Showing posts with label AlQuds4Palestine. Show all posts
Showing posts with label AlQuds4Palestine. Show all posts

Saturday, June 05, 2021

Yahya Sinwar Pemimpin Nombor 1 Hamas di Gaza




Yahya al-Sinwar merupakan pemimpin utama Hamas di Gaza. Beliau merupakan orang yang kedua berpengaruh selepas Ismail Haniyeh dalam Hamas.

Palestin adalah selamanya tanah milik Umat Islam.

https://youtu.be/Qr_bJ4NeYPE
https://youtu.be/Qr_bJ4NeYPE
https://youtu.be/Qr_bJ4NeYPE

#PermaiMenulis #Palestin #Gaza #Hamas #YahyaSinwar #AidForPalestine #AlQuds

Jom menyumbang :
Sebagai tanda prihatin, salurkan bantuan anda secara melalui NGO berikut:

Muslim Care Malaysia (Palestine)
MAYBANK: 5644-9021-1159

Wednesday, June 02, 2021

Ismail Hanieyah (Top Leader Hamas) dan Malaysia



Palestin dan Malaysia sememangnya mempunyai hubungan yang akrab sejak dahulu lagi. Kunjungan dari kepimpinan Palestin ke Malaysia terutama Hamas pastinya disambut dengan Ukhuwwah dan persaudaraan sejati sesama muslim.

Insya-Allah Malaysia akan terus bersama Palestin.

https://youtu.be/JS5J-v3rftY
https://youtu.be/JS5J-v3rftY
https://youtu.be/JS5J-v3rftY

#Permaimenulis #Hamas #Gaza #IsmailHanieyah #Malaysia

Sunday, May 23, 2021

Kenali Hamas dan al-Qassam

Kenali Hamas dan al-Qassam yang sangat ditakuti oleh regim zionis Israel dan sekutunya.




Semoga Allah SWT memberi kemenangan buat Umat Islam khususnya di Palestin. #PermaiMenulis #Islam #hamas #Palestine #alqassam https://youtu.be/2wrF2txAUn0 https://youtu.be/2wrF2txAUn0 https://youtu.be/2wrF2txAUn0 Jom menyumbang : Sebagai tanda prihatin, salurkan bantuan anda secara 'crowd funding' melalui NGO berikut: Muslim Care Malaysia (Palestine) MAYBANK: 5644-9021-1159 http://www.wasap.my/+601150050035/Aid4Palestine Yayasan Amal Malaysia CIMB BANK: 8600-296190 http://www.wasap.my/601161989358/DanaAqsa Cakna Palestin MAYBANK: 5530-3803-3881 http://www.wasap.my/+601126162010/ALQUDSdiserang

Sunday, May 16, 2021

Muqaddam Siri 17 Muka Surat 15

 Muqaddam Siri 17 Muka Surat 15


Belajar Mengaji dengan menggunakan Muqaddam sangat popular di negara kita sehinggalah pertengahan tahun 90an. Selepas itu kebanyakan berpindah menggunakan kaedah Iqra' dan pelbagai kaedah lain lagi. Kami mengajak kalian mengulang kaji cara membaca dengan menggunakan Muqaddam. Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji​ Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai) https://youtu.be/yhutWt6YGdk https://youtu.be/yhutWt6YGdk https://youtu.be/yhutWt6YGdk #PermaiMenulis​ #PermaiMengaji​ #Muqaddam​ #alifbata​ #mengaji​ #alquran

Wednesday, May 12, 2021

Free Palestine

Tahun 1993 saya mengikuti ayah ke sebuah program di Taman Melewar. Tak ramai orang pun dalam program tersebut dan di pintu masuk dewan ada sebuah meja jualan. Kelihatan penjualnya seorang Palestin yang sedang rancak berbual dengan Ustaz Hasan Syukri.

Ayah membeli kaset nasyid dan Video tape persembahan intifadah dalam bahasa arab.
Kaset nasyid tersebut hampir setiap hari dimainkan di dalam kereta sehingga saya terhafal ayat pertama surah al-Isra’ yang dibacakan di dalam kaset tersebut.
Video tape persembahan Intifadah yang terdiri daripada persembahan nasyid, lakonan dan syair kanak-kanak dan pemuda selalu juga dimainkan. Walaupun tidak faham akan maksud liriknya tetapi nadanya yang bersemangat dan style pakaian para mujahid menyebabkan kita ‘layan’ menonton persembahan tersebut.
Persembahan mereka tidak sama dengan program persembahan kita.
Kita mungkin mampu untuk menganjurkan program seperti Bersamamu Palestin. Kita boleh melaungkan lagu-lagu perjuangan yang bersemangat, membaca sajak dengan penuh emosi dan melakonkan watak mujahidin di sana. Tetapi mereka melaluinya secara realiti.
Namun kita tetap perlu cuba sedaya upaya untuk ‘merasai’ penderitaan saudara kita di Palestin.
Penghujung Ramadan mereka di sana tak kira tua muda lelaki perempuan berjalan dan memandang muka zionis dengan berani.
Tak terfikir bagaimanalah agaknya nanti nak menyambut hari raya.

Kita di sini, tak dapat balik raya, tak dapat solat raya dan ziarah kubur pun ada yang dah koyak. Pastu seronok dengan pencapaian “Bawangrangers” yang dikatakan telah berjaya mengoyakkan wartawan dan ahli politik Israel. Jangan seronok sangat weh.

Lalu apakah yang boleh kita sumbangkan ?
Jangan lupa berterusan berdoa buat mereka. Beri Sumbangan dana kewangan melalui wakil yang dipercayai. Serta berusaha untuk ‘boikot’ barangan dan produk zionis dan sekutunya.
Insya-Allah Islam pasti menang.

#PermaiMenulis #ShameOnIsrael #FreePalestine #Syawal #pkp3



Saturday, December 09, 2017

Game lawan orang Yahudi

Ketika di Mesir, saya pernah beli CD game yang dijual di pesta buku di sana. Game yang simple sahaja. Tembak orang Yahudi, tapi yang tak bestnya bila kalah bendera Israel berkibar. Dan itulah satu-satunya CD game yang saya beli.

Pemahaman dan kesedaran mengenai Zionis Israel perlu ditanamkan secara mendalam dan serius kepada semua lapisan masyarakat.

Jika pelajar di Israel sana, diterapkan dari tadika lagi dan dimasukkan dalam silibus pembelajaran mereka supaya mereka benci kepada Islam.
Kita bagaimana ?


#PermaiMenulis

#ALQuds4Palestine


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

Friday, December 08, 2017

Bintang Yahudi

Ketika saya bersekolah rendah, saya tidak reti melukis gambar bintang. (rujuk gambar 1).




Lalu saya lukis gambar bintang yang bagi saya lebih mudah. (rujuk gambar 2).
Ayah saya menegur gambar bintang yang bagi saya lebih mudah untuk dilukis itu. Lalu saya diajar sehingga pandai untuk melukis gambar bintang (seperti dalam gambar 1).
Rupanya gambar bintang yang saya lukis itu ada kaitan dengan simbol negara haram Zionis.
Zionis yang terdiri daripada kaum Yahudi menamakan negara haram mereka Israel.
Jika kita buka di pasport negara Malaysia. Ada dinyatakan yang kita boleh memasuki ke semua negara melainkan Israel. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf dan meletakkan kedutaan di sana.
Kini mereka bersama sekutunya Amerika semakin mengganas.
Apakah sikap kita ?

#AlQuds4Palestine
#PermaiMenulis