Saturday, February 27, 2021

Bersama Karkun Lipis

Pagi tadi bersama dengan Al-Fadhil Zainudin Zakaria Abu Aisyah dan Ustaz Abu Bakar berkesempatan berziarah ke Surau JKR beramah mesra dengan sahabat karkun yang berada di situ.

Walaupun kita diuji dengan musibah Covid19, Amal Islami terus berjalan. Namun perlaksanaan dan kaedahnya perlu disesuaikan dengan waqi' semasa dan mengikut Sop yang dibenarkan.





#PermaiMenulis #islam #dakwah #amal #lipis #jaip #paid #MASJID

Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji

Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Nak Beli Planner Permai :

http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner ​http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner

Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

Friday, February 26, 2021

Solat Jumaat Masjid Pahang

Suasana semasa solat jumaat. Terima kasih terutamanya kepada petugas yang sanggup berpanas terik terdiri daripada Guru Kafa Masjid, Sukarelawan ahli Jemaah Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis dan Staf Pejabat Agama Islam Daerah Lipis.
Semakin ramai yang telah jelas berkenaan SOP di Masjid walaupun masih ada segelintir yang buat-buat tak faham.
Terus patuh dan beri kerjasama. Insya-Allah kita boleh !

Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791




#KitaJagaKita #Pahang #lipis #Masjid #Jaip #Jakim #jumaat #solatjumaat #sop #covid19 #GengPermai

Wednesday, February 24, 2021

Pengarah Jaip di Masjid Sultan Mahmud

Masjid Sultan Mahmud Menjadi "tuan rumah" , YH Dato' Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Dato' Dr Hj Zulkifle bin Ali Al-Hafiz menyampaikan sumbangan kepada pegawai masjid kariah yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAIP, Ustaz Rasmawi Harun dan Al-Fadhil Qadhi Daerah Raub, Tuan Haji Zainuddin Zakaria Al-Hafiz yang kini memangku Qadhi daerah Lipis.

Semoga kita semua tabah dengan segala mehnah. Terus berjuang memakmurkan dan menjaga Masjid.

Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud :
Bank Rakyat : 111341000287
CIMB : 8005452791

#KitaJagaKita #Pahang #lipis #Masjid #Jaip #Jakim #Yadim

#Masjid #Jaip #MasjidSultanMahmud



* Mujur selfie, ada juga gambar kome dalam majlis ni.



Jamuan perpisahan kelas mengaji

Semalam Geng mengaji al-Quran Bakda Asar di Masjid Sultan Mahmud bersama jamuan makan-makan meraikan perpisahan Puan Zarina Jaafar yang akan berpindah ke Kampung Temin Jerantut.
Semoga sukses dan ceria di kampung halaman.
Insya-Allah Ukhwah selamanya.






Siapa lagi nak menjamu kami. Moh !

#mengaji #asar #MasjidSultanMahmud #makanmakan #PermaiMenulis

Tuesday, February 23, 2021

Rahsia Kekuatan Islam

Kekuatan umat Islam dibina dengan Aqidah. Bukan hanya bilangan yang ramai semata-mata tetapi pegangan Aqidahnya sangat rapuh.

Pegangan Aqidah yang mantap akan menghasilkan generasi Islam yang gagah perkasa.

Sejarah menunjukkan Khalid Al Walid bersama dengan 10 000 tentera Islam berjaya mengalahkan 100 000 tentera Parsi.
Panglima tentera Parsi bertanya kepada Saidina Khalid al-Walid : "Bagaimana tentera yang sedikit boleh mengalahkan tentera yang ramai ?"

Jawabnya : Kami mencintai mati sebagaimana kamu mencintai hidup. Kamu berjuang untuk hidup, Kami berjuang untuk mati. Kami mencintai mati,
sebab itu kami menang.

#PermaiMenulis #GengPermai #Islam

Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Sunday, February 21, 2021

Arsene Lupin

Aresene Lupin adalah seorang pencuri yang smart. Ditulis oleh penulis Perancis, Maurice Leblanc. Mula muncul dalam cerita pendek The Arrest of Arsene Lupin pada tahun 1905. Selanjutnya kisah Lupin dimuatkan secara berseri di majalah Je sais tout.
Cerita Lupin yang paling terkenal adalah perang analisis antara Lupin dan Sherlock Holmes. Kisah-kisah Lupin dan detektif rekaan Sir Arthur Conan Doyle itu rupanya disukai oleh para pembaca. Namun Doyle menyatakan keberatannya atas pemakaian karakter Holmes dalam novel Lupin. Sejak itu, Leblanc mengganti nama Sherlock Holmes menjadi Herlock Sholmes.

