dulu-dulu masa belajar.... waktu menghafaz selepas Isya'

Sekarang.... hari-hari pulang ke rumah dalam pukul 10... Nak mula mengaji lepas pukul 10?... kuat cabaran tu..lemah..malas dsb.

Yang tinggal....
Waktu subuh...

Minggu depan...saya bersama imam-imam yang lain kena test...
Setiap tahun kami kena test....
Jadi Qadhi tak kena test gini....

Kenangan : Maahad tahfiz Pahang ketika menyewa di  bangunan kedai  di Bukit Ubi.
Bersama Adik Muhammad (sekarang ni dia dah besar) di Maahad Tahfiz Pahang.

Monday, January 16, 2012

PERMAi di SMA Batu Talam

13-14/1/2012 : PERMAi di SMA Batu Talam Raub, dalam program Kem Anak Soleh. Program  ini untuk semua pelajar disusun  berdasarkan kepada kajian dan pengalaman mengendalikan program program motivasi akademik, Khemah Ibadah dan kepimpinan. Ia digarap untuk membantu pelajar mengenal potensi diri serta teknik dan keperluan untuk berubah.  Kami percaya bahawa setiap insan itu berpotensi untuk berjaya sekiranya ia mampu mengatasi halangan yang ada dalam dirinya sendiri. Oleh itu, aspek aspek yang tekankan oleh PERMAI dalam program pembangunan insannya adalah seperti berikut:
     1.        Membina kesempurnaan solat
2.        Membina kecemerlangan diri pelajar
3.        Meningkatkan motivasi pelajar
4.        Mengenal Potensi Diri
5.        Memupuk Kerja Berpasukan 



 Angkat tangan..
 Tisu diberi pada yang hiba..

 Pelajar ting 4 & 5 
 Perhimpunan pagi

Barisan Fasilitator

Mesyuarat Agong Koperasi Masjid

9/1/2012 : Koperasi Masjid Sultan Mahmud Berhad berjaya mengadakan mesyuarat agong kali pertama. Mudahan ALK yang baru dilantik dapat menggiatkan aktiviti dalam memajukan  koperasi Masjid.
Ahli Lembaga Koperasi (ALK) 2011
Ahli Lembaga Koperasi (ALK) 2011 


En. Safwan Fathi, Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Daerah Raub/Lipis memberi penerangan

 Sebahagian Ahli yang komitmen hadir ke mesyuarat Agong Koperasi Masjid.

Thursday, January 05, 2012

Lama Menunggu- nombor giliran





Kaunter pendaftaran di Hospital Lipis.  Muka staf terlindung di sebalik  Monitor.
3/1/2012- Pagi-Tengahari : Menunggu untuk chek Dr. di HOSHAS. Selepas daftar-tunggu giliran- dipanggil masuk berjumpa dengan Pen. Peg. Perubatan-tunggu giliran-jumpa Dr-       ke Farmasi-tunggu giliran-ambil ubat.
-Dekat 3 jam di HOSHAS dan lamanya menunggu, untuk chek Dr. hanya beberapa minit sahaja.-

Petang : Menunggu untuk mendapatkan no. giliran di Celcom . Terlalu ramai orang, sampai ada client yang dah sound ke staf celcom. Ada yang kata “ dah sejam berdiri tak dapat lagi nombor giliran. Kalau kita dah dapat nombor giliran takpe  tunggu lama pun, kita tau giliran kita”. Kata yang lain pula “kita tak dapat nombor lagi, tak boleh nak manage masa kita”. Staf Celcom  kata kepada saya “lama lagi ini ramai orang” saya keluar berjalan dulu dengan tanpa nombor giliran, sampai semula ke CELCOM ..rupanya dah tutup. Rasa macam nak terminate je dengan CELCOM. Dah la urusan boleh buat dekat Temerloh dengan Kuantan sahaja. Naya orang Lipis….

-taktik staf celcom, staf di kaunter akan bagi nombor kepada pelanggan setelah pelanggan jenuh menunggu. Tak lama selepas pelanggan yang dah jenuh menunggu tu dapat nombor, sampailah gilirannya. Kemudian staf akan minta nombornya stple sekali dekat borang pelanggan. Kalau ikut kertas pada nombor giliran pelanggan tunggu tak sampai 5 minit pun-   

4/1/2012-Sekolah bermula. Saya masih lagi terpaksa berurusan dengan menunggu giliran. Kali ni di HKL (Lipis). Setelah letak surat rujukan dari HOSHAS di kaunter pendaftaran, setengah jam lepas tu baru saya dapat nombor giliran. Sejam suku lepas dapat nombor giliran baru dipanggil berjumpa dengan Dr… Memang lama menunggu… Mengaji Quran boleh 4 juz tu…

Ps : Kita semua ini sebenarnya tengah menunggu giliran, sedar atau tak sahaja. Giliran untuk bertemu dengan Allah. Kita duhulu atau kemudian yang penting tetap akan bertemu dengan Allah. Maka…bersedialah sementara menunggu giliran yang kita tak tahu nombor gilirannya..cepat, hampir, lambat lagi..Wallahua’lam…

Jaulah Staf Masjid Sultan Mahmud

2/1/2012 : Jaulah staf Masjid Sultan Mahmud ke KL. Terima kasih kepada penaja-penaja yang sudi sponser kos jaulah ini.


 Imam Faizal dengan adik bongsunya.
 Anak bilal Johne dengan orang arab.

 Persembahan anjing laut


Akhir sekali menjamu selera nasi arab di Al-Rawsha