Showing posts with label Doa Rasmi. Show all posts
Showing posts with label Doa Rasmi. Show all posts

Wednesday, March 06, 2019

Doa Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar

Allahumma Ya Allah..

Engkau mengetahui bahawa
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya,
penuhkanlah hati ini dengan
cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan
dan keindahan tawakal kepadaMu,
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu,
jika Engkau mentakdirkan kematian maka
matikanlah pemilik hati ini sebagai
para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.


Allahumma ya Allah.

Dengan limpah rahmat dan kurnia-Mu, Kami memohon agar Majlis Ramah Mesra bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang ini sentiasa mendapat petunjuk ke jalan yang diredhai, berjalan lancar, beroleh kejayaan, mendapat keberkatan dan dipermudahkan segala urusannya.

Allahumma ya Allah,

 اللهم اجعل جمعنا هذا جمعاً مرحوماً، وتفرقنا من بعده تفرقاً معصوماً

Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang Engkau Rahmati. Dan perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang terpelihara daripada sebarang bala bencana dan kemaksiatan


Monday, November 27, 2017

Baca doa di Majlis rasmi



Pagi ini program sempena Maulidul Rasul anjuran Pejabat Agama Daerah Lipis. Bacaan selawat dan kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zul Ramli bin Mohd Razali. Program dimulakan dengan bacaan doa.
Membaca doa di majlis-majlis rasmi antara kerja saya. Perlu persediaan dengan mencari/mengarang teks doa. Kemudian melancarkan bacaan doa tersebut. Teks doa tak perlu panjang. Cukup semuka sahaja.


Jom isi cuti sekolah dengan sertai program bersama kami : 


Saturday, April 08, 2017

Teks Bacaan Doa Karnival Masakan Tradisional Lipis 2017



بسم  الله الرحمن الرحيم. الحمد لله رب العالمين ، والعاقبة للمتقين، ولا عدوان الا على الظالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، وخاتم النبيين وعلى اله واصحابه اجمعين .

Di majlis yang mulia ini, kami merafa’kan rasa kesyukuran kepada-Mu Ya Allah, Tuhan Pencipta Alam ,Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami, dapat kami berkumpul di Dataran Orang Kaya Haji untuk menjayakan Majlis Perasmian Karnival Masakan Tradisional Lipis 2017 yang dirasmikan oleh : Yang Berhormat, Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Hj Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.



Kami memohon pada–Mu Ya Allah, agar kami semua, menjadi warga yang sihat sejahtera dan mendapat rahmat dari-Mu sepanjang masa.  Dengan  rahmat-Mu  Ya  Allah,  Engkau  peliharalah tradisi  warisan kami turun temurun,  yang sangat bernilai  dari hilang dan hanya menjadi kenangan dan catatan sejarah.



اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحومما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai  perhimpunan yang Engkau rahmati, dan perpisahan kami sebagai perpisahan yang terpelihara dari sebarang bala bencana dan kemaksiatan.

ربنا اتنا في الدنيا حسنة، وفي الاخرة حسنة، وقنا عذاب النار. وصلى الله على سيدنا محمد، وعلى اله وصحبه وسلم، والحمد لله رب العالمين.