Monday, December 30, 2019

Cerita Kedai tayar

Tayar yang pancit dah koyak dan bengkak. Nak tukar yang baru kedai yang saya pergi ni takde stok tayar yang sesuai dengan rim. Tapi depa deal dengan rangkaian kawan-kawan kedai tayar depa, kenalah tunggu sekejap sementara depa ambil tayar di tempat lain.
Sementara menunggu tayar siap diganti, saya ingin bercerita pengalaman menukar tayar. Tahun 2019 antara tahun yang beberapa kali saya terpaksa ke kedai tayar.
Antaranya pada hari pertama berpuasa. Tayar pancit di Temerloh, saya singgah berhenti di sebuah kedai tayar orang melayu. Sebenarnya sebelum ini saya pernah tukar 4 biji tayar baru sekali dengan servis minyak hitam di kedai tersebut.
Staf kedai maklumkan yang rim kereta bengkok, siap tunjuk rim tersebut yang bergerak tak sama. Depa cadangkan untuk tukar 4 biji sport rim seken yang ada di kedai tersebut. Sebab rim tersebut tak cantik saya tak nak, saya tanya boleh ketuk tak rim bengkok tersebut, depa kata tak sempat sebab hari dah petang dan depa pun nak balik awal untuk berbuka puasa.
Akhirnya saya hanya tukar tayar baru sahaja tanpa tukar rim. Saya balik ke Lipis dengan tayar baru tapi dengan stering senget, kononnya rim bengkok.
Esoknya saya ke kedai tayar di Lipis, buat alligment dan takde pula kedai di sini beritahu yang rim tersebut bengkok, dan sehingga sekarang saya masih pakai rim tu.
Persoalannya adakah kedai tayar melayu tersebut stafnya tak pakar atau depa sengaja nak menipu saya ?
Sekarang saya tak pergi dah kedai tersebut.

#PermaiMenulis #GengPermai #tayar

Friday, December 27, 2019

Sokong Tulisan Jawi

Tulisan jawi adalah tulisan asal negara ini. Tetapi salah ketika itu dengan beralasan meraikan mereka yang bukan berbangsa melayu, lalu dizahirkan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi.
Perkara yang salah itu akhirnya terus dibiarkan, sehingga akhirnya yang betul menjadi salah dan yang salah dipandang betul.
Kini, mereka yang ingin mendaulatkan bahasa dan tulisan asal negara dianggap salah. Mereka yang sebenarnya salah seperti Dong Zong dianggap sebagai hero ?
Sedangkan Dong Zong sejak sekian lama tidak  mengikuti sistem pendidikan yang kerajaan Malaysia tetapkan.
Dong Zong ! Jangan semakin biadab.

Jemput baca tulisan saya Disember 2017 :

http://syababgr.blogspot.com/2017/12/semarakkan-tulisan-jawi.html?m=1

#PermaiMenulis #GengPermai #jawi #bahasa

Bicara Ilmu bersama Mufti Wilayah

Sekitar program bersama SS Mufti Wilayah Persekutuan di Masjid Sultan Mahmud. Kali ini beliau mendiskusikan kitab Permata buat orang yang beriman.
Antara kitab yang pernah didaurahkan oleh al-Fadhil Dato' Seri Dr Zulkifli al-bakri di masjid ini :
-Fiqh Manhaji
-Syarah al-Hikam
-Soal jawab A-Z tentang tasawuf
-Hadis 40
-Safinah al Naja
-Halal haram dalam Islam
-Tinta nasihat untuk penuntut Ilmu
-Masa peliharalah
-Matla' Badrain

Kami doakan semoga Dato' Seri Dr Zulkifli bin Mohd Al-Bakri dikurniakan kesihatan, dan kekuatan untuk terus berkhidmat dan berdakwah.





#

PermaiMenulis #GengPermai #Daurah #kitab

Tuesday, December 24, 2019

Sayangi Cameron Highland

Bersama kita menjaga 'kesucian' Cameron Highland. Daerah yang manusia sanggup pergi walaupun jalan raya ke sana agak mencabar. Demi merasai udara segar yang sejuk dan menikmati  keindahan alam di sana.
Mereka yang pernah bertandang ke tanah Cameron di tahun 70-80-90an bercerita, suasana zaman itu lebih sejuk berbanding sekarang.
Jika pencemaran semakin berlaku akibat kerakusan manusia mengejar duit dan kekayaan. Tiada apa lagi yang tinggal. Cuaca sejuk semakin hilang dikuasai bahang panas mentari.
Siapa yang sanggup bertamu di Cameron dengan merempuh jalan yang berbelok-belok seperti ular. Siapa yang hendak beli sayuran yang telah tercemar ?

Bersama kita menjaga bumi dan alam. Kerana kitalah Khalifah yang ditaklifkan oleh Allah untuk menguruskan bumi.




#

PermaiMenulis
#GengPermai
#SAVECameronHighlands
#BantahTerokaTanahHaram
#MajuTerusPahang
#Pahang1st

Sunday, December 15, 2019

Antara masjid dan Ejen Ali

Hujan masih berterusan. Ada daerah yang telah mula banjir. Kita terimanya sebagai Ujian dan musibah. Moga ada hikmah. 
Musim ini ada yang hanya bermalasan di rumah. Namun ada yang risau kerana tidak dapat keluar bekerja seperti penoreh getah dan nelayan. 
Tidak bekerja maksudnya punca duit tiada. 
Ujian juga buat mereka. 
Masalah yang lain lagi pada musim ini Masjid dan surau juga tidak ketinggalan kurang jemaahnya. Walhal kebanyakan punya kereta yang beratap. Rugilah. 
Musim hujan ni sambutan tayangan Ejen Ali berkurangan tak ?

#PermaiMenulis #GengPermai #hujan

Friday, December 13, 2019

Bulan purnama di bulan Disember 2019

Cantik cahaya bulan purnama. Jika peminat bulan dan bintang sanggup menghabis dan mengisi malam dengan merenung bulan dan bintang. Bagi yang hardcore sampai punya teropong untuk melihat cahaya bulan dan bintang dengan lebih jelas.
Pakar Qurra' silam turut menamakan bulan dalam hukum tajwid, iaitu Izhar Qomari / Alif lam qamariah.
Paling menarik berkaitan bulan, secantik bulan purnama, cantik lagi Rasulullah.

Jabir bin Samurah RA berkata:

“Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama”



* gambar saya bersama bilal Johne dalam misi mencari sarapan selepas subuh.
Ingat senang ke misi ni ?

#PermaiMenulis #GengPermai #bulan #purnama

Sunday, December 08, 2019

Ikan laut, sungai, darat, kolam.

Ikan dagingnya lembut berbanding daging yang kalau tidak diurus dengan baik ketika sembelih lagi, ketika melapah dan memasak boleh jadi sangat liat. 
Disebabkan saya sering sakit gigi tentu menu ikan menjadi pilihan. 
Ada ikan laut, ikan sungai dan ikan 'darat' (paya). 
Alhamdulillah saya boleh makan belaka.
Saya perhatikan ada orang yang hanya makan ikan laut sahaja tetapi seperti allergic makan ikan sungai dan paya. Betul-betul rugi. Kan ?
Padahal sama-sama kategori ikan yang tidak perlu disembelih. 
Cuma, kalau nak makan ikan sungai kena servey dulu. Sebab memang ikan tersebut asal sungai, tetapi yang orang jual hidangkan,  rupanya ikan yang dipelihara di kolam. Yang ni saya pun tak selera nak makan. Huhu.

#PermaiMenulis #GengPermai #ikan