Friday, February 28, 2020

Taklimat syarikat Kawalan keselamatan masjid





Taklimat bersama syarikat kawalan keselamatan masjid yang baru mendapat tender. Kontrak selama 2 tahun. Kemudian pihak Jabatan akan membuka tender baru.
Semoga syarikat Perisai Bernas dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Masjid pun perlukan kawalan keselamatan. Kerana, ada pihak yang mensasarkan masjid sebagai tempat aktiviti mereka, seperti pencuri yang ingin mencuri duit tabung derma masjid.
Orang zaman dulu-dulu, sejahat mana pun, tak berani nak 'kacau' masjid.

#PermaiMenulis #GengPermai #masjid

Thursday, February 27, 2020

Resepi bubur lambuk sedap



Minyak Sapi QBB 500grm
Minyak masak 500 grm
Kulit kayu manis 120 grm
Bunga lawang 30 grm
Bunga cengkih 3 grm
Jintan manis 40 grm
Halba 30grm
Daun pandan 20 helai
Bawang kecil 5kg
Halia-blander 400 grm
Bawang putih – blander 300grm
Daging cincang + tulang 5kg
Udang kering 500grm
Air 6 baldi
Beras 6kg
Lada hitam – kisar 1 cawan
Paku merah 10 ikat
Garam kasar 700grm
Santan 4kg
Daun bawang- hiris 500 grm
Daun sup – hiris 500grm
Bawang goreng 500grm
Buah pelaga 5grm


https://youtu.be/NXtnFLQCqwA

Bersama ustaz Syukri dari Patani

Ustaz Syukri dari Patani singgah ke Masjid Sultan Mahmud, dalam misi mencari dana untuk madrasahnya. Beberapa tahun lepas, beliau jadi "incas" anak buahnya menjadi imam terawih di Masjid Sultan Mahmud dan masjid surau di daerah Raub.
Kami persilakan beliau menjadi imam dan memberi tazkirah di masjid.
Semoga usaha beliau membangunkan madrasahnya di Patani dipermudahkan. Saya masih tidak berkesempatan berkunjung ke sana.




#PermaiMenulis #GengPermai #Patani

Borak negara tanpa menteri di Jengka


Minum-minum bersama Imam Tajuddin, Masjid Jengka dan Abang Shafie, bos Kashaf Letrik Jengka.
Tiada cerita lain, melainkan cerita negara tanpa menteri kabinet. Skrip cerita boleh masuk bertanding ke peringkat dunia nih. Agak-agak siapa pelakonnya ?

Ramai je yang tak kisah atau tak ambil tahu apa yang berlaku dalam negara kita. Mentaliti ini perlu diubah, terutama golongan muda. Jangan nak tunggu sampai tersungkur, kena usir, merempat di tanah air sendiri baru sedar dan menyesal.

#PermaiMenulis #GengPermai

Wednesday, February 26, 2020

Khatam Safinatul Naja di Batu 9


Setelah lebih 3 tahun, Alhamdulillah malam ini menamatkan bacaan kitab Safinatul Naja di Masjid Batu 9, Kuala Lipis. Semoga mendapat manfaat. Saya bukanlah pengajar, tetapi masih belajar dan sama-sama belajar.
Ilmu itu sangatlah luas. Ilmu Kita ibarat sebutir pasir di gurun sahara. Atau pun hanyalah sebutir pasir yang dikerat 4.

#PermaiMenulis #GengPermai #safinah

Friday, February 21, 2020

Kenapa nak Takabbur

Kuliah Bulanan Mulana Johari pada setiap hari khamis minggu ke 3.
Bacaan dan kupasan kitab Penawar Bagi Hati.
Fasal : Takabbur.


https://youtu.be/DYtJjC9TIek

Wednesday, February 19, 2020

Manis tanpa gula

Nak manis tapi tak nak letak gula.
Kalau oder kat kedai makan, pening tukang nak buat air.
Sama jugalah, kononnya nak mendaulatkan bahasa, tapi urusan rasmi masih dalam bahasa Inggeris. Contohnya dokumen perjanjian dengan Bank. Berjela-jela sampai berhelai-helai kertas dalam bahasa Inggeris. Termasuklah yang perbankkan Islam.
Pak Menteri bila diwawancara pun cakap rojak.

Belum kita nak sembang pasal tulisan jawi lagi. Syok sendiri je lah, bila pihak atasan sekadar buat gimik sahaja. Cuba buktikan dengan tindakan yang meyakinkan seperti semua urusan surat menyurat rasmi kerajaan dalam tulisan jawi (contoh ni ibarat menunggu kucing bertanduk). Ini, baru cadangan nak masuk 2 helai je tulisan jawi dah kecoh sampai menterinya tersingkir. Apa barang !



*kami baru sahaja menerima tanda nama ni. :)

#PermaiMenulis #GengPermai #jiwa

Thursday, February 13, 2020

Institut Pertanian Lipis


Semalam saya dijemput ke Institut Pertanian Kuala Lipis. Pelajar di sini ada dalam 60 orang. Sangat selesa kerana asalnya tawaran kemasukan untuk 120 orang.
Pelajar diajar ilmu-ilmu berkaitan tanam menanam. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa kerjaya petani juga boleh diprofesionalkan dan mampu menjana pendapatan yang lumayan.




