Showing posts with label Kelana Jalanan. Show all posts
Showing posts with label Kelana Jalanan. Show all posts

Thursday, April 01, 2021

Jeti Sungai Pahang




Lama benar saya tak jejak kaki ke sini. Terakhir pada tahun 1999 yang lampau. Walaupun jalan utamanya sering saya lalu. Tapi tak masuk ke simpang. Kebetulan kali ini ada kesempatan untuk masuk ke simpang.

Kampung yang dimaksudkan adalah Macang Manis. Tebing Sungai Pahang di situ seberangnya adalah Kampung Kuala Kerdau.
Masjid asal Kuala Kerdau dibina mengadap ke tebing sungai. Jemaah solat jumaatnya terdiri juga dari kampung seberang.
Bila zaman berubah semakin maju, orang guna jalan raya tidak lagi sungai sebagai jalan pengangkutan yang utama. Maka masjid Kuala Kerdau semakin muram dan sepi.
Penduduk seberang tidak lagi menyeberang sungai untuk ke masjid. Sebaliknya mereka keluar ke simpang utama melalui jalan raya. Mungkin ke Masjid Kampung Purun atau Masjid Kampung Kerai.
Akhirnya Masjid Kuala Kerdau dipindahkan ke tapak sekarang di Kampung Taram yang jauh dari Kuala dan Sungai Pahang.
Sekarang Jeti sungai tidak lagi meriah. Yang ada pun sudah uzur. Mujur ada sangkar ikan dan mereka yang hobinya mengail.

Monday, August 10, 2020

Pokok Mentega dan Sungai Pahang Tua



Pokok mentega buahnya seperti epal, rasanya berlemak seperti mentega. Tak pasti mana dulu yang dinamakan dengan mentega. Pokoknya, buahnya, atau mentega yang majerin planta tuh.huhu.

Kemudiannya kami menjejak ke sungai Pahang Tua. Pahang Tua tentu lebih otai dan legen dari Pahang. Jangan main2 woo..

Sempena bulan Ogos bulan kebangsaan, moh kita menjejak warisan kita.

#PermaiMenulis #GengPermai #kebangsaan #mentega #buah #sungai #pahang

https://youtu.be/oe2Ymedwrcs

Thursday, April 25, 2019

Hari Buku dan Pesta Buku tahun 2019

Buku-Buku yang saya beli di PBAKL tahun 2019

23 April merupakan Hari Buku sedunia.  Bukan semua golongan yang sedar dan meraikannya. Ada sekolah dan agensi yang mengadakan program membaca selama 10 minit  di antara pukul 11.00 pagi hingga 11.10 pagi.

Saya yang berkursus pada hari tersebut. Dalam ucapan majlis perasmian yang disempurnakan oleh YH Dato’ Mohd Zakaria bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang menceritakan sebelum beliau ke majlis perasmian kursus, beliau hadir ke program membaca selama 10 minit di pantai Telok Cempedak.
Kata YH Dato’, orang kita suka membaca. Bezanya bukan lagi membaca buku, tetapi membaca “wasap”. Buktinya ketika saya bercakap di hadapan, masing-masing pakat “membaca wasap” di “henpon” masing-masing. Sentap belaka. Huhu. 

 Menerima Sijil Menghadiri Kursus Protokol dan Etiket Pegawai Hal Ehwal Islam JAIP dengan YH Dato' Mohd Zakaria atau lebih mesra dengan Dato' Z.

Disebabkan mengambil aura hari buku, Maka pada kesempatan ini ingin saya berkongsi cerita kunjungan saya ke Pesta Buku Antarabangsa tahun 2019 di PWTC.  Alhamdulillah, saban tahun saya akan cuba untuk tidak melepaskan peluang menjadi antara ribuan pengunjung  PBAKL. 
Antara sebab saya berkunjung ke pesta buku ialah kita dapat merasai keseronokan bersesak membeli dan membelek buku. Harga buku-buku yang ada diskaun, buku-buku yang sukar diperolehi di kedai-kedai buku biasa dan jika bertuah kita akan bersua dengan penulis buku tersebut.

