Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Monday, June 14, 2021

Program Lepasan SPM yang bagus

 Alhamdulillah, Program LAMEGA 8.0 berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kali ini secara “online” di rumah masing-masing. Ikutkan ini merupakan tahun kedua LAMEGA diadakan secara atas talian.

Tentunya tidak sama jika hendak dibandingkan dengan program yang diadakan secara bersemuka fizikal. Terkenang nikmatnya ketika Kita dapat berkumpul di tempat yang sama. Dapat makan minum sekali, beriadah sekali, paling kurang dapat bersalaman.
"ما لا يدرك كله، لا يترك كله"
Jika tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.
Pasca PKP jangan dijadikan sebagai alasan untuk kita tidak bergerak aktif.
Kini, Dengan kemudahan teknologi, pelbagai program seperti kelas, seminar, kursus tetap dapat dijalankan secara atas talian.
Program LAMEGA mensasarkan lepasan SPM / STAM / STPM yang akan meneruskan sesi pengajian mereka ke peringkat seterusnya. Mungkin ada yang masih “blurr” ke mana hendak dituju selepas ini.
Bagi lepasan SPM, dilema mereka seperti nak sambung di Matrikulasi atau ambil Diploma di IPTA/S, atau memilih untuk mengambil tingkatan 6.
Ada juga yang berhasrat untuk bekerja dahulu mengumpul belanja. Kemudian mungkin setelah setahun baru mohon untuk sambung belajar. Atau pun sambil bekerja dalam masa yang sama menyambung pengajian secara PJJ.
Kami kumpulkan AJK dan penggerak LAMEGA dari pelbagai latar. Mereka berkongsi pengalaman sebenar yang masih ‘fresh’ buat para peserta.
“Kompem tak sembang auta atau buat palatao”.
Menariknya LAMEGA 8.0 tidak mengenakan sebarang yuran. Tetapi biasalah benda free tak semua akan menghargai.
Namun masih ada insan yang sangat bersemangat menyertai kami. Terharu dengan mereka yang bersabar dengan masalah line yang hambar dan kurang memberi kerjasama. Mereka memilih untuk berprogram mendengar perkongsian dari abang kakak dari sedap-sedap layan main games atau “tido”.
LAMEGA 8.0 dah habis tetapi belum tamat. Kalian masih tetap boleh menanyakan kepada kami apa-apa, Insya-Allah akan dilayan dengan ramah oleh abang-abang akak akak LAMEGA.

#PermaiMenulis #Lamega #IPT #SPM #STAM #STPM #Diploma #Matrik #PJAP #Permai #PahangTerusMaju

*Kome kongsikan Gambar Kenangan LAMEGA Tahun 2015 buat tatapan aokme.








Friday, June 11, 2021

Lambaian Menara Gading

Saya berkesempatan bersama-sama dalam pembukaan tirai program Lambaian Menara Gading 8.0 anjuran PJAP & Permai. Program yang disasarkan kepada lepasan SPM yang baru sahaja semalam menerima keputusan.

Kata orang slip keputusan masih panas lagi. Fatrah ini lazimnya mereka (baca lepasan SPM 2020) akan bercadang untuk meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya.
Maka, program LAMEGA diluncurkan buat mereka, harapnya sedikit sebanyak dapat memberi pedoman buat mereka yang sebahagiannya masih tidak jelas ke mana hala tuju.
Mereka dibimbing dengan penuh kasih sayang oleh tenaga fasilitator dan AJK program yang rata-rata masih siswa/wi hebat di kampus masing-masing serta para graduan yang masih segar bugar. Kami juga bawakan tenaga pensyarah muda yang osem dan ‘sekepala’ dengan para pelajar.
Kami katakan bahawa dunia alam kampus lebih mencabar berbanding zaman persekolahan di peringkat menengah.
Ada yang boleh berubah 360 darjah. Alhamdulillah jika ke arah kebaikan dan Nauzubillah jika sebaliknya.
Jom Lamega !




