Dulu-dulu, rumah kami di el-Kholusi menu utamanya ketika jamuan raya adalah laksa.
Memang tak dapatlah nak lengkap bahannya macam di tanah air, tapi kami tak merasa 'malu' untuk declare kepada sahabat handai yang menu rumah kami adalah laksa. huhu.
Spageti peranannya besar. Selain spageti makanan asal Itali tu, spageti juga diejas menjadi mee dan laksa. Mee goreng Mamak pun pakai spageti.
Ikan pula, chef kami Tuan Muhammad Arshad dibantu oleh Abu Mehdi dan jemputan untuk tolong memasak Saudara Hafizul hanya menggunakan ikan dalam tin sardin.
Tetamu rasmi yang makan laksa jadian tersebut tentunya Wan Abu Bakar dan Mohd Hasbullah Alberawi .
Laksa pun deme boleh bergaduh. Hantar jadi perisik kat Israel kang baru menangis. Menyamar buka gerai laksa kat sana. Amacam ?
Pokok mentega buahnya seperti epal, rasanya berlemak seperti mentega. Tak pasti mana dulu yang dinamakan dengan mentega. Pokoknya, buahnya, atau mentega yang majerin planta tuh.huhu.
Kemudiannya kami menjejak ke sungai Pahang Tua. Pahang Tua tentu lebih otai dan legen dari Pahang. Jangan main2 woo..
Sempena bulan Ogos bulan kebangsaan, moh kita menjejak warisan kita.
Kenangan dibawa bersarapan ke kedai makan Arabiata. Menu roti, Tokmiah, kentang, terung, kacang foul. Masa belajar dulu tak pernah merasa masuk kedai macam ini, huhu. Makan kedai beshe-beshe je, tapi menu sama je, haha. Dekat Malaysia terutamanya di Pahang payah nak dapat menu tokmiah ni. Kalau kat Mekah pun ada. Siapa-siapa berkesempatan buat haji dan umrah bolehlah pekena menu rare Mesir ni.
Sarapan bermenukan ikan sungai dan paya (ikan darat). Pagi ini ikan potok. Siapa pernah makan ikan potok. Ikan potok juga dikenal dengan ikan selat. Rupa ikan ini seakan ikan belida. Persamaannya kedua jenis ikan ini banyak tulang.
Sarapan nasi berlaukkan ikan haruan goreng. Biasanya pencari ikan haruan mereka yang baru lepas menjalani pembedahan. Sampai ada dijual pil pati ikan haruan.
Cuma kalam yang tak 'bes' berkaitan ikan haruan : Haruan makan anak.
Siapa nak makan ikan haruan jom ke Cafe Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis, Pahang.
Jika bertandang ke Jerantut, saya syorkan singgah merasa murtabak di Restoran Sayed Mohd Aziz. Roti canai pun ada. Sesuai jika nak mengeteh petang-petang.
Saya pilih menu Nasi goreng nibung. Menu istimewa di situ.
Dapatlah nasi goreng kunyit berlaukkan telur mata kerbau, udang dan sotong masak paprik, ayam goreng kunyit, kuah sup kosong dan bersekali dengan air sirap.
Paling menarik, ruang makan di tempat beratap tidak dibenarkan merokok. Saya memang 'tensyen' makan di kedai yang berlatarkan asap rokok memenuhi ruangan kedai.
Semoga kita semua cakna. Peniaga yang cakna dan pelanggan yang sensitiviti terhadap pelanggan yang lain.
Sarapan hari ini nasi lemak berlaukkan ikan Tenggalan masak tempoyak. Ikan Tenggalan liar dari sungai Jelai. Rasanya yang manis memang menggiurkan terutama bagi penggemar ikan sungai ori. Cuma kena berhati-hati ketika makan binbang tercekik tulang Y. Harga ikan Tenggalan agak mahal juga sekarang. Sekilo Rm 50-80. Sedapnya makan ikan sungai (air tawar) atau ikan paya (ikan darat) yang segar kerana ikan-ikan ini tiada 'ubat'. 'Ubat' untuk ikan tahan lama. Nak pula kalau beli dari orang kampung yang mencari sendiri di sungai dan paya. Saya pernah terbaca ada orang yang hanya membeli ikan darat di Pekan Sehari Temerloh, hanya kerana tidak mahu ikan yang ada 'ubat' .
Hari ini saya memilih menu nasi goreng pataya. Sambil makan teringat kenangan kali pertama saya memesan menu nasi goreng pataya.
Ceritanya semasa saya tingkatan empat, selalunya makan nasi lemak Rm 1.50 sepinggan dan minum air bandung segelas 70 sen di kedai makan 'Ranger' depan sekolah SMAI.
Suatu hari, senior tingkatan lima ajak makan nasi goreng pataya. Cuma pesannya kena bawa duit banyak sikit. 'Standby' RM 10.
Maka berjalanlah saya bersamanya ke kedai makan berhampiran dengan Pantai Selamat dan itulah kali pertama saya 'oder' nasi goreng pataya. Haha..
Anda bagaimana ? Bila kali pertama makan nasi goreng Pataya..
