Monday, April 10, 2023

Muwallad Orang Patani dari Makkah



Buku judul "Muwallad Orang Patani dari Makkah" tulisan Suraiya Chapakiya dan Isma Ae Mohamad, sangat baru di pasaran. Cetakan pertamanya Mac 2023.

Mengisahkan masyarakat Patani yang tinggal menetap di Mekah beberapa generasi. Kini, ramai daripada mereka yang terpaksa pulang ke Patani dan berusaha menjadi rakyat Thailand dengan pelbagai kesulitan dek kerana tekanan di Arab Saudi.

Buku ini saya beli secara online dengan penulisnya sendiri saudara Isma Ae Mohamad.

Terkenang semasa kami pelajar daripada Mesir datang ke Mekah menunaikan Haji pada bulan Disember tahun 2005. Kami tinggal menyewa di rumah orang Patani dan Indonesia. Bukannya di hotel. Barulah rare, kan.
Kami panggil baba dan isterinya mama. Mama memasak untuk kami, makan tengahari dan malam. Menu ori Patani. Rumah pula berdekatan dengan masjidil Haram.
  Depan rumah sewa di Mekah tahun 2005/06


Nanti kita sambung cerita ini pada pasca Aidil Adha nanti.

#Muwallad #patani #mekah #buku #PermaiMenulis


Monday, April 03, 2023

Orang lama kaya pengalaman

Orang lama akan cerita pengalaman silam.
Orang muda ?
Akan bicara masa hadapan.
Maka !
Kenalah cipta pengalaman masa depan.
Kelak bila dah bergelar senior tiada pglmn pula untuk dikenang.
Nak pula generasi siswa pasca pkp yang kelasnya hanya di hadapan laptop.

* Kenangan dinner semasa umrah bersama Arwah Ustaz Faiz dan Ustaz Tajuddin (kini timbalan Qadhi Lipis)



#pengalaman #PermaiMenulis