Showing posts with label Lipis. Show all posts
Showing posts with label Lipis. Show all posts

Sunday, March 04, 2018

Mesyuarat Agong Perkim Lipis tahun 2018

Alhamdulillah hari ini 4 Mac 2018 telah berlangsung Mesyuarat Agong Tahunan Perkim Cawangan Lipis tahun 2018 kali ke 36.  Mesyuarat Agong bertempat di Bilik mesyuarat De Residen, Kuala Lipis.


Yuran tahunan Perkim hanya RM 2.00 
Jika ingin membayar yuran seumur hidup juga dialukan RM200, Bagi yang telah membayar yuran seumur hidup tidak perlu membayar yuran tahunan. 
Kebiasaan, ahli akan membayar yuran tahunan semasa hadir Mesyuarat Agong. 
Kelihatan saya di meja menunggu ahli Perkim membayar yuran tahunan.



 En. Amir Basha (berkopiah) selaku pemeriksa kira-kira

 Ustaz Abu Talib (baju biru), pesara Pengetua SMK. Pernah bersekolah Kulliah STASAB Pekan sekelas  dengan  mak saudara saya (Almarhumah Mak Teh Hawa)



Selfie dari En. Fazreen Lee 

Ada satu kerusi kosong.
 Kerusi kosong telah dipenuhi.


 Setiausaha, Pen. Setiausaha, Ketua Wanita Perkim dan Ajk 


 Pengerusi dan timbalan pengerusi tetap


 Ucapan penangguhan Pengerusi Perkim Lipis, merangkap Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis



Persiapan menjelang  MAT Perkim Lipis.

Insya-Allah Mesyuarat Agong Tahunan Perkim Peringkat Negeri Pahang akan dibuat di daerah Lipis. Tarikhnya pada 24 Mac 2018.

#Perkim #Lipis

Tuesday, November 28, 2017

Nak makan gulai ikan patin di Lipis

Bertandang di Daerah Lipis mesti nak cari kedai makan yang sedap.
Buat mereka yang mencari menu ikan sungai, 
Saya syorkan  makan di Azmi Stim. Lokasi di bandar baru. Pusing je ke bandar baru Kuala Lipis, insya-Allah jumpalah. Sebab bukannya besar pun bandarnya. huhu.
Kalau nak masak stim, moleknya call dulu. Kalau tak lama sikit kena menunggu.



 Ikan Kenerak

 Ikan patin

 Bersama Ustaz ZulRamli bin Mohd Razali menikmati juadah makan tengahari di Azmi Stim, Kuala Lipis.




#PermaiMenulis
#makan
#Lipis
#AzmiStim


πŸŽ‰ JOM BERCUTI DI MASJID' πŸŽ‰
πŸ—“Tarikh: 11-14 DISEMBER 2017
 (ISNIN-KHAMIS)
 πŸ•°Masa : 8.00 pagi-12.00 Tengahari
 πŸ•ŒTempat: Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis
 πŸ‘¨πŸ»πŸŽ“ Umur: 9-17 tahun
 πŸ”‘ Antara aktiviti yang Menarik akan dijalankan: 😍 😍
 πŸ‘‰πŸ» Pengukuhan Membaca Al Quran dengan mantap
 πŸ‘‰πŸ» Hafazan Surah Pilihan
 πŸ‘‰πŸ» Motivasi 
 πŸ‘‰πŸ» Bengkel Personaliti
 πŸ‘‰πŸ»Game Modul
 πŸ’° PROMOSI Yuran  ❗ : PERCUMA

Berminat??? Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut sila whatsapp/msg/call :

Monday, November 27, 2017

Naqib Usrah Nurani Radio Ikim Berceramah di Lipis

Hari ini berlangsungnya program anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Lipis di Dewan Residen Lipis. Program diadakan bersempena dengan Maulidul Rasul SAW. 
Aturcara dimulakan dengan bacaan selawat, persembahan nasyid dan sesi ceramah bersama Ustaz Zul Ramli bin Mohd Razali. 
Walaupun cuaca di luar dewan hujan, namun kehadiran peserta memberansangkan. 
Beberapa pesanan Ustaz Zulramli antaranya :
-Kerap berselawat. Para pimpinan di semua peringkat lazimi ajak anak buah berselawat.
-Tambah ilmu pengetahuan. 
-Berdoa kepada Allah.



