Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Monday, April 15, 2024

Insiden Tembakan di KLIA

 


Masih suasana hari raya, KLIA digemparkan dengan insiden tembakan.


Isu :
-Akses untuk mendapatkan senjata api.

Adakah mudah nak dapatkan senjata api. Sebelum ini kes lelaki warga Israel yang ditahan kerana memiliki senjata api (6 pistol dan 200 peluru).

-Tahap keselamatan di KLIA.
Sebelum ini, abang tiri Presiden Korea mati “dibunuh” di KLIA pada 2017.


Tugas dan tanggungjawab pihak keselamatan seperti polis dan askar semakin mencabar. Termasuk juga syarikat-syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan. Ke hadapan kita tak tahu apa lagi yang akan berlaku. Dengan peristiwa ‘orang hilang’, jenayah samun dan rompakan yang sentiasa ada.

Semoga urusan pihak berwajib dipermudahkan dan diberi kekuatan.
Kita pula selaku orang awam, cakna isu semasa dan beri kerjasama pada pihak berwajib.

#klia #isusemasa #PermaiMenulis






Wednesday, June 09, 2021

Hari Lautan Sedunia 2020

 Bermula tahun 2008, Tarikh 8 Jun pada setiap tahun dipilih sebagai Hari Lautan Sedunia. Tema yang dipilih pada tahun ini adalah ‘The Ocean: Life and Livelihoods’ yang bermaksud ‘Lautan: Kehidupan dan Penghidupan’


Laut merupakan sumber air, makanan, ikan, dan merupakan laluan perdagangan antarabangsa sejak zaman berzaman.

Allah SWT merakamkan banyak ayat al-Quran berkenaan dengan laut. Antaranya firman Allah SWT :


i) Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
(Ar-Ruum : 41)


ii) Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal di tengah (yang berlayar) di laut seperti gunung-gunung. ( Asy-Syuura : 32)


iii) Dan tidak sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain masin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut supaya kamu dapat mencari kurniaanNya dan supaya kamu bersyukur. ( Faathir : 12)

Zaman kini serba canggih. Manusia semakin cerdik dan tinggi pelajarannya. Namun sikap segelintir manusia terhadap laut khasnya dan sumber air yang lain seperti sungai sangat mendukacitakan.
Ada yang sanggup mencemarkan air dengan sisa terlarang dan berbahaya demi mengaut keuntungan peribadi dan kroni. Kebiasaanya yang menjadi mangsa adalah orang-orang kampung yang kediamannya berhampiran dengan laut dan sungai.

Orang Laut kehidupannya banyak dihabiskan di laut sehinggakan terus lekat dengan gelaran Orang Laut. Begitu juga dengan lanun yang “mencari makan” di laut.

Dalam keadaan kita masih lagi berada dalam pandemik Covid 19, hari ini masih dalam “lockdown”, tentunya tiada pengembaraan di lautan mahupun di daratan. Sudah pasti kita merindukan masa lalu yang “bebas”. Masa ini barulah terasa nikmat sebuah kebebasan.

Saya perhatikan ramai pengembara yang melontarkan semula gambar dan video kenangan semasa mereka bebas mengembara di serata ceruk buana.
Sama-sama kita berdoa agar kita selamat dari musibah Covid, dunia dijauhi dari wabak ini dan alam sekitar khasnya lautan berada dalam keadaan yang terpelihara.

• Pengalaman saya bersama sahabat PMRAM berlayar di lautan dengan Kapal laut merentasi Terusan Suez ke Pelabuhan Jeddah untuk menunaikan haji. Pernah juga merasa sekali naik feri dan perahu nelayan ketika ke Pulau Tioman.

http://syababgr.blogspot.com/2011/08/travelog-tioman-3.html

#PermaiMenulis #harilautan #laut #alam #Ocean







Thursday, August 02, 2018

Apa ada dengan kasut ?


Cerita dongeng Cinderella yang terselit ‘watak kasut’. Kasut  memainkan peranan penting dalam pencarian sang putera raja memilih puteri idamannya.


