Saturday, July 30, 2022

Maal Hijrah bersama Ustaz Wadi Anuar

Hijrah dari hulu ke hilir.
Dari ikan darat ke laut.
Dari kawasan bukit ke dataran.

Paling penting dari baik kepada semakin baik.

Gambar di Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang.



#MaalHijrah
#pahang
#PermaiMenulis

Thursday, July 28, 2022

Audit dalaman

Join geng deme ni mengaudit kat Masjid Daerah Maran.
Tuan Imam Husam Amran merupakan generasi awal Imam yang dilantik daripada kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam.




*Geng Assabiqun
#PermaiMenulis
#maran
#amal

Tuesday, July 26, 2022

Tempat buku

Meronda ke kawasan Maktabah.
Asalnya port untuk bertenang dan mencambah minda.
Kita usahakan untuk segarkan.
Supaya menjadi tempat popular untuk dikunjungi.



#PermaiMenulis #jenjalan #buku

Monday, July 25, 2022

Pemandu yang hebat

Soalnya siapa driver ?
Kereta dah buatan bagus dan berkualiti. CC pun dah besar.
Tentu persepsi kita drivernya pun power.
Tapi kalau bawak ferrari kat highway boleh kalah dengan Axia apatah lagi Myvi.
Sang driver Kena muhasabah.

Itu belum kisah seperti :
Tak boleh memandu jauh.
Hari malam tak boleh sebab silau.
Masa hujan tak boleh.
Kat bandar besar yang sibuk tak boleh.
Tak boleh kat jalan kecil sebab tak reti nak agak.
Tak boleh driver berhari-hari sebab setiap hari kena balik rumah.
Tak reti nak tengok waze.

Tapi ada hati nak mohon kerja jadi driver kat kompeni.
Agak-agak kompeni terima ke ?

Kalau ada kompeni yang terima.
Ada masalah lah kompeni tersebut.

Jika kompeni memang memilih driver yang penuh kekangan.
Lepas tu bising kemudian hari dengan masalah-masalah yang timbul.
Dah kenapa beria sangat pilih driver yang memang dah problem.

Kereta apa tak penting.
Lebih penting siapa driver.

* takziah buat keluarga Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain. Mangsa ditemui bersama kereta Nissan Grand Livina terbenam di dasar Sungai Api-Api, Nenasi, Pekan setelah hilang 29 Oktober tahun lepas selepas bertolak jam 1 pagi dari Pasir Gudang ke tempat kerja di Kemaman.
Kami sangat memahami situasi memandu pada malam hari di jalan yang sunyi. Banyak lagi keadaan jalan raya yang “merbahaya terutama di waktu malam”. Jika pemandu letih dan mengantuk, tiada tempat yang selamat untuk berhenti berehat.

Cadangan kami agar lampu jalan di pasang di tepi jalan terutama di tempat yang sunyi.
Pihak yang berkenaan termasuk Pertubuhan Kebajikan, JKK, ajk Masjid Surau boleh usahakan membina tempat RnR di 'jalan biasa' yang bukan highway.

#PermaiMenulis
#Driver

* Gambar ketika menjadi penumpang



Thursday, July 21, 2022

Galeri Mat Kilau dan Cucu Mat Kilau

Mat Kilau. Bukan sekadar filem.
Kami berkunjung ke Galeri di Pulau Tawar, Jerantut dan di Kuantan. Bersua dan mengambil sumber dari Cucu Mat Kilau.





#PermaiMenulis
#MatKilau

Tuesday, July 19, 2022

Daurah Dr Zulkifli bin Muhammad Al-Bakri

Alhamdulillah, dapat menyertai program daurah Kitab bersama YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Muhammad Al-Bakri, Ahli Dewan Negara di Masjid Sultan Mahmud, Masjid Daerah Lipis.
Kitab yang didiskusikan ialah Solat Tahajjud, Inilah Doaku, Makrifah Rasulullah, Fitnah Dajjal dan Fitnah Yakjuj dan Makjuj.
Moga urusan YB Senator dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan.




