Wednesday, July 31, 2019

Pembaca kanak-kanak pertama di Pahang


Pada tahun 70an (1975), Seorang kanak-kanak yang bernama Mohamed Shukri Hadafi Aziz, boleh membaca dengan lancar ketika usianya baru 4 tahun. Shukri merupakan anak kepada Aziz Kechik, seorang peneroka di Felda Jengka 12, Pahang.  (NST, 1987).

#PermaiMenulis #Tahukah #InfoPermai #baca

Wednesday, July 24, 2019

Merpati yang dapat nama

Tak pasal-pasal burung merpati dapat nama. Bukannya kilang atau bahan kimia. Maka saya buatlah satu video berkaitan dengan kisah merpati. Jom tengok semoga bermanfaat.



#PermaiMenulis #merpati #PermaiBerkata


Tuesday, July 23, 2019

JENAZAH YANG PERTAMA GUNA KERANDA

Jenazah pertama yang menggunakan keranda dalam Islam ialah suami Asma' binti 'Umais. Asalnya beliau pernah melihat di Habsyah jenazah dibawa dalam keranda. Adapun Jenazah muslimat yang pertama dibawa dalam keranda ialah Ummul mukminin Sayyidatina Zainab.
Di tempat kita, jenazah biasanya dikebumikan bersama keranda jika sukar untuk dibuat liang lahad. Mungkin jenis tanah perkuburan tersebut berpasir atau berair.

#PermaiMenulis #jenazah #keranda #ingatmati #info

Lauk ikan potok



Sarapan bermenukan ikan sungai dan paya (ikan darat). Pagi ini ikan  potok. Siapa pernah makan ikan potok. Ikan potok juga dikenal dengan ikan selat. Rupa ikan ini seakan ikan belida. Persamaannya kedua jenis ikan ini banyak tulang.
#PermaiMenulis #ikan #selat #potok

Makan berlaukkan Ikan Haruan



Sarapan nasi berlaukkan ikan haruan goreng. Biasanya pencari ikan haruan mereka yang baru lepas menjalani pembedahan. Sampai ada dijual pil pati ikan haruan.
Cuma kalam yang tak 'bes' berkaitan ikan haruan : Haruan makan anak.
Siapa nak makan ikan haruan jom ke Cafe Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis, Pahang.
#PermaiMenulis #Makan #haruan #masjiddaerah #masjidsultanmahmud #lipis #pahang #sarapan

Sunday, July 21, 2019

Kezaliman pertama yang dilihat Ibnu Battutah

Cerita Ibnu Battutah : Perbuatan zalim yang pertama kali dilihatnya ialah ketika Amir Kerajaan Muwahhid merampas harta wasiat sebanyak 3000 dinar emas yang perlu diserahkan oleh pemegang amanah  kepada penerima-penerima yang telah diwasiatkan oleh pemiliknya.
Muwwahhid asalnya adalah pergerakan politik yang diasaskan oleh Muhammad Ibn Tumart yang mendokong mazhab tauhid salaf. Kemudian kumpulan ini merujuk kepada kaum Hafsi yang memerintah Tunis.

Kezaliman telah berlaku sejak dulu. Cuma versi dan wataknya yang berbeza. Mereka yang zalim pasti akan menerima balasannya. Adapun mereka yang dizalimi doa mereka tiada hijab.

#PermaiMenulis #sejarah #IslamMemimpin #Travel #IbnBattutah #tokoh

Friday, July 19, 2019

Karya sulung Hamka

Karya sulung Dr Hamka berjudul Khatibul Ummah (1925). Tulisan kedua bertajuk Si Sabariah (1928). Keduanya ditulis dalam tulisan jawi. Atau disebut juga dengan huruf melayu.

#PermaiMenulis #sejarah #tokoh #hamka #jawi #bahasamelayu

Tuesday, July 16, 2019

Datang ke Raub untuk buat Angkor Wat

Angkor Wat yang terletak di Kemboja dibina pada abad yang ke 12. Asalnya sebuah kuil hindu sebelum bertukar kepada Budha.
Tahukah bahawa Raja Suryavarman II telah membawa 700 ekor gajah untuk membeli emas di Raub, Pahang bagi tujuan pembinaan Angkor Wat yang bersejarah itu.

