Showing posts with label CERPEN KELANA. Show all posts
Showing posts with label CERPEN KELANA. Show all posts

Thursday, April 16, 2020

Cerita Fulan Masuk Hospital

Sudah berhari-hari Fulan berasa tidak berapa sihat. Hendak ke hospital berat sekali, pujuk hatinya esok lusa baiklah.

Akhirnya Fulan ke hospital juga, itupun setelah mendengar tazkirah zohor di Radio Pahang FM. Mungkin isi ceramah tersebut membuka hidayah untuk Fulan ke hospital.

Hasil pemeriksaan doktor mengejutkan Fulan. Fulan ditahan dan dimasukkan ke wad. Kerana tidak menjangkakan akan ditahan di wad, Fulan hanya sehelai sepinggang. Mujur wad menyediakan pakaian khas untuk pesakit di wad.

Fulan 'curi-curi dengar' kata doktor kepada "misi", tetapi istilah tahap dewa yang depa gunakan memustahilkan Fulan untuk memahaminya. Lihat raut wajah mereka gayanya "kes berat". Fulan diam sahaja.

Fulan macam terdengar mereka sebut 14 hari. Fikir Fulan 14 hari lagi "aku" hidup.

Mengenangkan hanya tinggal 14 hari umur Fulan, maka Fulan berfikir dia mesti berbuat sesuatu, paling kurang tak mati sia-sia kata hati Fulan.

Fulan merangka jadual hariannya selama 14 hari di wad. Fulan akan mengaji al-Quran 1 juz selepas setiap solat fardu. Sehari dapat 5 juz. 6 hari insya-Allah khatam. Dalam tempoh 14 hari, dapat dua kali khatam.

Seterusnya Fulan akan mengisi masa dengan menulis. Menulis kisah hidupnya, suka duka dari masa kecil sehinggalah ke saat Fulan ditahan wad. Tulisan ini untuk tatapan keluarga dan sahabat handai selepas ketiadaan Fulan nanti. Disebabkan zaman sekarang yang semakin moden, Fulan memilih untuk menulis (menaip) di telefon bimbitnya.

Hari demi hari, Fulan konsisten dengan rutin barunya dan menjadi "new normal" baginya.
Lidahnya basah dengan Kalamullah dan wirid-wirid.
Tangannya pula lincah menaip karya beliau yang semakin banyak patah perkataannya.

Hari ke 12, Fulan telah khatam al-Quran kali kedua sepanjang tinggal di wad. Baki dua hari lagi Fulan mengulang surah-surah yang dihafalnya. Fulan juga tidak tinggal membaca surah al-Mulk dan surah al-Ra'du.

Masuk hari ke 14, Fulan membuat perenggan penutup untuk tulisannya. Fulan membaca sepintas lalu dan beliau berpuas hati dengan hasil tulisannya itu.

Fulan sudah bersedia. Lewat petang Doktor melawatnya dan berkata "awak sudah sihat dan boleh keluar wad"
Fulan terpinga-pinga, katanya " bukan doktor kata tunggu 14 hari ke"
Jawab doktor "ye kamu kena kurantin selama 14 hari di sini"
Fulan berasa selama ini dia silap faham, sekarang Fulan telah faham, Fulan punyalah gembira sampaikan semua orang yang ditemuinya semuanya disapa.

Kata Tok Siak :
Setiap dari kita ada masalah. Soalnya bagaimana kita menghadapinya. Ada yang menjadikan masalah sebagai peluang dan motivasi untuk berubah dan bangkit.
Macam Fulan telah berjaya khatam Al-Quran dan tulisannya itu akhirnya dicadangkan oleh orang untuk dibukukan dan dijual. Untungkan, menjadi penulis buku tanpa sengaja.

Apa pandangan kalian ?

#PermaiMenulis #PermaiBerkarya #GengPermai #Krp #CeritaFulan #karyapkp #tiadakaitandengansesiapa
#karyakreatif


*gambar kenangan ayah sedang membaca al-Quran ketika di wad Hoshas pada bulan November 2017, ayah meninggal dunia penghujung bulan Disember 2017.

Tuesday, August 21, 2018

Pantai Teluk Cempedak

Baru ini saya mengambil kesempatan berkunjung ke Pantai Teluk Cempedak, Kuantan Pahang. Antara  lokasi yang akan dikunjungi bersama keluarga ketika kanak-kanak dahulu jika bertandang ke Kuantan, selain pantai Batu Hitam, Taman Gelora dan Taman Teruntum.

Semasa bersekolah di Kuantan, kami pernah berjalan kaki menyusur persisiran pantai dari Pantai Gelora ke Teluk Cempedak. Ada kawasan-kawasan berbatu yang perlu dipanjat, ada juga tempat berbatu yang tinggi dan curam. 

Kedatangan kali ini, saya lihat banyak sampah sarap berlonggok di kawasan persekitaran pantai. Begitulah sikap manusia, hanya mengharapkan agensi pembersihan seperti Alam Flora yang tolong membersihkan  sampah yang dibuang merata-rata. Kesedaran sivik yang sepatutnya perlu dihadam oleh semua manusia. Tak perlu nak kena masuk dalam silibus pembelajaran di sekolah.

Kera-kera juga berkeliaran di persekitaran pantai. Dari dulu lagi isu kera-kera yang 'nakal' ingin mencuri makanan dan barang-barang kita. Nak salahkan kera tak kena juga. Habitat mereka semakin pupus. Untuk survival mereka memilih untuk berani mencuri makanan orang ramai.



