Sunday, January 31, 2021

Webcam Fantech dan Mikrofon Fantech



Beli Webcam Fantech dan Mikrofon Fantech dengan Shoope. Sebabnya kamera di Laptop tidak berapa memuaskan.

Boleh juga guna kamera dari Henpon dijadikan webcam, tetapi sebab kita nak guna juga henpon, agak rumitlah kalau guna henpon. Melainkan kita ada banyak henpon. Kita tentu nak melihat hasil gambar yang berkualiti, kadang boleh tension kalau gambar blur, kelabu dan kabur. Nak pula hanya itulah satu-satu gambar yang kita ada. Ada banyak jenis dan harga. Yang beribu-ribu pun ada. tak mampulah kome.

https://youtu.be/bFG9Y20jodk #PermaiMenulis #Shopee #Fantech #webcam #kamera #GengPermai Nak Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai) Nak Beli Planner Permai : http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner ​http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

Saturday, January 30, 2021

Solat jumaat di pintu pagar masjid







Solat jumaat semalam, saya menyambut para jemaah di pintu pagar masuk. Tugas beratnya ialah apabila ruang masjid penuh, pintu pagar ditutup dan kita kena maklumkan pada yang tak dapat masuk untuk pulang ke rumah dan wajib melaksanakan solat zohor.
Sepanjang berdiri di situ, saya menyaksikan ada yang naik laju (motor sahaja boleh naik) tanpa mengendahkan kami. Walaupun ramai juga yang memperlahankan kenderaan, angkat tangan, beri salam atau menganggukkan kepala.
Hampir sama juga bagi yang naik berjalan kaki. Tak kan tak kenal kome. Kan... Walhal kome ni tengah panas pun pakai jubah kot rasmi imam.huhu..
Berasa nak buat bonggol kat depan pondok pengawal. Barulah kenderaan akan perlahan dan sempatlah memandang sambil angkat tangan kepada pengawal. Kalau tak laju sangat memecutnya naik ke masjid. Sama sahaja tua mahu pun muda.
Bila lagi nak berubah. Jom !

#PermaiMenulis #Solatjumaat #masjiddaerah #lipis #pkp #kitajagakita

Nak Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji

Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Nak Beli Planner Permai :

http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner ​http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner

Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

Mengaji Muqaddam - Sabdu di atas Lam Alif

 Mengaji Muqaddam - Sabdu di atas Lam Alif



Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlannerhttp://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner
Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7
https://youtu.be/JBjmVLIVB9Y

#PermaiMenulis #PermaiMengaji #Muqaddam #alifbata #mengaji #alquran

Wednesday, January 27, 2021

Mengaji Muqaddam Baris Dua Di Atas, Bawah dan Depan.

Mengaji Muqaddam Baris Dua Di Atas, Bawah dan Depan.



https://youtu.be/ZYN5wfjukVQ
Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlannerhttp://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner
Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7
#PermaiMenulis #PermaiMengaji #Muqaddam #alifbata #mengaji #alquran

Mengaji Muqaddam Baris Atas, Bawah dan Depan

Mengaji Muqaddam Baris Atas, Bawah dan Depan.



https://youtu.be/MBW6cR8OAfM


Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlannerhttp://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner
Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7
#PermaiMenulis #PermaiMengaji #Muqaddam #alifbata #mengaji #alquran

Mengaji Muqaddam Baris Atas (Baris Di Atas)




Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai lagi. Permai Mengaji akan mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam.

Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner ​http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7 #PermaiMenulis #PermaiMengaji #Muqaddam #alifbata #mengaji #alquran

Tuesday, January 26, 2021

Belajar Muqaddam Siri 1 : Alif Ba Ta





Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai lagi. Permai Mengaji akan mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam.
Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)


Nak Beli Planner Permai : http://www.wasap.my/601129290975/Saya...
Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/79...

Friday, January 22, 2021

Solat Jumaat PKP 2.0

Hari pertama Pahang PKP 2.0 jatuhnya pada hari jumaat. Alhamdulillah Masjid Sultan Mahmud masih dibuka untuk solat jumaat dan solat fardhu.
SOP masih sama.
Kita semua sudah dibiasakan dan telah melalui fasa pkp yang lebih mencabar di peringkat awal dahulu.
Cuma, sikap kita sahaja yang menentukan.
Ada yang saja-saja buat tak faham.
Lalu, pada hari ini solat jumaat diadakan dengan kawalan yang lebih ketat dari biasa.
Urusetia daripada Pejabat Agama (Paid Lipis) dan Polis (Ipd Lipis) sangat membantu melancarkan perjalanan solat jumaat pada hari ini.
Harapnya untuk jumaat yang mendatang, para jemaah sekalian tidak perlu dikawal dengan beria sebab faham belaka dah SoP.
Bayangkan kalau arahan-arahan untuk patuh SOP yang kami rasakan mudah faham pun tak faham-faham, macam manalah agaknya deme dengar khutbah jumaat yang lebih ilmiah siap berdalil Al-Quran hadis. Lagilah tak fahamnya. Adoi !

