Saturday, December 26, 2020

Bank Islam Malaysia Berhad

Bank Islam ?

Sejak tahun 1992 saya telah mempunyai akaun Bank Islam. Siap dapat tabung Bank Islam lagi untuk menyimpan duit. Zaman tersebut belum ada kad lagi hanya guna buku. Kulit buku Bank Islam berwarna kuning emas.
Bank Islam Temerloh waktu itu beroperasi di tempat Tabung Haji Temerloh sekarang.

Tahun 1999 saya membuat kad Bank Islam di Bank Islam Kuantan. Warna biru kadnya. Lebih awal dari ayah saya yang masih menggunakan buku sepenuhnya.
Bank Islam Kuantan dan mesin ATMnya di bangunan yang berdekatan dengan hotel Shahzan Inn Kuantan. Sebelum berpindah ke tempat lain, di area pam minyak berhadapan bangunan Cosmopoint.
Sekarang Bank Islam Kuantan beroperasi di seberang jalan Masjid Sultan Ahmad 1, Masjid Negeri Pahang.

Ketika saya berkelana di Mesir, Ayah ada mengirim duit melalui Bank Islam. Saya hanya perlu ke Bank HSBC di Mesir. Bagi Pasport ke staf Bank, lepas tu dapatlah duit Genih (pound) mesir.

Sebelum menggunakan online banking, saya pernah menggunakan aplikasi Bank Islam yang menggunakan hp.
Bank Islam ada melekatkan cip di simkad, jadi boleh guna servis Bank Islam seperti transfer duit, bayar bil dengan menggunakan HP, walaupun tiada internet dan hanya HP Nokia 3310. Menarikkan ?

Sekarang saya masih menjadi pengguna Bank Islam. Walaupun Bank Islam tiada di daerah tempat saya bekerja.
Peringkat awal memang rumit, paling dekat terpaksa ke Bank Islam Raub. Mujur dah ada Online Banking.
Apps Online Banking versi Mobile pun ada. Bank Rakyat dengan Bank Simpanan Nasional pun takde lagi.






Terbaru, saya buat invest dengan Bank Islam. Siapa-siapa pun boleh invest, RM 10 pun boleh dah, hanya dengan menggunakan "henpon". Boleh download apps Best, Robo yang akan tolong 'mainkan'.



Bagi yang ingin membuat invest dengan menggunakan khidmat 'robo' yang patuh syariah. "Best" antara pilihan yang ada.

Bagi saya, walaupun bank-bank lain juga mempunyai sistem perbankan Islam. Namun hanya Bank Islam yang namanya diletakkan Islam. Secara tak langsung akan bawa syiar nama Islam.

Contohnya bila ada orang tanya, Bank apa ? Kita pun jawab Bank "ISLAM". Tak dapat nak ungkap perasaan bangga bila sebut dengan jelas dan tegas perkataan ISLAM.

#PermaiMenulis #BankIslam #best #onlinebanking #bimb

Thursday, December 24, 2020

Perpustakaan Iskandariah

Tahukah, perpustakaan apa yang terbesar di dunia?  Jawabnya adalah perpustakaan Iskandariah merupakan  perpustakaan terbesar di dunia pada zamannya.

 



• Asalnya ialah The Great Library of Alexandria, perpustakaan purba pertama dan terbesar di dunia, dibuka pada tahun 285-286 SM, ketika era pemerintahan Ptolemy II Philadelphus. 

• Perpustakaan ini musnah sewaktu penaklukan Rom pimpinan Julius Caesar pada tahun 48 SM, dengan lebih 400,000 buku musnah dibakar. 

• Kerja-kerja pemulihan dan pembangunan semula dimulakan pada 1995, dan dibuka secara rasmi pada tahun 2002. 

• Mempunyai rak yang mampu memuatkan 8 juta buku dalam satu masa. 

• Ada enam perpustakaan khusus di dalam Bibliotheca Alexandrina iaitu Perpustakaan Seni & Multimedia, Perpustakaan Taha Hussein untuk pengguna tunanetra, Perpustakaan Kanak-Kanak, Perpustakaan Belia, Perpustakaan Mikroform, dan Perpustakaan Koleksi Istimewa dan Langka.

 • Ada juga empat muzium di dalam perpustakaan ini iaitu Muzium Antikuiti, Muzium Manuskrip, Muzium Sejarah Sains, dan Muzium Sadat yang mempamerkan barangan peribadi milik mantan presiden Anwar el-Sadat, termasuklah pingat Hadiah Nobel Keamanan yang dimenangi oleh beliau (1978), dan jubah militari berdarah yang dipakai oleh beliau pada saat pembunuhannya (1981). 

