Saturday, October 31, 2020

Makan malam di Lipis dengan Ustaz Nafiri





Makan malam bersama Al-Fadhil Ustaz Nafiri di kedai Boys Lipis. Ustaz Nafiri sebaya dengan ayah saya. Kenangan semasa zaman sekolah rendah, Ustaz dari Kampung Machang Manis akan mendayung perahu menyeberang Sungai Pahang dan saya dengan motor Honda Cup 70 lampu bulat akan menunggu ustaz di jeti Kuala Kerdau.

#PermaiMenulis #GengPermai #makankatmana

Penulis buku Introvert

Borak-borak bersama Ustaz Muzil Ne'mat, Pegawai Majlis Ugama Islam Pahang yang menjadi orang kuat dalam hal ehwal Masjid dan surau di seluruh Negeri Pahang.

Sembang berkisar generasi muda yang akan mengisi kelompongan yang ditinggalkan oleh mereka yang terdahulu.

Beliau ada menulis buku yang berjudul Hai Saya Introvert. Boleh dapatkan buku tersebut, lain dari yang lain. Tak percaya ?
Kenalah baca dahulu.




#PermaiMenulis #Buku #HaiSayaIntrovert #makan #minum

Wednesday, October 28, 2020

Minum di Benta


Gambar minum bersama Ustaz Zainuddin din RnR Benta.

Bersahabatlah dengan orang yang baik-baik. Moga kita juga menjadi baik.
Semalam Ustaz Idris Ahmad menulis dalam Catatan Dhuhanya : "mengeratkan hubungan sesama manusia melalui ziarah, bertanya khabar dan sering berhubung antara satu sama lain".

Sabda Rasulullah SAW :

مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً

Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim ]

#PermaiMenulis #GengPermai #minum #benta

Tuesday, October 27, 2020

Bersama Pelanggan Pejabat Agama Islam Lipis

Hari bersama pelanggan anjuran unit Undang-Undang Keluarga Jaip & Paid Lipis. Antara yang hadir wali hakim (tok naib), dan mereka yang mempunyai urusan di Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah.



https://youtu.be/3EQtuq8Q_tY

#PaidLipis #jaip #uki #lipis #pahang #pelanggan #mahkamah #makanmakan

Friday, October 23, 2020

Racun dari penjajahan barat

Kesan dari penjajahan Barat, melahirkan masyarakat yang terpukau dengan tamadun dan kemodenan Barat. Hasilnya pemikiran turut terjajah.
Bagaimana minda orang Islam yang lebih bercita-cita untuk belajar di Institusi pengajian di Barat berbanding di negara umat Islam.
Mereka yang lebih memandang tinggi kepada lulusan dari Barat berbanding lulusan yang mengaji agama yang pada mereka tidak diiktiraf.
Begitulah kesan racun dan virus yang ditinggalkan penjajah.
Justeru bersama kita menjaga negara mengikut acuan Islam. Bersama Islam pasti sejahtera.

Link :
http://t.me/azraie_menulis
https://twitter.com/Azraie_Permai

#PermaiMenulis #Islam #sejahtera

Luruskan Umat

Jangan jemu menyebarkan kebaikan demi untuk 'meluruskan' umat manusia dek kerana merasakan diri tidak layak dan belum cukup baik.



*Suasana ketika solat jumaat di Masjid Sultan Mahmud

#PermaiMenulis #sebardakwah #baik #GengPermai

Saturday, October 17, 2020

Makan Ikan Sungai segar di Janda Baik

Suasana di Resort Anjung Janda, Kampung Janda Baik yang menenangkan. Bolehlah kalau siapa-siapa nak menulis sajak, puisi, skrip, makalah bla bla.
Lagi bes, siapa ada jala, bolehlah menjala. Ada rezeki dapat juga ikan sungai. Boleh terus goreng buat lauk makan hari itu. Memang fresh.

Nikmat apa lagi yang ingin didustakan.