Penceramah tidak asing lagi di daerah Lipis dan negeri Pahang. Beliau berasal dari Kampung Tembeling Jerantut. Popular dalam slot Usrah Nurani radio Ikim pada setiap petang jumaat sebagai Naqib Usrah. Beliau merupakan abang kepada Almarhum  Ustaz Rujhan. 

Persembahan nasyid dari Ustaz Hasan Basri. Beliau kini berkhidmat sebagai anggota tentera. Merupakan Johan Qari ATM Peringkat Kebangsaan. Beliau merupakan adik kepada pelakon Razak Ahmad.

 Persembahan nasyid dari Ustaz Termizi Ishak. Beliau merupakan Johan Qari peringkat Daerah Lipis tahun 2017 dan akan mewakili daerah Lipis ke peringkat Negeri.


 Semoga Ustaz dikurniakan kesihatan untuk terus gigih menyebarkan dakwah.




 Al-Fadhil  Qadhi Daerah Lipis, Ustaz Abu Bakar Ismail menyantuni Ustaz ZulRamli  sebelum menyampaikan ceramah. Turut hadir YH Dato' Abu Jimi Samat, Ketua Ahli Majlis Daerah Lipis.



 Para hadirin hadirat tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan al-Fadhil Ustaz ZulRamli. 



#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil
#MaulidulRasul
#Lipis


Jom isi cuti sekolah dengan sertai program di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis



Friday, March 10, 2017

Nasik Lemak Seringgit di Lipis



Pagi tadi selepas solat subuh di Masjid Negeri 1888, saya bersama Afis meronda ke tempat yang dikatakan ada menjual nasik lemak seringgit. Tapi  kawasan tersebut masih bergelap dan tiada sesiapa pun di situ.

Alang-alang dah sampai ke situ, kami lajak lagi ke depan singgah makan roti banjir di Madeena Bistro.

Selepas bersarapan yang dibelanja oleh seorang hamba Allah, semoga Allah murahkan rezeki beliau, kami lalu semula ke tempat nasik lemak seringgit, Fullamak banyak kereta berhenti di situ. Kami pun ambil peluang membeli sekali nasik lemak seringgit. Kata orang pukul 7.30 pagi gerai dah tutup sebab nasik lemak dah habis. Fuhh. Alhamdulillah  akhirnya pagi ini saya berkesempatan membeli nasik lemak seringgit sebungkus.

Zaman harga minyak melonjak naik, mana nak dapat makanan murah? Tapi tak mustahil sebab masih ada yang menjual nasik lemak seringgit sebungkus. Rasa pun sedap, hirisan telur pun ada, sambal ada, ikan bilis goreng pun ada weh. Tabik la pada  Brader dan Sister yang berani menjual nasik lemak seringgit. Semoga rezeki mereka melimpah ruah.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan nasik lemak seringgit, boleh datang ke gerai jualan mereka berdekatan dengan kedai MDL di tapak Petanque Kuala Lipis. Kena datang awal area pukul 7 pagi. Lewat..  tak merasa lah demeh.

#PermaiMenulis
#PermaiDiHati
#CatatanImamKecil


Tuesday, November 18, 2014

Liqa' Guru Takmir Daerah Lipis

Pada 13 November 2014 telah diadakan perjumpaan buat semua guru takmir daerah Lipis bersama Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Lipis (PPMD) bertempat di Pusat Dakwah Sungai Kerpan.
Antara taklimat yang diberikan ialah elaun yang dibayar oleh JAKIM  kepada guru takmir adalah untuk 11 bulan sahaja, bermula dari bulan 1 sehingga 11. Elaun adalah berjalan semasa bulan Ramadhan. Masalah yang timbul adalah hampir kesemua kelas takmir tidak  dijalankan dalam bulan Ramadhan, sudah menjadi kelaziman di negara kita, waktu pengajian takmir adalah selepas maghrib dan dalam bulan Ramadhan boleh dikatakan hampir kesemua masjid dan surau menangguhkan sesi kuliah maghrib.