Dalam komik Detektif Conan, ada watak Kid si Pencuri, karakter pencuri budiman yang selalu berselisih jalan dengan Conan Edogawa. Kid Si Pencuri merupakan tokoh gentleman thief yang diinspirasikan dari Arsene Lupin.

*Saya baru membeli novel Arsene Lupin melalui Shopee dari toko buku di Indonesia. 
https://youtu.be/8iHmysAdb8Y

Tulisan sebelum ini yang berkait dengan Sherlock dan Conan. http://syababgr.blogspot.com/2020/11/sherlock-holmes.html


#ArseneLupin #PermaiMenulis #novel

Biodata Imam An Nawawi

 


Biodata ringkas Imam An Nawawi. Semoga dengan mengenali para Ulama dapat mendekatkan dan membuahkan kefahaman yang mendalam terhadap Islam. Untuk Kelas Pengajian Takmir Pasca PKP #PKP #takmir #jakim #PermaiMenulis #Ulama #ImamAnNawawi Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

https://youtu.be/nSl3k-fFPZI

Friday, February 19, 2021

Nampak Hebat tapi Hampas

Sesuatu urusan atau perkara yang asal dan sepatutnya mudah serta cepat selesai. Akan menjadi susah dan memakan masa jika tidak diuruskan dengan baik.

Selalunya dalam organisasi sering berlaku mereka yang nampak hebat di mata orang ramai dalam kepimpinan dan pengurusan tetapi sikap dan tindakan mereka dalam gerak kerja organisasi tidak menggambarkan kehebatan tersebut.
Kenapakah ?
Biasanya disebabkan sikap dan sifat tak cakna.

#PermaiMenulis #alkahfi #Pengurusan

Marilah beli Planner Permai. Secara tak langsung sebagai latihan untuk pengurusan.
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlannerhttp://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner

Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

Wednesday, February 17, 2021

Cerita nak baca Qiraat Imam Syukbah



Hari ini Cikgu Muin datang memberikan ringkasan Manhaj Bacaan Imam Syukbah yang disusun oleh beliau dalam bentuk jadual.
Nantinya akan dicetak untuk pelajar di Maahad Tahfiz Relong.
Sebelum ini selepas bersara dari Guru KPM, beliau pergi ke Mesir dan bertalaqi al-Quran di sana. Sekarang menjawat sebagai mudir di Maahad Tahfiz Relong.
Semuga usaha beliau memartabatkan ilmu al-Quran khususnya Qiraat mendapat keberkatan dan dipermudahkan.

Saya ulang siar semula tulisan saya berkenaan riwayat Imam Syukbah :

http://syababgr.blogspot.com/2016/11/mushaf-imam-syubah.html?m=1

#PermaiMenulis #PermaiMengaji #Alquran #qiraat #mengaji #tahfiz #imamsyukbah

Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji

Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Mengaji Muqaddam Muka surat 8-9-10




Mengaji Muqaddam Muka surat 8-9-10

Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai lagi. Permai Mengaji akan mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam.

Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner ​http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

https://youtu.be/PtD875DnNEE #PermaiMenulis #PermaiMengaji #Muqaddam #alifbata #mengaji #alquran



Tuesday, February 16, 2021

Scammer semakin berani

Hari ini beberapa sahabat kome pula kena Scammer.
Selamba je scammer guna nombor yang sama masa menyamar jadi saya pada minggu lepas.
Sebelum saya pula, dah ramai yang lain kena scam.
Disebabkan set scammer tahu yang pihak berkuasa agak rumit untuk jejak mereka. Nak pula Vaksin Covid 19 akan disuntik kepada rakyat Malaysia. Tu yang melampau-lampau beraninya sang scammer.

Moga-moga sang scammer insaflah. Deme kena bayangkan yang kena scam tu mak ayah, adik beradik deme sendiri.
Tapi kalau dah bayangkan, takde apa-apa perasaan juga. Memang keras betul hati tu. Gamaknya Kalah batu.
Kut mana pun, kalau kat dunia lepas, akhirat jangan harap. Puaslah demeh mencari sorang-sorang yang kena tipu ritu nak minta maaf.