Bersama kita menjaga alam yang Allah anugerahkan. Pelihara sungai dari pencemaran. Jangan sebab nak kaya cepat, habis hutan ditarah.

https://youtu.be/nULppIYi55Q

#PermaiMenulis #jandabaik #anjungjanda #ikan #sungai #alamsekitar #kasa

Friday, October 16, 2020

Bacaan Surah al-Kahfi setiap hari jumaat

Hari jumaat rini ! Moh kita sesama baca surah al-Kahfi. Tak dapat baca banyak, baca 10 ayat awal dulu.. pastu tambah la sikit deni sedikit. Akhirnya tak sedar dah ngapal seme ayat dalam surah Al-Kahfi.

https://pahangmedia.my/imarah-jumaat-dengan-bacaan-surah-al-kahfi/


#GengPermai #PermaiMenulis #jumaat #alquran

Wednesday, October 14, 2020

Pahang Berdoa di Masjid Sultan Mahmud




Program Pahang Berdoa diadakan secara serentak di seluruh negeri Pahang, memohon doa ke hadrat Allah SWT agar kita semua yang berada di Negeri Pahang khususnya , Negara Malaysia dan dunia amnya dijauhkan dari wabak penyakit covid19 dan lain-lain. Semoga Allah memberkati program kita dan memperkenankan doa kita. Amin.

#PahangBerdoa #MasjidSultanMahmud #KualaLipis #Jaip #Paid #PahangCakna #Pahang1st #MajuTerusPahang #Covid19 #GengPermai #PermaiMenulis


https://youtu.be/Az8R-Xt25-s

Monday, October 12, 2020

Mesin Taip

Saya terlihat video berdurasi pendek, seorang pakcik menaip di bonet kereta, katanya di Pejabat Tanah Marang.
Tentu ramai generasi kini yang tidak berkesempatan bernostalgia dengan mesin taip ini.
Kalau nak jumpa, mungkin boleh pergi menjejak penaip 'freelance' di perkarangan pejabat tanah atau di mahkamah.

Seingatnya, saya sempat dengan dua buah mesin taip kepunyaan ayah. Yang kedua itu, mesin taip "seken" dibeli di kedai dalam pasar Temerloh (pasar lama yang kini telah dibina deretan bangunan kedai yang baru).
Di kedai yang sama juga, ayah pernah membeli mesin gelek seken juga. Mesin gelek biasanya cikgu sekolah dulu-dulu, biasa mengendalikannya terutama ketika menjelang peperiksaan.
Ketika ayah menyambung pengajian di peringkat Sarjana (MA), awalnya membawa bersama mesin taip tersebut. Tetapi tidak 'dibenarkan'. Lalu belilah mesin taip elektronik dan kemudiannya komputer (pc). Itupun sebuah komputer berkongsi 4-5 orang.

Masa dan zaman berubah.
Sekarang orang telah beralih dari komputer yang berat kepada laptop. Laptop pun dah semakin jarang guna. Lebih pantas menggunakan gajet seperti handphone dan tablet.

Walaupun mesin dan alat untuk menulis telah berubah. Namun tulisan yang ditinggalkan tidak sewenangnya diubah. Terus mekar menjadi hasil karya yang bernilai di sisi mereka yang menghargainya.
Buku lama (kitab kuning) yang bertuliskan ejaan jawi lama terus ditelaah. Walaupun ada penerbit yang memberi nafas baru dengan merumikannya kerana ramai yang tidak mahir membaca jawi, namun mereka berusaha sehabis baik mengekalkan keaslian gaya bahasa penulis asal.

Jom menulis !



* Gambar hasil ketukan typewriter ayah semasa beliau menuntut di peringkat  Sarjana Muda (BA). 

#PermaiMenulis #mesintaip #kenangan 

Saturday, October 10, 2020

Selamat Hari Pos Sedunia

Selamat Hari Pos.

Bayangkan.
Jika semalam khidmat pos ada dan berjalan lancar. Tiba-tiba keesokannya bermula hari tanpa khidmat Pos, pasti ramai yang akan terkesan, termasuklah saya.

Zaman kini, lebih mudah dan cepat membeli belah secara atas talian. Harga pun lebih murah.
Barang-barang yang dibeli tentunya menggunakan khidmat pos untuk sampai ke tangan pembeli.

Selain dari khidmat Pos Malaysia, terdapat pelbagai lagi syarikat kurier, antara yang biasa menghantar barang yang saya beli seperti Ninja Van dan JnT.