#PermaiMenulis #SejarahPahang #PermaiCare

Monday, July 15, 2019

Berjalan kaki ke Perkim Lipis



Perkim sebuah NGO yang telah lama bertapak di negara kita. Kalau pun ada yang masih tak tahu fungsi Perkim secara 'detail', paling "koman" sekurangnya pernahlah dengar nama PERKIM.

Pada kesempatan ini, saya sertakan video 'berjalan kaki' ke pejabat Perkim daerah Lipis. Bila berjalan kaki seperti ini, terkenang zaman belajar dahulu. Setiap hari lebih dari 5km berjalan kaki. Bagus untuk kesihatan, sampaikan pihak Kesihatan buat program 10 000 langkah. 
Jom biasakan berjalan kaki. Jangan biasakan nak 'relax' naik kereta motor sahaja. Kedai dan masjid dekat rumah pun naik motor. Kalau malas sangat nak jalan kaki, kayuh basikal pun ok. kan..

#PermaiMenulis #jalankaki #langkah #derap #Perkim

Perjalanan Lipis ke Batu Sembilan






Rutin kuliah maghrib di Masjid Kampung Batu 9, Kuala Lipis. Mengisi ruang dan masa berkongsi dengan penduduk di sana. Bukanlah sepandai mana. Tetapi jika menggunakan alasan 'tak pandai' 'tak reti' 'belum bersedia', maka sampai bilakah ? Silap-silap ajal menjelang dulu.


  أصلح نفسك وادع غيرك


https://youtu.be/wJOF7yWamL8

Perbaiki diri dan dalam masa yang sama seru pada manusia yang lain. Insya-Allah kita akan bersedia demi Islam.

#PermaiMenulis #Bt9 #Perjalanan #Dakwah



Wednesday, July 10, 2019

Cerita Kuarters Imam



Beberapa tahun lepas, tanah runtuh menimpa rumah kami, kuarters masjid Sultan Mahmud. Dinding rumah yang diduduki oleh Bilal Zarimi runtuh ditimpa bukit. Rumah saya masih boleh diduduki walaupun apabila buka tingkap terus nampak tanah rapat ke tingkap seperti dinding.

Peruntukan baik pulih mohon dengan Jabatan masih tak dapat. Bilal terpaksa berhijrah ke kuarters Bukit Kerani. Saya kekal di situ. 
Cuma antara masalahnya apabila hujan lebat, laluan air tersekat menyebabkan air masuk ke dalam rumah saya. Dah seperti banjir kilat. Bila cerita ke orang lain semua akan pelik, sebab rumah di atas bukit, macam mana pula boleh banjir. 

Kalau hidupan lain memang ada, ular, biawak, tikus, katak menumpang sama di rumah saya. Kerana tanah bukit terus bersambung dengan rumah. 

Akhirnya, Qadhi memutuskan untuk mengupah orang mengorek tanah secara kampung. Kami bayar beransur-ansur. 
Tukang korek tanah siap sebut lagi,  tak sesuai dah imam tinggal di situ. Mungkin jika saya menjadi pegawai channel lain seperti PTD, JD atau selainnya mudah nak dapat peruntukan berbanding sebagai imam yang menjaga rumah Tuhan. 
Bertabah dan bersabarlah. Selepas hujan turun cahaya pelangi bersinar cukup indah.

#PermaiMenulis #kuarters #imam

Tuesday, July 09, 2019

Kuih Donat di Simpang Lubuk Kawah


Gerai Kampung biasa-biasa sahaja. Tapi ada pelbagai jenis donat di sini. Bolehlah singgah, sebelum masuk highway Temerloh.

