Showing posts with label Kem Anak Soleh. Show all posts
Showing posts with label Kem Anak Soleh. Show all posts

Wednesday, December 20, 2017

Bercuti sekolah dengan Menghafal Al-Quran

Rasa macam cepat betul bulan Disember. Cuti sekolah dah nak habis ? 
Saya percaya para pelajar  mengisi cuti mereka dengan aktiviti yang bermanfaat. Bagi yang aktiviti hanya tidur je masih belum terlambat untuk menyusun cuti yang masih berbaki. 
Kali ini  saya ingin mencadangkan untuk menghafaz surah-surah atau ayat-ayat pilihan dari Al-Quran. Boleh menghafaz di rumah sahaja. Tetapi kalau ada program yang dianjurkan berdekatan dengan tempat kalian, jangan lepaskan peluang untuk sertai.
Alhamdulillah pada 11-14 Disember yang lalu seramai 154 orang pelajar telah menyertai program Jom Bercuti Di Masjid (CUTI-CUTI MASJID 2017) yang diadakan di Masjid Daerah Lipis.
Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah slot hafazan. Para peserta dibimbing untuk menghafaz surah al-Kahfi dan Surah Al-A'la. 
Insya-Allah menghafaz Al-Quran tidak merugikan bahkan akan mencergaskan lagi minda di samping dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Saya sertakan link persembahan bacaan hafazan para peserta :

https://youtu.be/bpuoiTA57IU


https://youtu.be/ETw92_56DD0


Jom Join 
Channel Telegram : https://t.me/joinchat/ArivqgvDWERAMSkK9PPWng
Group FB : https://www.facebook.com/groups/permaicare.mengaji/


#PermaiMenulis
#PermaiMengaji
#CutiCutiMasjid



Saturday, December 16, 2017

Belanja Makan besar ganjarannya


Memberi makan sangat besar ganjarannya di sisi Islam. Jika nampak cerewet nak kena masak bagai. Paling mudah belanja je makan di kedai makan.
Jangan rasa rugi, insya-Allah panjang umur dan murah rezeki.
Kek yang dihantar oleh penjaga untuk peserta program Cuti-Cuti Masjid. Terima kasih kami ucapkan. 

Tuesday, December 12, 2017

Cuti-Cuti Masjid


Sempena cuti sekolah Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis tidak terkecuali menganjurkan program sempena cuti sekolah. Program anjuran bersama Permai diadakan selama 4 hari bermula 11.12.2017 sehingga 14.12.2017.
Antara aktiviti yang diadakan ialah slot Kuliah, LDK, Hafazan, Permainan dan makan.
Alhamdulillah seramai 142 orang peserta telah menyertai program ini.
Lebih menarik para peserta tidak dikenakan sebarang yuran. 

Anda berminat nak anjur di tempat anda ?

Insya-Allah kami sedia membantu.

#PermaiMenulis
#CutiCutiMasjid
#cutisekolah
#program
#aktiviti




Sunday, December 25, 2011

Kem Anak Soleh 2011

20.12.2011>> Kem Anak Soleh 2011 di Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis telah berjaya diadakan. Seramai 160 orang peserta sekolah rendah telah mengambil bahagian. Program bermula pukul 8 pagi dan tamat sekitar 5.00 petang. Peserta dibimbing oleh tenaga Fasilitator dari Nisa' Lipis. Mudahan program seperti ini akan lebih giat dijayakan di masa akan datang.
Sebahagian peserta Perempuan
Peserta lelaki









 Slot bersama Ustaz Wan, Pensyarah IPG Lipis



Bersama Us Fathi..

Monday, April 11, 2011

Ibadah Dalam Islam

Hujung minggu kelmarin, saya berkesempatan bersama-sama dengan peserta Kem Anak Soleh 2011, Maahad Shah Ad Dinie, Bandar Jengka. Slot yang diberikan kepada saya ialah 'Ibadah Dalam Islam'. Berikut adalah notanya :



Maksud Ibadah : merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Maknanya Ibadah ialah pengabdian sepenuhnya kepada Allah SWT merangkumi segala perkara yang disukai dan diredhai Allah sama ada dari segi keyakinan, sikap, perbuatan, zahir atau batin. Dalam kata yang lain ibadah ialah segala aktiviti manusia zahir dan batin semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Mengapa perlu beribadah : kita sebagai hamba Allah. Hamba perlu taat segalanya terhadap tuannya.

Firman Allah yang bermaksud :

"dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu". (az Zariat : 56)


"Sesungguhnya ugama Islam Inilah ugama kamu, ugama Yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka Sembahlah kamu akan daku". (al-Anbiya’ : 92)


Hikmah Ibadah :

1. Menunjukkan Allah maha pemurah. Segala yang dilakukan akan mendapat pahala.

2. Menunjukkan rasa ketundukan hamba pada Tuhan.

3. Untuk meyakinkan manusia tempat penggantungan hanyalah Allah.

4. Untuk menjauhkan manusia dari maksiat.


Ruang lingkup ibadah : Ruang lingkup ibadah sangat luas. Seluruh kegiatan manusia adalah ibadah jika diniatkan kerana Allah. Islam tidak menganggap ibadah-ibadah tertentu sahaja dikira sebagai ibadah.


Pembahagian Ibadah : 1.Ibadah Khusus : sekumpulan perintah wajib yang diarahkan oleh Allah dan Rasulullah seperti rukun Islam. Contoh solat, puasa, zakat, haji.

