Showing posts with label Catatan Imam Kecil. Show all posts
Showing posts with label Catatan Imam Kecil. Show all posts

Tuesday, August 10, 2021

Tahniah Tan Sri Syeikh Ismail Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan


Kenangan Bersama Tan Sri Syeikh Ismail di Masjid Negara 


Alhamdulillah, bersempena Sambutan Maal Hijrah tahun 1443/2021, Kerajaan Malaysia telah berbesar hati menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Syeikh Haji Ismail bin Muhammad. Tan Sri Syeikh merupakan mantan Imam Besar Masjid Negara. Beliau juga antara generasi awal yang membangunkan Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu  dan Institut Tahfiz Sultan Haji Hassanul Bolkiah, Brunei Darussalam.

Tan Sri Syeikh  pernah menceritakan serba sedikit kepada kami pengalaman beliau membangunkan Maahad Tahfiz dalam beberapa siri pertemuan Persidangan Imam Peringkat Kebangsaan.

Semasa saya belajar di Maahad Tahfiz, guru kami yang juga merupakan anak murid kepada Tan Sri Syeikh pernah menceritakan berkenaan Tan Sri kepada kami terutamanya mengenai ketegasan beliau dan cermatnya beliau dalam bacaan al-Quran.  Bacaan beliau cukup teratur, lenggoknya seperti bacaan Syeikh Mahmud Khalil Khusary.

Yayasan Islam Terengganu pernah mengeluarkan  kaset set lengkap 30 juzuk al-Quran yang dibacakan oleh Tan Sri Syeikh dalam tahun 90an dahulu.

Tahniah kami ucapkan, moga Tan Sri Syeikh dikurniakan sihat wal afiat dan dapat terus berbakti kepada ummah.

 

#PermaiMenulis #MaalHijrah #TokohMaalHijrah #1443 #ManhajRabbani

Thursday, August 05, 2021

Kerajaan Negeri Pahang beri Jubah pada semua pegawai masjid dan surau



Menghadiri program "Penyerahan Jubah" secara atas talian kepada semua pegawai masjid dan surau di seluruh negeri Pahang. Program dimulakan dengan ucapan wakil-wakil pegawai masjid, ucapan aluan YH Dato' Dr Hj Zulkifli al-Hafiz Pengarah JAIP dan diakhiri dengan ucapan YB Dato' Sri Syed Ibahim, Exco Agama Negeri Pahang.

Walaupun bukan syarat atau kemestian, namun 'biah' di tempat kita, Jubah ibarat pakaian rasmi bagi para agamawan termasuklah Sahibus Samahah Mufti, Al-Fadhil Qadhi dan pegawai masjid.
Moga dengan pemberian jubah daripada Kerajaan negeri, dapatlah meningkatkan imej dan identiti pegawai masjid dan surau. Taknaklah pegawai masjid hadir dengan imej seperti, berbaju melayu tak berbutang.

#Jaip #masjid #imam #pahang #PermaiMenulis #surau

Thursday, March 18, 2021

Mimbar Masjid

 Ini jarang orang buat, iaitu mengusung mimbar.



Jangan terkhilaf antara mimbar dan mihrab.
Masing-masing ada fungsi dan keunikannya.
Namun tiada auranya jika tiada penggunanya.
Ayuh imarahkan masjid.

Tuesday, February 23, 2021

Rahsia Kekuatan Islam

Kekuatan umat Islam dibina dengan Aqidah. Bukan hanya bilangan yang ramai semata-mata tetapi pegangan Aqidahnya sangat rapuh.

Pegangan Aqidah yang mantap akan menghasilkan generasi Islam yang gagah perkasa.

Sejarah menunjukkan Khalid Al Walid bersama dengan 10 000 tentera Islam berjaya mengalahkan 100 000 tentera Parsi.
Panglima tentera Parsi bertanya kepada Saidina Khalid al-Walid : "Bagaimana tentera yang sedikit boleh mengalahkan tentera yang ramai ?"

Jawabnya : Kami mencintai mati sebagaimana kamu mencintai hidup. Kamu berjuang untuk hidup, Kami berjuang untuk mati. Kami mencintai mati,
sebab itu kami menang.

#PermaiMenulis #GengPermai #Islam

Ingin Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji
Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai)

Tuesday, February 09, 2021

Perbankan Islam di Malaysia

Lembaga Urusan Tabung Haji (kini dikenali Lembaga Tabung Haji) ditubuhkan pada 1969. Bank Islam pertama adalah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) didaftarkan 1 Mac 1984. Diikuti Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) 1 Oktober 1999 dan Bank Rakyat pada 2003. Kini boleh dikatakan kesemua bank di Malaysia mempunyai Perbankan Islam.