Ketika makan, Tuan Pengarah Institut Pertanian bercerita kepada kami mengenai tanaman nanas. Pokok nanas kahwin yang terkini daunnya tidak lagi berduri. Ketika pulang saya dibekalkan dengan sayur-sayur segar.

Alang-alang bercerita pasal pertanian, saya petik kisah seorang lepasan pengajian pertanian. Beliau ialah Kamarulzaman Teh (15 Januari 1920 - 5 November 2002). Merupakan bekas ketua API (Angkatan Pemuda Insaf) Pahang ialah tahanan politik yang paling lama di Malaysia selama 22 tahun. Pada tahun 1930 Beliau bersekolah di Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Lipis dan kemudiannya beliau memasuki Sekolah Pertanian Serdang dan mendapat kelulusan pada tahun 1939. Pada tahun 1940-41, Kamarulzaman berkhidmat di sana sebagai Pegawai Rendah Pertanian. Beliau diberitakan orang yang pertama menanam pokok rambutan 'kahwin' di Temerloh dan di Pahang.
Ps: kita tak bicarakan berkaitan ideologinya, tetapi hanya berkaitan dengan pokok-pokok.

#PermaiMenulis #GengPermai #pertanian #pokok #institutpertanian

Tuesday, February 11, 2020

Mengenang Imam Hasan Al-Banna

12 Februari 1949 berlakunya peristiwa menyayat hati umat Islam iaitu berlakunya pembunuhan Imam Hasan Al-Banna. Imam Hasan Al-Banna telah mengasaskan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1928. Pada tahun 1936 ahli Ikhwan  berjumlah seramai 800 orang. Dan keahliannya terus menerus bertambah dengan rancaknya, hanya 2 tahun selepas itu iaitu 1938 ahli Ikhwan telah mencecah 200 000 orang dengan 50 cawangan.

Saya mula mengenal nama Al-Syahid ketika di bangku sekolah rendah. Ketika itu saya rajin mengikuti ayah ke kuliah dan usrah. Wirid Al-Mathurat susunan Imam Hasan Al-Banna dan buku Risalah Ta’lim syarah pada Rukun Baiah antara bacaan yang dibaca di dalam usrah dan kuliah. 
Semasa menuntut di Maahad Tahfiz (2001-2003) , saya berpeluang pergi ke program Seminar Pemikiran Imam Hasan Al-Banna di negeri Terengganu. Program anjuran bersama Gamis dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Tuan Guru  Menteri Besar Terengganu. 

Hari ini setelah hampir 71 tahun pemergian Al-Syahid, nama beliau terus mekar di persada dunia dakwah dan gerakan Islam. Bahkan cukup digeruni oleh musuh Islam. Hatta kuburnya di Mesir dirumitkan untuk diziarahi. 

Perjalanan pergi ke Kubur Imam Hasan Al-Banna





Di Kubur Al-Syahid Imam Hasan Al-Banna
Menunggu bas untuk pulang ke Shoubra

#PermaiMenulis #GengPermai #HasanAlBanna #Ikhwan 





Monday, February 10, 2020

Kita ingat apa ?

Kita ni, kadang-kadang hari dengan tarikh pun tak ingat. Macam mana nak ingat hari kematian ?
Dah la tak tahu hari kiamat bila.
Lalu, Apa yang kita ingat ?

#PermaiMenulis #GengPermai #ingat #lupa

Capal kulit dari Pulau Pinang




Pagi ini menerima hadiah Capal dari Abang Mie dan Kak Ma. Capal kulit buatan tangan dari Pulau Pinang.
Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan. Semoga sentiasa dalam keberkatan dan dipermudahkan segala urusan.
Jika masyarakat cina mempunyai terompah kayu sebagai alas kaki warisan mereka. Orang melayu mempunyai capal.
Mari ! Bersama menjaga kelangsungan warisan kita.



#PermaiMenulis #GengPermai #capal

Wednesday, February 05, 2020

Tipu Google

Sistem yang dibangunkan oleh manusia pasti ada kelemahannya.
Tapi, bukanlah menjadi alasan untuk kita tidak perlu mengikut sesebuah sistem. Contohnya sistem yang berkait jalan raya, seperti lampu isyarat, had laju dll .

Simon Weckert telah berjaya 'menipu' google maps.
Umum mengetahui, traffic jam atau kesesakan lalu lintas Google Maps diukur melalui kelajuan kenderaan yang bergerak di sesebuah kawasan.
Simon Weckert telah memilih untuk mengaktifkan Google Maps pada 99 telefon pintar beliau serta membawanya sambil berjalan dengan menggunakan sebuah kereta sorong. Hasilnya jalan yang kosong dari kenderaan, tetapi direkodkan dalam google maps sebagai sesak dan trafik jem.

Jom, Kembali kepada sistem dan pedoman dari Allah.

#PermaiMenulis #GengPermai #sistem

Sunday, February 02, 2020

95km dengan masa 3 jam pada tahun 1950

Pada bulan Oktober 1950, Buya Hamka telah pergi ke Baghdad.
Cerita beliau perjalanan menaiki kereta dari Kota Baghdad ke Karbala sejauh 95km adalah selama 3 jam. Itupun jika dipandu dengan laju.

Sekarang tahun 2020.
Rasanya dengan jarak 95km berapakah masa yang diperlukan ?
Mungkin kurang dari sejam. Kan.

#PermaiMenulis #GengPermai #hamka