Thursday, November 30, 2017

Minum Teh di CIMB

Pergi ke CIMB pada hari rabu. Adalah pihak bank menyediakan hidangan ringan seperti kuih dan air teh. Walaupun bukan nasi lemak tapi kira ok dah tu. 
Saya rasa bank lain belum ada yang buat style begini. 
Walaupun ini adalah teknik CIMB untuk menarik pelanggan, saya rasa teknik ini sangat menarik kerana makanan memang diperlukan oleh semua orang tak kira tua dan muda, bangsa apa pun mereka.
Alangkah bestnya jika semua bank dapat menagambil kaedah ini. Menyapa 'client' dengan secawan teh. Fuhh.

Alhamdulillah di Masjid kami, pada setiap hari jumaat, disediakan minuman ais berperisa untuk semua ahli jemaah. Boleh minum sama ada ketika sebelum solat atau selepas selesai solat jumaat. Percuma sahaja.
Selain air kosong (Sky juice)  di mesin water cooler yang sentiasa Available di Masjid.

Meja Teh dan kuih di CIMB Cawangan Lipis


#PermaiMenulis
#CIMB
#Tea



Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

Kambing pun kena Rawatan Kesihatan

Dua ekor kambing biri-biri yang tak lalu makan. Nak kata daun  tak sedap, Palet (dedak) yang kambing lain ketagih sampai berlari-lari balik ke reban kerana teringatkan dedak tersebut, depa dua ekor buat tak kisah je. Agaknya putus cinta atau memikirkan masalah hidup dengan begitu serius.
Punyalah tak lalu makan sampai nampak rangka tulang.

Pihak Veterinar pun dipanggil untuk memberikan rawatan kesihatan kepada kambing tersebut. Dua suntikan diberikan kepada dua ekor kambing tersebut.
Setelah diberi suntikan nampaknya dua ekor kambing tersebut semakin berselera makan.

Pihak Veterinar juga ada memberi beberapa panduan menguruskan kammbing dengan lebih sistematik. Antaranya Kambing kampung dan biri-biri tidak boleh bercampur dalam satu kandang. Kata depa Kambing kampung lebih jahat berbanding kambing biri-biri. Akhirnya nanti kambing biri-biri tak cukup makan kerana tempat makan dikuasai oleh kambing kampung.

Susana kandang  perlu cerah dan jangan redup dan lembab sangat, Nanti kambing boleh dapat selsema. Kawasan sekeliling kandang juga perlu diterangkan, supaya kambing mendapat cahaya matahari. 

Begitulah Update cerita kambing.
Sekian

#PermaiMenulis
#haiwan
#Kambing











 Gaya selepas kena suntik

Musim hujan yang sejuk, kambing kecik yang yatim piatu  berhimpit dengan kambing besar untuk mendapatkan haba.



🎉 JOM BERCUTI DI MASJID' 🎉
🗓Tarikh: 11-14 DISEMBER 2017
 (ISNIN-KHAMIS)
 🕰Masa : 8.00 pagi-12.00 Tengahari
 🕌Tempat: Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis
 👨🏻🎓 Umur: 9-17 tahun
 🔑 Antara aktiviti yang Menarik akan dijalankan: 😍 😍
 👉🏻 Pengukuhan Membaca Al Quran dengan mantap
 👉🏻 Hafazan Surah Pilihan
 👉🏻 Motivasi 
 👉🏻 Bengkel Personaliti
 👉🏻Game Modul
 💰 PROMOSI Yuran  ❗ : PERCUMA

Berminat??? Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut sila whatsapp/msg/call :

Tuesday, November 28, 2017

Urusan di Bank

Hari ini Hari Bank.
Destinasi pertama ke Maybank. Tujuannya untuk membuat laporan dan bantahan berkenaan kad kredit saya. Kad kredit American Express tidak pernah saya gunakan. Suatu hari, saya menerima SMS memaklumkan yang kad kredit tersebut ada membuat transaksi.
Terus saya call ke pusat khidmat pelanggan Maybank, dan depa chek memang berlaku transaksi. Depa pun terus blok kad tersebut.
Walaupun telah blok namun jumlah transaksi tersebut tetap masuk dalam akaun saya yang perlu dibayar.
Maka saya perlu membuat bantahan. Kalau tak naye lah. RM 400 lebih juga nilainya.
Mereka yang buat kerja ‘mencuri’ tersebut berasa yang hidup selama-lama agaknya. Tak mati-mati. Saya rasa selain Islam, kebanyakan agama lain pun tetap percaya yang akan adanya hari pembalasan selepas kematian.