Indahnya Islam. Kan.

Wednesday, July 22, 2020

Berlari ke Masjid



Hobi yang semakin diminati terutama warga bandar, berkayuh basikal puluhan kilometer, bahkan ada juga yang hardcore, lari berjoging cecah 10 kilo sekali lari.
Alasannya untuk menjaga kesihatan dan badan nak fit dan slim.
Tetapi..
Nak pergi masjid dan surau yang dekat dengan rumah dan bukannya nak berkayuh atau berlari tetapi naik kereta motor pun liat.
Kan..
Jom kita giat beramal. Dah masuk bulan Zulhijjah ni.

Monday, April 20, 2020

Catatlah pengalaman PKP

Musim PKP, banyak aktiviti, pengalaman dan perkara baru yang kita hadapi dan lalui. "New Normal" bak kata YAB Perdana Menteri. Ada yang tak pasal-pasal jadi chef, tukang rumah, pomen, guru, bla bla.
Pengalaman ini perlu direkodkan. Sama ada ditulis, dirakam dalam bentuk gambar dan video. Supaya menjadi rujukan buat generasi akan datang.
Kita dapat tahu semasa zaman silam pernah berlaku masjid ditutup, kurantin berdasarkan catatan bertulis semasa itu.
Contohnya kalau ditelusuri catatan sejarah Masjidil Haram, sudah 40 kali masjid itu ditutup bermula 865 hingga 1987 akibat pelbagai sebab seperti peperangan, kebakaran dan wabak penyakit, selain proses baik pulih.
Imam Ahmad dalam Musnadnya mencatat beberapa sahabat yang meninggal dunia akibat wabak penyakit, di antaranya Abu Ubaidah al-Jarrah dan Muaz bin Jabal.
Ibnu Hajar dalam kitab Inba' al-Ghumr bi Abna al-'Umr mencatat peristiwa wabak yang membawa kepada kematian di Mekah, termasuk di Masjidil Haram. 40 orang meninggal dunia setiap hari. Bahkan dalam sebulan ada sekitar 1700 orang meninggal dunia. Peristiwa tersebut menyebabkan orang-orang mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan solat di Masjidil Haram.
Semoga wabak covid19 berakhir, tiada daya upaya melainkan dengan kehendak Allah SWT.
#PermaiMenulis #GengPermai #catatansilam

Wednesday, July 10, 2019

Cerita Kuarters Imam



Beberapa tahun lepas, tanah runtuh menimpa rumah kami, kuarters masjid Sultan Mahmud. Dinding rumah yang diduduki oleh Bilal Zarimi runtuh ditimpa bukit. Rumah saya masih boleh diduduki walaupun apabila buka tingkap terus nampak tanah rapat ke tingkap seperti dinding.

Peruntukan baik pulih mohon dengan Jabatan masih tak dapat. Bilal terpaksa berhijrah ke kuarters Bukit Kerani. Saya kekal di situ. 
Cuma antara masalahnya apabila hujan lebat, laluan air tersekat menyebabkan air masuk ke dalam rumah saya. Dah seperti banjir kilat. Bila cerita ke orang lain semua akan pelik, sebab rumah di atas bukit, macam mana pula boleh banjir. 

Kalau hidupan lain memang ada, ular, biawak, tikus, katak menumpang sama di rumah saya. Kerana tanah bukit terus bersambung dengan rumah. 

Akhirnya, Qadhi memutuskan untuk mengupah orang mengorek tanah secara kampung. Kami bayar beransur-ansur. 
Tukang korek tanah siap sebut lagi,  tak sesuai dah imam tinggal di situ. Mungkin jika saya menjadi pegawai channel lain seperti PTD, JD atau selainnya mudah nak dapat peruntukan berbanding sebagai imam yang menjaga rumah Tuhan. 
Bertabah dan bersabarlah. Selepas hujan turun cahaya pelangi bersinar cukup indah.

#PermaiMenulis #kuarters #imam

Thursday, November 15, 2018

Jubah Karkula di YH Maran

Untuk tahun ini, kami pegawai Masjid Daerah Lipis menempah jubah di kedai Jahit YH Tailor di Maran. Beberapa daerah lain seperti Jerantut juga memilih untuk menempah di YH Maran.
Alhamdulillah jubah saya siap dengan cepat. 

Bersama Encik Yahya, pemilik YH Tailor



Sahibul Samahah Dr Zulkifli al-Bakri menerima hadiah Karkula ketika kunjungan beliau ke Mansurah Mesir.

Harga Jubah Karkula di Mesir masih dianggap murah. Lebih kurang LE 150-200. Kalau RM tak sampai 100. Jika di Malaysia nak dapat RM 300 untuk sehelai pun belum tentu dapat. 


