Tuesday, August 21, 2018

Nostalgia Haji : Selepas Melontar Jamrah Aqabah


Selesai melontar jamrah Aqabah yang waktunya bermula selepas tengah malam raya dan berakhir apabila matahari terbenam pada hari raya Korban tersebut.
Saya dan beberapa orang sahabat berjalan kaki dari Aqabah yang terletak di hujung Mina ke Mekah untuk melaksanakan Tawaf Ifadhah.
Tetapi kami hanya berjalan separuh sahaja, sebelum bersama-sama dengan jemaah dari  negara yang lain naik lori. Tambang naik lori lebih murah berbanding menaiki van.
Sampai di Mekah, kami bersegera melaksanakan Tawaf Ifadhah, Saie dan Tahallul. Alhamdulillah.

#PermaiMenulis #AidilAdha #mekahmadinahdihati #rindukaabah #nostalgiahaji

Link Kenangan Menunaikan Haji.















Pantai Teluk Cempedak

Baru ini saya mengambil kesempatan berkunjung ke Pantai Teluk Cempedak, Kuantan Pahang. Antara  lokasi yang akan dikunjungi bersama keluarga ketika kanak-kanak dahulu jika bertandang ke Kuantan, selain pantai Batu Hitam, Taman Gelora dan Taman Teruntum.

Semasa bersekolah di Kuantan, kami pernah berjalan kaki menyusur persisiran pantai dari Pantai Gelora ke Teluk Cempedak. Ada kawasan-kawasan berbatu yang perlu dipanjat, ada juga tempat berbatu yang tinggi dan curam. 

Kedatangan kali ini, saya lihat banyak sampah sarap berlonggok di kawasan persekitaran pantai. Begitulah sikap manusia, hanya mengharapkan agensi pembersihan seperti Alam Flora yang tolong membersihkan  sampah yang dibuang merata-rata. Kesedaran sivik yang sepatutnya perlu dihadam oleh semua manusia. Tak perlu nak kena masuk dalam silibus pembelajaran di sekolah.

Kera-kera juga berkeliaran di persekitaran pantai. Dari dulu lagi isu kera-kera yang 'nakal' ingin mencuri makanan dan barang-barang kita. Nak salahkan kera tak kena juga. Habitat mereka semakin pupus. Untuk survival mereka memilih untuk berani mencuri makanan orang ramai.



#PermaiMenulis #pantai #telukcempedak #kuantan #pahang #laut







Thursday, August 16, 2018

Menjengah ke Institut Pertanian Kuala Lipis

Hari ini berkesempatan ke surau Institut Pertanian, Lipis. Pelajar di sini mengambil persijilan. Tak ramai pun pelajar, tak sampai 60 pelajar. Setiap pelajar mendapat elaun. Nak menanam pokok pun kena belajar kaedahnya, barulah hasilnya lebih berkualiti.

Surau Institut Pertanian Lipis

Bersama para pelajar Institut Pertanian, Kehadiran mereka ke surau direkodkan dalam buku log kehadiran.




Ketika ingin beransur, saya dibekalkan dengan buah rambutan dan beberapa jenis sayur segar dari ladang. Orang ramai juga boleh membeli benih pokok dan sayur dari Institut Pertanian.

Saya minat berkebun. Cuma sekarang, mampu seronok tengok kebun orang lain yang terjaga rapi. huhu.

Selain hobi, pertanian juga merupakan sektor pekerjaan yang mampu menjana pendapatan yang lumayan, jika kena caranya. Orang muda jangan berasa "low class" menjadi petani.
Bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica kini hidup sebagai petani dan sangat bergembira dengan kehidupannya.

Kamaruzaman Teh, Bekas ketua API (Angkatan Pemuda Insaf) Pahang yang pertama, merupakan lepasan Maktab Pertanian Serdang. Beliau antara yang terawal menanam pokok rambutan kahwin di Temerloh.

Adakah masa depan lepasan Institut Pertanian semakin cerah, berdasarkan ayat YB Menteri yang menyatakan negara memerlukan Universiti Pertanian.

Jom berkebun, tengok pokok yang serba hijau,, mampu mendamaikan hati.

Blog : http://syababgr.blogspot.com
Channel : https://t.me/AzraiePermai

FB : https://www.facebook.com/alfaqirazraie

#PermaiMenulis #pertanian #pokok #institutpertanian #petanikecil