Tuesday, January 31, 2023

𝐏𝐄𝐑𝐈𝐒𝐓𝐈𝐖𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐉𝐀𝐁 : 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐊

 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐒𝐓𝐈𝐖𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐉𝐀𝐁 : 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐁𝐔𝐊



Perang Tabuk merupakan peperangan terakhir yang dipimpin dan diikuti oleh Rasulullah SAW.
Berlaku pada bulan Rejab tahun 630 Masihi / 9 Hijrah.
Nama Tabuk diambil dari tempat terjadinya peperangan ini, iaitu di mata air Tabuk.
Rasulullah SAW bersabda:
وقال النبي عليه الصلاة والسلام : (إنَّكُمْ سَتَأْتُونَ غَدًا، إنْ شَاءَ اللَّهُ، عَيْنَ تَبُوكَ، وإنَّكُمْ لَنْ تَأْتُوهَا حتَّى يُضْحِيَ النَّهَارُ، فمَن جَاءَهَا مِنكُم فلا يَمَسَّ مِن مَائِهَا شيئًا حتَّى آتِيَ ...
“InsyaAllah esok kamu akan sampai ke sebuah mata air di Tabuk. Dan kamu tidak akan sampai ke sana sebelum tengah hari. Maka siapa yang sampai ke sana lebih dahulu, sekali-kali jangan menyentuh airnya sebelum aku tiba di sana...”
(Hadis riwayat Muslim)
Seramai 30 000 orang tentera muslimin berhadapan dengan tentera Rom.
Jarak Madinah ke Tabuk : 626 KM (jarak terkini)
Tidak berlaku sebarang pertumpahan darah dalam peperangan ini kerana pihak musuh telah berpatah balik disebabkan gerun dengan kekuatan tentera Islam.
*Makluman : 1-30 Rejab 1444 bersamaan 1 Januari - 21 Februari 2023

#jaip #Permaimenulis #Media

Thursday, January 19, 2023

Hujan

Dua pagi kehujanan semasa menuju ke opis.
Masih bersyukur kenderaan beratap.
Bagi yang kenderaannya memang hanya motorsikal, nak tak nak tetap perlu ke tempat kerja atau sekolah.
Mungkin ada tempat kerja yang consider boleh lewat kalau hujan lebat. Tapi kalau hujan lebat berterusan sepanjang hari ?
Macam mana pula ye ?
Sebenarnya kebanyakan daripada kita masih berada dalam zon selesa. Itu yang bila hujan je pun, guna alasan hujan untuk lewat dan sebagainya.
Saya berbasikal semasa sekolah dahulu di SMA Al-Khairiah ketika tingkatan 1-3.
Tingkatan 1-2 bersekolah sesi petang. Ada waktu yang hampir setiap petang hujan. Redah je, sebab hala balik ke rumah. Buku dan songkok memang lunyai.
Semasa sekolah tingkatan 3 sesi pagi, hujan masa pagi yang tak tahannya. Nak tak nak tetap pergi juga ke sekolah.
Kenangan paling tidak dilupakan, hari pertama pendaftaran dan sesi persekolahan tingkatan 1, dah berbasikal meredah hujan. 
Pelajar baru yang lain hampir semua pergi berhantar dengan family masing-masing. 
Saya pula tiada siapa nak hantar, ayah semasa itu di UTM Skudai. 

Pengalaman lalu lah yang mendewasakan kita. Banyak pengalaman, insya-Allah akan membentuk jati diri kita. 
Maka, orang muda ciptalah pengalaman sebanyaknya. Ketika muda inilah. Jangan menanti hari tua nanti. 



#PermaiMenulis #hujan

Tuesday, January 17, 2023

Promosi ISO

Mesyuarat nak promosi ISO JAIP. Kasi meletup. Kerja dengan wehdatul fikri dan wehdatul amal. Insya-Allah power hasilnya.





#iso #jaip #PermaiMenulis

Imam dan GPK

Bersama Imam Masjid Daerah Kuantan Barat, Jerantut dan Muadzam Shah yang berbengkel di JAIP. Nak bina modul untuk pelapis imam. Bagi orang-orang muda remaja pula menjadi imam yang power.
Turut sama Maulana GPK SMA Bukit Ibam yang menjaga exam SMA.
Berborak sambil mencari idea dan sumbang saran.