Tulisan saya sebelum ini berkenaan Jubah. http://syababgr.blogspot.com/2018/09/bukan-baju-kot-biasa.html

#PermaiMenulis #CatatanImamKecil


Wednesday, October 03, 2018

Imam dan Timbalan Qadhi


Hari ini saya bersama sahabat imam masjid daerah seluruh Pahang menghadiri pertemuan bersama  YH Dato' Hj Ghazali selaku Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang. Turut sama YH Dato' Badlishah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid Jabatan Agama Islam Pahang.
Selama saya ditaklifkan sebagai imam masjid daerah pelbagai gelaran 'dikurniakan' kepada kami.
Antaranya Imam Besar, Imam Daerah, Imam 1. Tetapi saya lebih dikenali dengan Imam Masjid Besar.."huhu".  

Sama juga dengan Pegawai Hal Ehwal Islam di Pejabat Agama Islam Daerah, telah melalui beberapa kali pertukaran nama gelaran.
Bermula dengan Timbalan Qadhi, kemudian Ketua Penolong Qadhi, Penolong Qadhi dan terakhir sebagai Pendaftar.
Bagi mengukuhkan institusi pentadbiran agama Islam di daerah. Maka yang terkini penggunaan gelaran Timbalan Qadhi diguna pakai bersama  untuk  KPQ/Pendaftar dan  imam besar masjid daerah/ imam 1 masjid daerah A. 
Saya masih lagi imam masjid daerah, tetapi saya membawa bersama  gelaran timbalan qadhi.
Dah macam YB Dato' Sri Ahli parlimen Pekan yang juga bergelar Orang Kaya Indera Shahbandar. 

Apa ada pada nama ?
Dengan nama dan gelaran boleh menaikkan izzah, tetapi boleh juga merosakkan jiwa. 
Hati-hati.
Teringat ketika zaman sekolah, era komik Pedang Setiawan.  'Guru' kepada Penjejak Awan dan Penjejak Badai digelar sebagai Pendekar Tanpa Nama. 

Begini kisahnya : 
Dahulu dia merupakan seorang manusia yang mempunyai nama seperti yang lain. Ibu bapanya telah meninggal dunia semasa dia kecil lagi. Kemudian dia telah diambil oleh seorang pegawai kerajaan dan diberikan nama baru. Tetapi  dia telah mendapat tahu yang bapa angkatnya itu adalah seorang pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Beliau merasa malu dan enggan mengakui yang pegawai kerajaan itu bapanya. Dan disebabkan hal inilah dia pun enggan menggunakan nama yang diberikan oleh ayah angkatnya itu dan menggelarkan dirinya...TANPA NAMA.

Link :



#PermaiMenulis #imam #nama #gelaran #CatatnImamKecil

Wednesday, September 26, 2018

Evolusi Mazhab Fekah

Hari ini berada di DRB Hicom Universiti mengikuti muhadarah kitab Evolusi mazhab Fiqh oleh Prof Madya Dr. Irwan Subri. Beliau merupakan pengarah INFAD Usim. Program muhadarah merupakan anjuran Bahagian Dakwah JAIP.
Kesimpulannya kita jangan terlalu taksub, kena berlapang dada.
Sebelah petangnya berkesempatan minum-minum dan meratah ikan goreng bersama sahabat sepengajian semasa di Shoubra. Sambil meraikan orang jauh, Ustaz Bakri yang merupakan Pensyarah Darul Quran Jakim. Beliau menjadi mumtahin imtihan syafawi di Maahad Tahfiz Negeri Pahang. 
Semoga pelajar MTNP, DQ dan MTQN dapat buat yang terbaik. Insya-Allah institusi tahfiz akan terus berkembang, walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk melemahkannya. 


Bersama Ustaz Zainuddin, Timbalan Qadhi Daerah Bentong

 Prof.Madya Dr Irwan Subri

Buku beliau 

 Alumni Shoubra


Tuesday, September 25, 2018

Bukan baju kot biasa

Bila sebut baju kot. Saya rasa tak perlu nak hurai panjang berkenaan rupa bentuk baju tersebut. Zaman sekarang pelajar sekolah pun dah ada baju kot sendiri.
Berbeza dengan saya, sepanjang bersekolah tidak pernah merasa memakai kot.
Kot pertama saya ditempah di kedai Summer Man di Mega Mall Kuantan. Lebih kurang dua minggu sebelum saya terbang ke Mesir. Baju kot berwarna biru gelap  yang dibayar oleh  Yayasan Pahang untuk pelajar yang mendapat tajaan Yayasan Pahang.
Sempatlah saya menaiki kapal terbang bergaya dengan baju kot tersebut.
Bila pula saya ada baju kot yang seterusnya ?
Saya tidak bercadang untuk bercerita di sini. Ianya hanyalah kisah yang biasa sahaja.