Lain kali kita datang lagi. Insya-Allah


https://youtu.be/-gAvjhSsq6g

#PermaiMenulis #PerpustakaanIskandariah #perpustakaan #buku #unisco

Masjid dan Makam Nabi Daniel AS

Siri Ziarah ke Mesir (2019) :



Kami berkunjung ke Masjid Nabi Daniel di Kota Iskandariah. Di situ letaknya Makam Nabi Daniel AS dan Lukmannulhakim. Nabi Daniel tidak termasuk dalam senarai 25 orang Rasul.
Firman Allah dalam Surah Al Ghafir Ayat 78:
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah."

Luqman Al Hakim pula adalah seorang hamba Allah yang namanya diabadikan pada Surah Luqman di dalam Al Quran.

#PermaiMenulis #Mesir #Travel #Jaulah #Istiqamah #Ukhuwwah #NabiDaniel #Masjid #Lokmanulhakim

https://youtu.be/unL0M7P75u8

Tuesday, December 15, 2020

Imam Busiri dan Abul Abbas al-Mursi




Siri Travel Mesir (2019) :
Maqam Imam Busiri dan Abul Abbas Mursi terletak berhampiran dii daerah Anfushi di Iskandariah. Imam al-Busiri pengarang puisi terkenal yang memuji Nabi Muhammad ﷺ iaitu Qasidah Al-Burdah Busiri.
Antara baitnya : مَوْلايَ صَلِّ وَسَلِّـمْ دَائِمـاً أَبـَـدًا عَلى حَبِيْبِـكَ خَيْــرِ الْخَلْقِ كُلِّهِـمِ
Imam Busiri dilahirkan pada hari Selasa awal bulan Syawal pada tahun 608H di desa Busiri- atau Abu- Sir, yang terletak di daerah Bani Suwif, Mesir. Ibnu Hajar al-Haythami berpendapat bahawa Imam al-Busiri meninggal dunia pada 694 H. Manakala al-Suyuti pula berpendapat bahawa beliau meninggal pada 695 H. Al-Maqrizi berpendapat bahawa beliau meninggal dunia pada 697 H. Al-Safadi murid kepada Imam al-Busiri- menyebut bahawa beliau meninggal dunia pada tahun 696 atau 697 H.

Imam Abu Al Abbas Syihabuddin Ahmad bin Omar bin Muhammad Al Ansari Al Mursi dilahirkan di Murcia, Spain pada tahun 1219 M dalam keluarga pedagang yang kaya. Selepas Andalusia jatuh ke tangan Kristian pada tahun 1242 M, beliau dan keluarganya berpindah ke Tunisia namun hanya beliau seorang yang sempat sampai ke Tunisia. Di Tunisia Abul Abbas Al- Mursi bertemu dengan As Syeikh Abu Al Hassan As Syazili pengasas Tarikat As Syaziliah. Beliau bersama gurunya berpindah pula ke Alexandria dan mengajar di situ. Selepas Imam Abu Al Hasan As Syazili meninggal dunia, beliau menggantikannya sebagai pemimpin Tarikat As Syaziliah. Beliau meninggal dunia pada tahun 1286 Masihi. Semoga dengan Ziarah ke maqam para ulama', salafussaleh dapat membangkitkan semangat untuk mencontohi dan mengikut jejak langkah mereka dan seterusnya mengingatkan kita kepada kematian.

Kubu QaitBay & Mumtazah di Iskandariah, Mesir

Siri Travel di Mesir (2019)



Kubu QaitBay & Mumtazah di Iskandariah, Mesir. Qaitbay Citadel adalah sebuah kubu pertahanan yang dibina pada 1477 AD (882 H) iaitu dalam abad ke-15 yang terletak di pantai Laut Mediterranean, Alexandria (Iskandariah), Mesir. Sultan Al-Ashraf Sayf al-Din Qa'it mengarahkan pembinaannya untuk mempertahankan Iskandariah dari penaklukan Empayar Uthmaniyyah dan memastikan keselamatan laluan kapal-kapal di pelabuhan.

#Travel #Mesir #Iskandariah #Qaitbay #Jalanjalan #GengPermai #Mtis #istiqamah #PermaiBerjalan #MalaysiaMesir
https://youtu.be/nx0eIW29qag

Sunday, December 13, 2020

Berkunjung ke Muadzam Shah



Jauh kami bermusafir, tapi sekadar dalam negeri je, tak merentas negeri lain.



