Showing posts with label Ziarah Hospital. Show all posts
Showing posts with label Ziarah Hospital. Show all posts

Tuesday, November 07, 2017

Makan di Kantin HOSHAS sangat sedap ?

Petang tadi, saya singgah ke kantin hoshas, hajatnya untuk makan malam. Tambahan pula hari hujan, senang makan siap-siap sebelum meneruskan perjalanan.
Tengok pada lauk pauk, hanya tinggal saki baki dua tiga jenis lauk tengahari tadi. Walaupun saki baki lauk sahaja (saya tak teringat nak tangkap gambar) namun masih ramai yang melihat-lihat menu yang dipamerkan. Ada yang meneruskan hasrat mereka dengan membeli lauk-lauk tersebut. Saya memutuskan untuk tidak jadi makan di situ.
Setiap hari kantin tersebut menjadi tumpuan. Bukan sahaja pelawat dan pesakit, termasuk juga staf hoshas. Saya rasa jualan harian mau cecah ribuan ringgit.
Namun servis yang kurang memuaskan termasuk hidangan lauk untuk makan tengahari sahaja memang mengecewakan.
Saya percaya rata-rata yang makan di situ bukanlah disebabkan tempat ‘feveret’ mereka, tetapi kerana tiada pilihan lain atau kata lainnya terpaksa makan di situ.
Staf hoshas yang sibuk dan ada kekangan waktu untuk makan di luar, waris pesakit yang tidak boleh lama meninggalkan pesakit menyebabkan mereka dengan redha makan di kantin.

Saya rasa para staf hoshas yang hampir setiap hari membeli makanan di situ, boleh mengemukakan cadangan mahupun pandangan terhadap perkhidmatan tender sekarang. Sama ada memuaskan atau tidak kepada pihak pengurusan. Harapnya pihak pengurusan mengambil berat perkara ini. Tetapi tak tau lah kalau mereka berpuas hati, saya je yang tak berpuas hati (belum cecah 20 kali makan di kantin hoshas). Maafkan saya ye.

Sudah pasti apabila tender dibuka, ramai kontraktor makanan yang mengambil bahagian. Maka yang dapat sepatutnya yang terbaik. Bukan kerana disebabkan isu yang lain seperti kroni dan lainnya. Jika tidak memuaskan alamatnya, tamat tempoh kontrak, tak merasa lah awak lepas ni. Tetapi kalau dapat juga, ada something wrong yang perlu diambil berat oleh semua pihak.

Cadangan saya, supaya makanan bukan hanya menu tengahari sahaja. Tetapi dipanjangkan sampai ke malam. Sebagaimana Hospital yang berpenghuni siang dan malam, Dr dan Misi yang bertugas sepanjang masa.
Jika semua syarikat yang masuk tender tidak mampu. Cadangan seposen saya, ambil sahaja tender kedai mamak yang buka 24 jam tu.
Berniaga di kantin bukan semata-mata untuk tokey dapat untung, pentadbiran dapat kemasukan. Atau pun sama seperti berniaga  di premis kedai makan yang lain.
Akan tetapi lebih utama dan kelainannya  ialah  dapat membantu mereka (client) yang memerlukan dan dalam kesusahan. Besar ganjarannya bagi mereka yang ingat akan akhirat.
Saya contohkan Pasaraya Giant. Pihak pengurusan  nak jaga, tarik dan pegang pelanggan. Jadi mereka mensyaratkan supaya peniaga-peniaga kiosk, kedai makan di dalam Giant untuk membuka dan menjalankan perniagaan pada setiap hari sehingga waktu malam.
Jika ada peniaga tersebut yang tidak berminat dengan syarat tersebut, tak perlu lah awal-awal dahulu depa beria nak minta berniaga di dalam pasaraya Giant. 

Hari ini di ruang legar Hoshas ada dibuka beberapa gerai jualan. Ada yang menjual pakaian, wallet, jam tangan dan lain-lain. Bagi saya itu hanyalah aksesori (tahsiniyat). Bukannya keutamaan (aula) berbanding isu tempat nak makan yang lebih diperlukan.


Saya berdoa semoga kantin dan tempat menjamu selera di Hoshas semakin memuaskan hati semua pelanggan.

Akhirnya malam ini saya makan malam di Kuantan. huhu.


#PermaiMenulis

Thursday, April 11, 2013

Berziarah ke Hospital Lipis




Kelebihan ziarah orang sakit.
Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini dapat mempereratkan lagi hubungan ukhuwwah sesama muslim dan silaturrahim sesama keluarga.
Amalan ziarah sesama Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar pada masa sakit sahaja. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar, sebagaimana sabda Baginda Rasulullah saw dalam hadis-hadis di bawah ini:


Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]


Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]


Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]


Semalam, Kami sempat menziarahi Sahabat kami, Farizal aka Feza di hospital Kuala Lipis. Kaki beliau dilanggar/lenyek forklift di tempat kerjanya. Kami doakan beliau cepat sembuh dan insyaAllah sempat keluar mengundi PRU nanti :)




 Akhi NorHerman aka Mamat

 bergembira dapat duduk di hotel free..katanya..
Kami bawa minuman Gulsan, made in Turkey..boleh dapatkan di Koperasi Masjid Lipis @ di Darul Qura' Muadzam Shah.


Gambar yang disnap oleh pesakit


Sunday, January 03, 2010

Ziarah ke Hospital Kuala Lipis

Bersempena tahun baru hijrah 1431H dan tahun baru masihi 2010, maka pihak pentadbiran masjid bersama ahli kelab penyokong Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis (Sahabat Masjid) telah meraikan pesakit di hospital daerah Lipis. Program bermula jam 5.30 petang dan beberapa wad telah dilawati iaitu wad lelaki dan perempuan untuk pesakit pembedahan, wad bersalin dan wad kanak-kanak. Para pesakit menerima sedikit sumbangan makanan serta bubur asyura'. Alhamdulillah program ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak hospital terutamanya para jururawat yang bertugas di wad-wad yang terbabit dengan lawatan. InsyaAllah program ini akan dijayakan lagi di masa akan datang dan program lawatan ini merupakan kali yang kedua setelah program lawatan ke wad kanak-kanak diadakan pada awal tahun baru 1430H yang lalu.
lawatan ke hospital 1430H yang lalu,
di Wad bersalin, kelihatan ibu muda selamat melahirkan bayinya melalui pembedahan
Katil tempat bersalin

Ahli rombongan bergambar kenangan bersama sister dan nurse.

Monday, February 02, 2009

PROGRAM ZIARAH KE WAD KANAK-KANAK HOSPITAL KUALA LIPIS


PROGRAM ZIARAH KE WAD KANAK-KANAK HOSPITAL KUALA LIPIS

TEMPAT : WAD KANAK-KANAK HOSPITAL KUALA LIPIS.

Sempena tahun baru hijrah 1430H, Pihak pengurusan Masjid bersama ahli kelab penyokong Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis telah meraikan pesakit di wad kanak-kanak Hospital Kuala Lipis. Para pesakit dari pelbagai kaum menerima sedikit sumbangan makanan dan bubur Asyura’. Di samping itu, pihak masjid juga dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan pihak hospital. Kerjasama dan sokongan dari ahli jemaah dengan pihak hospital terutama para jururawat yang bertugas di wad kanak-kanak tersebut amat menggalakkan dan insyaAllah program ini akan dijayakan lagi di masa yang akan datang.