#PermaiMenulis #pantai #telukcempedak #kuantan #pahang #laut







Sunday, May 14, 2017

Kaya VS Miskin

Kelihatan seorang pemuda segak keluar dari apartmennya menuju ke kereta sport. Menderum dan mendesup laju keretanya menuju ke pejabat.
Sampai di pejabat yang dihias cantik, pemuda tadi bersuit lengkap melangkah gagah ke biliknya. Tertera CEO di pintunya. Rupanya beliau merupakan bos di pejabatnya.
Sedang molek duduk di kerusi empuknya, telefon genggamnya memainkan irama menandakan ada pemanggil yang ingin bercakap dengannya. Dengar sahaja nada deringan tersebut si pemuda telah cam bahawa panggilan tersebut dari si gadis anak seorang Dato’ yang baru pulang bercuti dari luar negeri. Tanpa berbasa basi si gadis anak Dato’ terus mengajak keluar bersarapan di café sebuah hotel yang banyak bintangnya.

Tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya, menerpa ganas ke atap zink yang sudah berkarat dan berlubang di sana sini. Tanpa segan silu beberapa titis air berjaya menembusi lubang pada zink dan terus menimpa tikar getah di lantai.
Kelihatan si gadis montel dengan penuh terpaksa bangun ke dapur mencari periuk usang untuk dibuat penadah air hujan yang menitis dari atap bocor. Masih sempat matanya memandang ke layar tv melihat cemburu pemuda segak yang sedang bersarapan dengan si gadis anak Dato’.
Cerita tamat ? (baru nak syok)
Ibaratkan awak (sang pembaca) sambil berbaju hujan dan berpayung lengkap memerhati (seperti mengintip) di luar rumah si gadis montel , kebetulan pintu rumah terbuka. Awak pun turut menumpang melihat seorang pemuda kacak bersarapan dengan si gadis anak Dato’ dalam drama TV yang ditonton oleh si gadis montel.
Kemudian awak lihat si gadis montel mencari periuk untuk dibuat penadah air hujan.

Apa yang terlintas di fikiran awak?

Friday, October 14, 2016

Rezeki Maruku

Ketika sedang menunggu orang di bawah tiang bendera berhadapan dengan terminal bas, saya telah disapa oleh seorang pakcik berketurunan India. 

Beliau memperkenalkan diri sebagai seorang OKU dan memang dilehernya tergantung kad pengenalan JKM (OKU).
OKU kemurungan katanya.
Beliau menjual kuih Maruku untuk mendapatkan wang. Saya ingin menderma sahaja tapi katanya "Ambillah ini sudah rezeki awak".
Perbualan dihentikan kerana orang yang saya tunggu telah tiba.
Saya kembali ke kereta bersama Maruku.

Sunday, February 14, 2016

Jom cakap Ana Anta Akhi

Capen SalamKu
(3/16)
(Catatan pendek)
Mari kita biasakan lazimi guna kalimah bahasa arab yang mudah-mudah, kalau tidak bermula dengan yang mudah..sampai bila kita tidak akan mulakan..
Kita tau yang al-quran dalam bahasa arab..
Rasulullah bertutur dalam bahasa arab..
Bahasa di syurga juga bahasa arab..

ما لا يدرك كله لا يترك كله
Tak dapat semua, jangan tinggal semua..

Pengalaman kami melihat ramai 'orang yang tidak bersekolah agama, belajar di U yang bukan aliran agama', bahkan aktivis yang tidak pernah masuk sekolah agama dan ipt tetapi apabila kenal dengan jemaah, mengikuti usrah dan tarbiyah.. Masyaa Allah kalimah yang lazimi keluar di bibirnya..mengalahkan mereka yang bersekolah agama dan belajar di aliran agama..

Sudah menjadi tabiat mereka menyebut Ana, anta, akhi, antum, ikhwah..dll lg..

Mereka pula yang pelik apabila mendengar kita berbicara..

Jika inginkan biah persekitaran kita dipenuhi dengan kemanisan.. Mari kita mulakan..

Monday, August 17, 2015

Cerpen Kelana 2 ; Amal luar biasa

Cerpen Kelana 2 (Amal luar biasa) :
Setiap hari kita akan melakukan pelbagai pekerjaan (amal). Ada Amal yang kita laksanakan bersifat kepentingan peribadi seperti mencari duit untuk makan. Di Sana juga Ada Amal yang sangat penting untuk kita terlibat iaitu Amal untuk Islam. 
Semua Amal yang kita lakukan baik Amal Fardhi atau Amal Jamaie memerlukan kita melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh bukan sambil lewa sahaja seperti kata pepatah ibarat melepaskan batuk di tangga. Kalau pekerjaan biasa-biasa pun perlu bersungguh-sungguh, inikan pula kerja untuk Islam?. Sudah tentu kita perlu bekerja secara luar biasa untuk mendapatkan hasil yang luar biasa.
Justeru pada hari yang barakah di penghujung syawal marilah kita memastikan diri kita untuk istiqamah melaksanakan segala Komitmen Amal Islami dengan gerak kerja Luar biasa.

AlsyababgGr
Ditulis pada 29 Syawal 1436 

Tuesday, August 11, 2015

CERPEN KELANA 1


Cerpen Kelana 1 :

Semua kita ada masalah. Apa pun situasi yg berlaku gerak kerja mesti terus berjalan dengan lancar. Jangan campurkan masalah peribadi dengan organisasi dan jemaah. Kerana secara tidak langsung ia akan mem'postpon' kan sesuatu gerak kerja. Andai beratnya hingga tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut sehingga menjejaskan gerak kerja jemaah dan organisasi pilihan terbaik ialah 'bercuti', segala taklifan dipangku kepada sahabat yang lain..Namun Maslahah Umum perlu diutama daripada Maslahah peribadi.