 Klik Video :    Saya di PBAKL 2019


Saya menaiki kereta sendiri. Maka tentunya antara masalah yang perlu diselesaikan sebelum masuk ke PBAKL adalah mencari tempat parkir kenderaan. Cadangan saya, parkir kereta di Dewan Tun Razak 1. Memang kena bayar RM 10 sekali masuk, tetapi saya kira masih berbaloi. Kereta boleh masuk parkir dalam dewan beratap. Dari tempat kenderaan berjalan kaki di laluan beratap terus masuk ke dalam dewan pameran buku.

Ada orang memang dah ‘aim’ buku-buku yang dihajati. Depa terus menuju ke booth-both pilihan. Tetapi saya lebih suka untuk tawaf ke booth-booth mencari dan melihat buku-buku yang menarik perhatian untuk dibeli. Saya biasanya gemar mencari buku-buku yang susah didapati di kedai-kedai buku seperti di Popular dan SMO.

Saya mendapat diskaun yang banyak dan besar di Institut Terjemahan (ITBN), sebuah proksi Dewan Bahasa Pustaka. Semua buku yang saya pilih diskaun sehingga 80% dan 40%. Disebabkan saya menjadi ahli ITBN, saya menerima emel yang meminta supaya menunjukkan emel tersebut di kaunter bayaran, diskaun tambahan diperolehi. Buku-buku yang saya beli di ITBN berharga lingkungan antara RM4, RM 5 dan RM 6 sebuah.

Buku-buku di Booth MAPIM (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia)  harganya agak tinggi. Tetapi ada less dan buku-buku tersebut biasanya keluaran Universiti dan susah untuk diperolehi di kedai-kedai buku di luar. Antara buku MAPIM yang saya beli ialah : Islam di Pahang, Konotasi Angka dalam Al-Quran.

Saya juga ada membeli komik Misi di boothnya. Kerana penulis bagi Komik Misi Tahfiz, Ustaz Syahmi merupakan orang Maran yang saya kenal. Namun tiada diskaun, harga penuh. Tahun lepas juga sama.
Saya tahu cara nak dapat diskaun jika membeli komik Misi, saya boleh membelinya di kedai buku Popular atau SMO menggunakan kad ahli. Dapatlah diskaun. Huhu.    

Bagi yang berminat untuk membaca buku, bolehlah berkunjung ke pondok saya. Sambil minum kopi Turki.

Antara buku-buku belian saya di PBAKL 2019

 Buku lama cetakan  tahun1993 terbitan Penerbit  Pustaka Indonesia. Saya sudah ada buku ceritanya versi kanak-kanak. 

 Kisah Sejarah pembukaan kota Besut yang ditulis oleh jalur keturunannya sendiri. 

 Syarah Tuhfatul Atfal dalam bentuk persembahan yang segar. Buku terbitan Galeri Ilmu ini disusun oleh Ustaz Mohd Hazri al-Bindany, graduan Al-Quran & Qiraat lepasan Shoubra, Mesir.







 Pengalaman sebenar penulis membawa ambulan di Syria

 Buku Travelog yang ditulis sendiri oleh Owner Syarikat buku Kasi Terbit.





 Seorang penulis novel era tahun 40-50an

 Kalau siapa biasa menggunakan Tafsir pimpinan Rahman pasti pernah lihat nama beliau.