#jaip #imam #sman #PermaiMenulis

Friday, January 13, 2023

𝗣𝗘𝗥𝗜𝗦𝗧𝗜𝗪𝗔 𝗝𝗔𝗠𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 ; 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗬𝗜𝗗𝗔𝗧𝗜𝗡𝗔 𝗙𝗔𝗧𝗜𝗠𝗔𝗛 𝗔𝗭-𝗭𝗔𝗛𝗥𝗔’ 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗦𝗔𝗪

𝗣𝗘𝗥𝗜𝗦𝗧𝗜𝗪𝗔 𝗝𝗔𝗠𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 ; 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗬𝗜𝗗𝗔𝗧𝗜𝗡𝗔 𝗙𝗔𝗧𝗜𝗠𝗔𝗛 𝗔𝗭-𝗭𝗔𝗛𝗥𝗔’ 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗦𝗔𝗪




Sayidatina Fatimah r.a. lahir pada 20 Jamadilakhir 605M di kota suci Mekah. 
Merupakan puteri bongsu Rasulullah SAW.
Berkahwin dengan Sayidina Ali bin Abi Talib r.a.
Meninggal dunia pada 4 Jamadilawal 11H  dalam usia 28 tahun hanya 6 bulan selepas kewafatan Rasulullah SAW.  

*Makluman : 20 Jamadilakhir 1444H bersamaan 13 Januari 2023

𝗭𝗜𝗞𝗜𝗥 𝗙𝗔𝗧𝗜𝗠𝗔𝗛

Sayidatina Fatimah pernah mengadu kepada Rasulullah SAW mengenai bebanan kerja rumah dan meminta seorang pembantu (hamba). 
Sabda Rasulullah SAW kepada Sayidina Ali dan Fatimah r.a. : 
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” 
(HR. Muslim, no: 4906)

#jaip
#jamadilakhir
#mediajaip

Cerita Jurugambar




Sekadar pandangan.
Biasanya semasa majlis kenduri, pengantin sibuk bergambar dengan cameraman.
Wajarnya sesi bergambar untuk pengantin dilewatkan.
Sebaiknya semasa majlis terutama semasa waktu kemuncak yang tengah ramai tetamu hadir, pengantin pergilah beramah mesra menyambut tetamu. Bagi tetamu kenal pengantin. Paling power tunggu dekat tempat menyambut tetamu.
Mungkin itu je lah antara peluang nak bertemu dengan saudara mara.
Ada tetamu yang kadangkala level atuk nenek yang sanggup tunggu selepas makan nak berjumpa dengan pengantin. Nak berkenalan dengan pemgantin katanya. Yang pengantin sedang sibuk sesi bergambar.
Kita yang bayar photografer, depa akan ikut kehendak client. Kita yang tak request.
Lainlah nama program tu majlis bergambar untuk pengantin.

#salamjumaat #PermaiMenulis

Thursday, January 05, 2023

Pasukan Masjid

Terima kasih pasukan Masjid Sultan Mahmud dan Pejabat Agama Islam Daerah Lipis kerana menjemput kami.
Selamat datang kepada Ustaz Hafiz Al-Shoubrawi dan Ustaz Tajuddin Al-Shoubrawi ke pasukan penggerak agama di sini.
Keduanya sahabat sepengajian kami semasa di Dpm Maqaz Shoubra.
Jangan takut untuk membuat perubahan.
Terus maju demi ummah.





#Jaip #PermaiMenulis

Wednesday, January 04, 2023

Perang Jamal, Perang Saudara pertama dalam Islam

𝐏𝐄𝐑𝐈𝐒𝐓𝐈𝐖𝐀 𝐉𝐀𝐌𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 ; 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐌𝐀𝐋, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌




Perang Jamal (unta) berlaku pada 11 Jamadilakhir 36H.
Punca utama peperangan ini, terjadinya salah faham antara pihak Khalifah Sayidina Ali r.a. dan pihak Ummahatul Mukminin Sayidatina Aisyah r.a. akibat fitnah dan provokasi yang telah dicetuskan oleh golongan munafik berkenaan isu kematian Sayidina Uthman bin Affan r.a.

Perang ini dinamakan perang Jamal (unta) kerana ketika peperangan, Sayidatina Aisyah r.a. menunggang unta dan beliau hanya berada di atas untanya ketika berlakunya peperangan.

Sabda Rasulullah SAW :

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَقْتَتِلَ فِئَتَانِ عَظِيمَتَانِ يَكُونُ بَيْنَهُمَا مَقْتَلَةٌ عَظِيمَةٌ دَعْوَتُهُمَا وَاحِدَةٌ
“Tidak akan berlakunya hari kiamat hingga terjadi peperangan antara dua kelompok besar. Korban besar terjadi di antara keduanya. Kedua kelompok itu memiliki seruan yang sama.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

* Makluman : 11 Jamadilakhir 1444 bersamaan 4 Januari 2023

#jaip
#jamadilakhir