Showing posts with label ziarah masjid. Show all posts
Showing posts with label ziarah masjid. Show all posts

Monday, June 21, 2021

Masjid Baru Tanjung Gahai Lipis

 



Masjid baru Kampung Tanjung Gahai di Kuala Lipis Pahang.


https://youtu.be/mBFVHZwMgrg

#Pahang #Lipis #Masjid #Jakim #Jelai #Jaip #PermaiMenulis

Saturday, June 12, 2021

Masjid Yamtuan Raden Kuala Pilah



Kenangan tahun 2019 Singgah sebentar di Masjid Jamek Yamtuan Raden, Kuala Pilah Negeri Sembilan.
Masjid adalah Rumah Allah. Jika melancong ke sesebuah tempat, kita berziarahlah ke masjid yang ada di situ.
Video 15.8.2019

#PermaiMenulis #Masjid #YamtuanRaden #NegeriSembilan 

Friday, April 05, 2019

Geng Masjid Lipis ke Istana Negara

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, menitahkan untuk diadakan program tahlil di surau jumaat Istana Negara pada setiap akhir dan awal bulan. 

Alhamdulillah minggu ini, giliran Pejabat Agama Islam Daerah Lipis berkunjung ke Istana Negara.
Selain staf Pejabat Agama dan Masjid Daerah Lipis, turut sama ialah ahli  jemaah Masjid Daerah Lipis, Pegawai dan AJK Masjid Qaryah.

Kami bertolak pada pukul 12  dengan sebuah bas dan berhenti makan dan solat di RNR Genting Sempah.

Program di surau Istana bermula dengan solat maghrib, kemudian bacaan tahlil dan tazkirah yang disampaikan oleh ustaz Nik Ibrahim, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang.

Solat Isyak pada malam tersebut, saya ditaklifkan untuk menjadi imam, alhamdulillah merasa juga jadi imam di Istana Negara. 

Selepas Isyak, sesi jamuan makan malam. Kami rombongan dari Lipis mendapat layanan sebaiknya. 
Setelah itu, acara yang paling meriah, tentunya bergambar. Selesai bergambar secara Official, masing-masing tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kenangan bersama Tuanku YDPA.

Tuanku sangat ceria dan gembira melayani kami orang kampung, huhu. 

Semoga KDYMM YDPA Tuanku sentiasa dicucuri rahmat dan dikurniakan kesihatan dan dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya. 

Nak gerak dari Lipis, Abang Din "bizi" chek nama peserta rombongan. Rombongan Orang kampung ke Ibukota..

 Singgah makan dan solat di RNR Genting Sempah. 

Lunch bermenukan nasik ayam penyet. 

Sampai dah, masuk ikut pintu nombor 3


Di hadapan Istana

 Semua yang nak masuk kena scan untuk keselamatan, macam pemeriksaan dekat airport.

Bersama Tuan Haji Zakaria bin Mohamed, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga  Jabatan Agama Islam Pahang

Sesi bergambar sakan, sementara menunggu waktu Maghrib
 Bersama Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis dan Mantan Qadhi Daerah Lipis, Ustaz Fazli Mat Saman yang kini sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP dan Staf PAID Lipis





 Mimbar dan Mihrab Surau Istana


Bersama Ustaz Muzil Adli, Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP



Bilal sedang melaungkan azan
Dinner selepas isyak

Sesi Bergambar selepas makan. 




 Ustaz Akmal bersama Tuanku YDPA
AL-Fadhil Qadhi Daerah Lipis dan isteri bersama Tuanku YDPA
Saya tidak melepaskan peluang berwefie bersama Tuanku

 Bersama En. Suhaimi dan Puan Fatimah

 Abang Din segak bergaya dengan songkok yang baru dibeli, sempena nak ke Istana Negara.



 Selfie je lah..haha
Geng Lepeh
  
Syukran buat Datuk Abdul Aziz bin Che Yacob, Pegawai Agama Istana Negara yang menyantuni saya dengan mesra. Banyak perkongsian pengalaman Datuk yang telah berkhidmat di Istana Negara sejak YDPA Sultan Mizan lagi.

 Pemandangan luar Istana Negara, sebelum menaiki bas pulang ke desa 



#PermaiMenulis #IstanaNegara #Agong #AlSultanAbdullah #tahlil #dinner #gambar #lipis #paid #jaip #imam #MasjidDaerah #pahang 

Wednesday, June 22, 2016

Kisah Ramadhan (KIRAM 9) Jaulah Imam ke Masjid Kampung Talus/Dala

Setiap kali bulan Ramadhan, Ketika mana ramai yang memilih untuk berprogram di masjid-masjid bandar dan ternama. Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Pejabat Agama Islam Daerah akan menganjurkan program mesra masjid Ihya' Ramadhan (Jelajah Imam)  ke masjid-masjid kampung. 

