Showing posts with label ceritaKu. Show all posts
Showing posts with label ceritaKu. Show all posts

Sunday, June 13, 2021

Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Guru Takmir Negeri Pahang

Saya berkesempatan mengikuti Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Guru Takmir Negeri Pahang yang diadakan secara online.

Medium utama di Google Meeting. Namun kerana akaun Host hanya terbatas untuk 100 orang sahaja, bakinya mengikuti siaran langsung MAT di Youtube dan Facebook. Tahniah buat AJK yang begitu bersungguh-sungguh menyediakan medium alternatif bagi memastikan guru takmir di negeri Pahang tidak ketinggalan mengikuti MAT.

MAT dirasmikan oleh YB DS Syed Ibrahim. Dalam ucapannya beliau menekankan tentang kepentingan kesatuan dan perpaduan Ummah. Guru takmir kena memainkan peranan penting sebagai ejen penyatuan ummah. Di samping berkempen dan memberi penjelasan mengenai SOP dan vaksin kepada masyarakat.

Di akhir rancangan, diumumkan guru takmir terbaik dan senarai penerima hadiah cabutan bertuah.
Terkejut kome, dapat hadiah cabutan bertuah. Kalau yang guru takmir terbaik memang jauh amat lah. Huhu.

Kesempatan ini, saya menyeru para asatizah yang masih muda mudi untuk bersama-sama terjun ke lapangan medan dakwah. Antaranya dengan menjadi Guru Takmir. Masih banyak masjid dan surau terutamanya di kampung tradisional dan pedalaman yang masih gersang. Ada yang langsung tiada kuliah pengajian ilmu secara mingguan bahkan secara bulanan.






#PermaiMenulis #GuruTakmir #Jaip #Jakim #Muip #Masjid #Surau #PahangTerusMaju #Prihatin

Friday, April 02, 2021

Test Kereta Ativa

 



Kereta baru akan sentiasa dikeluarkan.

Walaupun berdepan dengan isu pandemik, pengeluar kereta tetap berusaha keras mengeluarkan kereta baru dan memasarkannya.
Antara kereta nasional yang keluar ketika pasca covid19 adalah Produa Ativa dan Proton X50. Belum campur dengan jenama import lagi.
Sifir pengeluar mungkin berbunyi : Hidup perlu diteruskan.

Mungkin kereta tak laku sebab orang "tiada duit". Tetapi itulah cabaran yang perlu dilalui oleh orang bisnes.

Hasilnya, Walaupun merosot, tetap ada yang membeli.

Trend sekarang bodi kereta besar tetapi CC kecil. Walaupun enjin CC kecil tetapi powernya turbo. Jadinya harga cukai jalan pun rendah.
https://youtu.be/Clyes2_YD7g

#PermaiMenulis #Kereta #Produa #Proton #Ativa

Tuesday, February 09, 2021

Nak melabur di mana ?

 

Ke mana kita nak kembang biakkan kewangan.

Kalau  simpan di bank, dividennya ada walaupun tak besar.

Bagi akaun simpanan tetap (bukan akaun yang boleh keluar duit di ATM hari-hari)

Beberapa contoh bank :

Bank Islam Akaun Term Deposit-i (Tawarruq) Deposit minima RM 500  : 1.75 % ( 6 bulan)

Maybank Islamic Akaun Profit Now! Account-i (PNA-i) Deposit Minima RM 10,000  : 1.70 % (6 bulan)

Maybank Islamic Akaun Fixed Deposit-i (iFD-i) Deposit Minima RM 1,000 : 1.80% (6 bulan)

AFFIN ISLAMIC Akaun Term Deposit-i (TD-i) Deposit Minima RM 500 : 1.85 % (6 bulan)

CIMB Unfixed Deposit Deposit Minima RM 1,000 : 1.80 % (6 bulan)

 

Bagi akaun simpanan :

Maybank : 0.75 % .  RM 2000 ke atas dalam akaun baru start dapat.