Siapa kata, kerja posmen mudah ?
Semasa kecil, saya ada membaca kisah kura-kura mencari kerja.
Ketika menanya-nanya, Kebetulan Kura-Kura bertemu dengan monyet yang dalam perjalanan hendak menghadiri temuduga menjadi posmen.
Kura-Kura terus berminat untuk menjadi posmen.
Akhirnya kedua-duanya diterima bekerja menjadi posmen. Hari pertama bekerja, monyet dapat menghantar kesemua surat yang dibahagikan kepadanya. Manakala sehingga lewat petang kura-kura hanya berjaya menghantar satu surat sahaja.
Pendek cerita, Kura-kura terpaksa berundur dari menjawat sebagai posmen.
Ibrahnya bukan semua yang layak dan sesuai untuk menjadi warga kerja pos.

Semoga warga kerja yang terlibat secara langsung dengan khidmat Pos terus maju jaya. Pekerjaan kalian sangat mulia, secara tak langsung membantu memudahkan urusan orang ramai.





#PermaiMenulis #pos #haripos #sedunia

Wednesday, October 07, 2020

Kak Cah Khatam Al-Quran

Diriwayatkan dari Saidina Usman RA, Sabda Rasulullah SAW :
خيركم من تعلم القران وعلمه
Sebaik-baik orang dalam kalangan kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Subuh tadi, Kak Chah Khatam mengaji dengan kami. Lama tak lama, 12 tahun mengaji dengan kami. Semoga terus istiqamah.
Siapa yang jauh-jauh nak mengaji dengan kami. Team #PermaiHomeNgaji sedia membantu. Jom.



#GengPermai #PermaiHomeNgaji #PermaiMenulis

Kuliah Dhuha di Masjid Sultan Mahmud Lipis

Kuliah Dhuha pagi ini bersama dengan kelas muslimah di Masjid Sultan Mahmud.

Bercakap untuk memberi tahu,
Bukan untuk tunjuk tahu.
Masalah di kalangan mereka yang tahu,
Tetapi tidak mahu memberi tahu.
Bahaya juga mereka yang kurang tahu,
Tapi buat-buat tahu.
Sampai ada kalam netizen mengistilahkan dengan "Palatau".




#PermaiMenulis #GengPermai #kelasmuslimah #masjidsultanmahmud #kuliahdhuha

Lampu solar cantik

Murah sahaja, dibeli online. Malam-malam cantik kelihatan kilauan warna warni. Tak perlu beria nak pergi ke pesta lampu atau cahaya. Boleh buat sendiri je. Jimat sebab tak perlu guna tenaga elektrik.
Cahaya (Nur) adalah penyuluh dari kegelapan.
Dalam gelap kita tiada upaya untuk melihat dengan jelas.
Perlukan lampu penyuluh buat penunjuk jalan.
Begitulah ibaratnya kita dan kehidupan.
Kehidupan tanpa Nur akan gelap.
Lalu bagaimana kita menari cahaya buat menyinari.
Menerangi diri kita, supaya selamat dari kegelapan.

https://youtu.be/wPpzFlhwV04

#PermaiMenulis #nur #cahaya #lampusolar

Monday, October 05, 2020

Tunjuk menunjuk

Jangan biasakan tunjuk menunjuk.
Asyik tunjuk kesalahan kepada orang lain.
Macam kisah bangau oh bangau.
Islah diri, dalam masa yang sama serukan kepada orang yang lain.

#PermaiMenulis #islah #bangauohbangau

Saturday, October 03, 2020

Pengalaman kapal terbang rosak dan cerita covid

Kes Covid 19 semakin menaik. Ada yang telah panik ?
Panik boleh menghasilkan tindakan luar jangka. Seperti sebelum ini tular berita yang hal ehwal pelajar Malaysia di Mesir membimbangkan. Sampai ada yang menulis 'ibarat sedang menggali kubur sendiri'.
Tentulah keluarga di Malaysia terlebih risau dan panik. Natijahnya pelajar Malaysia di Mesir sanggup sewa khas kapal terbang dengan harga yang mahal untuk pulang ke Malaysia.
Dan sanggup untuk sengaja kantoi exam kerana tidak menduduki peperiksaan.
Walhal di Mesir pelajar yang tak balik molek sihat wal afiat. Kehidupan tiadalah seteruk seperti yang didakwakan oleh sesetengah pihak.