Berpandukan google map, jika memandu tanpa henti masa yang diambil kira-kira 3 jam 57 minit. Belum kira kena folow konvoi lori balak kat jalan berbukit-bukit di Tembeling dan siri 'roblok' baiki jalan secara berjemaah ketika musim hujan ni.



Kalau..
Nak jalan kaki tanpa henti 2 hari perjalanan.


Dan naik kenderaan awam keretapi dan bas kira-kira 9 jam masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi.

Ada apa dengan musafir ?
Tentunya kita mendapat sesuatu yang baru. Bak kata pepatah jauh berjalan luas pandangan.

Ye, sambil musafir kita boleh belajar dan menuntut ilmu.
Sebagaimana yang dikisahkan dalam Hayatus Sohabah susunan Syeikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi, kisah Saidina Jabir bin Azraq Ghadiri RA yang datang dari Yaman bermusafir bersama Rasulullah SAW untuk mendengar ilmu dan hadis.

Bagaimana Saidina Jabir bin Abdullah RA telah bermusafir ke Syam yang perjalanan satu hala sahaja selama sebulan semata-mata untuk mendengar dua hadis Nabi SAW.

Saidina Abu Ayyub RA pula telah bermusafir ke Mesir untuk mendengar sebuah hadis dari Saidina Uqbah bin 'Amir RA.
Betapa kuatnya semangat dan mujahadah para sahabat dan generasi yang terdahulu.

Kami pula, berbual-bual dalam cuaca yang mendung sambil minum teh O. Sifu Mohd Hasbullah Alberawi pun tak sempat kami nak ngadap. Apatah lagi hasrat nak lajak ke depan lagi untuk meratah Udang Galah terpaksa dilupakan, memandangkan hari semakin gelap. Akan datang kita kena deal semula dengan Alfaqquruddin Yusof Nurul Hanis Afiqah Azmi .

Iklan :

*Planner Ajaib Permai. Ingin dapatkan sila hubungi : http://www.wasap.my/601129290975/SayaMahuPlanner

* Siapa yang ingin belajar mengaji dan memberi sumbangan untuk Kelas Mengaji Permai Home Ngaji. Permai Home Ngaji
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Oh ye !
Ada satu lagi iklan. Tengok di caption gambar ;)

#PermaiMenulis #GengPermai #HuluHilir #sempadan #Pahang

Saturday, December 12, 2020

Puding Raja



Puding Raja Simple tanpa jala emas. Semua orang boleh buat, mudah dan sedap. Sesuai sebagai pencuci mulut.

https://youtu.be/X0rjhX0VQiA

#PermaiMenulis #GengPermai #Puding #PudingDiRaja #Pekan #Simple

Makanan percuma di Lipis



Makan malam bermenukan nasi bungkus tengah hari tadi. Cuma kurangnya tiada air teh ais ikat tepi.
Alhamdulillah, hampir setiap jumaat. Beberapa hamba Allah sponser makanan ke Masjid Sultan Mahmud. Hari ini sahaja ada yang bawa nasi ayam, nasi lemak, nasi beriani, nasi berlauk dan pulut kuning.
Moga budaya sebegini semakin mekar.
Cuma, kadangnya mereka yang mengambil makanan tersebut, bila makan di kawasan masjid, bekas-bekas bungkusan makanan ada yang bersepah. Tumpahan makanan yang tidak dikutip merosakkan pemandangan masjid.
Dah la makanan percuma, pastu buatsepah pulak..adoi !
Jom berubah.

Iklan :

*Planner Ajaib Permai. Ingin dapatkan sila hubungi : http://www.wasap.my/601129290975/SayaMahuPlanner

* Siapa yang ingin mengaji atau memberi sumbangan untuk Kelas Mengaji Permai Home Ngaji. Permai Home Ngaji
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

#PermaiMenulis #Makan #jumaat #infaq

Thursday, December 10, 2020

Nasi Kebuli dan Buah Kepayang




Usai kuliah di Masjid Batu 9, nasi kebuli depa hidang. Kebetulan baru sahaja hari semalamnya kami upload video nasi kebuli.
Bagi yang tidak pernah merasa. Bolehlah cuba.
Nampak simple macam nasi ayam, tapi tak sama rasa dan auranya.
Antara rempah yang digunakan adalah buah Kepayang. Goreng dulu beras dengan minyak kepayang (kami hanya naqalkan dari ahlinya). Dalam nasi pun ada yang campurkan dengan buah kepayang.



