Showing posts with label Haiwan. Show all posts
Showing posts with label Haiwan. Show all posts

Wednesday, July 24, 2019

Merpati yang dapat nama

Tak pasal-pasal burung merpati dapat nama. Bukannya kilang atau bahan kimia. Maka saya buatlah satu video berkaitan dengan kisah merpati. Jom tengok semoga bermanfaat.



#PermaiMenulis #merpati #PermaiBerkata


Monday, July 02, 2018

Melawat Kandang lembu




Petang tadi, Kunjungan ke kandang lembu. Mencari dan berunding harga. Musim ini kebanyakan tokey lembu dah mula menaikkan harga. 
Ada pandangan yang syorkan supaya beli lembu 5-6 bulan awal, ketika harga masih murah. kemudian bela sampai musim korban. Tapi masalahnya siapa yang nak mengembalanya. 
Ada juga yang buat style main kutu. Bayar bulan-bulan. Setiap bulan RM50 ke. Cuma kena ada "pic" yang urus dan jaga kewangan. Kena follow up ahli supaya bayar, agak cerewet namun jika berjalan lancar memang menarik.
Ada juga yang memilih untuk membuat korban di negara luar. Harganya memang jauh lebih murah. Tahun lepas ayah saya membuat dan menganjurkan program Korban di Kemboja. Ikutkan perancangan nak buat lagi tahun ni, dan agak ramai juga yang sudah membayarnya. Selepas ayah meninggal, kami serahkan duit dan data yang berkaitan pada sahabatnya yang pergi bersama ke Kemboja tahun lepas.

Jom masuk program Korban bersama Masjid Sultan Mahmud. RM 570 untuk satu bahagian. Cadangnya program korban pada hari raya pertama.

Thursday, November 30, 2017

Kambing pun kena Rawatan Kesihatan

Dua ekor kambing biri-biri yang tak lalu makan. Nak kata daun  tak sedap, Palet (dedak) yang kambing lain ketagih sampai berlari-lari balik ke reban kerana teringatkan dedak tersebut, depa dua ekor buat tak kisah je. Agaknya putus cinta atau memikirkan masalah hidup dengan begitu serius.
Punyalah tak lalu makan sampai nampak rangka tulang.

Pihak Veterinar pun dipanggil untuk memberikan rawatan kesihatan kepada kambing tersebut. Dua suntikan diberikan kepada dua ekor kambing tersebut.
Setelah diberi suntikan nampaknya dua ekor kambing tersebut semakin berselera makan.

Pihak Veterinar juga ada memberi beberapa panduan menguruskan kammbing dengan lebih sistematik. Antaranya Kambing kampung dan biri-biri tidak boleh bercampur dalam satu kandang. Kata depa Kambing kampung lebih jahat berbanding kambing biri-biri. Akhirnya nanti kambing biri-biri tak cukup makan kerana tempat makan dikuasai oleh kambing kampung.

Susana kandang  perlu cerah dan jangan redup dan lembab sangat, Nanti kambing boleh dapat selsema. Kawasan sekeliling kandang juga perlu diterangkan, supaya kambing mendapat cahaya matahari. 

Begitulah Update cerita kambing.
Sekian

#PermaiMenulis
#haiwan
#Kambing











 Gaya selepas kena suntik

Musim hujan yang sejuk, kambing kecik yang yatim piatu  berhimpit dengan kambing besar untuk mendapatkan haba.



๐ŸŽ‰ JOM BERCUTI DI MASJID' ๐ŸŽ‰
๐Ÿ—“Tarikh: 11-14 DISEMBER 2017
 (ISNIN-KHAMIS)
 ๐Ÿ•ฐMasa : 8.00 pagi-12.00 Tengahari
 ๐Ÿ•ŒTempat: Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis
 ๐Ÿ‘จ๐Ÿป๐ŸŽ“ Umur: 9-17 tahun
 ๐Ÿ”‘ Antara aktiviti yang Menarik akan dijalankan: ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜
 ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Pengukuhan Membaca Al Quran dengan mantap
 ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Hafazan Surah Pilihan
 ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Motivasi 
 ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Bengkel Personaliti
 ๐Ÿ‘‰๐ŸปGame Modul
 ๐Ÿ’ฐ PROMOSI Yuran  ❗ : PERCUMA

Berminat??? Untuk pendaftaran dan keterangan lanjut sila whatsapp/msg/call :

Thursday, November 16, 2017

Kambing biri-biri di Lipis

Pagi tadi, secara rasmi enam ekor kambing biri-biri berpindah ke tempat kami. Saiz kanak-kanak  sahaja dah menyamai kambing kampung dewasa. 
Semoga depa dapat berkawan dan menyesuaikan diri di sini.
Mungkin ini adalah hobi baru saya secara tidak sengaja.


Dari kandang asal di kampung Binjai. 