Untuk tahun ini, saya berkesempatan bertandang  ke sebuah masjid kampung Talus/Dala.
Uniknya nama Masjid ini, kena sebut sekali Talus dan Dala. Kata Tok Empat, Talus seberang sana, tapi akan disebut sekali.

Masjid ini agak terpencil dari pandangan orang yang lalu lalang, berada pula di kampung yang jumlah penduduk semakin suram. Solat Jumaat hanya tamam 12 orang sahaja. Kalau nak kira 40 orang, tak merasalah orang kampung ini untuk solat Jumaat. Kuliah pengajian ilmu langsung tiada, tiada kemampuan untuk panggil penceramah. Jika panggil pun belum tentu penceramah sanggup hadir.

Mereka bercerita tentang orang muda lari keluar dari kampung mencari pekerjaan. Yang tua pula semakin sedikit, pergi tak kembali (meninggal). 






 Kami wakil Pejabat Agama Islam Daerah Lipis, (Ust Amin, Saya dan Ustazah Fasha) yang muda. Penduduk kampung semua veteren.

 Juadah memang tiptop, sebab masak guna kayu api.

Ketika Iftar, Saya kira hanya 13 orang kampung lelaki dan perempuan yang hadir. Kata mereka : beginilah kampung ini, Kami dah biasa..
'
Tazkirah selesai Iftar, saya sentuh berkaitan Nuzul Al-Quran.

Solat terawih, semuanya warga emas.


 Bergambar kenangan bersama penduduk kampung. Insya-Allah ada ruang saya akan bertandang lagi. Betapa mereka sangat gembira dengan kehadiran kami.

 Sedikit sumbangan yang tidak seberapa dari Pejabat Agama kepada pihak masjid.

 Paling berharga di masjid ini, Mimbar lama yang masih digunakan. Cerita Tok Empat Kampung (ketua kampung) Dulu ada orang nak buat yang baru, tapi dia tak setuju sebab sayang dengan mimbar tersebut.

 tahun 1969 yang tercatat di Mimbar. 

Semoga masa depan Masjid Kampung Talus/ Dala semakin cerah.. Insya-Allah, kita optimis dengan masa depan Islam yang gemilang.


Tuesday, June 21, 2016

Seputar Memori Silam : Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Sabtu kelmarin, saya berkesempatan menjejakkan kaki ke Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan. Tempat ini banyak merakamkan memori silam saya terutama ketika bergelar pelajar Maahad Tahfiz Masjid Negeri dahulu. 

Kini, saya semakin jarang berkunjung ke Masjid Negeri, antaranya kerana faktor parking yang susah di tengah bandar Kuantan. Lebih selesa untuk mencari masjid yang berada di pinggir bandar. Semoga Masjid Negeri terus menyerlah khususnya dalam Negeri Pahang. Saya percaya pentadbirannya sentiasa merancang pelbagai aktiviti dan program demi untuk memajukan lagi Masjid Negeri.

Bersebelahan dengan Masjid Negeri, terdapat deretan  bazar yang menjual pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Ramai orang yang berkunjung ke bazar tersebut, cuma saya perhatikan gerai yang paling ramai pengunjung sampai kena berbaris panjang ialah di gerai Murtabak Ghazali dari Pekan. Gerai lain takde lah sampai kena berbaris. Yang saya tahu murtabak yang terkenal di Pekan ialah Murtabak Mengkasar dan Murtabak Mawar. Orang luar biasanya mencari Murtabak Mengkasar dan orang Pekan lebih memilih Murtabak Mawar. Saya syorkan untuk mencuba Murtabak Pekan baik Mengkasar mahupun Mawar.

Wakaf yang menjadi rebutan di Masjid Negeri, kerana hanya ada satu sahaja. Zaman saya belajar dahulu belum ada lagi. 

Wednesday, November 18, 2015

Masjid Muhammadi Kelantan


Sewaktu bersiar di Kelantan tempohari saya telah menginap di Khalifa Suites Hotel & Apartment. Kedudukannya yang berhadapan dengan Masjid Muhammadi, Masjid Negeri Kelantan sangat menyenangkan saya. 



 Di lobi Hotel Khalifa




 Masjid sedang mengalami proses baik pulih

 Sistem pengajian halaqah berkitab berjalan sehingga sekarang 

Beduk 
Bersarapan berdekatan Pasar Besar Siti Khadijah. Terdapat pelbagai juadah nasi berlauk di sini.