Dalam pertemuan ini juga, diadakan mesyuarat kecil untuk semua ajk unit-unit 'persatuan' guru takmir daerah Lipis. Saya berada dalam unit dakwah, dan ketua kami begitu bersemangat membentangkan cadangan kertas kerjanya. Seperti program menyembelih, kursus jenazah dan kursus tahsin al-Quran. 








Tuesday, December 10, 2013

Menjadi Fasilitator

Kebiasaan di seluruh negara pada masa cuti sekolah, pelbagai agensi akan menganjurkan program dan aktiviti kepada para pelajar khususnya. Antara yang biasa kita dengar seperti program Kem Anak Soleh, Kem al-Quran, Smart Solat dan pelbagai lagi.

Baru-baru ini saya turut menjadi fasilitator kepada program KEM BESTARI SOLAT yang dianjurkan oleh CCRC Benta (PUSPEN/ Pusat Serenti). Kelainannya para peserta hanya kepada pelatih di pusat ini sahaja. 

Ketika sesi sedang berjalan, mereka lengkap berkopiah putih, berbaju Tshirt seragam. Ada yang masih muda belia dan ada yang sudah berumur.
Selesai program, ada peserta yang sudah agak berusia berkata kepada saya ketika bersalaman 'doakan ana'.. dan kemudiannya berbual dengan menggunakan kata ganti diri 'ana'.
Semoga semua pelatih CCRC kembali insaf dan meninggalkan tabiat lama mereka..insyaAllah.



Penghujung tahun 2013, Majlis Ugama Islam (MUIP) cawangan Lipis telah menganjurkan kursus tahsin azan dan al-Fatihah kepada para bilal dan siak seluruh daerah Lipis. Saya telah ditaklifkan untuk menjadi pengisi kepada slot tahsin al-Fatihah. Alhamdulillah ramai peserta yang menguasai kaedah dan teknik bacaan al-Quran, namun masih ada yang sangat lemah sehingga dipertikaikan oleh masyarakat setempat. Kepada mereka yang masih merasa lemah dan kurang pandai berkaitan ilmu dan kaedah bacaan al-Quran, dijemput hadir bertalaqi ke kelas pengajian al-Quran yang dianjurkan pada setiap isnin-jumaat di Masjid Sultan Mahmud. Kelas dibimbing oleh Guru Hafiz Masjid Daerah yang dibiayai oleh MUIP.

Thursday, March 14, 2013

Tilawah Peringkat Daerah Lipis

6 Mac program Majlis tilawah al-Quran peringkat daerah Lipis telah dijayakan. Saya bersembang dengan orang-orang lama, mereka menyatakan majlis tilawah sekarang tidak semeriah dan serancak dahulu. Menurut mereka, zaman dahulu pertandingan tilawah dilaksanakan bermula di peringkat kampung, mukim kemudian johan di peringkat kampung akan bertanding di peringkat daerah.

Kini suasana itu sudah tiada, setiap kali  majlis tilawah akan diadakan, puas penganjur mencari-cari peserta. Tiada lagi pertandingan di peringkat kampung, Walaupun penganjur meminta Tok Penghulu atau Tok 4 menghantar wakil..tetapi tiada respon balas dari mereka. Ada tok 4 yang kata pihak penganjur tidak membuat hebahan yang meluas, Orang ramai tidak tahu dsb...