Semoga pihak berkuasa ambil serius isu ini. Sama juga sifirnya, Pimpinan bayangkan yang kena tipu tu mak ayah dan kaum keluarga sang pemimpin sendiri. Tentu cergas bertindak.

Beres. Jom mengaji.

#PermaiMenulis #GengPermai #Scamer

Ingin Belajar mengaji :

https://www.facebook.com/permaihomengaji

Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Monday, February 15, 2021

Mengaji Muqaddam Muka surat 7-8


Muka Surat 7-8 


Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai lagi. Permai Mengaji akan mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam.

Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner ​http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

 https://youtu.be/4ZIKCfx6Wi0 #PermaiMenulis #PermaiMengaji #Muqaddam #alifbata #mengaji #alquran

Jalan menuju matlamat



Setiap dari kita tak sama jalannya.
Ada yang jalannya cantik.
Lebar lurus dan berturap cantik.
Ada pula yang berliku.
Berlopak dan sempit.
Walau bagaimana pun keadaannya.
Perjalanan perlu ditempuhi.
Mudah atau senang.
Cepat atau lambat.
Yang penting matlamat kena jelas.
Untuk sampai ke destinasi.

Begitulah juga dengan ujian kehidupan kita.
Setiap orang berbeza ujiannya.

#PermaiMenulis #hidup #ujian #jalan

Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji

Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Saturday, February 13, 2021

Kenapa susah nak faham



Pihak yang berautoriti akan mengeluarkan peraturan dan arahan yang perlu diikuti.
Namun setiap orang pemahaman kepada peraturan dan arahan adalah berbeza.
Ada yang memang betul-betul faham dan ada yang sebaliknya. Kerana ada juga sesi penerangan kepada sesuatu peraturan tersebut bentuk ayatnya tsk jelas atau berbelit.
Ada juga yang memang buat tak endah, langgor je, pedulikan semua tu katanya.

Contohnya fatrah Covid 19.
Seperti tak boleh makan beramai di kedai makan. Had satu meja hanya dua orang.
Semalam, Artis Shuib Kantoi dengan penguatkuasa di Lipis. Makan di restoran macam musim-musim bukan PKP.
Ramai lagi yang macam tu, tapi tak kantoi je..

Jika SOP di masjid pula. Imam dan bilal akan meringkaskan ibadah solat, maksudnya akan baca surah, wirid, khutbah yang ringkas.
Namun kebanyakan panjang berjela juga.

Di Pahang, Kuliah maghrib dan Subuh dibenarkan. Namun ada had ketetapannya seperti masa dan kedudukan jemaah yang tidak berganjak.
Tapi biasalah, ada juga pentazkirah yang bila dapat mikrofon je "naik syeikh" syok sangat bercakap sampai lajak masa yang ketara.
Itu belum lagi asatizah yang menggunakan ruang kuliahnya untuk bantai Sop-sop covid ni, seperti tak payah solat jemaah jarak-jarak. Covid ni agenda dajjal dan zionis bla bla.

Jangan seperti cerita rakyat orang Asli. Bila tanya jauh lagi ke tok batin ?
Jawabnya tak jauh pak, sebatang rokok je. Padahal dah berjam-jam jalan. Kan.

Maka, berusahalah untuk menjadi orang yang faham. Terutamanya Faham ajaran Islam, serta arahan dan peraturan yang dikemukakan oleh pihak berkuasa.

#PermaiMenulis #faham #pkp

Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji

Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner ​http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner

Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7





Wednesday, February 10, 2021

Pembayaran tanpa duit tunai

Saya memilih untuk tidak membayar dengan menggunakan wang tunai jika di kedai tersebut ada kaedah pembayaran alternatif yang lain seperti QR Pay atau pun menggunakan Kad Debit / Kredit.

Pandangan saya, zaman kini pekedai pun wajar mempelbagaikan kaedah pembayaran. Keluar modal sikit untuk membeli mesin terminal kad debit/ kredit.
Kerana hampir semua orang mempunyai kad bank. Sebabnya Kebanyakan bank tidak lagi menggunakan buku akaun.
Kad bank yang terkini pun mempunyai Wave.
Biasakan kalau kita nak bayar guna kad, casher pun tanya, nak guna pin ke wave ?
Pin kena masukkan nombor pin, adapun Wave tak perlu. Sentuh sahaja kad di screen terminal.
Lagi pun pemegang kad bank kena bayar secara tahunan untuk servis wave tersebut. Saya tak pasti semua bank atau bank tertentu sahaja yang kena cas bayaran. Tapi Bank Islam kena cas RM13 setahun untuk BIDC. Jadi rugilah kalau tak guna servis tersebut.

