Saturday, March 25, 2023

Rehat itu perlu

Driver bila lelah, perlukan rehat.
Jangan paksa diri.
Kerana,
Segagah mana pun kita,
Tetap perlu rehat.

Zaman sekolah, antara waktu yang dinanti dalam jadual adalah waktu rehat.
Kat highway pun disediakan RnR.

Sama juga dalam amal ibadah.
Pulun tetap pulun. Tapi ada masa rehatnya.
Rehat untuk bina stamina baharu.
Supaya amal seterusnya akan berkualiti.



#amal #rehat #PermaiMenulis

Monday, March 20, 2023

Selamat menyambut Hari Polis ke-216

Selamat menyambut Hari Polis ke-216 terutamanya kepada rakan-rakan polis.
Tema " Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada" memang sangat relevan dan sebenarnya bagi saya telah pun dipraktikkan oleh rakan-rakan polis.
Sambutan Peringatan Hari Polis yang disambut setiap
25 Mac setiap tahun telah diawalkan pada tahun ini bagi menghormati bulan Ramadan yang bakal tiba pada 23 Mac 2023.
Moga terus maju jaya.






#polis #haripolis #PolisDirajaMalaysia #PermaiMenulis #Pahang