Showing posts with label ihya' Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ihya' Ramadhan. Show all posts

Monday, May 18, 2020

Pecutan akhir ramadan

Pecutan akhir !
Ramadan hanya tinggal beberapa hari.
Inilah masanya untuk terus memecut.

Lihat pelari di balapan. Kalau lariannya kencang di peringkat permulaan sahaja tetapi perlahan di saat akhir sehingga dapat dipintas oleh pelari yang lain. Atau pun jatuh tersungkur hampir dengan garisan penamat. Mereka akan disebut tidak berjaya atau bahasa lainnya adalah gagal.

Ramadan jauh lebih besar dari acara berlari di padang. Ramadan yang serba serbi ganjaran dalamnya dilipat kali gandakan.
Baca al-Quran, bersedekah, berzikir, belajar, pahalanya lebih dari bulan-bulan lain.
Termasuk juga melaksanakan amal Islami seperti berdakwah. Dakwah dalam era ini (fasa pkp) seperti menulis, bercakap (seperti di sosmed atau kepada ahli rumah). Begitu juga melaksanakan wajibat yang lain seperti taklifan dan mutabaah amal.

Jadilah orang yang bijak. Tidak melepaskan peluang keemasan yang hanya tinggal berbaki beberapa hari sahaja lagi.



Jom pecut.

#PermaiMenulis #Ramadan #10akhir #AndaiRamadanAkhir #pecut #capen #qalami

Thursday, June 14, 2018

Jangankan ini Ramadan Terakhir

Ramadan tahun ini hampir sahaja melabuhkan tirainya.
Namun realiti kebiasaan, semakin ke penghujung, kita semakin lesu dalam pelayaran Ramadan.
Pemandangan biasa, bilangan saf dan jumlah kehadiran ahli jemaah ke masjid untuk menunaikan solat terawih semakin merosot berbanding ketika di awal-awal Ramadan.
Tak tahulah ke mana mereka menghilang.  Mungkin ada yang telah mula berkampung di rumah sama ada untuk menghias rumah atau memasak juadah sempena hari raya. Atau  berhari-hari tawaf ke pusat membeli belah mencari pakaian, perabut  dan perhiasan.
Tidak salah untuk berjalan dan membeli belah. Namun berpada-pada lah. Kan..Kerajaan pun tengah ambil langkah berjimat..

Namun, masih ada yang istiqamah staminanya menghadapi Ramadan.
10 malam terakhir, masjid kami menyediakan juadah bersahur sebagai galakan untuk ahli jemaah beriktikaf di masjid.

Daripada Aisyah RA, bahawa  Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada 10 hari terakhir daripada bulan Ramadan hingga Baginda wafat, kemudian isteri-isteri Baginda meneruskan beriktikaf selepas Baginda wafat. (Bukhari & Muslim)

Saya perhatikan, dalam pukul 11-12 malam, beberapa orang ahli jemaah hadir ke masjid kami dengan membawa beg galas, mengisi malam mereka dengan beriktikaf dan berqiamullail.

Saban tahun, ayah saya akan melazimi beriktikaf di masjid-masjid. Kiranya 10 terakhir Ramadan memang tak balik rumah. Ramadan tahun lepas, ayah saya mengikuti daurah tafsir di Masjid Pondok Darul Ulum, Jertih Terengganu. Selesai daurah, dalam perjalanan pulangnya, beliau singgah beriktikaf dan bersahur di Masjid Daerah Lipis. Sebelum meneruskan iktikafnya di Masjid kampung Kerdau.
Itulah Ramadan terakhir buat  ayah.

Sanad tafsir al-Quran ayah. 

Kita masih berkesempatan dengan Ramadan tahun ini. Ramadan tahun hadapan ? Belum tentu lagi.

Maka, jangan lepas dan persiakan  peluang keemasan bersama Ramadan.

Azraie Mohd
Masjid Sultan Mahmud


#PermaiMenulis #CatatanImamKecil #Ramadan #iktikaf #lailatulqadar #masjid



Wednesday, June 06, 2018

Kembara Ramadan ke Masjid Lentang, Lipis

Saya berkesempatan bersama team Pejabat Agama Islam Daerah Lipis berkunjung ke Masjid kampung Lentang, Kuala Lipis.
Terima kasih kepada pihak AJK Masjid Kampung Lentang yang telah menyantuni kami dengan baik. 

Dalam kesempatan tazkirah ringkas, Saya menyatakan di fatrah penghujung Ramadan jangan kita alpa terhadap 3 item yang sangat penting :  
1. Baca Al-Quran
2. Iktikaf (Solat terawih, Qiamullail, berzikir, berdoa, muhasabah)
3. Memburu Lailatul Qadar.


Perjalanan ke Masjid Kampung Lentang, Syeikh Amin yang bawa.

 Bersama Abang Din.


 Iftar bersama Pegawai Masjid Kampung Lentang.