Pada kesempatan ini, saya terkenang kisah semasa menunaikan umrah bersama Syarikat travel Kembara Sufi / Azhari Holiday di penghujung tahun 2016.
Kami tiba di Lapangan terbang KLIA pada 3 Disember jam 11 pagi. Penerbangan dijadualkan pada jam 3 petang. Kami masuk ke dalam flight Saudia pukul 2.40 petang.
Setelah duduk di kerusi masing-masing, kelihatan warga kerja flight baik pramugari dan juruterbang berjalan pantas mundar mandir dengan muka yang agak serius.
Enjin dan aircond yang asalnya hidup dimatikan, keadaan agak riuh, kami diminta bersabar.
Dalam keadaan yang agak panik tersebut, Pramugari sempat lagi memberikan kami air jus buat menyejukkan badan. Setelah 3 jam duduk di kerusi flight yang tidak bergerak dan tiada aircond barulah kami diminta keluar. "Orang puteh" sebelah kerusi saya berkata kepada saya dengan nada mengeluh "after 3 hour" sambil mengemas kerusinya untuk bangun keluar.
Kami dimaklumkan oleh krew kapal terbang, satu enjin kapal terbang tak hidup. Hanya satu sahaja yang hidup.

Jam dah 6 petang. Kami belum makan tengahari. Pihak flight memberi kupon makan Burger King.
Fuh! Berapa ratus orang dari penerbangan tersebut beratur panjang di Burger King.

Kami bersama seorang pakcik yang berusia 70an, berseorangan dan inilah kali pertama beliau ke Mekah. Bagaimana anaknya beria pesan pada kami untuk tengok-tengok ayahnya.

Kami membuat keputusan untuk tidak meneruskan beratur di Burger King. Pakcik nak makan nasi, tak biasa makan burger. Akhirnya jam 7 petang kami berjaya menjamah nasi di sebuah restoran di lapangan terbang dan tentunya harganya tak sama dengan kedai makan di luar lapangan terbang.

Bagasi kami dikeluarkan semula dari flight, dan kami duduk menunggu apa yang akan berlaku seterusnya.
Rasa cool atau cemas ?
Jawab sendiri dalam hati, huhu..
Kaum keluarga dan kenalan tentunya tak lekang menanyakan update kami. Ada yang bimbang takut kami kena Spam.

Pihak Saudia mencari hotel penginapan buat kami yang jumlahnya ratusan orang. Bukannya semudah yang disangka. Orang yang berpengalaman memberitahu kami yang tindakan Saudia ini dikira pantas. Sebab ada lagi yang lebih perlahan, rombongan terkapar bermalam di kerusi menunggu kat lapangan terbang.

Jam 10.30 malam kami semua menaiki bas yang disewa khas oleh Saudia ke hotel. Walaupun jumlah bas yang disewa dikira agak banyak, namun terpaksa buat trip. Kami naik trip yang akhir memberi peluang kepada mereka yang lebih berusia untuk gerak dahulu.
Beg bagasi perlu dibawa sekali menaiki bas ke hotel. Tak boleh tinggal di lapangan terbang. Ada pula yang buat hal, beberapa beg tidak diambil. Lalu kami yang menaiki trip terakhir bas terpaksa mengangkut sekali beg yang tidak tahu siapa yang punya.

Jam 11.40 malam kami tiba di hotel. Semua rombongan tidak ditempatkan di hotel yang sama. Ada beberapa buah hotel yang menempatkan kami.
Kalut pihak hotel menguruskan kami. Bilik hotel tak cukup untuk kami semua. Setelah wakil Saudia tiba, berbincang dengan pihak hotel untuk mengambil bilik di Resort barulah urusan kami selesai.
Jam 1.12 pagi barulah saya berjaya masuk ke bilik hotel di The Club Saujana Resort Kuala Lumpur. Saya ingatkan yang di hotel lebih mahal, rupanya resort yang lebih mahal. Harganya lebih kurang RM 700 untuk semalaman.
Rupanya keputusan untuk makan nasi petang tadi suatu keputusan yang bijak, kerana kami ibarat telah jamak makan tengahari dan malam sekaligus.
Mujur juga saya tidak wrap beg bagasi dengan plastik seperti yang kebanyakan orang lain buat. Jadi mudahlah untuk membuka dan mengambil pakaian dari beg. Bagi mereka yang dah bungkus beg dengan plastik dalam dilema nak buka atau biar je. Kalau biar maknanya ibarat seperti sehelai sepinggang lah. Kan.