2. Ibadah Umum : segala perkara yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.

Syarat-Syarat Untuk mendapat ibadah :

1. Islam. Tidak dikia jika orang kafir.

2. Amalan yang dilakukan itu bersesuaian dengan hukum syarak. Adapun amalan yang dinaskan haram dan maksiat tidaklah dikira sebagai ibadah.

3. Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang baik. Walaupun perbuatan tersebut baik tetapi jika niat tidak baik maka tidak dikira sebagai ibadah. Contoh menderma dengan niat akan disanjung orang ramai dan untuk menunjuk-nunjuk.

4. Mengutamakan ibadah khusus seperti solat dan zakat dalam melaksanakan ibadah umum. Contoh: gotong royong membersihkan sesebuah tempat tetapi jika sampai meninggalkan solat adalah salah.


Kesimpulan

Sesungguhnya ibadah dalam Islam tidak hanya terbatas kepada ibadah khusus sahaja. sebagaimana difahami oleh sesetengah orang. Mereka menyangka telah sempurna Islam mereka dengan melaksanakan ibadah khusus sahaja. Sedangkan seluruh kehidupan manusia adalah ibadah.

Saturday, January 02, 2010

KEM ANAK SOLEH 2009

Sudah menjadi kelaziman bagi ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar mengaji al Quran. Bagi mereka yang mempunyai kemampuan akan mengajar sendiri anak mereka belajar mengaji al Quran. Amat jarang sekali kita mendengar pelajar-pelajar yang tidak pernah belajar mengaji al Quran. Saya tidak menafikan tempat-tempat yang anak-anak pergi belajar mengaji al Quran, amatlah bagus cuma ada sedikit isu yang ingin ditimbulkan.. kita melihat ramai di kalangan anak-anak apabila ditanya : 'mengaji dekat mana dah?'.. kebanyakannya menjawab : "dah al Quran", "dah juz bla bla", "dah iqra" dan bermacam-macam lagi aneka jawapan yang sewaktu dengannya.

Tetapi apabila diuji.. ramai yang tidak boleh membaca. Saya sertakan beberapa Contoh:
-Ada pelajar yang membaca Iqra'..katanya sudah Iqra' 4, tetapi bila diuji Iqra' 1 pun belum lepas.. ada huruf-huruf hijaiah yang dia tidak kenal.
-Ada yang katanya sudah masuk al Quran, di pertengahan surah al Baqarah, tetapi bila suruh dibaca.. langsung tidak boleh, kita suruh pula baca ayat-ayat lazim seperti surah al Lahab, al Fiil.. juga dia tidak boleh membaca.

-Ada yang boleh membaca, cumanya seperti membaca surat khabar.. tidak ada panjang pendeknya, tak disertakan dengung..Masalahnya pelajar tersebut telah pernah khatam...
Timbul persoalan, bagaimana pelajar-pelajar ini belajar mengaji sehingga boleh tamat iqra', boleh naik al Quran tetapi tidak tahu membaca?
setelah diselidiki, beberapa kesimpulan dapat dibuat..antaranya :
-Kebanyakan tempat mengaji, teknik belajarnya ialah para pelajar akan follow bacaan guru sahaja, ikut sahaja.. hari esok boleh pindah muka surat.
-Seorang guru terlalu ramai anak muridnya, contoh guru seorang, anak murid ada 30 orang.. menyebabkan guru tidak dapat memberi penumpuan kepada pelajarnya, tambahan pula waktu mengaji yang sangat terhad.
Masalah ini akan terus berlarutan, jika ibu bapa dan tempat-tempat mengaji al Quran tidak memainkan peranan. Para pelajar kebanyakannya masih muda belia, mereka masih belum mempunyai kesedaran mendalam supaya diri mereka mahir dalam membaca al-Quran.

Sedikit usaha untuk membantu para pelajar dalam mendalami al Quran, maka Masjid daerah Lipis telah menganjurkan Kem Anak Soleh 2009. Program yang berlangsung dua minggu (7.12-17.12.09) walaupun sekejap moga-moga dapat membantu sedikit sebanyak, dapat cover mana yang patut dalam usaha untuk memantapkan pengajian al Quran para pelajar.
Program Kem Anak Soleh terbahagi kepada dua sesi. Sesi awal ialah Pengajian al-Quran, manakala sesi kedua penumpuan kepada ibadah solat, Aurat dan Akhlak.
Sebanyak 12 Kumpulan telah dibentuk. Setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang fasilitator. Tenaga fasililator daripada pelajar-pelajar lepasan STAM dan persijilan DQ. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan daripada ibu bapa untuk menghantar anaknya ke program ini.Terima kasih juga buat Cik Tipah yang menaja hotel untuk fasilitator menginap sepanjang program berlangsung, juga buat krew-krew memasak yang menyediakan menu sarapan pagi kepada peserta-peserta Kem. Juga mereka yang sudi menaja makan minum untuk fasilitator.
InsyaAllah, program seperti ini akan sentiasa diadakan, khususnya bagi membentuk generasi pelapis yang berilmu dan menuju ke arah mardatillah.

LDK Bersama Us Kahafi (Group sek. Rendah : Lancar Al Quran)

Bersama Ustazah Atikah (Group Iqra' Sek Rendah)

Bersama Ustaz Yusof, (Group asas al Quran)

Sarapan pagi bersama-sama

Praktikal Solat

Praktikal Wudhu'

Bersalaman sebelum pulang

Pemberian sijil penyertaan

hamper disediakan untuk peserta terbaik