Sedih meninggalkan rumah lama 

Selamat posting  ke tempat baru.


Semoga Kambing kampung boleh la bergaul molek dengan bebiri. 

Antara yang boleh saya lisankan perihal kambing biri-biri ini, bagi kambing betina terdapat tanda seperti bebola di leher. Ekor depa lebih panjang berbanding kambing kampung. Bulu bebiri akan luruh sendiri bila semakin dewasa.
Ada juga pandangan yang mengatakan dagingnya lebih sedap dari kambing kampung. Haha.

Moh Lamb Chop.


Cuti sekolah sudah makin hampir ๐Ÿ˜ฑ

Agak-agak apa perancangan semasa cuti sekolah nanti. 

TAK NAK BUANG MASA BEGITU SAJA❓

Ayuh sertai Program Cuti Sekolah bersama Permai ๐Ÿƒ๐Ÿƒ

๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

KELAS MENGAJI AL-QURAN PERMAI..

 ๐Ÿ”ฎ Selama 3 minggu mulai :
  5 Dec 2017 - 19 Dec 2017

๐ŸกLokasi : PERMATANG BADAK PERDANA

Terbuka untuk pelajar sekolah rendah dan menengah 

Program ini menawarkan Kelas  3 in 1 :
✅ Celik Al quran
✅ Mahir Tajwid
✅ Smart Hafazan

Hanya RM100 sahaja

Huuu, nampak menarik bukan?

Apa tunggu lagi, ayuh daftar segera dengan menghubungi ๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐Ÿƒ

๐Ÿ‘‰ Ustazah Fatiemah : 0199222685

๐Ÿ‘‰ Ustazah Syafiqah :
0145112978

#PermaiMenulis
#haiwan
#kambing


Monday, November 13, 2017

Melawat kambing biri-biri


Selesai kelas mengaji petang ini, saya bergegas ke kampung Binjai. ‘Melawat’ kambing biri-biri di situ. Kami bercadang untuk membeli kambing biri-biri pula.
Saiznya yang lebih besar dari kambing kampung cukup mengujakan. Umur matangnya pun lebih singkat. Bolehlah siapa-siapa nak buat korban dengan kami nanti.
Insya-Allah sedikit masa lagi, kami akan mengembala kambing biri-biri pula.
Kambing bebiri di kampung Binjai, Lipis

Pernah dengar tak ?
Permainan atau pun kaedah Mengira kambing biri-biri untuk tidur dengan baik. Suatu permainan tidur untuk Kanak-kanak yang dipopularkan oleh geng  ‘Mat Saleh’.
Siapa yang payah nak tidur, bolehlah bertandang ke tempat kami untuk mengira kambing biri-biri. Huhu.

Rasulullah SAW juga pernah mengembala kambing. Antara hikmahnya ialah sebagai latihan kepimpinan kepada Rasulullah SAW.
Menguruskan binatang lebih mudah dari manusia yang lebih banyak ragamnya. Allah SWT  mendidik  Rasulullah SAW menguruskan  haiwan dahulu sebelum berdepan dengan manusia.
Saya rasa modul kepimpinan boleh masukkan training mengembala haiwan seperti kambing dan lembu. Rasanya tiada lagi 'kosalten' yang buat modul macam ini.

Doakan semoga urusan kami untuk membela kambing biri-biri dipermudahkan. Insya-Allah.


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

๐ŸƒDapatkan dengan segera
๐ŸƒTempahan juga diterima

๐Ÿ”› FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

#Permaimenulis
#pengembala

Thursday, November 02, 2017

Tabiat Kambing

Memang dah namanya kambing. Tak suka mandi.haha.
Bila hujan pandai cari tempat berteduh.
Menariknya si kecil pun baik je ikut sama.
Kalau ikut tabiat bebudak. Masa ni la sedap nak main dan mandi hujan. Dasar kambing.

Monday, October 30, 2017

Bela Anak Ayam Kampung

Anak ayam kampung yang kami beli di bandar Jerantut. Selain ayam, ada ikan, burung, kucing. Tetapi kalau sesiapa berminat nak bela kucing, mari ambil free sahaja di masjid kami. Ada banyak jenis. Baik kucingnya. Kucing masjid.. kan. Haha.
Harganya RM 3.80 seekor. Selepas dua minggu harganya naik sehingga RM 5.80 seekor. Selain itu kami beli juga ubat untuk ayam yang diletakkan dalam air minum depa. 

Jom jadi penternak dan petani. Zaman ayam, daging, ikan mahal ni kena bela sendiri. 





 30 ekor anak ayam dalam satu kotak.

Tak pandang kamera pula

Inilah anak ayam kampung. Bagi sesiapa yang tak pernah tengok.



Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

๐ŸƒDapatkan dengan segera
๐ŸƒTempahan juga diterima

๐Ÿ”› FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

#PermaiMenulis
#Ayam
#Haiwan