Saya juga memaklumkan yang saya sering menerima SMS menyatakan bayaran kereta tertunggak. Isunya No Plat kereta tersebut bukan saya punya. Sebelum ini saya telah memaklumkan kepada pihak bank. Tetapi SMS masih lagi dapat. Ada orang tersalah atau sengaja menggunakan nombor saya ?

Selesai di Maybank..
Saya ke Cimb. Membayar duit pembiyaan. Habis duit poket. Huhu. Sambil-sambil bertanyakan kut-kut dapat buku planner atau diari ke. Depa kata tak sampai lagi. Haha.

Selepas Cimb, Saya ke Bank Rakyat pula. Tujuannya untuk memperbaharui kad ATM. Semua pengguna kat  ATM Bank rakyat kena tukar kad debit yang terkini. Saya juga mengambil semula tabung duit syiling yang ditinggalkan tempoh hari.

Urusan saya dengan bank masih belum Settle. Bank Islam tiada di Lipis.

#PermaiMenulis
#bank




🎉 JOM BERCUTI DI MASJID' 🎉
🗓Tarikh: 11-14 DISEMBER 2017
 (ISNIN-KHAMIS)
 🕰Masa : 8.00 pagi-12.00 Tengahari
 🕌Tempat: Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis
 👨🏻🎓 Umur: 9-17 tahun
 🔑 Antara aktiviti yang Menarik akan dijalankan: 😍 😍
 👉🏻 Pengukuhan Membaca Al Quran dengan mantap
 👉🏻 Hafazan Surah Pilihan
 👉🏻 Motivasi 
 👉🏻 Bengkel Personaliti
 👉🏻Game Modul
 💰 PROMOSI Yuran  ❗ : PERCUMA

Berminat??? Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut sila whatsapp/msg/call :

Nak makan gulai ikan patin di Lipis

Bertandang di Daerah Lipis mesti nak cari kedai makan yang sedap.
Buat mereka yang mencari menu ikan sungai, 
Saya syorkan  makan di Azmi Stim. Lokasi di bandar baru. Pusing je ke bandar baru Kuala Lipis, insya-Allah jumpalah. Sebab bukannya besar pun bandarnya. huhu.
Kalau nak masak stim, moleknya call dulu. Kalau tak lama sikit kena menunggu.



 Ikan Kenerak

 Ikan patin

 Bersama Ustaz ZulRamli bin Mohd Razali menikmati juadah makan tengahari di Azmi Stim, Kuala Lipis.




#PermaiMenulis
#makan
#Lipis
#AzmiStim


🎉 JOM BERCUTI DI MASJID' 🎉
🗓Tarikh: 11-14 DISEMBER 2017
 (ISNIN-KHAMIS)
 🕰Masa : 8.00 pagi-12.00 Tengahari
 🕌Tempat: Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis
 👨🏻🎓 Umur: 9-17 tahun
 🔑 Antara aktiviti yang Menarik akan dijalankan: 😍 😍
 👉🏻 Pengukuhan Membaca Al Quran dengan mantap
 👉🏻 Hafazan Surah Pilihan
 👉🏻 Motivasi 
 👉🏻 Bengkel Personaliti
 👉🏻Game Modul
 💰 PROMOSI Yuran  ❗ : PERCUMA

Berminat??? Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut sila whatsapp/msg/call :

Monday, November 27, 2017

Naqib Usrah Nurani Radio Ikim Berceramah di Lipis

Hari ini berlangsungnya program anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Lipis di Dewan Residen Lipis. Program diadakan bersempena dengan Maulidul Rasul SAW. 
Aturcara dimulakan dengan bacaan selawat, persembahan nasyid dan sesi ceramah bersama Ustaz Zul Ramli bin Mohd Razali. 
Walaupun cuaca di luar dewan hujan, namun kehadiran peserta memberansangkan. 
Beberapa pesanan Ustaz Zulramli antaranya :
-Kerap berselawat. Para pimpinan di semua peringkat lazimi ajak anak buah berselawat.
-Tambah ilmu pengetahuan. 
-Berdoa kepada Allah.



