Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Sunday, October 30, 2022

Ustazah Hairul Azimah dalam Kenangan

Walaupun berat, kenyataannya setiap yang bernyawa pasti akan mati. 

Tanpa sedar kita sedang menunggu giliran untuk pergi ke alam baqa’ yang kekal abadi.  


Hari ini kami menghadiri solat jenazah dan pengebumian Almarhumah Ustazah Hairul Azimah binti Abdul Aziz isteri kepada Ustaz Zarimi. Keduanya merupakan sahabat kami. Bersama sejak zaman remaja di alam belajar hinggalah sekarang.  


Minggu lepas kami sempat menziarahi beliau di Hospital UIA. Nampak keuzurannya, tetapi masih ceria berbual dan bercerita. 


Ustazah Azimah merupakan Batch ketiga Banat Maahad Tahfiz Negeri Pahang. 

Sebelumnya mendapat pendidikan di Maahad Sas Jengka dan SMA Darul Naim.

Antara generasi awal yang mengimarahkan Badan Dakwah Sekolah, program Konpip dan Permai.


Beliau mengikuti jejak Ustaz Fauzi, batch kelima Maahad Tahfiz dan Ustaz Azlan, bacth ketujuh yang lebih awal sampai giliran daripada kami. 


Kami bersaksi atas kebaikan dan pengorbanannya dalam segala macam perkara terutama dalam bidang pendidikan al-Quran dan membangunkan Maahad Tahfiz Al-Istiqamah. Sama-sama kita berdoa semoga roh Almarhumah ustazah bersama para salafussaleh dan ditempatkan di syurga.

Semoga Ustaz Zarimi sekeluarga tabah, kuat semangat dan dipermudahkan segala urusan beliau.



Nota kaki : 

*Saya batch kelima. Ustaz Zarimi batch keenam (mula batch pertama banat). Ustazah Ashikin batch pertama banat.

*Kebetulan kelmarin Ustazah Raihan up semula gambar konvo Darul Quran.









#alfatihah

#إنّا لله وإنّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

#PermaiMenulis

#MogaTabahSahabat 

#ukhwahselamanya

#mtnp

#alumni

#sman


Wednesday, October 13, 2021

Kenangan Syulhanif binti Kadri

Memang kita tidak dapat mengelak.

Saban hari ada sahaja yang pergi meninggalkan kita.

Pergi ke alam lain atau pun pergi membawa diri.

Pagi tadi, Kami menerima berita kembalinya kerahmatullah Saudari Syulhanif Kadri. Terkenang saat beliau berprogram bersama kami semasa zaman remajanya. Ada ketikanya sebagai peserta dan pernah juga sebagai AJK pelaksana program.

Moga Allah SWT rahmati roh beliau, dan menempatkannya di tempat yang mulia bersama para salafussaleh.
Gambar sebagai memori dan kenangan.
Walaupun telah ramai yang pergi. Saya masih setia di sini.

* ps : Saya sertakan gambar kenangan program bersama Syulhanif. Btw Apa kabo yang lain-lain, dimanakah kalian. Ada masa jom ngopi!





#PermaiMenulis #Setup #Usrah #Sman #Konsep #P1 #P2 #Remaja #hilang #Ukhuwwah  

Friday, December 15, 2017

Bersua dengan Sahabat Lama



Ukhwah yang diikat dengan Akidah Islamiyah akan kekal utuh mengalahkan ikatan yang semata-mata dibina atas faktor kaum keluarga dan kerabat. 
Bersua dengan Ustaz Wan Abu Bakar, beliau selaku penyelaras program kem tahfiz di Masjid al-Muhajirin Sungai Koyan. Sama-sama di Shoubra Mesir. Kini beliau mengajar di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah Kelantan.