Walaupun hotel mewah, bilik dan makanan sedap. Namun kami semua dalam situsi blurr. Sampai bila dan berapa hari kami akan melepak di hotel. Kami diminta stanby menunggu untuk fly bila-bila masa sahaja.
Pihak Saudia menempatkan seorang pegawainya stay bersama kami, sepanjang hari melepak di lobi melayani pertanyaan dari rombongan. Tentunya soalan popular bila kami akan berlepas.
Ketika makan tengahari kami disuruh stanby, tapi tak jadi. Sampailah makan malam, barulah betul-betul kami akan dibawa semula ke lapangan terbang.

Sebab agak rushing Staf hotel siap tolong susunkan beg-beg kami semua.
Tiba di lapangan terbang, kami diberi tiket baru dan perlu melalui semula proses chek in. Ketika itu baru ketemu mereka yang selamba tinggalkan bagasi semalam. Bukan jemaah Malaysia yang ingin menunaikan umrah. Sebab cara berpakaian rugged je. Mujur depa ucap terima kasih, ingatkan dapat tip beberapa dollar, sebab tolong jagakan beg..kan. huhu.
Akhirnya 4 Disember 2016, jam 11.42 malam kami berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah. Gabra juga sebab dengan kapal terbang semalam yang baru sahaja siap dibaiki.

Perkara yang timbul ialah jumlah hari kami di Madinah semakin kurang. Tak boleh nak anjak tambah hari di Madinah, kerana bilik hotel yang ditempah, selepas kami keluar akan ada rombongan lain pula yang masuk.  Sudahlah pihak hotel dapat untung free,  sebab sewa dah bayar tapi orangnya tak tiba lagi. 
Hari balik ke Malaysia tetap sama. Mana boleh anjak sesuka hati nak balik bila. 
Namun, tiada yang beria menuntut semula duit dengan syarikat travel. Sebab masing-masing faham situasi yang berlaku. Tiada juga yang merajuk sampai tak jadi pergi menunaikan umrah. 
Apa pun pihak Saudia telah berikan khidmat yang terbaik dalam menangani kes kami ini. 





Sekian.

#PermaiMenulis #tenang #janganpanik #berasional #honest #GengPermai #ibrahcovid #kitajagakita

Mahasiswa bising daftar ipt tangguh

Kes covid kembali meningkat. Adakah nak bagi terus meningkat ?
Senang je, Langgar je semua SOP yang telah ditaklimatkan ke atas semua orang sejak berbulan-bulan.

Sehari dua ni, Antara yang agak bising dan terkesan ialah mahasiswa yang dijadualkan mendaftar pengajian dalam minggu ini. Bahkan dah ada yang telah sampai pun ke tempat pendaftaran.

Ramai yang marah sebab tiba-tiba KPT dan pihak IPT membuat keputusan mengejut.
Sampai ada yang mencarut, keluar kata-kata kesat, dan mendesak menteri letak jawatan termasuklah mak ayah yang dari segi usianya telah matang juga tidak terkecuali sama-sama tumpang sekaki memaki hamun.
Tapi takde pula yang kata : merajuklah kerajaan buat macamni, tak jadilah masuk u. Ke ada ;)

Kenapa keputusan tiba-tiba?
Tentulah ianya diluar jangka dan memerlukan keputusan besar dibuat segera.
Pemimpin perlu memandang menyeluruh, big picture atau seperti mata helang dari atas awan.

Berbeza dengan kita yang hanya pandang dalam posisi kita dari bawah, dan hanya untuk kepentingan peribadi kita sahaja. Ibarat mata semut yang berada bawah di dalam tanah.