 Ulama yang berasal dari negeri Melaka, meninggal dunia pada tahun 1975


Kitab jawi yang dirumikan oleh Akademi Jawi


#PermaiMenulis #PermaiMembaca #KebunAzas #RumahBuku #PBAKL #Pwtc #MalaysiaMembaca


Friday, September 28, 2018

Jalan Lipis ke Jerantut menjelang tahun 2020

Laluan rasmi saya bukannya jalan raya cantik yang  lurus lagi lebar. Tetapi jalan tar yang bertampal bertepek-tepek. Tepek siang malamnya dah punah semula.
Jalan berbukit dan berselekoh adalah kegemaran pereka jalan di sini.
Lebih menambah pengalaman pemandu kenderaan kecil apabila terpaksa mengekori kenderaan berat yang berat bertan-tan.
Sekali "trelar"  besar memintas motor, terhoyong hayang penunggang sampai ada yang terbabas hilang kawalan dek deruan angin dan bayang badan trelar yang menggerunkan.
Selalu juga berlaku, kelibat lori yang tersadai ketika sedang mendaki bukit. Ini sangat merbahaya. Bukan pada lori tersebut, tetapi pengguna jalan raya yang lain. Tak masuk pengguna yang tension dan stress. Kadangkala saya dalam mood nak cepat, ada urusan dan program yang melibatkan masa kehadiran yang sharp. Tetapi bila terpaksa follow konvoi lori atau kesesakan disebabkan lori jem krem ketika mendaki bukit, sedikit sebanyak emosi driver boleh berubah. Rasanya kalau bawa kereta ferrari pun tak boleh nak laju beria.
Hmm, beginilah kisah saya di jalan raya. Malaysiakan dah maju. Menuju wawasan tahun 2020 yang tak lama dah. Dua tahun lagi,  mungkin  kereta tak pakai tayar dah, tapi terbang selaju roket.. ye ke ?

Channel - https://t.me/AzraiePermai

https://twitter.com/AzraiePermai

https://www.facebook.com/azraie.permai

#PermaiMenulis #jalanraya #lori #maju

Tuesday, July 31, 2018

Air terjun Lentang

Biasanya hanya lalu sahaja. Kali ini terdetik nak berhenti singgah. Sebab dah lama sangat tak masuk ke situ.
Kalau dahulu semasa kecil.  Biasanya ayah akan singgah di Lentang jika nak ke Kuala Lumpur.
Pernah saya mengikuti ayah dan beberapa kawannya survey ke beberapa kawasan air terjun, termasuklah di Lentang. Tujuannya untuk buat program Perkhemahan Islam untuk pelajar sekolah menengah. 
Beberapa tahun dahulu, saya juga  singgah beberapa kali ke Lentang, bukannya untuk mandi. Tetapi kerana suka melihat dan merasai suasana air terjun.
Tetapi kali ini, agak terkejut bila terpaksa membayar kupon untuk masuk. RM 2 untuk seorang dewasa.

Sekarang kebanyakan perkhidmatan semuanya nak duit. Kan ?
Parking di bandar kena bayar, nak masuk tandas kena bayar. Ini nak tengok keindahan alam pun kena bayar ?
Hai, inilah Malaysiaku.
Saya pernah terbaca sebuah cerpen dalam majalah Tamadun. Sebuah majalah yang tak lama usianya, tetapi seperti pisang goreng panas ketika era reformasi 1998 dahulu. Penulis  tersebut bercerita dalam cerpennya tentang kisah seorang anak muda di masa hadapan, yang nak mengambil wuduk di masjid pun kena masukkan duit, baru air keluar. 
Mungkin ada yang bersangka baik, untuk kos pengurusan. Tetapi sebenarnya jika diurus dengan baik, sumber hutan juga menghasilkan pendapatan yang lumayan. Berapa banyak lori balak yang kita lihat mundar mandir di jalanan ?
Hasil balak ke mana ? Adakah ke poket orang-orang tertentu sahaja ?



 Sudah terbiar,
Antara bangunan yang telah terbiar


Semasa di Mesir, saya tidak melepaskan peluang berkunjung ke air terjun Shalalat di Fayyoum. Kalau ikut kata senior semasa memberi penerangan “memang wow”, satu-satunya air terjun di Mesir.