#Jaip
#Dakwah
#masjidsultanmahmud
#masjidDaerah
#PermaiMenulis

Monday, July 18, 2022

Zaman berubah

Masa sekolah didedahkan dengan teori belajar rajin-rajin, supaya pandai.
Bila pandai dapat nombor kedudukan yang baik dalam kelas, dapat masuk kelas yang lebih kanan. Hujung tahun boleh dapat hadiah dari pihak sekolah.
Sekarang, teori ini sudah berubah. Gen sekarang dah tidak boleh dengan nombor-nombor kedudukan. Alasannya boleh stress.
Maka dicipta bentuk penilaian baru untuk para guru menilai.

Zaman kerja. Teorinya agak misteri.
Lulus peperiksaan cemerlang. Komitmen kerja tip top, bukanlah jaminan dapat sesuatu hadiah dan ganjaran.
Hidup semakin mencabar. Hadapinya dengan berhemah. Untuk terus melangkah laju ke depan.

#Ibrah Memandu perlahan di lorong kanan. Tetapi sampai dulu.

#PermaiMenulis

Sarapan dan alternatif

Sarapan di Tanjung Lipis. Kali pertama ke kedai hujung sekali ni. Menunya ada nasi lemak, mee kari dan bakso.
Kedai sebelahnya ada masakan panas. Jarang kedai makan sediakan perkhidmatan masakan panas untuk sarapan.
Ya, Kena pelbagaikan pilihan dan alternatif.



#PermaiMenulis #pilihan #sarapan

Saturday, July 16, 2022

Yadim Pahang di KOA Pareh

Menyelit di kawasan Tuan Imam Ahmad Fahizme.
Ustaz Khairulfathi B. Mohd Ali sentiasa bersemangat Setup dan Runner program. Program tahsin dan tadabbur al-Quran di KOA Kampung Pareh.



#PermaiMenulis #jaip #yadim #jakim #petama

Thursday, July 14, 2022

Tetap rajin



Lain macam ejen pemantau.
Moga tetaplah rajin beramal walaupun tiada makhluk yang memandang.

#amal #PermaiMenulis

Wednesday, July 13, 2022

Pondok Pak Kob

Mengambil berkat menziarahi Al-Fadhil Ustaz Barkatullah dan Tuan Guru Pak Kob di Madrasah Raudah Al Muhibin atau lebih masyhur dengan Pondok Pak Kob di Chenor.
Di sini terdapat mushaf al-Quran tulisan tangan yang berusia ratusan tahun. Digelar dengan nama mushaf semut.





#PermaiMenulis #chenor #ulama #mushaf #alquran

Saturday, July 09, 2022

Wukuf di Arafah

Kenangan berwukuf  pada hari  isnin 9/01/2006.

Kami disediakan Makanan di Arafah sebanyak 3 kali iaitu  sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Menunya nasi, lauk dan mesti ada buah. Selain itu, kami dibekalkan dengan stok  mee segera.

Selepas solat zohor, kami mendengar khutbah di khemah kami sahaja. Kemudiannya kami memperbanyakkan berdoa dan berzikir. Ada yang ‘stay’ dalam khemah, dan ada juga yang mencari ‘port’ luar yang selesa.

Selepas Maghrib nak bertolak ke Muzdalifah pulak.

                                                                        Kek


Buah mesti ada

      Stok makanan yang tak putus dan sedap




Mengambil kenangan di hadapan khemah sebelum menjelang Maghrib

 

#PermaiMenulis #wukuf #arafah #haji #puasa #sunat #doa #zikir

 

Thursday, July 07, 2022

Insentif pelajar cemerlang SPM

Turut sama berada dalam Dewan Jubli yang luas bertemankan kamera handphone.huhu.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.





#PermaiMenulis #Kemahuan #kemajuan