Monday, August 29, 2016

Saiful Azim dalam Kenangan

28.8.2016, kami dikejutkan dengan pemergian sahabat yang rapat dengan kami. Semoga Allah mengampuni dan merahmati Almarhum. Berbahagialah Azim di sana, kami akan menuruti jejak langkahmu. Semoga kami istiqamah dalam perjuangan sehingga akhir hayat sebagaimana kamu.
-Alfatihah-



 Ziarah ke rumah Almarhum bersama team Akademi Al-Istiqamah

Friday, December 07, 2012

Terus Berlari ; jangan tersungkur rebah!

Orang biasa mendengar Ceramah Motivasi, terutamanya golongan pelajar. Boleh dikatakan hampir 
100 % pelajar sekolah sekarang pernah mengikuti ceramah, kursus, program motivasi. Sama ada anjuran sekolah atau pun program anjuran mana-mana agensi.

Bila hampir peperiksaan, slot motivasi diperhebat.. Kata-kata taujihat penuh hamasah dilontarkan oleh si penceramah, oleh guru, oleh ibu bapa, adik beradik dan rakan taulan.

Saya juga pernah melalui zaman belajar formal yang bersistemkan peperiksaan. Bila hampir peperiksaan memang lumrahnya orang akan tertekan... Semangat dan perangsang memang sedikit sebanyak dapat menghilangkan kegusaran.

Antara kata yang selalu kami para senior ucapkan kepada generasi adik-adik kami :

"Terus berlari memegang Baton menuju ke garisan penamat... jangan tersungkur rebah..Bertahan..Larian perlu diteruskan, kita telah lama training untuk saat ini..Ayuh terus berlari"



Saya tertarik dengan kisah Derek Redmond seorang pemegang rekod kebangsaan Inggeris 400 meter. Pada sukan Olimpik 1992 beliau adalah calon untuk menjuarai acara 400 meter.

Namun dipertengahan lariannya, beliau mengalami kekejangan otot. Akan tetapi beliau tidak meninggalkan trek..Bahkan tetap meneruskan perjuangannya hingga ke garisan penamat.

Perjuangannya memukau 65 000 penonton, walaupun Derek telah kalah dalam acara perlumbaan tersebut, tetapi semua penonton bangun dan bertepuk tangan saat beliau sampai ke garisan penamat.


Klip ini dapat memberi suatu motivasi kepada kita semua, untuk terus bangkit..jangan rebah. Ini baru kisah Si Derek yang bukan Islam...Umat Islam tidak pernah tandus ikon-ikon pejuang yang dapat memotivasikan diri. 
Dalam menghayati kisah pejuang-pejuang Islam yang penuh dengan motivasi..Terlalu banyak kisah dan pengalaman buat pedoman kita semua. Seperti kisah yang masyhur, Semangatnya sahabat Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam, Mus'ab bin Umair R.A yang membawa panji dalam peperangan Uhud. Tangan kanan terpotong, panji berpindah ke tangan kiri, tangan kiri terpotong panji tetap dipeluk dengan kedua belah lengannya yang telah kudung.. Sehinggalah bumi Uhud menyaksikan kesyahidan Mus'ab bin Umair R.A.

Buat Sahabat-sahabat, Adik-adikKu, juga khusus buat AJK KONPIP, teruskan perjuangan kita yang tiada noktah akhirnya. Kalam yang masyhur "Kita bukanlah yang memulakan jalan perjuangan ini, jalan ini telah dimulakan oleh generasi sebelum daripada kita, kita hanyalah penerus kepada rantai perjuangan ini.

Wasalam..

Monday, November 29, 2010

Doa Buat Sahabat Kami..

Syafakallah, Mudahan cepat sembuh buat Ustaz Tajuddin bin Mat Zin yang baru selesai menjalani pembedahan disebabkan kanser tyroid. Pembedahan yang memakan masa 9 jam dan 7 orang Dr. Pakar. Ustaz Tajuddin merupakan AJK PERMAI dan ahli ILMAM Pahang. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam JAIP, dan ditempatkan selaku Imam di Masjid Daerah Jengka Pahang...
Harapan supaya sahabat-sahabat sekalian dapat mendoakan kesihatan Ustaz Tajuddin...
Ameen.