 Kenangan di Shalalat, Fayoum





Jom kita meneroka alam. Melihat kebesaran ciptaan Allah. Sambil menenangkan fikiran.
Saya tutup cerita ini dengan :
Firman Allah SWT yang bermaksud :  "Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu  ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh  ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan" .( Al-Baqarah : ayat 74).

Blog : http://syababgr.blogspot.com
FB : https://www.facebook.com/alfaqirazraie/

#PermaiMenulis #alam #hutanlipur #lentang #fayoum 



  

Monday, July 24, 2017

Tip untuk Ikut Rombongan (Siri 1)

Bila pergi rombongan, sudah tentu bukan kita berseorangan. Tetapi bersama dengan rakan rombongan yang lain.
Maka banyak benda yang perlu kita perhalusi, sebab bukan kita seorang. Tapi ramai lagi ahli rombongan yang lain.
Biasanya timbul masalah bila berada di tempat menginap. Mungkin homestay, dorm.
Antaranya :
i)Bilik air dan tandas -
Jumlah bilik air yang terhad. Kena kongsi dan tunggu giliran. Biasanya kecoh pada waktu subuh.
Cadangan saya :-
Jika ramai yang menunggu giliran bilik air, tak perlu lah mandi beria macam dekat rumah sendiri. Cukup berus gigi, bersihkan apa yang patut dan berwuduk. Selepas solat subuh nanti baru la mandi.  Melainkan mandi wajib.
Bagi yang mandi wajib, dah tau nak mandi wajib. Bangunlah awal sekali. Bukannya lewat sama dengan kawan yang lain.
Ada juga rakan yang mengambil insiatif mandi lebih awal, iaitu sebelum tidur. Bangun pagi hanya sekadar basuh dan bersih sikit-sikit tak sampai 5 minit.

ii)Set penggera (alarm)
Rata-rata saya jumpa suka setting terlalu awal penggera mereka. Ada masa kena lah ukur baju di badan sendiri. Sesuaikan dengan realiti semasa.
Contohnya bila pergi rombongan, balik tempat menginap dah lewat, sepanjang hari pula dah letih berjalan. Pedooh je setting jam 4-5 pagi tuh. Setting  yang kita rasa mampu dengan kadar keadaan situasi kita.
Alhamdulillah, saya antara orang yang mudah bangun. Cuma selalu tensen dengan deringan alarm orang lain yang bingit, tetapi orang berkenaan relek je  tidur mati.
Banyak kali saya yang terpaksa bangun, dan tolong tutupkan alarm tersebut.  Isunya setting awal sangat.
Sekarang, biasanya awal-awal lagi sebelum masuk tidur saya akan taklimatkan pada kawan-kawan yang lain. Supaya tak melampau dalam setting alarm.
Insya-Allah bila kita biasa bangun awal. Tanpa alarm pun pasti akan terjaga dengan izin Allah. Sebelum tidur tu niat dan berdoalah.

iii) Iron baju
Saya galakkan bila pergi rombongan, pilih baju yang tak perlu digosok beria, Seperti T-Shirt.
Ini tidak, ada yang pakaian tu macam nak pergi masuk temuduga. Mujur tak pakai blazer dengan tali leher je.
Nak pula kaum hawa, lagi banyak  set pakaian depa. Semua nak bergosok sampai stokin, sapu tangan pun nak bergosok.
Kalau ada yang macam tuh, suruh dia sewa bilik hotel sorang-sorang. Tak payah la join rombongan beramai ni.
Konsep backpackers sangat menarik untuk kita amalkan.

iv) Plug Elektrik
Sudah tentu jumlah plug sangat terhad. Sedangkan penggunaannya sangat maksima terutama untuk cas henpon, power bank, kamera dll.
Saya cadangkan (walaupun dari segi keselamatan macam tak berapa elok), pakat bawa plug extension. Jadi jumlah plug banyak la sikit.  Moleknya beli power bank yang kapasiti besar. Cas siap-siap power bank dekat rumah.

Ada lagi?.. Boleh cadangkan untuk kebaikan kita bersama.


#PermaiMenulis
#rombongan