Sesi bual-bual Ramadan





 Solat terawih bersama penduduk kampung Lentang





#CatatanImamKecil #PermaiMenulis #MasjidDiHati #IhyaRamadan #KembaraRamadan #PaidLipis

Wednesday, May 30, 2018

Ancaman Ramadan

Jangan persiakan Ramadan yang masih berbaki. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang mengancam madrasah Ramadan. Iklan jualan murah sempena Aidil fitri juga termasuk dalam ancaman tersebut. Huhu.
Bertabahlah.

Tuesday, May 29, 2018

Iftar bemenu Ikan Patin bersama Student Madinah

Bersama Syeikh Abrar yang pulang bercuti

Berkesempatan Iftar bermenu gulai ikan patin. Musim ramadan, waktu iftar antara ruang yang boleh digunakan untuk bersua dan beramah dengan rakan taulan. 

Wednesday, May 23, 2018

Hujan lebat sebelum Iftar



Petang tadi hujan turun dengan lebat. Hj Amran selaku Katerer yang mendapat giliran memasak hari ni menyatakan kebimbangan, risau tiada orang yang datang berbuka. 
Hujan berhenti sebelum berbuka, dan alhamdulillah kehadiran ke iftar jamaie Masjid Sultan Mahmud mendapat sambutan seperti biasa. 
Terima kasih kami ucapkan kepada Puspanita Daerah Lipis yang menaja jamuan iftar jamaie malam ini. 
Bagi yang belum pernah bertandang iftar di sini, kami sangat alukan. 

Tuesday, May 22, 2018

Iftar bersama Imam Terawih Jemputan



Berbuka bersama Imam Faizal, dan dua imam jemputan solat terawih iaitu Imam Amirul dan Imam Zaki. Keduanya belajar di IAIN Medan, dan Imam Zaki berasal dari Acheh. 
Jom berbuka dan terawih di Masjid Sultan Mahmud, Lipis.

#PermaiMenulis #CatatanImamKecil #IftarMasjid

Friday, May 18, 2018

Antara moreh dan Iftar

Mana satu pilihan antara moreh dan iftar di masjid?
Jika diberi pilihan, 
Sudah tentu saya memilih iftar di masjid berbanding moreh. Kerana, jika iftar di masjid tentunya saya tidak terlepas solat maghrib berjemaah. 
Moreh, hanya makan-makan ringan selepas solat sunat terawih. "Takde" pun "takpe".
Kerana..
Terdapat masjid yang lebih mengutamakan moreh dari iftar.
Sekian.

Kisah Ramadan (KIRAM 35) Berbuka puasa di Masjid dan salah faham penaja.



Alhamdulillah, Hari pertama berpuasa berbuka puasa di Masjid Sultan Mahmud. Insya-Allah setiap hari akan disediakan juadah berbuka puasa. Cuma tahun ini masih tak penuh lagi. Ada hari-hari yang masih kosong. Sama ada ekonomi merosot atau ada yang masih tidak mendapat info untuk menaja program berbuka puasa di masjid. Insya-Allah kami berusaha untuk memastikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan akan ada juadah berbuka puasa yang disediakan.
Nak jadi cerita, ada seorang hamba Allah yang tersalah faham. Bila kami lontarkan iklan penajaan  berserta tarikh yang ingin dipilih. Hamba Allah tersebut booking sampai lima tarikh. Kami pun terkejut. Sebab kos tajaan mencecah RM 8,500.00 untuk  lima tarikh tersebut.
Sehari dua sebelum Ramadan, apabila kami tanya semula barulah beliau faham. Rupanya dia ingat yang masjid mencari tukang masak untuk berbuka puasa. Jadi beliau berminatlah nak masak. Tu yang sampai lima tuh. Asalnya kami merasa lega, sebab dapat penaja. Rupanya salah faham. “huhu”



#PermaiMenulis #Kiram #ramadan #iftar #ramadankarem #puasa #bukapuasa #masjid #makan #seronok #masjiddaerah #CatatanImamKecil


Kisah Ramadan (KIRAM 34) Siapa Datang Awal Dia Baca Banyak


Seperti rutin tahun sebelumnya, program tadarus al-Quran di Masjid Sultan Mahmud berjalan seperti biasa.
Program bermula jam 8.30 pagi. Biasanya selesai  tadarus memakan masa hampir dua jam.
Kaedahnya tak perlu tunggu cukup ahli kumpulan baru nak mula baca. Tetapi siapa datang awal terus start baca.
Saya sebut pada mereka, “siapa datang awal dia akan baca banyak”. Tentu lebih banyak ganjaran yang akan diperolehi. Insya-Allah.
Biasanya, selepas selesai giliran membaca. Beberapa minit sebelum masing-masing bersurai diisi dengan tazkirah dan pesanan ringkas. Tentunya  berkisar dengan al-Quran.

98 % peserta terdiri dari kaum muslimat. “huhu”.

#PermaiMenulis #Kiram #ramadan #tadarus #ramadankarem #puasa #mengaji #alquran #PermaiMengaji