Monday, November 26, 2018

Program Cuti Sekolah di Masjid Daerah Bentong


Cuti Sekolah nak buat apa ?
Jom Bercuti di Masjid.
Insya-Allah kami di Masjid Daerah Bentong 28-29 November 2018.
Tunggu apa lagi..
Antara aktiviti menarik :
-Bersua dengan abang dan kakak Fasi yang ceria.
-Dapat kawan-kawan baru.
-Memanah
-Ilmu Fardhu Ain
-Game yang mencergaskan fikiran.
-Bina Identiti muslim yang cemerlang.
-Disamping dapat beriktikaf di dalam masjid.

#CutiCutiMasjid #Krip #PermaiDiHati

Wednesday, November 21, 2018

Bersama Ustaz Mohd Nor guru Maahad Muhammadi Kelantan bercerita Ilmu Falak


Sempena program Karnival Masjid Daerah Lipis, pihak penganjur telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohd Nor bin Hussin, guru  Maahad Muhammadi LilBanat, Kota Bharu Kelantan untuk menyampaikan ceramah.
Beliau mengaitkan  ayat-ayat al-Quran dengan alam semesta terutamanya yang berkaitan dengan falak. Katanya ilmu ini dipelajari secara tidak formal disebabkan minat yang mendalam terhadap falak.
Beliau menuntut dengan  Almarhum  Haji Abdul Ghani Salleh, seorang pakar ilmu falak yang meninggal dunia pada tahun 2009. Cerita Ustaz Mohd Nor, gurunya juga bukanlah mempelajari ilmu falak secara formal, asalnya bekerja sebagai warden dan penguasa penjara. Tetapi disebabkan minat yang mendalam, almarhum gurunya mengkaji  dan mempelajari ilmu falak dan akhirnya menjadi seorang pakar dalam bidang falak.
Saya tertarik dengan nukilan Ustaz Mohd Nor yang disebut oleh almarhum gurunya : Kaji matahari dan langit, akan pandai matematik.

Makan bersama Ustaz Mohd Nor dan  Tuan Qadhi Lipis

Ketika makan, saya bertanyakan kepada Ustaz Mohd Nor tentang  sekolah Maahad Muhammadi Lil Banat yang terkenal dengan pelajarnya yang cemerlang walaupun statusnya bukan sekolah berasrama penuh. Kata Ustaz Mohd Nor, kami gelarkan “asrama limpah”. Maksudnya bangunan asrama yang kecil dan padat dengan penghuninya.

Menariknya, tenaga pengajar yang mengajar di situ memang dipilih dari kalangan yang terpilih. Bukan hanya melihat kepada sijil dan kelulusan akademik. Tetapi aspek fikrah dan jiwa pendidik sangat diambil berat. Jika mereka yang hanya masuk bekerja  disebabkan sijil dan kelulusan, biasanya tidak akan dapat bertahan lama.
Begitulah antara rahsianya.
Nak jadikan pelajar hebat, mesti mempunyai guru yang berjiwa murabbi.
Bukannya mereka yang menjadi guru hanya kerana untuk mendapatkan gaji bulanan semata-mata.

fb.me/azraie.permai
https://twitter.com/AzraiePermai
http://syababgr.blogspot.com/
https://t.me/AzraiePermai

#PermaiMenulis #falak #karnivalmasjid