Sebenarnya, tanpa sedari kita telah pun biasa dengan keputusan atau tindakan tiba-tiba walaupun jarang-jarang berlaku.
Contohnya, kita plan untuk melancong, bahkan dah otw pun. Tiba-tiba!, Kita mendapat call yang menyatakan keluarga paling terdekat kita meninggal dunia atau pun cedera yang sangat kritikal disebabkan kemalangan.
Siapa yang tetap meneruskan otw ke tempat melancong atau pun berapa ramai yang akan patah balik cansel untuk melancong.

Contoh lain lagi, kita jadi pengarah atau ajk sesebuah event. Ketika event nak berlangsung sangat dah atau pun dah berlangsung pun tiba-tiba dapat info ayah kita meninggal dunia.
Ada sesiapa yang berani bagitahu kami yang dia tak pedulikan info yang dapat mengejut tu, bahkan terus stay di tempat event tersebut ?
Kalau ada, anda memang layak untuk 'membantai' pihak Ipt, Kpt dan pihak berkuasa yang lain.

Beberapa bulan yang lepas, kita semua ada pengalaman berkurung di rumah. Bahkan ada yang 'tersangkut' tak lepas balik di IPT.
Lebih baik boleh balik rumah sekarang dari tersangkut di kampus. Kan?
Andainya nauzubillah minta jauh, tersangkut di IPT. Mulalah mahasiswa dan parent yang dulunya lantang memaki pihak berwajib sebab batalkan pendaftaran bersemuka, beria pula memaki dan merayu minta pihak berwajib hantar balik sampai ke depan pintu rumah. Kan?

Jika ramainya mahasiswa yang berfikiran begini, walhal sering dicanang akan memimpin negara suatu masa nanti. Bayangkan masa depan negara. Mau lagi haru biru dari kepimpinan sedia ada sekarang.

Selaku mahasiswa anak muda yang cerdik pandai, lebih baik mencadangkan solusi penyelesaian yang berhemah kepada pihak berwajib.
Di samping itu, jangan bimbang akan ada banyak pihak terutama dari pihak kerajaan, NGO dan aktivis yang akan membantu. Pengalaman beberapa bulan sebelum ini telah membuktikan. Sabarlah sedikit bro.

Insya-Allah, kita yakin semua musibah adalah kehendak Allah SWT jua. Adalah hikmah dan pengajaran di sebaliknya.
Teruskan berdoa, solat hajat dan akrab dengan amal ibadah di samping beri kerjasama kepada pihak berkuasa yang bertungkus lumus mengekang penularan virus covid.
Hargai usaha pihak KKM sampai hantar staff dari semenanjung ke Sabah untuk membantu di sana.
Sama-sama anggap kita semua juga adalah front liner.

Kita belum menang.

PERMAI

#PermaiMenulis #Solusi #matang #islammemimpin

Friday, October 02, 2020

Ibrah Tukul dan pahat untuk Abnaul Haraki



Bagai tukul ketuk pahat.
Bila cakap sikit baru bergerak. Cakap lagi baru gerak lagi. Tu pun ada yang cakap sikit atau banyak tak gerak-gerak dah.
Bukan tak faham, tapi masalah sikap.
Jadilah orang yang sentiasa 'bergerak'.
Kata anak didik GERAKan kan, tentulah kena sentiasa bergerak.
Insya-Allah akan mudahkan urusan orang lain dan organisasi.

#PermaiMenulis #gerak #abnaulharaki

Thursday, October 01, 2020

Masjid Bandaraya Kota Sas

Semalam (30.9.20) Menghadiri sesi taklimat cadangan pembinaan Masjid Bandaraya Kota Sas Kuantan yang dipengerusikan oleh YAM Tengku Panglima Raja selaku TYDP MUIP di Muip Pekan.
Insya-Allah sebuah masjid yang serba lengkap dan canggih dalaman dan luarannya.
Semoga projek ini berjalan lancar.
Masjid merupakan simbol dan tempat kesatuan umat Islam. Pusat operasi utama Umat Islam adalah di Masjid. Jangan jumudkan pengertian masjid hanya sebagai tempat ibadah solat semata-mata.

https://youtu.be/M8PxmrRZccs

#muip #masjid #imam #PermaiMenulis