#PermaiMenulis #lamega #spm #Permai #Pjap


Thursday, March 28, 2019

Jom Ngaji Quran di KEMAS Lipis


Hari ini berkesempatan bersama dalam program pelancaran Jom Ngaji Quran peringkat Kemas Daerah Lipis. 
Program diadakan di bengkel kelas jahitan kemas. 
Saya menyampaikan cerita-cerita berkenaan al-Quran sebagai panduan dan motivasi bersama. Para peserta juga menerima modul JNQ yang berorientasikan kaedah Iqra' .
Saya selitkan juga, Pustaka Darul Fikir adalah satu-satunya  penerbit rasmi Buku Iqra'. Maaf cakap, Kebanyakan buku Iqra' yang dijual di pasaran adalah "tak ori" 
Semoga semuanya terus bersemangat untuk mempelajari al-Quran. 





Ketua kelas Menerima modul JNQ. Semoga istiqamah.


#PermaiMenulis #PermaiMengaji #kemas #JNQ #JomNgajiQuran #iqra #darulfikir 

Monday, March 11, 2019

Musim Mesyuarat Agung Tahunan


Musim Mesyuarat Agung bagi kebanyakan pertubuhan seperti NGO dan koperasi.
Bagi unit-unit yang masih belum mengadakan aktiviti biasanya “pulun saat akhir” . Jika tiada program, perwakilan akan menghujum kepada AJK. Apa susah, masa pemilihan nanti pilihlah AJK baru yang diandai cergas dan aktif.

Ahli kena saport AJK. Jangan biarkan AJK bersendirian menanggung beban. Saya tertarik dengan perumpamaan yang diberi oleh Sang Murabbi “Orang lantik kita jadi imam, tapi bila imam pandang belakang tiada makmum yang ikut, pakat lari belaka makmum”

Ada pula yang berpandangan sendiri dengan menyatakan lebih indah duduk bersendirian dari bercampur dalam kesatuan. Betul ke ?

Sabda Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai".
(Hadis riwayat Ahmad)



 Bersama Puan Zerafina selaku Setiausaha Perkim Lipis. Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Lipis dijadualkan pada hari ahad, 17 Mac 2019 di Hotel Starwell Lipis.
  
#PermaiMenulis #NGO #MAT #Kesatuan

Monday, January 21, 2019

Program Induksi Nuqaba di SUPERB Bentong

20 Januari 2019 : Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong atau lebih dikenali dengan SUPERB telah mengadakan program Kursus Induksi Nuqaba. Peserta seramai 130 orang para naqib dan naqibah yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5.

Kami dari PERMAi berbesar hati kerana dijemput untuk mengisi slot simulasi usrah dan pengenalan Badan Dakwah (BADAR) di program induksi tersebut. 

Semoga Usrah dan Badan Dakwah SUPERB terus maju jaya dan menjadi aura di SUPERB dan disegani di kalangan Sekolah menengah yang lain.





Kenangan bersama guru SUPERB dan sebahagian peserta program



#PermaiDiHati
#PermaiMenulis
#Usrah
#Nuqaba
#Superb

Thursday, January 03, 2019

Buat Apa masa cuti sekolah haritu ?

Hari ini sesi persekolahan tahun 2019 telah bermula. Setelah para pelajar bercuti akhir tahun hampir sebulan lamanya. Bila bertemu rakan-rakan, macam-macam cerita suka duka dikongsi, termasuk juga aktiviti yang dilakukan sepanjang cuti sekolah.
Cikgu tidak ketinggalan bertanya kepada anak murid dan kadangkala para pelajar perlu membuat karangan tentang aktiviti cuti sekolah mereka.

Alhamdulillah sepanjang cuti sekolah, kami dari PERMAi telah menyediakan aktiviti untuk para pelajar mengisi cuti sekolah mereka.
Kami “keluar” dan “turun” ke Daerah Bentong, Lipis, Temerloh dan Kuantan.

Poster Jom Bercuti Sekolah Di Masjid Daerah Bentong

Poster Jom Bercuti Sekolah Di Masjid Daerah Lipis

Program di Masjid Daerah Bentong dan Masjid Daerah Lipis dijenamakan dengan nama Program Jom Bercuti Sekolah di Masjid.  Nama program yang mudah, mungkin kedengaran tidak canggih.
Sinonim masjid dengan warga veteran dan  golongan yang sudah pencen. Maka, hasrat kami ingin mendekatkan para pelajar dan remaja ke masjid.
Saya secara peribadi merasa seronok dapat melihat para remaja memenuhi masjid, solat berjemaah di masjid, berbual di masjid, makan di masjid, beraktiviti di masjid, bahkan beriadah juga di masjid.
Walaupun hanya beberapa hari berprogram di masjid, harapan kami semoga jiwa mereka semakin dekat dan cinta kepada masjid.

