Wednesday, December 23, 2015

Program Cuti Sekolah

Tidak seperti kebiasaan, cuti sekolah kali ini Masjid kami tidak menganjurkan program untuk pelajar sempena cuti sekolah disebabkan faktor  bangunan Masjid yang sedang melalui proses pembaikan. 

Saya berkesempatan hadir di Masjid Saidina Ali, Kampung Tempoyang, Kuala Lipis yang mempelawa saya mengisi slot tahsin Surah Al-Fatihah di program Kem Ibadah Solat Musim 4. 

Pesanan saya kepada semua, supaya berterusan belajar mengaji al-Quran, kerana kebanyakan para pelajar tidak lagi memasuki atau menyertai mana-mana kelas mengaji setelah mereka khatam semasa bersekolah rendah.

Imam Syatibi menyatakan dalam matan al-Syatibiyyah :


 ،فحبل الله فينا كتابه 
،فجاهد به حبل العدا متحبلا
Fa hablullahi fina kitabuhu *
Fa jahid bihi hiblal 'ida mutahabbila*

Tali penghubung di antara Allah dengan manusia ialah kitabNya Al-Quran #
Maka bersungguh-sungguhlah wahai pembaca al-Quran, Jadikanlah al-Quran itu sebagai jaring untuk memerangkap musuh-musuh Islam dan membawa mereka ke jalan yang baik #



 Para peserta dan Fasilitator yang mendengar slot tahsin 

Friday, December 18, 2015

Menjamu di Hezbollah Food

Kami sering dijemput menjamu selera di kedai makan Hezbollah Food di Bukit Residen. Baru ini, tuan kedai (cik Mail) menjemput kami makan-makan sempena dengan anak dan saudaranya berkhatan.
Beliau sering menceritakan tentang pergolakan dan isu yang berlaku di Selatan Thailand. Kebetulan ibunya berasal dari sana. Kami doakan semoga rezeki dan perniagaan Cik Mail diberkati dan dipermudahkan dalam segala urusan.

Ejen Bank Rakyat

Koperasi Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis Berhad telah diterima menjadi ejen kepada Bank Rakyat. Antara urusan yang boleh dilakukan ialah deposit wang, keluar wang, pindah wang, bayar bil-bil seperti bil air, api, Astro dan lain-lain.


 Bersama En. Jati, Eksekutif Bank Rakyat
En. Jati sedang memberi taklimat

Thursday, December 03, 2015

Halaqah Datuk Dr Zulkifli bin Muhamad al-Bakri di Masjid Daerah Lipis

Pada 30 November 2015 yang lalu, program Halaqah Ilmu bersama al-Fadhil Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Muhamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis Pahang.
Ini merupakan kunjungan pertama beliau setelah ditaklifkan menjadi Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan.
Suatu ketika dahulu Dr. Zulkifli pernah mengadakan program Halaqah Ilmu secara dwi bulanan di Masjid ini membahaskan Kitab Hikam, Fiqh Manhaji dan soal jawab. 
Kini dengan kepadatan jadual beliau, program secara berkala  tersebut terpaksa ditangguhkan. Semoga di masa akan datang Masjid Sultan Mahmud dapat menerima lagi kunjungan Sahibus Samahah Dr. Zulkifli.

Syarah Kitab Hikam 




Jualan buku karya Dr. Zulkifli bin Muhamad al-Bakri sendiri. Terbitan Pustaka Cahaya Kasturi  dan diedar oleh Sumber Hukamak. Mari kita semua semarakkan budaya membaca. Tidak rugi berhabisan duit membeli buku.


Gambar kenangan bersama Dr Zulkifli, kelihatan Ustaz Muhazam (Timbalan Qadhi Maran), Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis dan pegawai Masjid.

  Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik buat Tuan Guru untuk terus aktif menyebarkan risalah dakwah.