Kami mendaki dalam keadaan gelap gelita, kerana ingin sampai ke puncak sebelum masuk waktu subuh. Jadi takde lah nampak pemandangan. Jalan kaki untuk sampai ke kaki bukit memakan masa beberapa jam juga.
Tahukah, perpustakaan apa yang terbesar di dunia? Jawabnya adalah perpustakaan Iskandariah merupakan perpustakaan terbesar di dunia pada zamannya.
• Asalnya ialah The Great Library of Alexandria, perpustakaan purba pertama dan terbesar di dunia, dibuka pada tahun 285-286 SM, ketika era pemerintahan Ptolemy II Philadelphus.
• Perpustakaan ini musnah sewaktu penaklukan Rom pimpinan Julius Caesar pada tahun 48 SM, dengan lebih 400,000 buku musnah dibakar.
• Kerja-kerja pemulihan dan pembangunan semula dimulakan pada 1995, dan dibuka secara rasmi pada tahun 2002.
• Mempunyai rak yang mampu memuatkan 8 juta buku dalam satu masa.
• Ada enam perpustakaan khusus di dalam Bibliotheca Alexandrina iaitu Perpustakaan Seni & Multimedia, Perpustakaan Taha Hussein untuk pengguna tunanetra, Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Belia, Perpustakaan Mikroform, dan Perpustakaan Koleksi Istimewa dan Langka.
• Ada juga empat muzium di dalam perpustakaan ini iaitu Muzium Antikuiti, Muzium Manuskrip, Muzium Sejarah Sains, dan Muzium Sadat yang mempamerkan barangan peribadi milik mantan presiden Anwar el-Sadat, termasuklah pingat Hadiah Nobel Keamanan yang dimenangi oleh beliau (1978), dan jubah militari berdarah yang dipakai oleh beliau pada saat pembunuhannya (1981).
Kami berkunjung ke Masjid Nabi Daniel di Kota Iskandariah. Di situ letaknya Makam Nabi Daniel AS dan Lukmannulhakim. Nabi Daniel tidak termasuk dalam senarai 25 orang Rasul.
Firman Allah dalam Surah Al Ghafir Ayat 78:
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah."
Luqman Al Hakim pula adalah seorang hamba Allah yang namanya diabadikan pada Surah Luqman di dalam Al Quran.
Maqam Imam Busiri dan Abul Abbas Mursi terletak berhampiran dii daerah Anfushi di Iskandariah. Imam al-Busiri pengarang puisi terkenal yang memuji Nabi Muhammad ﷺ iaitu Qasidah Al-Burdah Busiri.
Imam Busiri dilahirkan pada hari Selasa awal bulan Syawal pada tahun 608H di desa Busiri- atau Abu- Sir, yang terletak di daerah Bani Suwif, Mesir. Ibnu Hajar al-Haythami berpendapat bahawa Imam al-Busiri meninggal dunia pada 694 H. Manakala al-Suyuti pula berpendapat bahawa beliau meninggal pada 695 H. Al-Maqrizi berpendapat bahawa beliau meninggal dunia pada 697 H. Al-Safadi murid kepada Imam al-Busiri- menyebut bahawa beliau meninggal dunia pada tahun 696 atau 697 H.
Imam Abu Al Abbas Syihabuddin Ahmad bin Omar bin Muhammad Al Ansari Al Mursi dilahirkan di Murcia, Spain pada tahun 1219 M dalam keluarga pedagang yang kaya. Selepas Andalusia jatuh ke tangan Kristian pada tahun 1242 M, beliau dan keluarganya berpindah ke Tunisia namun hanya beliau seorang yang sempat sampai ke Tunisia. Di Tunisia Abul Abbas Al- Mursi bertemu dengan As Syeikh Abu Al Hassan As Syazili pengasas Tarikat As Syaziliah. Beliau bersama gurunya berpindah pula ke Alexandria dan mengajar di situ. Selepas Imam Abu Al Hasan As Syazili meninggal dunia, beliau menggantikannya sebagai pemimpin Tarikat As Syaziliah. Beliau meninggal dunia pada tahun 1286 Masihi. Semoga dengan Ziarah ke maqam para ulama', salafussaleh dapat membangkitkan semangat untuk mencontohi dan mengikut jejak langkah mereka dan seterusnya mengingatkan kita kepada kematian.
Kubu QaitBay & Mumtazah di Iskandariah, Mesir. Qaitbay Citadel adalah sebuah kubu pertahanan yang dibina pada 1477 AD (882 H) iaitu dalam abad ke-15 yang terletak di pantai Laut Mediterranean, Alexandria (Iskandariah), Mesir. Sultan Al-Ashraf Sayf al-Din Qa'it mengarahkan pembinaannya untuk mempertahankan Iskandariah dari penaklukan Empayar Uthmaniyyah dan memastikan keselamatan laluan kapal-kapal di pelabuhan.
Harga murah dan air jusnya segar. Tapi kebiasaannya tempat duduk tidak disediakan. Minum je di kaki lima kedai. Dahulu kami biasa bawa jug, beli air tebu @ tamar hind, bawa balik dan simpan dalam peti ais, sebabnya 2-3 hari baru habis minum.
Kenangan dibawa bersarapan ke kedai makan Arabiata. Menu roti, Tokmiah, kentang, terung, kacang foul. Masa belajar dulu tak pernah merasa masuk kedai macam ini, huhu. Makan kedai beshe-beshe je, tapi menu sama je, haha. Dekat Malaysia terutamanya di Pahang payah nak dapat menu tokmiah ni. Kalau kat Mekah pun ada. Siapa-siapa berkesempatan buat haji dan umrah bolehlah pekena menu rare Mesir ni.
Ziarah pada 16.9.2019 ke Maqam Ibnu Abi Jamrah penyusun Mukhtasar Sahih Bukhari.
Lahir di Andalus lebih kurang tahun 625H di bandar al-Mursiah,
dan wafat pada tahun 675 Hijrah, Maqamnya terletak berdekatan dengan maqam Imam Ibnu Atha'illah as-Sakandari.