Am Bank : 0.75 % . RM 20 ke atas dalam akaun simpanan.

RHB : 1.5 %. RM 500 ke atas dalam akaun

Public Bank : 1.5 %. RM 20 ke atas dalam akaun.

 

Antara bank yang banyak sikit Dividen ialah Bank Rakyat. Dividen Bank Rakyat tahun 2019 : 14 %.

Dividen Tabung Haji 2019 : 3.05 %.

 

Dividen ASB 2020  : 3.50 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4.25 sen seunit.

Cerita ASB

Setelah beberapa tahun ana membuat pelaburan ASB melalui pembiayaan (pinjaman bank), tahun ini ana telah menjual semula ke ASB dan mujurnya tak kena bayar tambahan (tutup lubang) kepada pihak Bank kerana telah beberapa tahun membuat pinjaman. Kalau baru setahun dua, memang kena bayar semula kepada pihak Bank.

Ada 3 kaedah yang diajar oleh pihak Bank.

1.     Bila dapat dividen, jangan keluarkan. Jadikan sebagai tambahan modal untuk melabur. Setelah lebih 10 tahun dan yang paling baik sehingga tamat tempoh Loan barulah keluarkan. Guna duit sendiri setiap bulan untuk bayar loan bank. Kaedah ini yang bank dan ASB syorkan.

2.     Bila dapat dividen, jangan keluarkan. Jadikan sebagai tambahan modal untuk melabur. Hanya keluarkan bila-bila ada keperluan seperti nak beli laptop ke bla bla. Guna duit sendiri setiap bulan untuk bayar loan bank.

3.     Bila dapat dividen, keluarkan semua dividen. Tinggalkan modal sahaja. Guna duit dividen untuk bayar loan bulanan dengan pihak Bank. Kalau ada baki dikira untung kita buat belanja. Ana gunakan kaedah yang ini.

 

Kaedah yang ana guna tiada masalah sebelum ini, kerana kadar dividen yang diberikan cukup untuk bayar 12 bulan loan. Siap ada lebih lagi buat belanja.

Tetapi sejak tahun 2019 dividen rendah. Duit Dividen tak cukup untuk bayar 12 bulan loan. Ana kena tambah duit sendiri dekat RM 2k.

Tahun 2020 dividen lagi rendah, maka ana pun membuat keputusan untuk tamatkan loan. Selesai masalah dengan pihak Bank.

Kesimpulannya, nak melabur di ASB jangan buat loan. Tapi guna duit sendiri sahaja, kita tak akan rugi dan hilang modal.  1 unit kita beli dengan  RM 1.


Melabur dengan robo-advisory platforms

Ada banyak apps dan hanya menggunakan henpon sahaja. 

Apps yang ana masuk :

1.     BEST (Bank Islam Investment) – minima RM 10.

Ana masuk RM 100 sebulan. Keuntungan semasa 1.94 %

2.     RAIZ (melabur di PNB / ASN) -minima RM 5.

Ana masuk RM 5 seminggu. Keuntungan semasa 1.24 %   

3.     WAHED – minima RM 100

Ana masuk langsam RM 500. Keuntungan semasa 0.30%

Beli Matawang Digital (Kripto)

Dengan Apps Luno (Diiktiraf Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) hanya menawarkan 4 jenis matawang. Kita boleh beli bermula RM 50. Ikutkan ada macam-macam lagi. Apa pun yang utama dan terawal ialah Bitcoin.

Kebanyakan pelabur dan kompeni besar dunia telah mengalihkan pelaburan mereka ke Kripto. Seperti VISA, PAYPAL. Sehingga ada pandangan yang menyatakan Bitcoin lebih bernilai daripada emas. Haha.

Bulan 11 (2020) 1 unit bitcoin berharga RM70K

Bulan 2 (2021) Hari ini, 1 unit bitcoin berharga 183,386. Naik lebih dari sekali ganda.

Etherium : Bulan 11 (2020) 1 unit bernilai RM 2k+

Bulan 2 (2021) 1 unit mencecah RM 6.8K

Setakat ini, ana telah untung lebih daripada RM500 dalam tempoh 2 bulan.

Tapi kena ingat, Kripto sangat berisiko. Tetapi untuk jangka panjang sangat berpotensi. Semalam TESLA (Kereta elektrik, CEO yg direkodkan paling kaya dunia sekarang) mengumumkan melabur $1.5 Bilion dalam Bitcoin. Terdapat juga pemain kelab bola sepak yang menerima gaji dengan Bitcoin.

Melabur di Bursa Saham KL

Mutakhir ini pasaran saham di BSKL sering tak stabil. Ada kaitan dengan pandemic covid dan cuaca politik Malaysia yang tak stabil. Hari ini untuk melabur di BSKL juga sangat mudah, hanya dengan henpon sahaja. Ada banyak broker yang boleh kita pilih. Waktu urusniaga pun sama macam opis hour jam 8 pagi hingga 5 petang. Jam 12-2 rehat. Maksudnya bukanlah sepanjang masa nak kena mengadap carta. Kita boleh set auto nilai-nilai yang kita hendak masuk dan jual.

Ana pilih Broker M + (Melaka Sekuriti). Hari semalam ana untung jual saham kaunter minyak RM17.00 je. Pernah beli saham XOX. Ada beratus saham patuh Syariah. Cuma modal kita je tak da nak beli banyak kaunter.

Ada Sahabat ana buat income harian dengan Trade Saham BSKL. Katanya setiap hari dapat untung RM100-200 cukup dah.

 

Saham Global

Ana ada juga beli beberapa saham antarabangsa. Peruntukan ana $50 (RM200)  sebulan.

Keseluruhan untuk bulan 1 (30 hari) ana untung sebanyak 4.20 %

Antara saham yang ana beli :

Apple, Tesla, Starbak dll

Begitulah kisahnya, Kewangan sebagai wasilah untuk kita mudah bergerak. Ruang infaq pun terbuka luas. Sekadar perkongsian pengalaman buat  semua. Semoga bermanfaat.

#PermaiMenulis #Duit #saham #GengPermai #SalamKu

 

 

 

 

 

 

Sunday, January 31, 2021

Webcam Fantech dan Mikrofon Fantech



Beli Webcam Fantech dan Mikrofon Fantech dengan Shoope. Sebabnya kamera di Laptop tidak berapa memuaskan.

Boleh juga guna kamera dari Henpon dijadikan webcam, tetapi sebab kita nak guna juga henpon, agak rumitlah kalau guna henpon. Melainkan kita ada banyak henpon. Kita tentu nak melihat hasil gambar yang berkualiti, kadang boleh tension kalau gambar blur, kelabu dan kabur. Nak pula hanya itulah satu-satu gambar yang kita ada. Ada banyak jenis dan harga. Yang beribu-ribu pun ada. tak mampulah kome.

https://youtu.be/bFG9Y20jodk #PermaiMenulis #Shopee #Fantech #webcam #kamera #GengPermai Nak Belajar mengaji : https://www.facebook.com/permaihomengaji Sumbangan Dana : Bank Rakyat : 11-0155607-5 (Usrah Permai) Nak Beli Planner Permai : http://www.wasap.my/601129290975/NakOrderPlanner ​http://www.wasap.my/601129408819/NakOrderPlanner Kat Shopee pun boleh : https://shopee.com.my/06adlinanuar/7970365362?smtt=0.0.7

Tuesday, November 03, 2020

Petani dan mesin rumput



Rutin petani perlu membersihkan tanaman dari semak samun. Nak tanam pokok senang. Tapi nak jaganya memerlukan komitmen yang berterusan. Kalau setakat tanam tinggal tuai. Berhuhu lah jawabnya. 

Kerja dan peranan petani boleh dikaitkan juga dengan kerja membina pelapis kepimpinan masa hadapan. Perlu dilakukan secara berterusan dan dijaga sebaiknya. 

Dah naik semak belukar dah rumah dan kebun di kampung.  Meh siapa-siapa nak bantu gotong royong.  Terutama yang nak merasa memikul mesin rumput.  

Kami di sini bertemankan kehijauan. 

Hanyalah seorang amatur yang  belajar untuk menjadi sang petani.


https://youtu.be/XnXJuzzsnC8


 #mesinramput #kampung #kebun #GengPermai #PermaiMenulis #damai 

Thursday, August 06, 2020

Claim E-Penjana RM50


Jangan lepaskan peluang, mudah je. Kalau tak nak, claim la pastu bagi ke kami duit tuh.
Sebenarnya pihak kerajaan dah banyak kali sebut, nak masuk premis kena scan my sejahtera. Tapi tokey premis buat tak cakna.
Sama la juga nak masuk ke masjid, kami guna my sejahtera dan Pahang Go, itu pun berlambak orang yang takde lagi apps tersebut.

Kena tawar dengan duit barulah nak download, begitulah manusia, nak kena suap dulu baru bertindak.

https://youtu.be/fxM3K_gP6ss

#epenjana #rm50 #mysejahtera #PermaiMenulis

Polish Kereta sendiri dengan Polish Master


Calar-calar ok boleh hilang dan berkilat, tapi kalau dah besar sangat lukanya tuh tak lepas dah nak sapu-sapu je. Kena sembur cat pulak la.huhu
Sama lah juga dengan jalan yang dah rosak, ada yang tak padan dengan tampal / tepek tar baru, tetapi kena korek semula, tabur batu dan turap baru. Jika tidak, tampal pagi, tak sampai tengahari dah berlubang semula.
hmm, bagaimana pula nak polish iman dan hati kita ?

Monday, August 03, 2020

Masjid lama Kuala Kerdau


Bersiar-siar di waktu petang. Melihat tapak lama masjid kampung Kuala Kerdau. Kemudiannya masjid tersebut dipindahkan ke tepi jalan besar di kampung Kerambit dan dinamakan dengan nama Masjid Omar Abdul Aziz.
Sekarang masjid lama tersebut telah digantikan dengan masjid baru yang dibina bersebelahan dengan masjid lama. Masjid lama dijadikan Maahad Tahfiz.

#Permaimenulis #Masjid #KualaKerdau

https://youtu.be/RouhOaADhNs

Tuesday, September 18, 2018

Perpustakaan ii


Perpustakaan adalah merujuk kepada tempat yang menyediakan bahan bacaan seperti buku, majalah dan akhbar. Di samping bahan bacaan secara digital dan kemudahan internet.
Sebelum era gajet dan internet, berkunjung ke perpustakaan menjadi pilihan untuk tempat mengisi masa lapang. Bukan hanya para pelajar, tetapi golongan dewasa juga tidak terkecuali mengunjungi perpustakaan.
Servis perkhidmatan perpustakaan yang sangat digemari ialah membenarkan pengunjung meminjam buku untuk dibawa pulang dalam tempoh yang tertentu. Kalau kita nak selalu membeli buku, mungkin ada kekangan dari segi kewangan yang terbatas.
Saya masih ingat, ketika di peringkat pra sekolah, saya sering mengikuti ayah ke perpustakaan desa di Kerdau. Ketika itu perpustakaan desa sering berpindah randah, saya tidak pasti sebab apa. Mungkin menunggu bangunan sendiri siap dibina.
Ketika di peringkat menengah, banyak kali saya mengunjungi perpustakaan daerah Temerloh, walaupun bukanlah seorang pengunjung yang tegar. Biasanya saya membaca akhbar dan majalah. Kadang-kala bersama rakan membuat kerja kursus Geografi.
Ketika menuntut di Maahad Tahfiz Kuantan, Saya pernah beberapa kali berjalan kaki dari  Bukit Ubi (berhadapan dengan Stadium Darul Makmur) ke perpustakaan awam negeri.
Kali pertama berkunjung ke perpustakaan awam negeri, saya agak terkejut melihat suasana perpustakaan tersebut. Seperti perpustakaan desa sahaja, dengan bangunan kayunya yang telah usang. Buku-buku lama yang tidak dijilid dengan baik.
Sekarang, Perpustakaan Awam Negeri Pahang telah berwajah baru. Dengan bangunan yang tersergam megah di Tanah Putih Kuantan. Saya belum berpeluang berkunjung ke sana. Insya-Allah saya akan cuba untuk melawat ke sana di masa mendatang.