Poster Kem Khalifah Muda Al-Ansar

Seterusnya Kami ke Daerah Temerloh, berprogram bersama dengan pihak pengurusan Kompleks Darul Ansar Lanchang dan Nisa’ Kawasan Temerloh mengadakan program Kem Khalifah Muda Al-Ansar.

Poster Kelas Pra Tahfiz

Program cuti sekolah kami berakhir dengan Kelas Pra Tahfiz di Surau Pondok Pemuda Al-Khalthumiah di Kuantan.



Di Bentong


Di Lipis

Di Lanchang

Di Kuantan

Insya-Allah tahun 2019, doakan kami untuk lebih gagah. Menyusun dan melaksanakan program-program Amal Islami khususnya dalam membina generasi remaja dan pelajar yang dekat dengan Islam.

*Saya terkenang, program pra tahfiz untuk pelajar sempena cuti sekolah akhir tahun 2016 merupakan program terakhir untuk para pelajar dan remaja yang ayah saya anjurkan di Akademi Al-Quran & Hadis (Masjid Lama Kuala Kerdau). Program tersebut diadakan hampir sebulan sepanjang cuti sekolah. Memang kebiasaan ayah akan menganjurkan program sempena cuti sekolah.

Saya di hadapan masjid lama Kerdau pada pagi 28.11.2016, hari pertama program pra tahfiz.


Ayah menyampaikan taklimat kepada pelajar dan ibu bapa


Tahun 2017 ayah tidak lagi berkesempatan untuk menganjurkan program cuti sekolah disebabkan keadaan kesihatan yang semakin merosot. Penghujung bulan Oktober ditahan wad di Hoshas sehingga 12 November. Dan kembali ke rahmatullah menemui Pencipta lebih kurang jam 4.20 pagi 27.12.2017.


 fb.me/azraie.permai



#PermaiMenulis
#programcutisekolah
#CatatanImamKecil





Tuesday, July 03, 2018

Perhimpunan Penjawat Awam Daerah Lipis tahun 2018

 Membaca doa semoga perhimpunan diberkati.






Aturcara dimulakan dengan nyanyian Negaraku, Lagu rasmi Pahang dan perkhidmatan awam.
Kemudian bacaan doa dan mendengar amanat YAB Menteri Besar Pahang (melalui FB Live dari perhimpunan di pejabat SUK Pahang). 

Antara ucapan YAB MB ialah beliau menubuhkan unit media sosial MB. Page FB yang telah dibuat hampir seminggu dan mempunyai likes lebih 11k. Rakyat boleh mengadukan pelbagai masalah terus ke FB tersebut. 
MB juga menyebut kedudukan kewangan negeri. Antara langkah yang akan diambil ialah memastikan orang ramai membayar cukai hasil.
Jika mengharapkan rakyat membayar cukai sahaja, rasanya kewangan negeri Pahang terus merudum.

Pandangan saya, umum mengetahui yang negeri Pahang mempunyai pelbagai hasil seperti emas, balak, bauksit (sebelum ni), bijih besi, perladangan, perlancongan seperti Cameron, Tioman, Taman negara. 
Isunya hasil tersebut dimonopoli oleh pihak tertentu sahaja. Mereka yang kaya raya, rakyat tetap ditakuk lama bahkan kerajaan negeri pun seperti mendapat income yang tidak berbaloi.
Maka sumber-sumber tersebut perlu diurus dengan amanah. Tindakan tegas pada mereka yang mengambil kesempatan dan kepentingan peribadi baik daripada kerabat, orang istana, orang politik.
Tak kan la kerajaan negeri nak lancar tabung derma juga. Kesian la ke kome ni. Duit dah la tak seberapa ada. Macam-macam nak kena bayar. Ingat tol dah tiada, harga minyak petrol menurun. Bayaran bil Tnb semakin rendah. Takkan bermimpi di siang hari.