Alhamdulillah, Hari pertama berpuasa berbuka puasa di
Masjid Sultan Mahmud. Insya-Allah setiap hari akan disediakan juadah berbuka
puasa. Cuma tahun ini masih tak penuh lagi. Ada hari-hari yang masih kosong.
Sama ada ekonomi merosot atau ada yang masih tidak mendapat info untuk menaja
program berbuka puasa di masjid. Insya-Allah kami berusaha untuk memastikan
setiap hari sepanjang bulan Ramadan akan ada juadah berbuka puasa yang
disediakan.
Nak jadi cerita, ada seorang hamba Allah
yang tersalah faham. Bila kami lontarkan iklan penajaanberserta tarikh yang ingin dipilih. Hamba
Allah tersebut booking sampai lima
tarikh. Kami pun terkejut. Sebab kos tajaan mencecah RM 8,500.00 untuklima tarikh tersebut.
Sehari dua sebelum Ramadan, apabila kami
tanya semula barulah beliau faham. Rupanya dia ingat yang masjid mencari tukang
masak untuk berbuka puasa. Jadi beliau berminatlah nak masak. Tu yang sampai
lima tuh. Asalnya kami merasa lega, sebab dapat penaja. Rupanya salah faham.
“huhu”
Petang tadi kami jamu pelajar kelas SAR
KAFA Masjid Sultan Mahmud nasi arab. Kali ini makan dalam talam. Tentunya
pengalaman pertama bagi para pelajar makan dalam talam.
Begitu juga dengan beberapa ahli jemaah
masjid yang belum pernah merasa makan dalam talam.
Beria ambil gambar. Selepas solat maghrib
bercerita pada rakan jemaah lain yang tidak berkesempatan.
Lepas ini kita try buat untuk group
dewasa pula.
Saya banyak kenangan makan dalam talam
terutama ketika di Mesir dulu. Pernah satu rombongan pelancong dari Malaysia,
terdiri dari datin-datin dan puan hajah melawat tempat kami.
Kami jamu mereka nasi arab yang dihidang
dalam talam.
Kenapa talam ?
Selain nak bagi kelainan, sebab lain lagi
kerana tempat kami memang tiada pinggan. Stok talam yang banyak. “huhu”
Malam ini, alhamdulillah solat terawih
untuk malam pertama telah selesai. Imam terawih jemputan Masjid kami ialah “Abe
Yu” yang merupakan anak kepada Hj Che Soh, ahli jemaah masjid. Beliau sudah
banyak tahun menjadi imam terawih di sini.
Abe Yu sekarang tahun akhir di IAIN Medan. Dalam proses menulis tesis katanya.
Seorang lagi imam terawih jemputan
merupakan rakannya di IAIN. Saudara Zaki Sulis yang berasal dari Acheh. Baru
kali pertama sampai ke Malaysia untuk menjadi imam terawih di masjid kami.
Semoga sukses di sini.
Sebelum masuk waktu Isyak, Ada jemaah
mengadu yang aircond sejuk, minta
perlahankan. Tetapi kami (pegawai masjid) tak perlahan kan. Kenapa ?
Sebab ketika itu jemaah tak ramai lagi
datang. Proses nak sejukkan dewan solat pun memakan masa.
Akhirnya, ketika solat Isyak, ruang solat
telah dipenuhi oleh ahli jemaah. Biasalah malam pertama berterawih, memang
penuh la. Seronok imam tengok.
Bila dah ramai, nak kata sejuk tak sangat,
nak kata panas tak juga.
Pernah sebelum ini, ketika sebelum solat
jumaat, ada jemaah yang kompelin aircond
tak sejuk, panas. Sebab waktu tersebut baru sahaja buka aircond dan dewan solat
dalam proses untuk sejuk. Macam tak
biasa guna aircond pula.
Tapai berbungkus daun getah. Hidangan pagi di Cafe Masjid.
Jangan lupa asal usul. Sampai tak kenal makanan tradisi. Paling kurang kenal nama. Walau tak pernah merasa. Boleh buat misi merasa makanan tradisi. Asyik nak mencuba makanan jepun dan orang puteh sampai terabai makanan nenek moyang.."huhu".
Bagi orang muda mungkin tiada apa yang menarik berkenaan kedai ini. Tetapi kalau kita dengar cerita orang-orang lama, mungkin kedai ini ada kenangan buat mereka.
Suasana dalam kedai, "takde lah" selesa sangat.
Namun pelanggan tak putus-putus, terutamanya golongan veteran.
Saya terus pesan menu legend di restoran ini, iaitu nasi beriani.
Rasanya ?
Bagi saya tahap kesedapan mungkin berbeza bagi setiap orang. Sesuatu yang subjektif.
Tetapi kedai ini memang masyhur suatu ketika dahulu.
Agakan saya, mungkin kerana kedai makan ini telah beroperasi sekian lama semenjak tahun 60-an, dan tiada kedai lain yang menyediakan menu nasi beriani.
Sekarang, banyak kedai-kedai lain yang ada menu nasi beriani.