Jangan tak tahu, buah kepayang kalau tak kena caranya, boleh mabuk.
Peribahasa ada berbunyi "bagai mabuk kepayang", maksudnya hilang ingatan atau lupa akan dirinya kerana jatuh cinta dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Zaman sekolah, saya tak pernah tahu dan dengar pun orang bercerita pasal buah kepayang. Hanya tahu ada kampung Bukit Kepayang di Temerloh. Sebelum Taman Temerloh Jaya ada masjid, kami solat jumaat di Masjid Bukit Kepayang.
Di daerah Bera juga ada Felda Bukit Kepayang.
Mungkin dulu-dulunya banyak pokok kepayang di situ.

#PermaiMenulis #kepayang #nasikebuli #lipis #masjidbatusembilan

Tuesday, December 08, 2020

Nasi Kebuli Lipis

Nasi Kebuli, makanan tradisi lipis khususnya dan Pahang amnya di kedai makan Keluarga Wan, Tanjung Lipis. Bagi yang tak pernah merasa, bila lagi nak mencuba ?
Terutama generasi muda, kenalah sekali sekala merasa makanan tradisi. Orang kabo kenal asal usul.
Sama-sama kita tolong tularkan kedai pakcik dan makcik ni, depa kabo tak reti nak iklankan dekat media sosial.
Kami telah beberapa kali berkunjung ke sini. Sepanjang kami menjamu selera, hanya kami sahajalah pelanggannya.
Rugi kalau menu rare ini diabaikan.

https://youtu.be/Qdu1gOJD5R8

#PermaiMenulis #nasikebuli #makankatmana #lipis

Sunday, December 06, 2020

Baju tahan lama dari Mesir



Baju yang kami pakai ditempah pada tahun 2006 di kedai jahit Opera yang terletak di bandar Zaqaziq, letaknya di timur Kaherah.
Walaupun jauh dari Shoubra Dpm Maqaz Shoubra, kedai jahit ini popular di kalangan pelajar Malaysia kerana tailornya boleh menjahit baju yang kena dengan fesyen dan citarasa Malizi.
Harga pun sangat murah kalau nak banding dengan di Malaysia.
Kualiti jahitan memang ok, kerana sehingga tahun 2020 kami masih boleh memakainya.
Soalnya siapakah yang masih pakai pakaian dari tahun 2006 atau sebelum itu lagi. Kita geng..huhu

Kami tengah belek buku apakah ?

Jom dapatkan !

*Planner Ajaib Permai. Ingin dapatkan sila hubungi : http://www.wasap.my/601129290975/SayaMahuPlanner

*Infaq untuk Kelas Mengaji Permai Home Ngaji.
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

#PermaiMenulis #GengPermai #baju #zaqaziq #Shoubra

Saturday, December 05, 2020

Kitab Al-Muwattho' Imam Malik



Imam Malik RH menyusun dan menulis kitab al-Muwattho' selama 40 tahun. Menariknya Al-Muwattho' merupakan kitab hadis dan feqah yang pertama disusun.
Imam Malik telah menunjukkan kitab al-Muwattho' kepada lebih 70 ulama fiqh yang berada di Madinah.
Al-Muwattho' memuatkan 6000 buah hadis Musnad (hadis yang sanadnya bersambung), 222 hadis Mursal (hadis yang diriwayatkan oleh tabien) , 613 hadis Mauquf (hadis yang diriwayatkan para sahabat RA berupa perbuatan atau perkataan mereka).
Jom kita belajar, baca dan amalkan hadis. Jangan langsung tiada kitab hadis di sisi kita.

Promosi !

*Planner Ajaib Permai. Ingin dapatkan sila hubungi : http://www.wasap.my/601129290975/SayaMahuPlanner

* Sumbangan untuk Kelas Mengaji Permai Home Ngaji.
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

#PermaiMenulis #hadis #muwattho #imammalik #sunnah #kitab #ilmu

Thursday, December 03, 2020

Koperasi Pegawai Masjid Pahang



Taklimat projek ekonomi Koperasi Pegawai Masjid Negeri Pahang bersama pegawai-pegawai masjid Qaryah daerah Lipis. 

Hadir sama Tuan Amran selaku pegawai operasi Kopemas dan Tuan Wahab selaku pengasas bersama My Life selaku pembekal air roselle kepada Kopemas.
Siapa nak beli air roselle Mylife boleh dapatkan di Masjid Sultan Mahmud.

Moh beli
*Planner Ajaib Permai. Ingin dapatkan sila hubungi : http://www.wasap.my/601129290975/SayaMahuPlanner

*Infaq Kelas Mengaji Permai Home Ngaji.
Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

#PermaiMenulis #koperasi #kopemas #koperasipegawaimasjid #mylife #roselle #lipis #minum