Selain bank , terdapat pelbagai Kompeni yang menawarkan E-Wallet. Maksudnya kita simpan duit kita di dalam E- Wallet kompeni tersebut. Bila nak bayar baru guna. Seperti TNG dan GoPayz.

Jangan kita pandang agak cerewet dan "komplikated". Bahkan sebenarnya sangat memudahkan penjual dan pembeli.

Zaman Ke depan bukan ke arah cashless sahaja tetapi juga cardless. Jauh lagilah nak maju kalau guna kad pun tak nak kita biasakan.
Ikutkan, kita dah kena berlatih biasakan bayar guna QR Pay scan guna "henpon" .
Henpon pun ada yang telah mempunyai apps untuk membolehkan kita bayar menggunakan Hp sahaja. Tak perlu dah nak penuhkan wallet dengan duit tunai dan macam-macam kad.
Seperti Samsung dan Apple yang mempunyai Samsung Pay dan Apple Pay. Bukan dengan hp je, tetapi dengan jam tangan Apple Watch dan jam tangan Samsung Gear pun boleh membuat pembayaran.
Tapi saya belum mampu lagi memiliki jam tangan yang seperti itu.

Ok. Bereh.

#PermaiMenulis #GengPermai #Cardless #Cashless

Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji

Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Nak Beli Planner Permai :

http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner ​http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner

Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

Tuesday, February 09, 2021

Kelas Qiraat Imam Qalun

 https://youtu.be/m1Avt-bB0xU



Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner
http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner
Kat Shopee pun boleh :
https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

#PermaiMengaji

Perbankan Islam di Malaysia

Lembaga Urusan Tabung Haji (kini dikenali Lembaga Tabung Haji) ditubuhkan pada 1969. Bank Islam pertama adalah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) didaftarkan 1 Mac 1984. Diikuti Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) 1 Oktober 1999 dan Bank Rakyat pada 2003. Kini boleh dikatakan kesemua bank di Malaysia mempunyai Perbankan Islam.

Indahnya Islam. Kan.

Nak melabur di mana ?

 

Ke mana kita nak kembang biakkan kewangan.

Kalau  simpan di bank, dividennya ada walaupun tak besar.

Bagi akaun simpanan tetap (bukan akaun yang boleh keluar duit di ATM hari-hari)

Beberapa contoh bank :

Bank Islam Akaun Term Deposit-i (Tawarruq) Deposit minima RM 500  : 1.75 % ( 6 bulan)

Maybank Islamic Akaun Profit Now! Account-i (PNA-i) Deposit Minima RM 10,000  : 1.70 % (6 bulan)

Maybank Islamic Akaun Fixed Deposit-i (iFD-i) Deposit Minima RM 1,000 : 1.80% (6 bulan)

AFFIN ISLAMIC Akaun Term Deposit-i (TD-i) Deposit Minima RM 500 : 1.85 % (6 bulan)

CIMB Unfixed Deposit Deposit Minima RM 1,000 : 1.80 % (6 bulan)

 

Bagi akaun simpanan :

Maybank : 0.75 % .  RM 2000 ke atas dalam akaun baru start dapat.

Am Bank : 0.75 % . RM 20 ke atas dalam akaun simpanan.

RHB : 1.5 %. RM 500 ke atas dalam akaun

Public Bank : 1.5 %. RM 20 ke atas dalam akaun.

 

Antara bank yang banyak sikit Dividen ialah Bank Rakyat. Dividen Bank Rakyat tahun 2019 : 14 %.

Dividen Tabung Haji 2019 : 3.05 %.

 

Dividen ASB 2020  : 3.50 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4.25 sen seunit.

Cerita ASB

Setelah beberapa tahun ana membuat pelaburan ASB melalui pembiayaan (pinjaman bank), tahun ini ana telah menjual semula ke ASB dan mujurnya tak kena bayar tambahan (tutup lubang) kepada pihak Bank kerana telah beberapa tahun membuat pinjaman. Kalau baru setahun dua, memang kena bayar semula kepada pihak Bank.

Ada 3 kaedah yang diajar oleh pihak Bank.