#Donat #temerloh 

Saturday, July 06, 2019

Madrid asalnya Majrit

Sepanyol terkenal dengan Kelab-Kelab gergasi bola sepak yang mampu membayar elaun (gaji)  pemainnya dengan nilai yang cukup tinggi.
Antaranya Kelab Real Madrid yang berpusat di Madrid.
Tapi tahukah kita dari mana asalnya nama Madrid.
Madrid asalnya dari al-Majrit (dalam bahasa arab bermaksud saliran air). Ketika umat Islam mentadbir Andalus, mereka memajukan bandar  dan membangunkan sistem bekalan air ke rumah-rumah  dan sistem  pembetungan.
Begitulah hebatnya Islam mentadbir. Jom bersama Islam.

#PermaiMenulis #madrid #majrit

Friday, July 05, 2019

Selamat Berehat Ustaz Hany Mostafa




Saya tidaklah mempunyai banyak kenangan dan pengalaman bersama almarhum Ustaz Hany. Semasa saya bersekolah di SMA Al-Ihsan selama dua tahun (1999-2000) Ustaz Hany tidak mengajar kelas saya. Hanya mendengar  beliau berucap di perhimpunan. Sekali sekala bertembung di kawasan sekolah. Pastinya beliau pantas memberikan senyuman yang ceria dan menjawab salam.

Ketika saya menjadi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), saya pernah menjadi driver membawa teman-teman Mesirnya dari MTNP ke rumah beliau. Dengan menaiki kereta kancil pinjam, saya bersama dengan tiga orang Mesriyyun yang tegap-tegap menuju ke rumah Ustaz Hany.
Sampai di rumah, beliau mengajak sekali saya bertamu di rumah 'bujang'. Dihidangnya air Syai (Teh O) berserta bekas gula. Isi sendiri gula sesuai dengan citarasa sendiri. 

Semoga Ustaz Hany Mostafa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para salafussaleh di syurga. Amin.

#Takziah #UstazHany #Jaip #Sman #PermaiMenulis  #SeputarMemoriSilam

Wednesday, July 03, 2019

Fun Run di Masjid Sultan Mahmud

Hari ini Kelab Malaysiaku mengadakan program Fun Run bersama Pejabat Penerangan Daerah Lipis. Mereka turut membuat khidmat sosial dengan bergotong royong di Masjid Sultan Mahmud
Johan pertandingan Fun Run SMK Cliford, naib johan Sma Padang Tengku. 
Antara ucapan perasmian yang disampaikan oleh Pegawai PPD Lipis, Cikgu Amin berpesan supaya pelajar belajar komunikasi, beradab sopan, memberi salam, belajar rajin-rajin dan jangan tinggal solat.











#PermaiMenulis #Penerangan #funrun #malaysiaku

Monday, July 01, 2019

Pahang Dar-al-Islam

Pahang bukan hanya terkenal dengan pasukan bola sepak yang dijoloki dengan nama skuad Tok Gajah.
Tok Gajah yang merujuk kepada pahlawan Tok Gajah  yang bangkit menentang penjajah bersama sahabatnya yang lain seperti Dato' Bahaman dan Mat Kilau.
Namun Pahang suatu masa dahulu pernah terkenal dengan Dar al-Islam. Undang-undang Pahang  diperkenalkan pada tahun 1592M yang mempunyai 68 fasal. 42 fasal adalah merujuk undang-undang fiqh mazhab Syafie.




#PermaiMenulis #Pahang #DarIslam #sejarah #kanunpahang

Hamzah Fansuri pelopor Syair Melayu




Pernah dengar nama Hamzah Fansuri? Bagi yang melayan Radio Ikim  pasti 'macam pernah dengar'. Depa ada  menyiarkan syair yang digubah oleh Hamzah Fansuri. Kalau harap nak baca sendiri syair, entah bila.
Hamzah Fansuri dikenal dengan bapa sastera melayu moden yang mempelopori syair melayu. 
Moden-moden pun, penulisannya dalam tulisan jawi ye.


#BahasaMelayu #PermaiMenulis #jawi #syair #moden

Murtabak Jerantut


Jika bertandang ke Jerantut, saya syorkan singgah merasa murtabak di Restoran Sayed Mohd Aziz. Roti canai pun ada. Sesuai jika nak mengeteh petang-petang.