Namun majlis berjaya dilaksanakan, walaupun peserta tidak ramai.  Tahniah buat muka-muka baru yang masih muda  mengambil bahagian. Insya Allah mereka akan menjadi pelapis kepada qari-qari veteran yang tidak layak untuk masuk bertanding kerana peraturan pertandingan ada menghadkan umur peserta.   
Semoga dengan majlis ini, semakin menimbulkan kecintaan kita untuk mempelajari ilmu al-Quran..insyaAllah. 
 Penonton boleh turut sama membaca kerana ayat al Quran dipaparkan di skrin.
 Kerusi VIP yang kosong, Kalau program pemberian bantuan kadang-kadang penganjur kena tambah lagi kerusi VIP. 
 AF Qadhi menyampaikan ucapan perasmian.
Pengerusi Jemaah Hakim (Ustaz Razuan Jamal, bekas johan Qari Negeri Pahang) membacakan keputusan. Kelihatan Tuan Jurutera Daerah (berbaju melayu merah muda)

Tuesday, June 26, 2012

Berjumpa dengan warga SMJK


Pagi semalam saya dijemput membuat sedikit pengisian berkaitan Isra’ Mikraj di sebuah sekolah di Lipis. Menariknya sekolah tersebut Sek. Men Jenis Keb. Chong Hwa ialah sekolah jenis kebangsaan Cina. Tetapi program Isra’ Mikraj ini hanya kepada pelajar muslim sahaja. Pelajar Muslim dari tingkatan 1 sehingga 5 hanya seramai 25 orang. Jadi pengisian saya hanya tertumpu kepada 25 orang pelajar ini sahaja. Pentadbir sekolah (Pengetua & GPK) berbangsa Cina, namun guru-guru majoritinya orang melayu yang beragama Islam. Walaupun guru ramai beragama Islam, tetapi murid lagi ramai yang bukan beragama  Islam. Peluang baik juga untuk guru berdakwah kepada anak murid. Masalah utama di sekolah ialah makanan di kantin bukan dimasak oleh orang Islam, guru-guru biasanya membeli makanan di luar. Bagi pelajar muslim pula pandai-pandailah nak hidup. Cuma menyedihkan.. ada juga yang selamba sahaja beli dan menjamu salera di kantin non muslim tersebut. Berbalik kepada program saya tadi, saya berasa gembira juga sebabnya memberi pengisian kepada 25 orang pelajar sahaja, senang dan mudah nak control. Program berakhir dengan jamuan makan yang makanannya dimasak secara pakat-pakat oleh para guru. Syabas kepada SMJK(C) kerana berjaya mengadakan program berbentuk keagamaan..mudah-mudahan syiar Islam semakin berkembang luas.



Malam semalam pula, selepas solat Isya’ , sesi kelas hafazan berjalan di Masjid Sultan Mahmud. Mengimbas kembali tiga tahun lepas, untuk pertama kalinya dalam sejarah masjid Sultan Mahmud, kelas hafazan dijalankan di masjid. Sebelum daripada ini hanya kelas mengaji dan belajar tajwid sahaja. Namun setelah cuti pada  bulan Ramadhan bersambung pula dengan syawal.. kelas hafazan tersebut terus bercuti. Awal tahun 2012, kami telah bercadang semula untuk menghidupkan kembali kelas hafazan namun perjalannya sangat sukar. Sehinggalah bulan Jun barulah kelas ini dapat beroperasi semula. Saya mengharapkan kelas ini dapat berjalan lancar InsyaAllah…   

Awal bulan ini juga, Kelas pengajian muslimat (untuk guru-guru al-Quran asrama) yang berjalan pada setiap pagi khamis dan jumaat di masjid Sultan Mahmud terpaksa 'dibubarkan'. Kelas yang telah lama berjalan hampir 8 tahun ini dibimbing oleh Ustaz Abdul Rahman Ngah (Beh Bedu), sehinggalah pagi khamis (pukul 7 lebih) Ustaz Abdul Rahman dipanggil bertemu menghadap ilahi. Anak murid yang ditinggalkan oleh Allahyarham sangat ramai, kerana beliau begitu komited mengajar agama ke merata-rata tempat. Setiap hari hidup beliau dipenuhi dari pagi sehingga malam dengan mengajar Agama.. sama-sama kita doakan mudahan roh Allahyarham bersama dengan para syuhada' as solehin..InsyaAllah.

Kenangan ketika jamuan hari raya (mac 2010) kelas pengajian Ustaz Abd Rahman. Allahyarham (kiri sekali). Kelihatan AF Qadhi Daerah Lipis (sekarang menjawat Imam Besar Masjid Negeri) sedang menyampaikan ucapan.