1.     Bila dapat dividen, jangan keluarkan. Jadikan sebagai tambahan modal untuk melabur. Setelah lebih 10 tahun dan yang paling baik sehingga tamat tempoh Loan barulah keluarkan. Guna duit sendiri setiap bulan untuk bayar loan bank. Kaedah ini yang bank dan ASB syorkan.

2.     Bila dapat dividen, jangan keluarkan. Jadikan sebagai tambahan modal untuk melabur. Hanya keluarkan bila-bila ada keperluan seperti nak beli laptop ke bla bla. Guna duit sendiri setiap bulan untuk bayar loan bank.

3.     Bila dapat dividen, keluarkan semua dividen. Tinggalkan modal sahaja. Guna duit dividen untuk bayar loan bulanan dengan pihak Bank. Kalau ada baki dikira untung kita buat belanja. Ana gunakan kaedah yang ini.

 

Kaedah yang ana guna tiada masalah sebelum ini, kerana kadar dividen yang diberikan cukup untuk bayar 12 bulan loan. Siap ada lebih lagi buat belanja.

Tetapi sejak tahun 2019 dividen rendah. Duit Dividen tak cukup untuk bayar 12 bulan loan. Ana kena tambah duit sendiri dekat RM 2k.

Tahun 2020 dividen lagi rendah, maka ana pun membuat keputusan untuk tamatkan loan. Selesai masalah dengan pihak Bank.

Kesimpulannya, nak melabur di ASB jangan buat loan. Tapi guna duit sendiri sahaja, kita tak akan rugi dan hilang modal.  1 unit kita beli dengan  RM 1.


Melabur dengan robo-advisory platforms

Ada banyak apps dan hanya menggunakan henpon sahaja. 

Apps yang ana masuk :

1.     BEST (Bank Islam Investment) – minima RM 10.

Ana masuk RM 100 sebulan. Keuntungan semasa 1.94 %

2.     RAIZ (melabur di PNB / ASN) -minima RM 5.

Ana masuk RM 5 seminggu. Keuntungan semasa 1.24 %   

3.     WAHED – minima RM 100

Ana masuk langsam RM 500. Keuntungan semasa 0.30%

Beli Matawang Digital (Kripto)

Dengan Apps Luno (Diiktiraf Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) hanya menawarkan 4 jenis matawang. Kita boleh beli bermula RM 50. Ikutkan ada macam-macam lagi. Apa pun yang utama dan terawal ialah Bitcoin.

Kebanyakan pelabur dan kompeni besar dunia telah mengalihkan pelaburan mereka ke Kripto. Seperti VISA, PAYPAL. Sehingga ada pandangan yang menyatakan Bitcoin lebih bernilai daripada emas. Haha.

Bulan 11 (2020) 1 unit bitcoin berharga RM70K

Bulan 2 (2021) Hari ini, 1 unit bitcoin berharga 183,386. Naik lebih dari sekali ganda.

Etherium : Bulan 11 (2020) 1 unit bernilai RM 2k+

Bulan 2 (2021) 1 unit mencecah RM 6.8K

Setakat ini, ana telah untung lebih daripada RM500 dalam tempoh 2 bulan.

Tapi kena ingat, Kripto sangat berisiko. Tetapi untuk jangka panjang sangat berpotensi. Semalam TESLA (Kereta elektrik, CEO yg direkodkan paling kaya dunia sekarang) mengumumkan melabur $1.5 Bilion dalam Bitcoin. Terdapat juga pemain kelab bola sepak yang menerima gaji dengan Bitcoin.

Melabur di Bursa Saham KL

Mutakhir ini pasaran saham di BSKL sering tak stabil. Ada kaitan dengan pandemic covid dan cuaca politik Malaysia yang tak stabil. Hari ini untuk melabur di BSKL juga sangat mudah, hanya dengan henpon sahaja. Ada banyak broker yang boleh kita pilih. Waktu urusniaga pun sama macam opis hour jam 8 pagi hingga 5 petang. Jam 12-2 rehat. Maksudnya bukanlah sepanjang masa nak kena mengadap carta. Kita boleh set auto nilai-nilai yang kita hendak masuk dan jual.

Ana pilih Broker M + (Melaka Sekuriti). Hari semalam ana untung jual saham kaunter minyak RM17.00 je. Pernah beli saham XOX. Ada beratus saham patuh Syariah. Cuma modal kita je tak da nak beli banyak kaunter.

Ada Sahabat ana buat income harian dengan Trade Saham BSKL. Katanya setiap hari dapat untung RM100-200 cukup dah.