Saya juga pernah membaca ketika kanak-kanak, kisah tukang kasut dengan orang kenit. Orang kenit yang menolong tukang kasut membuat kasut pada waktu malam.
Pekerjaan tukang kasut tidaklah berapa popular di negara kita. Imej tukang kasut yang hanya duduk di kaki lima sahaja, bukanlah menjadi impian atau cita-cita para remaja sekarang.

Namun, siapa sangka Jimmy Choo (Datuk)  seorang rakyat Malaysia yang berjaya menempa nama dan menjadi kaya dengan kerjaya sebagai tukang kasut di United Kingdom. 

Seorang imam di Jertih, Terengganu berkongsi pengalaman bergelar tukang kasut. Lihat -  https://youtu.be/uVxGvwvwpRk

Kenapa saya cerita pasal kasut. Penting sangat ke sampai YB Menteri Pendidikan mengambil berat tentang kasut. Kecoh apabila YB Menteri ingin menukar warna kasut dari putih kepada hitam.

Buat masa sekarang, memang telah ada sekolah yang menggunakan kasut hitam sebagai pakaian rasmi sekolah seperti di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang.

Bagi saya, isu penukaran kasut sekolah bukanlah isu mustahak yang memerlukan YB Menteri memberi respon dengan segera sebelum janji 100 hari menjelang.

Sepatutnya isu seperti sistem pendidikan, silibus pelajaran, kemorosotan akademik dan akhlak, bantuan pendidikan untuk pelajaran seperti biasiswa.

Jika ingin menyentuh sangat “uniform” pelajar, saya cadangkan YB Menteri sepatutnya menguatkuasakan peraturan pelajar yang beragama Islam diwajibkan menutup aurat kerana sesuai dengan perintah Allah SWT. Sekarang semakin ramai pelajar perempuan yang “free hair” di sekolah terutama di bandar besar.
Begitu juga dengan peraturan pakaian sukan di sekolah. Ini lebih besar nilainya dari warna kasut sekolah.

Akhirnya, saya terkenang semasa zaman belajar dahulu. Kami pernah menonton sebuah filem Iran yang menang anugerah di peringkat antarabangsa. Jalan ceritanya jauh lebih ‘hidup’ dan membina jiwa berbanding kebanyakan cerita drama di negara kita. Saya rasa menteri pun patut tengok filem ini.
Kisah seorang budak lelaki yang berkongsi kasut sekolah dengan adiknya. Abang bersekolah sesi pagi dan adik pada sesi petang.
Ketika diadakan pertandingan ‘merentas desa’, abang berharap untuk mendapat tempat yang ketiga, tetapi akhirnya si abang mendapat tempat yang pertama. 
Dia naik menerima hadiah tempat pertama dalam keadaan bersedih. Kerana dia inginkan tempat ketiga. Kenapa tempat ketiga ?
Kerana hadiah yang ditawarkan untuk tempat ketiga adalah sepasang kasut.


Blog : http://syababgr.blogspot.com

FB : https://www.facebook.com/alfaqirazraie/

#PermaiMenulis #kasut 




Thursday, November 02, 2017

Banyak dapat panggilan spam ?

Kalian sering mendapat panggilan dari nombor-nombor yang tidak dikenali ?
Hampir setiap hari saya mendapat call dari pelbagai jenis nombor.
Ada masa saya try angkat.
Selalunya depa menawarkan insuran, takaful dan pinjaman.
Cara paling mudah, tak payah layan panggilan-panggilan dari nombor tidak dikenali. 
Tetapi tak kena juga. Mana tahu ada panggilan-panggilan penting dan berkaitan urusan kerja.
Susah hidup dibuatnya. Dalam 'Dilema' nak angkat ke tidak. 

Maka saya mencadangkan untuk kalian install apps trucaller.  Percuma sahaja dalam Google Play ada, App store pun ada. Tak rugi space henpon untuk install mende alah ni.






 Panggilan pagi ni, bila install apps Trucaller, terus keluar title Top Spammer. Memang tak angkat lah.