Penceramah tidak asing lagi di daerah Lipis dan negeri Pahang. Beliau berasal dari Kampung Tembeling Jerantut. Popular dalam slot Usrah Nurani radio Ikim pada setiap petang jumaat sebagai Naqib Usrah. Beliau merupakan abang kepada Almarhum  Ustaz Rujhan. 

Persembahan nasyid dari Ustaz Hasan Basri. Beliau kini berkhidmat sebagai anggota tentera. Merupakan Johan Qari ATM Peringkat Kebangsaan. Beliau merupakan adik kepada pelakon Razak Ahmad.

 Persembahan nasyid dari Ustaz Termizi Ishak. Beliau merupakan Johan Qari peringkat Daerah Lipis tahun 2017 dan akan mewakili daerah Lipis ke peringkat Negeri.


 Semoga Ustaz dikurniakan kesihatan untuk terus gigih menyebarkan dakwah.




 Al-Fadhil  Qadhi Daerah Lipis, Ustaz Abu Bakar Ismail menyantuni Ustaz ZulRamli  sebelum menyampaikan ceramah. Turut hadir YH Dato' Abu Jimi Samat, Ketua Ahli Majlis Daerah Lipis.



 Para hadirin hadirat tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan al-Fadhil Ustaz ZulRamli. 



#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil
#MaulidulRasul
#Lipis


Jom isi cuti sekolah dengan sertai program di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis



Baca doa di Majlis rasmi



Pagi ini program sempena Maulidul Rasul anjuran Pejabat Agama Daerah Lipis. Bacaan selawat dan kuliah Dhuha yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zul Ramli bin Mohd Razali. Program dimulakan dengan bacaan doa.
Membaca doa di majlis-majlis rasmi antara kerja saya. Perlu persediaan dengan mencari/mengarang teks doa. Kemudian melancarkan bacaan doa tersebut. Teks doa tak perlu panjang. Cukup semuka sahaja.


Jom isi cuti sekolah dengan sertai program bersama kami : 


Sunday, November 26, 2017

Konvoi kereta lama


Konvoi kereta  serba baru tu biasa. Luar biasanya bila dapat berjumpa dengan deretan kereta oldskol yang sangat rare.
Bukan semua golongan hobinya menghimpun barang baru. 
Barang lama yang punyai nilai sejarah..perlu dijaga dengan baik.
Toyota DX, Datsun 120y dll 



Isi Cuti Sekolah dengan join program bersama kami :

🎉 KEM INTENSIF AL- QURAN'🎉
🗓Tarikh: 2 & 3 DISEMBER 2017 (SABTU & AHAD)
🕌Tempat: Masjid Al-Munawwarah Taman Setia Jasa, Temerloh
👨🏻‍🎓 Umur: 9-15 tahun
🔑 Antara aktiviti yang Menarik akan dijalankan:😍😍
👉🏻 Pengukuhan Membaca Al Quran dengan mantap
👉🏻Memanah
👉🏻 Mempelajari hukum tajwid dengan lebih mendalam
👉🏻Game Modul
💰 PROMOSI Yuran : RM50/seorang
🔮Anjuran: PERMAI & MASJID AL-MUNAWWARAH TAMAN SETIA JASA 
Berminat??? Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut sila whatsapp/msg/call :
📱0145053984 (Aqilah)
http://www.wasap.my/60145053984
📱01119988041 (Tengku Izzah)
http://www.wasap.my/601119988041