Kali ini saya ingin mengetengahkan jenis baju kot yang mungkin agak istimewa dan unik.
Kerana bukan semua orang yang memakainya. Hanya insan terpilih sahaja yang bertuah menyarung baju tersebut.
Para doktor dan yang berkaitan dengan agensi kesihatan seperti farmasi  akan memakai baju kot putih. Kotnya ada yang labuh sampai ke lutut. Cuma doktor veteran atau pakar biasanya akan memakai baju biasa sahaja. Doktor pelatih yang dilihat istiqamah memakai baju kot ini.

Selain itu…
Baju jubah kot yang biasanya akan dipakai oleh Mufti, Qadhi dan Imam.
Setiap tahun, saya mendapat peruntukan kewangan dari Jabatan Agama untuk membuat jubah. Tahun ini RM 300 untuk seorang pegawai masjid negeri dan daerah dalam negeri Pahang.
Jubah kot boleh tahan juga harganya. Jubah kot sebelum ini saya buat di kedai Camaroz Kuantan, harganya mencecah RM 500. Terpaksa tambah duit poket sendiri, huhu.
Untuk tahun ini, saya masih mencari-cari kedai ‘tailor” yang boleh membuat jubah kot tanpa perlu menambah duit sendiri.
Masalah lain lagi, bukannya semua tukang jahit mahir untuk membuat jubah kot. Ada yang buat terlalu ‘fix’, sampai tak boleh nak bawa dalam solat. Kerana dalam solat ada banyak pergerakan seperti rukuk dan sujud, bukannya hanya berdiri tegak.

Saya merasa bertuah kerana berpeluang menyarungkan jubah kot tersebut. Semampu yang boleh saya akan menyarungkannya. Saya kagum melihat Sahibul Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan yang sentiasa berjubah rasmi di mana-mana majlis.


 Ketika perasmian Masjid Tanah Putih, Pekan 

 Perasmian Masjid Kampung Gua, Lipis

 Bersama Imam Rasul, Masjid Padang Tengku 


Para Imam Masjid Daerah Pahang bersama YH Dato' Pengarah JAIP (2018)

 Menyampaikan cenderamata kenangan dari para Imam kepada YH Dato' Pengarah JAIP (2018)

Imam Masjid Negeri &  Daerah (2015)

Link






#PermaiMenulis #jubah #imam #rasmi #kot #CatatanImamKecil

 




Thursday, September 06, 2018

Ribut di Dun Benta

Susulan ribut yang melanda di Dun Benta pada hari kelmarin (selasa), kami mengambil kesempatan menziarahi saudara Hafiz. Beliau merupakan bekas pengawal keselamatan Masjid Sultan Mahmud. Rumah bondanya di kampung Tanjung Besar, Benta ranap ditimpa pokok besar yang tumbang kerana ribut.
Alhamdulillah, tiada kecederaan jiwa yang berlaku. Namun memerlukan peruntukan  kewangan yang agak besar untuk membina kembali rumah yang musnah.

Semoga Hafiz sekeluarga tabah, ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.

Angin mampu memberi ketenangan dan kedamaian. Namun ia mampu menjadi pemusnah. Semuanya dengan kuasa Allah SWT.

Firman Allah SWT : 

A018
Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran. (Ibrahim : 18)

A069
Atau adakah kamu merasa aman (dan tidak memikirkan) bahawa Allah akan mengembalikan kamu sekali lagi ke laut, kemudian Ia menghantarkan kepada kamu angin ribut yang memecah belahkan segala yang dirempuhnya, lalu Ia mengaramkan kamu dengan sebab kekufuran kamu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang boleh menuntut bela tentang itu terhadap Kami? (Al-Isra' :69)


 Rumah bonda Hafiz yang roboh



Angin ribut yang mampu menumbangkan pokok besar. Walaupun pokok tersebut condong ke arah yang berlawanan dengan rumah. Tetapi angin mampu menghalakan pokok tumbang ke rumah. 

 Anak sungai Rengai bersebelahan dengan rumah Hafiz. Memang cantik dan sesuai kalau nak berkelah. Jika musim tak hujan, air separas lutut mengalir jernih. 


Menyampaikan sumbangan mewakili Pentadbiran dan ahli jemaah Masjid Sultan Mahmud.


#PermaiMenulis #angin #ribut #bencana #MasjidSultanMahmud #sabar #hikmah #CatatanImamKecil