Showing posts with label Ragam Orang. Show all posts
Showing posts with label Ragam Orang. Show all posts

Sunday, March 28, 2021

Pentingnya Pengurusan di Kedai Makan. Kedai Makan tak best

Hari ini bersama sahabat empat orang bersarapan di sebuah kedai yang agak terkenal juga di sini.

Ketika kami sampai, pelanggan sedang-sedang sahaja, dan kami tak perlu beria “mengushar” mencari meja kerana banyaknya meja yang kosong.
Hanya dua sahaja yang memesan makanan manakala saya dan seorang lagi hanya memesan minuman dek kerana kami baru sahaja pulang dari kedai makan yang lain.
Tunggu punya tunggu, air pun sampai. Makanan menyusul selepas itu, tetapi boleh tahan lamanya menunggu.
Sampai sepinggan dahulu, makan punya makan. Habislah sahabat ni makan makanannya, yang seorang lagi belum pun sampai. Dahlah sahabat ini dari jauh, figura jugak la sikit-sikit. Tetapi staf kedai semua macam tak kenal je.
Tak kenal saya tak peliklah, walaupun jarak kedai dekat jugalah dengan masjid tempat kome jadi Imam tuh.
Sebab lama sangat, kami pun pergilah menyusul ke waiter, ke tempat masak. Tetapi masih lama lagi menunggunya.
Sampaikan Mood nak makan pun dah tak berapa best. Sampai timbul cadangan nak batalkan je pesanan.
Akhirnya, sampai juga la makanan yang dipesan. Waiter pula takde menyatakan kekesalan, seperti ucap minta maaf lambat ke..
Kami pun memberi pandangan dan teguran kepada dia. Tetapi menjawab pulak tu. Sahabat kami siap kata lagi ke waiter : “awok bukannya tebar yang baru, saya nampak ambil dalam freezer je dan panaskan. Kenapa boleh lambat” Minta maaf lah nak cakap, kalau macam ni cara pengurusan kedai ini, pelanggan akhirnya akan lari dari sini.
Begitulah kisah sarapan hari ini.
Pentingnya belajar ilmu pengurusan. Kompeni jangan ambil mudah, kena kursuskan staf terutama yang masih muda trang tang tang tu. Masukkan juga silibus belajar untuk kenal orang dan beramah dengan pelanggan.
Sebabnya, jenama yang
hebat
tiada jaminan akan terus
hebat
. Banyak contoh jenama yang megah akhirnya terpaksa gulung tikar. Seperti Jenama roti High 5. Jadinya, kenalah sentiasa berusaha kekalkan prestasi dan jangan kekal merasa selesa.



Wednesday, July 24, 2019

Merpati yang dapat nama

Tak pasal-pasal burung merpati dapat nama. Bukannya kilang atau bahan kimia. Maka saya buatlah satu video berkaitan dengan kisah merpati. Jom tengok semoga bermanfaat.



#PermaiMenulis #merpati #PermaiBerkata


Thursday, February 14, 2019

Eyra Hazali Tekad Bertudung


Ketika Emma Maembong memilih untuk tidak bertudung. Lain halnya dengan Eyra Hazali yang membuat keputusan untuk bertudung.
Sebelum Emma Maembong, sudah ada artis lain yang bertindak sedemikian. Tahun lepas antaranya  Sara Ali, Zila Seeron, Uqasha Senrose.

Alhamdulillah, masih ramai artis yang masih kekal istiqamah bertudung.
Namun ada yang dilihat kadangkala agak goyah dan membimbangkan. Seperti Neelofa, Fathia Latif.

Cabaran bagi golongan artis dan sesiapa pun yang berhijrah ke arah yang lebih baik sangat mencabar. Selain mereka memerlukan jati diri yang kuat. Tentunya Syaitan tidak berhenti-henti menghasut dan melemahkan mereka.

Beberapa cadangan dalam memastikan kita semua kekal istiqamah terutama mereka yang baru berhijrah : 

-  +Pilih rakan karib yang baik-baik. Dalam isu ini, pilih best friend yang bertudung dan berperangai baik, seperti tidak bersosial di kelab malam.
Memang akan ada kata-kata sindiran seperti ustazah segera, ustazah jadian, nak kawan dengan ahli syurga sahaja, alim ‘taik’ kucing dan macam-macam lagi. Pedulikan itu semua, rakan karib yang baik akan melindungi dan memberi kekuatan.
Jika artis yang mempunyai PA, atau SU. Tentunya mereka sangat akrab, ajak mereka sama-sama berhijrah atau tukar staf yang boleh membimbing kita ke jalan yang baik. Takut apanya!, Kita yang bayar gaji mereka.

-    +Bagi artis yang mempunyai Fan Club, jika perlu reshuffle struktur dan proses operasi fan club, lakukan. Jangan biarkan peminat memusnahkan hijrah kita. Kebiasaannya peminat akan gembira dan menyokong hijrah yang dilakukan. Tetapi apabila terlampau fanatik, apabila artis melakukan kesalahan atau dalam isu kembali tidak bertudung. Peminat terutamanya hardcore dalam Fan Club akan merestui, redha dan membenarkan tindakan tersebut.  Sepatutnya Fan Club juga mampu menjadi benteng untuk memastikan artis pujaan mereka kekal istiqamah. Artis tiada aura tanpa peminat. Jika majoriti ahli  fan club sendiri boikot, rasanya artis tersebut akan memikir banyak kali juga.
-  +Artis-artis yang telah ‘lama’  berhijrah perlu segera mendampingi artis yang baru berhijrah, termasuk mereka yang dilihat berjinak-jinak ke arah kebaikan. Mereka perlukan sokongan dan kekuatan.
-    +Kena sertai program-program keagamaan yang berkala seperti Usrah, kelas mengaji, kelas fardhu ain. Jika tidak, akan mudah “hanyut”. Sebaiknya artis lama atau rakan-rakan mempelawa dan sentiasa ajak mereka yang baru untuk bersama dalam program-program tersebut.

 Akhirnya, sama-sama kita saling mendoakan supaya Istiqamah di atas jalan Islam. Ayuh! Terus bekerja menyeru manusia kepada kebaikan. Semoga semakin ramai manusia yang kembali ke jalan yang benar.


#PermaiMenulis #hijrah #istiqamah #doa

Monday, November 05, 2018

Bersungguh lawannya sambil lewa

Musim penghujung sesi persekolahan, kebanyakan sekolah sudah meyelesaikan peperiksaan akhir tahun. Tinggal pelajar yang akan menduduki peperiksaan STPM dan SPM yang bakal menjelang.
Bila hendak menghadapi peperiksaan kebanyakan pelajar akan belajar dan membuat persiapan bersungguh-sungguh, tentunya inginkan keputusan yang cemerlang.
Akan ada pelajar yang mendapat nombor 1,2,3 dan biasanya akan menerima hadiah penghargaan.
Walaupun Kerajaan akan memansuhkan peperiksaan tahap 1 dan hanya berorientasikan pentaksiran dalam kelas.

Saya rasa mungkin akan datang, acara sukan sekolah pun tidak perlu dipertandingkan, kerana dibimbangi peserta yang kalah akan merasa tertekan. Amacam ?

Namun di sebalik kesungguhan para pelajar. Terdapat juga sebilangan pelajar yang tidak mengambil kisah pun dalam membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Mereka tak peduli nak cemerlang atau gagal. Dapat nombor terakhir dalam kelas pun tidak mengapa.

Begitu halnya manusia sebagai hamba Allah. Walaupun Allah telah menjanjikan pelbagai ganjaran, namun ada yang buat tidak kisah. Tidak bersungguh dalam membuat amal-amal.
Ini bukan soal akibat periksa dapat nombor tercorot dalam kelas. Tetapi buruk akibatnya jika tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan amal-amal. Termasuk melaksanakan taklifan dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Jom Ahsanu A'mala..

Link :



#PermaiMenulis #Ahsanuamala