Sebenarnya perpustakaan sangat dekat di hati saya. Boleh dikatakan kami mempunyai perpustakaan di rumah. Ayah pernah menyertai bengkel membuat perpustakaan keluarga. Bahkan pernah menyertai pertandingan antara perpustakaan keluarga daerah Temerloh.  


 Sijil penyertaan menyertai Bengkel Perpustakaan Keluarga


Almari buku memenuhi rumah kami di Taman Temerloh Jaya, 
Gambar dalam tahun 2003-2004.



 Kunjungan Al-fadhil Dr Zahazan Muhammad ke rumah selepas menyampaikan ceramah di Masjid Taman Temerloh Jaya. Ketika itu ayah saya ditaklifkan sebagai Pengerusi Masjid Taman Temerloh Jaya. (Gambar tahun 2011)



Wajah terkini, perpustakaan tinggalan ayah di Kerdau

Insya-Allah saya akan lanjutkan tulisan ini (perpustakaan ii) dengan siri yang seterusnya (perpustakaan iii) di ruang yang lain pula.

Channel :
https://t.me/AzraiePermai

#PermaiMenulis #Perpustakaan #buku #ilmu #cinta #hobi #baca




Korban terakhir Ayah di Kemboja


Saya baru menerima gambar sijil melalui "wasap" dari Ustaz Mat Zin. 
Sijil pengesahan ibadah korban di Kemboja.
Sekarang ramai orang di negara kita yang melaksanakan ibadah korban di luar negara, terutamanya negara yang kebanyakan umat Islam berada dalam kesusahan seperti di Kemboja, India, termasuk di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Tahun 2017, ayah saya bersama dengan rakannya telah pergi ke Kemboja untuk melaksanakan ibadah korban.
Ayah bersama Cikgu Nazir di Kemboja

Saya petik tulisan ayah dalam Fbnya : 
'Hari raya adha yg lalu saya dan beberapa kawan (3org) terbang ke kemboja untuk melaksanakan qurban disana. Satu bahagian cuma rm300.00 saja. Kami berjaya kumpulkan penyertaan untuk 10 ekor. Kurban dilakukan di madrasah al-aitam (anak yatim) rakapropram, kampongcham kira-kira 3 jam dari phnom penh. Tujuan qurban disana untuk bantu madrasah serta anak-anak yatim,di samping berqurban.'

Ketika pergi ke sana, tahap kesihatan ayah sudah menurun. Selepas balik dari Kemboja, dalam tempoh sebulan lebih, ayah telah mengumpulkan senarai baru yang ingin melaksanakan korban di Kemboja pada tahun hadapan (2018). 
Sama seperti tahun 2017, tiada poster iklan. Hanya hebahan mulut ketika dalam kuliah di masjid kampung dan rakan-rakan.
Ayah siap memasukkan saya dan adik dalam senarai tersebut, di samping mengajak saya untuk turut sama dalam program korban tersebut .
Tak sampai dua bulan, ayah betul-betul uzur, tetapi senarai nama yang ingin menyertai korban agak ramai juga. Selepas ayah meninggal dunia, adik menghantar senarai nama (borang berserta duit) kepada Cikgu Nazir yang pergi ke Kemboja bersama ayah pada Aidil Adha yang lalu.
Alhamdulillah, ibadah korban telah berjaya dilaksanakan pada Aidil Adha tahun ini. 
Semoga amal ayah saya dan kita semua diterima Allah.