#PermaiMenulis #masjid #lipis #imam #pahang #jaip #jakim #paid

https://youtu.be/TxHHJ5Ug9uo

Makan nasi kari kambing malam PKP

Memandangkan hari esok tak boleh dah makan minum di meja kedai makan. Kami pun menghargai saat-saat akhir sebelum pkp dengan makan malam di kedai makan.
Tapinya bawa bekal dari Masjid Sultan Mahmud. Hanya oder air di Beger Boy.
Setiap malam jumaat, masjid ada sediakan pek makan malam buat ahli jemaah.
Menu malam ni luar biasa pak.
Nasi berlauk Kari kambing.
Bukan jenis makanan yang dicari.
akan tetapi nikmat dan nilai Ukhuwwah.
kemanisannya bila dapat makan bersama.



#PermaiMenulis #makan #minum #pkp #masjid #jaip #pahang

Thursday, January 21, 2021

Edar Jawi food Bank

Pejabat Agama Islam Daerah Lipis (PAID) bersama Majlis Ugama Islam Pahang cawangan Lipis (MUIP) Mengagihkan sumbangan beras yang diterima daripada JAWI Food Bank dan Masjid-masjid Wilayah Persekutuan ke mangsa banjir di sekitar bandar Lipis.

Kami mengalukan sumbangan kewangan bagi meringankan mangsa banjir.

Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791

NGO Permai :
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)










#KitaJagaKita #BanjirPahang #lipis #Masjid #Jaip #Jakim #Yadim
#Paid #muip #lipis #masjid #jaip #pahang #banjir #jawi #JAWIfoodbank #PermaiCare

Thursday, January 14, 2021

Sumbangan mangsa banjir di Lipis

Hari ini kami meneruskan misi menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa banjir di Batu Kurap, Jalan Pahang Club, Tanjung Lipis dan sekitarnya. Tidak lupa SMK Clifford yang juga ditimpa musibah banjir.

Kami mengalukan sumbangan kewangan bagi meringankan mangsa banjir.

Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791

NGO Permai :
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)




#K

itaJagaKita #BanjirPahang #lipis #Masjid #Jaip #Jakim #Yadim #MasjidDaerah #banjirlipis #PermaiCare #GengPermai

Banjir di Al-Mukmin Temerloh

Pagi ini kami turut sama membantu seadanya membersihkan Maahad Tahfiz Integrasi Al-Mukmin yang dilanda banjir besar.



Saya merupakan bacth pertama pada tahun 1991 yang ketika itu dikenali dengan SRA Al-Mukmin.


Saya sempat dengan Ustaz Osman dan Ustazah Zainab yang sehingga sekarang masih bersama dengan al-Mukmin.
Selain daripada ibu bapa, sukarelawan Masjid TJ juga turut sama 'memeriahkan' suasana.
Sebagai mantan ahli jemaah Masjid TJ (saya selalunya di Masjid Lama TJ) dan almarhum ayah saya pernah menjadi Pengerusi masjid lama dan masjid baru TJ, rupanya saya tidak kenal kesemua sukarelawan tersebut. Mujurlah saya kenal Tuan Imam Masjid TJ, Ustaz Muhammad Akmal Radzuan . Rupanya lama betul saya telah 'meninggalkan' Temerloh, sampaikan tak kenal warga Temerloh. Huhu.



Turut sama Dr Abdullah bin Ismail yang saya kenal sejak kecil selaku Timbalan Pengerusi al-Mukmin yang juga sebagai pengerusi Masjid Taman Temerloh Jaya.



Kebetulan pula rombongan daripada Yayasan Pahang diketuai oleh Ustaz Abdul Razak yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang juga hadir.
Saya sempat menceritakan berkenaan musibah banjir yang menimpa pelajar Kelas TFD YP di Masjid Sultan Mahmud . Harapnya YP berkunjung pula ke Lipis.

Jom bantu :
Bank Islam
06028010009648
Sek. Ren. Agama Al-Mukmin

NGO Permai -
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Azraie Mohd
Pengerusi Permai

#PermaiMenulis #almukmin #banjir #banjirtemerloh #temerloh #pahang #masjidtj #yayasanpahang #PermaiCare #kitajagakita

Monday, January 11, 2021

Pelajar Kelas Tafaqquh Yayasan Pahang ditimpa banjir di Kuala Lipis



Kami mengambil kesempatan menziarahi Puan Aini Yusuff yang tinggal di Desa Jeram Batu Kuala Lipis. Beliau merupakan mangsa banjir dan rumahnya dinaiki air hingga hampir mencecah bumbung.
Puan Aini merupakan pelajar kelas Tafaqquh Fiddin Yayasan Pahang (TFD YP). Habis kitab-kitab kelas TFD basah lunyai.
Semoga beliau terus tabah.



Kami mengalukan sumbangan terutama kewangan bagi meringankan mangsa banjir.

Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791

Atau melalui NGO Permai :
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

#KitaJagaKita #BanjirPahang #lipis #Masjid #Jaip #Jakim #Yadim #PermaiMenulis #PermaiCare

Bantuan makanan asas untuk mangsa banjir Lipis

Kami mengiringi sahabat karib al-Fadhil Ustaz Adib, Guru Hafiz Masjid Sultan Mahmud iaitu al-Fadhil Ustaz Wan Hanif bin Wan Amin mewakili rakan-rakan yang juga merupakan lepasan pelajar SMU Azhariah Melor dan Al-Azhar Mesir menyampaikan bantuan makanan asas kepada mereka yang ditimpa musibah banjir.
Semuga murah rezeki Ustaz Wan Hanif dan rakan-rakan.
Kami juga mendoakan agar mereka yang ditimpa musibah banjir sentiasa tabah.

Kebetulan, kami bersua dan terus bergerak sekali dengan konvoi daripada Jabatan Agama Islam Jaip Pahang yang diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Fazli Mat Saman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jaip.










#banjir2021 #masjid #lipis #jaip #jakim #kitabelumenang #pahang

Masjid Tanjung Bungor Lipis kena banjir 2021

Pagi ini kami bersama-sama warga Pejabat Agama Islam Daerah Lipis turun padang membantu membersihkan Masjid Kampung Tanjung Bungor, sempadan antara Lipis dan Jerantut.
Masjid yang bersebelahan dengan sungai sering kali ditimpa banjir.
Selain orang kampung, turut sama hadir membantu Penghulu mukim dan Tok 4.
YB Adun Cheka juga turut sama menyapa kami.
Bagi yang ingin menyampaikan sumbangan, boleh berhubung dengan Imam Masjid Tanjung Bungor, Ustaz Mohd Haniza.
Kami dijamu makan tengahari di Balai raya dengan menu yang femes ketika banjir iaitu sardin, lauk gulai kentang dan telur mata kerbau masak sambal hitam belimbing.
Masih ada lima keluarga yang menetap sementara di Balai Raya.
Semoga mereka tabah.





#banjir2021 #jaip #muip #masjid #lipis #PermaiMenulis #PermaiCare

Sunday, January 10, 2021

Misi kemas rumah banjir pelajar Tafaqquh Fiddin Yayasan Pahang di Lipis



Kami menziarahi dan membantu mencuci pinggan mangkuk makcik Kamariah yang tinggal di Batu 5 Penjom. Rumahnya habis dinaiki air sehingga hampir mencecah bumbung.
Beliau merupakan pelajar kelas Tafaqquh Fiddin (TFD) Yayasan Pahang di Masjid Sultan Mahmud.




Semoga beliau dan keluarga sentiasa tabah menghadapi ujian.

Kami mengalukan sumbangan terutama kewangan bagi meringankan mangsa banjir.

Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791

#KitaJagaKita #BanjirPahang #lipis #Masjid #Jaip #Jakim #Yadim

Tolong basuh pinggan kena banjir di Lipis - Tempoyang

Pagi ini, walaupun agak terlewat. Kami membantu mencuci pinggan mangkuk rumah Ustazah Ain, Guru Sar Kafa Masjid Sultan Mahmud. Rumahnya di Tempoyang dinaiki air dan kali pertama sejak mereka tinggal disitu. Semoga kali pertama dan terakhir. Insya-Allah.



#masjid #kafa #jaip #jakim #paidlipis #lipis #PermaiMenulis #KitaJagaKita

Misi Banjir Lipis 2021- Bantu angkat barang

Pagi ini, team Masjid Sultan Mahmud membantu sahabat kami, Puan Yana yang berkhidmat di Pejabat Agama Islam Daerah Lipis, memindahkan barang-barang yang terjejas disebabkan banjir yang menimpa rumahnya.
Semoga beliau dan keluarga tabah.



#PermaiMenulis #banjir2021 #lipis #masjid #jaip 

Thursday, January 07, 2021

Kopiah Bukit Mertajam yang legen



Alhamdulillah, musim-musim tengkujuh dan banjir Kopiah Bukit Mertajam sampai juga ke Lipis. Memang terbaik perkhidmatan pos.
Kopiah ini ada yang gelarkan sebagai kopiah hj derih. Atau pun kopiah Ustaz Fadhil.
Walaupun macam-macam jenis kopiah muncul di pasaran.
Kopiah Bukit Mertajam tetap berada dalam auranya yang tersendiri.
Hanya jauhari juga yang mengenal manikam.

#PermaiMenulis #Kopiah

Sunday, January 03, 2021

Ke Walimah Syazana dan Ustaz Rahman



2.1.2021 Menghadiri majlis perkahwinan Ustazah Syazana yang merupakan AJK Permai di Masjid Lama Rantau Perintis Bandar Jengka.
Seterusnya ke Sriti Al-Husna Pekan, meraikan majlis Ustaz Rahman bersama isterinya Ustazah Fathimah. Ustaz Rahman sebagai Guru Besar Sriti Al-Husna. 



Semoga keluarga bahagia selamanya, dan kekal istiqamah di atas jalan perjuangan.

3.1.2021 Hari ini hujan lebat, banyak dah kawasan naik air.. sama-sama berdoa mudahan selamat segalanya.

https://youtu.be/Sw4gHGkmrNg

#PermaiMenulis #walimah #Permai #pahang #turunpadang #sriti #pasti

Friday, January 01, 2021

Makan Benjo di Kuala Lipis





Makan Benjo di Burger Boy Kuala Lipis. Saya bayar guna TouchnGo e-Wallet. Kita cuba untuk memanfaatkan teknologi dan menggunakan secara maksima aplikasi yang ada. Sebenarnya mudah je. Tapi kena ada line internetlah. Kalau henpon canggih, telco bayar plan yang mahal tapi internet krik-krik. Takde arohlah.

Dulu, masa kami kanak-kanak. Bila keluar berjalan dengan ayah ke bandar, kadang-kadang dalam perjalanan balik ke rumah singgah ke gerai burger untuk beli BENJO.
Kenapa Benjo bukan burger daging. Kerana masa itu susah nak pastikan sumber kehalalan dagingnya. Mana ada logo standart Halal JAKIM seperti sekarang. Belum tentu gerai burger tersebut menggunakan jenama Ramly Burger.
Maka untuk jalan selamat, oderlah Benjo. Saya yang masih budak taklah faham mana masa itu, kenapalah asyik makan benjo je. Kan.

Seminggu dua ini, kecoh isu daging import yang dikatakan scam guna logo halal tetapi sebenarnya sebaliknya.
Semoga isu ini segera selesai. Kita serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan tugas dan siasatan. Walau siapa dalangnya, perlu dikenakan tindakan yang tegas dan sewajarnya. Bukan boleh main-main isu ini.
Warga net pula janganlah mengulas lebih sudu dari kuah. Rujuk sumber primer dan berautoriti.

Jom beli Planner Ajaib Permai :
https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

#PermaiMenulis #benjo #ramlyburger #burgerboys #halal #TNGO



Cepat masa berlalu meninggalkan kita. Tahun yang popular dengan  jenama Wawasan 2020 bakal berakhir. 
Tahun 2020 yang mencipta sejarah dunia. Satu dunia hidup dengan norma baru. Seperti Kena pakai mask dan penjarakan fizikal.
Pelajar tahun 6 sekolah rendah selesai menghabisi alam persekolahan tanpa peperiksaan UPSR. 
Tingkatan 5 tahun 2021 akan ada dua Bacth. 
Macam-macam lagi kelainan yang berlaku.
Tapi yang masih sama ialah sikap dan perangai kita yang sukar untuk diubah. Selesa dengan cara lama. Merasa rimas jika ada yang ingin membuat perubahan, walaupun sama-sama dapat  manfaatnya. Yang penting jangan diri sendiri mendapat susah. 

Ayat tradisi bila tahun baru ialah azam baru. Tak perlu nak tunggu setahun sekali untuk buat azam. Bayan lepas solat dah seru untuk kita berazam. 

Tahun baru, azam baru umur pun baru :)
Umur yang semakin pendek. 
Selamat Tahun 2021 semua. 

Belum terlambat, jom beli Planner Ajaib Permai.
sila hubungi :  http://www.wasap.my/601129290975/SayaMahuPlanner

Kat Shopee pun boleh : 
https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

#PermaiMenulis  #tahundepan  #tahun2021 #tahunbaru