 

Saham Global

Ana ada juga beli beberapa saham antarabangsa. Peruntukan ana $50 (RM200)  sebulan.

Keseluruhan untuk bulan 1 (30 hari) ana untung sebanyak 4.20 %

Antara saham yang ana beli :

Apple, Tesla, Starbak dll

Begitulah kisahnya, Kewangan sebagai wasilah untuk kita mudah bergerak. Ruang infaq pun terbuka luas. Sekadar perkongsian pengalaman buat  semua. Semoga bermanfaat.

#PermaiMenulis #Duit #saham #GengPermai #SalamKu

 

 

 

 

 

 

Saturday, February 06, 2021

Mengaji Muqaddam : Baca Mad panjang 2 harakat.

 Mengaji Muqaddam : Baca Mad panjang 2 harakat.



Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner
http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner
Kat Shopee pun boleh :
https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7
https://youtu.be/xPosv01CZWs

Inilah kisah pada Tengahari jumaat

Pagi-pagi cuaca memang sejuk. Berasa ketar badan kena air di waktu fajar. Kabus
pun pekat likat menandakan siangnya nanti panas terik.
Hari jumaat pasca PKP, kami berdiri di pintu pagar masuk masjid. Di bawah sinaran matahari dengan mengenakan jubah Kot Kakula yang tebal. Tapi itu bukan cabarannya.
Cabaran utamanya ialah setelah ruang masjid penuh, kami akan maklumkan yang ruang solat telah penuh, dan meminta kepada mereka supaya kembali ke rumah untuk menunaikan solat zohor.
Tentunya reaksi yang pelbagai dari kalangan para Jemaah. Ada yang lapang dada, ada yang muka kelat dll.
Begitu juga dengan segelintir yang mempersoalkan SOP sekian-sekian. Kita respon, menjawab pulak. Mulalah nak kabo, tak nak ikut takpe, pergi cari masjid lain, rasanya lagi tak dapat masuk. Huhu.
Hari ini muncul pula Kluster surau di Kuantan dan masjid di Muadzam.
Maka, marilah sama-sama kita bertabah, bersabar dan terus berdoa. Semoga ujian
pandemic ini mendapat penyelesaiannya.




#PermaiMenulis #GengPermai #Masjid #Jaip #sop #pkp

Ingin Belajar mengaji :
https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner
http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner
Kat Shopee pun boleh :
https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

Thursday, February 04, 2021

Lari dari penjara

Berlaku juga di sebuah kampung di Bentong. Tali plastik penghadang jalan dan kawat besi yang telah dipasang di Kampung Kemansur ekoran penularan jangkitan Covid-19 telah dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Tali berkenaan dipotong manakala kawat besi dipijak.

Dah macam cerita lari keluar dari penjara. Zaman belajar dulu, popular cerita Prison Break. Kisah genius yang merancang keluar dari penjara.

Ketika rundingan Baling yang menyaksikan pihak kerajaan berunding dengan PKM, salah seorang wakil PKM ialah Rashid Maidin.
Tahukah ? yang Rashid Maidin pernah dipenjarakan dan berjaya melarikan diri pada awal
tahun 1952 setelah kira-kira tiga setengah tahun dalam penjara.

Maksudnya, sehebat mana sesebuah kawalan. Tetap ada yang boleh menembusinya.
Namun pepatah sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua ada benarnya.

Maka, selaku rakyat. Akur dan berilah kerjasama sebaiknya pada mereka yang berautoriti. Tak perlulah nak jadi macam Michael Scofield (watak utama Prison Break).
Lihat bagaimana para ulama silam mengisi masa mereka semasa kena kurantin dalam tahanan.
Contohnya As-Syahid Said Qutb dan Pak Hamka yang telah menulis kitab tafsir Fi Zilal dan Al-Azhar semasa dalam tahanan.

#PermaiMenulis #GengPermai #pkp #penjara

Ingin Belajar mengaji :

https://www.facebook.com/permaihomengaji

Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Nak Beli Planner Permai :

http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner ​http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner

Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7



Tuesday, February 02, 2021

Mengaji Muqaddam - Nun Bersabdu dan dengung

Mengaji Muqaddam - Nun Bersabdu dan dengung



Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)
Nak Beli Planner Permai :
http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlannerhttp://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner
Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7
https://youtu.be/zV978N1vPWs