Masjid Sebagai tempat perlindungan.
Friday, May 13, 2022
Masjid Sebagai tempat perlindungan.
Tuesday, August 10, 2021
Tahniah Tan Sri Syeikh Ismail Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan
Alhamdulillah,
bersempena Sambutan Maal Hijrah tahun 1443/2021, Kerajaan Malaysia telah
berbesar hati menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Tan
Sri Dato’ Sri (Dr) Syeikh Haji Ismail bin Muhammad. Tan Sri Syeikh merupakan
mantan Imam Besar Masjid Negara. Beliau juga antara generasi awal yang
membangunkan Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu
dan Institut Tahfiz Sultan Haji Hassanul Bolkiah, Brunei Darussalam.
Tan Sri
Syeikh pernah menceritakan serba sedikit
kepada kami pengalaman beliau membangunkan Maahad Tahfiz dalam beberapa siri
pertemuan Persidangan Imam Peringkat Kebangsaan.
Semasa saya
belajar di Maahad Tahfiz, guru kami yang juga merupakan anak murid kepada Tan
Sri Syeikh pernah menceritakan berkenaan Tan Sri kepada kami terutamanya
mengenai ketegasan beliau dan cermatnya beliau dalam bacaan al-Quran. Bacaan beliau cukup teratur, lenggoknya
seperti bacaan Syeikh Mahmud Khalil Khusary.
Yayasan
Islam Terengganu pernah mengeluarkan kaset set lengkap 30 juzuk al-Quran yang
dibacakan oleh Tan Sri Syeikh dalam tahun 90an dahulu.
Tahniah
kami ucapkan, moga Tan Sri Syeikh dikurniakan sihat wal afiat dan dapat terus
berbakti kepada ummah.
#PermaiMenulis
#MaalHijrah #TokohMaalHijrah #1443 #ManhajRabbani
Tuesday, June 08, 2021
Bacaan Surah al Fatihah Oleh Imam Favourite saya sejak dari alam sekolah
Bacaan Surah al Fatihah Oleh Imam Favourite saya sejak dari alam sekolah.
Iaitu : 1. Syeikh Ali Jabir 2. Syeikh Abdul Rahman al-Sudais 3. Syeikh Saud al-Shuraim 4. Syeikh Abdul Rahman al-Huzaifi 5. Syeikh Abdullah al-Matrood 6. Syeikh Saad al-Ghamidi https://youtu.be/mra2fuBH5W0 https://youtu.be/mra2fuBH5W0 https://youtu.be/mra2fuBH5W0 #PermaiMenulis #imam #alfatihah #alquran #surah #masjidFriday, May 28, 2021
Masjid Daerah Sultan Mahmud Kuala Lipis
Masjid Daerah Sultan Mahmud Kuala Lipis tertakluk di bawah SOP PKPD bermula 26 Mei sehingga 8 Jun.
Thursday, March 18, 2021
Mimbar Masjid
Ini jarang orang buat, iaitu mengusung mimbar.
Monday, August 03, 2020
Masjid lama Kuala Kerdau
Bersiar-siar di waktu petang. Melihat tapak lama masjid kampung Kuala Kerdau. Kemudiannya masjid tersebut dipindahkan ke tepi jalan besar di kampung Kerambit dan dinamakan dengan nama Masjid Omar Abdul Aziz.
Sekarang masjid lama tersebut telah digantikan dengan masjid baru yang dibina bersebelahan dengan masjid lama. Masjid lama dijadikan Maahad Tahfiz.
#Permaimenulis #Masjid #KualaKerdau
https://youtu.be/RouhOaADhNs
Tuesday, September 25, 2018
Bukan baju kot biasa
Tuesday, April 17, 2018
Kunjungan Integrated Islamic School Shah Alam (IISA)
Rombongan sebanyak 3 buah bas akan menuju ke Negeri Kelantan. Semoga program mereka dipermudahkan.