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

#PermaiMenulis
#trucaller
#spam

Wednesday, June 07, 2017

Kenangan naik Qatar Airways

Terkenang naik kapal terbang Qatar Airways ketika fly ke Mesir sewaktu berkelana di sana.
Hujung tahun 2016, Pergi umrah dengan Azhari Holiday pun naik flight Qatar Airways juga.
Adakah kome tak dapat naik flight Qatar lagi di masa mendatang ?

Isunya bukan naik kapal terbang semata-mata. Tapi yang lebih besar melibatkan dunia Islam. Melibatkan kita semua selaku umat Islam.
Islam menyaksikan ada negara yang nampak Islamik tetapi menjadi topeng dan boneka kepada golongan Kuffar.
Semoga dunia Islam terselamat dari tipu daya musuh Islam.
Pray for Qatar.

Firman Allah SWT  dalam Surah Al-Maidah:

Ayat 51 : 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Wahai  orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin kamu; sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
(Al-Maidah : 51).

Ayat 54 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Maksudnya : “Wahai orang yang beriman, barangsiapa di antara kalian murtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia cintai dan kaum tersebut mencintai Allah, mereka adalah orang-orang yang lemah lembut sesama orang mukmin dan sangat kuat -ditakuti- oleh orang-orang kafir. Mereka berjihad dijalan Allah, dan mereka tidak takut terhadap cacian orang yang mencaci”.
(Al-Maidah: 54).

#PermaiMenulis
#iloveQatar
#prayforummah
#prayqatar




Tuesday, February 21, 2017

Kami Mahu Rumah

Rumah merupakan suatu keperluan untuk manusia.  Ia bukannya perkara yang boleh dianggap remeh tetapi perlu dipandang serius terutamanya di pihak pemerintah.

Dewasa ini isu gelandangan semakin ketara di Negara kita. Mereka yang menjadi gelandangan sudah pasti  bukannya mahu menjalani kehidupan sebegitu. Namun keadaan memaksa untuk mereka berbuat demikian. Sewa rumah yang semakin tinggi di tambah dengan harga barang keperluan yang sudah pasti sentiasa menaik.

Golongan muda kini terdesak mencari rumah sendiri. Namun lebih kasihan ada di kalangan penduduk Negara kita yang telah puluhan tahun menyewa rumah orang dek kerana tidak mampu untuk membeli rumah sendiri.

Berbanding zaman dahulu, walaupun susah tetapi ketika itu mereka masih mempunyai tanah untuk dibuat rumah sendiri. Biarpun rumah yang dibina ala-ala pondok namun masih beruntung kerana mempunyai tempat berteduh sendiri.

Tanah-tanah  banyak yang telah dibuka, dijadikan taman-taman perumahan. Namun apabila melihat  kepada harga jualannya, kebanyakan dari orang kita terutamanya bangsa melayu dan bumiputera  tidak mampu untuk membelinya. Pemaju pula lebih berminat membina rumah kategori mewah berbanding rumah kos murah.

Memang zaman kini lebih mencabar. Walaupun pihak kerajaan ada menyediakan alternatif  seperti rumah PPRT, Rumah Prima dan sebagainya namun ianya masih belum menyeluruh dan sangat terhad. Orang yang memohon terlalu ramai dan sudah pasti bukan semua yang terpilih. Lebih malang mereka yang sepatutnya layak tetapi tidak dapat disebabkan birokrasi dan kronisme yang masih diamalkan di Negara kita.  Akhirnya kelompok-kelompok tertentu sahaja yang terpilih.

Semua pihak perlu memainkan peranan dalam menangani isu rumah yang semakin kritikal terutamanya pihak yang memerintah. Tangani isu ini berpandukan nilai Agama dan kemanusiaan bukan hanya kerana meraih sokongan politik atau mendapat keuntungan dari projek perumahan yang dijalankan. Percayalah atas nama agama dan kemanusiaan isu ini akan dapat diselesaikan dengan harmoni.

#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil