Tuesday, November 30, 2021

Guru Takmir Jakim



Hari ini menjadi panel penemuduga Guru Takmir JAKIM bagi daerah Lipis, Bentong, Raub dan Jerantut.

Bila sebut temuduga, keadaan yang dihadapi bagi calon kebiasaannya mendebarkan dan sedikit sebanyak memerlukan persediaan.
Jujurnya, saya sendiri tidak gemar sertai temuduga.

Jadinya, jangan stress, kita berborak sahaja mengenai apa yang kita tahu.

Setiap masjid dan surau di Malaysia boleh menempatkan seorang Guru Takmir.
Guru Takmir boleh mengajar sehingga 2 + 1 buah masjid atau surau. Dua tempat sebanyak 4 hari + 4 hari dan sebuah masjid@ surau sebanyak satu hari.
Jumlah keseluruhan mengajar Guru Takmir dalam tempoh sebulan sebanyak 8 hari + 1 hari.

Sebelum ini asalnya 2 buah tempat mengajar dengan 8 hari jumlah mengajar dalam sebulan. Tetapi selepas pengumuman kenaikan elaun Guru Takmir daripada RM800 kepada RM900 dalam Bajet. Maka tambah lagi sehari dan memerlukan sebuah lagi premis tempat mengajar.
Cumanya yang sebuah lagi tu hanya mendapat kuliah bulanan sahaja.

Kesimpulannya Program Guru takmir dapat mengimarahkan dan menyemarakkan budaya menuntut ilmu di masjid dan surau. Disamping dapat membantu masjid dan surau yang tidak mampu dari segi kewangan terutamanya yang berada di pedalaman.
Jom sertai komuniti Takmir.

#Takmir #Jakim #JabatanAgamaIslamPahang #PermaiMenulis #Temuduga #GuruTakmir #Pahang

Monday, November 29, 2021

Program Taklimat Prosedur Tangkapan Tanpa Waran oleh Pegawai Masjid anjuran Bahagian Penguatkuasaan Jaip yang diadakan di Masjid Daerah Sultan Mahmud  Lipis
Program dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIP, Al-Fadhil Ustaz Yusri bin Aman.
Ceramah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Nasharuddin bin Ngah al-Hafiz, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIP.

Selaku tuan rumah, kita tolonglah mana yang patut. Dan buat-buat sibuk. Kalau tak orang tak kenal tuan rumah.




#masjid #waran #tangkap #PermaiMenulis 

Meracun dan berkhemah

Bila lama terbiar akhirnya boleh naik jadi belukar. Sebelum jadi lebih sukar, kita selit ruang dan gunakan peluang yang ada untuk mengawal keadaan.

Mungkin saya akan selalu berkhemah di sini. Sebagai alasan untuk tempat ini menjadi bersih dan kemas.

Tengok di Youtube, aktiviti berkhemah dan berekreasi semakin diminati.
Ditambah dengan "camper" yang kreatif aktiviti menjadi lebih mudah, santai dan menarik.
Contohnya Campercar dan Campervan.
Tapak perkhemahan berbayar yang lengkap dengan fasiliti dan kemudahan seperti tandas, paip air dan bekalan elektrik semakin banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.



#meracun #camper #PermaiMenulis #TelokSabak #GunungSenyum

Friday, November 26, 2021

Menjelang solat jumaat

Hari ini hujan. Kami masih menyantuni kehadiran solat jumaat. Beginilah rutin hari jumaat.
Pemerhatian saya, Ada yang akan terlebih dahulu memberi salam atau mengangkat tangan.
Ada juga yang melintasi depan saya tanpa memandang apatah lagi memberi salam dan mengangkat tangan atau menyedekahkan senyuman.
Kalau nak kata tak kenal, musykil juga sebab kami dah terpacak dengan pakaian rasmi.
Itu belum lagi cerita petugas Rela yang berkawal di pintu pagar hampir dilanggar oleh Rider-rider berkain pelikat.
Nak gonekan...




#PermaiMenulis #SolatJumaat #Masjid #Lipis #Pahang #MasjidSultanMahmud

Thursday, November 25, 2021

Kongsi makanan lepas isyak

Selepas solat isyak kami mengagihkan makanan kepada pekerja shif malam yang masih tekun bekerja.
Terima kasih kepada penaja makanan. Sama-sama kita berkongsi rezeki. Hujan-hujan ni tentu cepat lapar.Kan.




#pejabatagamaislamdaerahlipis #JabatanAgamaIslamPahang #MasjidDaerahLipis #PermaiMenulis #KongsiRezeki #makanan #hujan #lipis

Tuesday, November 23, 2021

Wang Ihsan Mangsa Banjir Kerajaan Negeri Pahang



Pagi ini dalam program Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan Banjir Kerajaan Negeri Pahang kepada Ketua Isi Rumah bagi Dun Cheka. Seramai 690 orang mangsa banjir dari Dun Cheka.
Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis juga turut sama turun padang membantu mangsa banjir sekadar kemampuan kami.
Banjir yang besar tempoh hari di Lipis juga menyebabkan tanah runtuh dan jalan raya tidak boleh dilalui di Taman Cahaya.
Kata YH Dato' Pegawai Daerah "Insya-Allah projek Jambatan sebanyak 3.5 Juta untuk menyelesaikan masalah jalan runtuh di Taman Cahaya. Cuma buat masa ini peruntukan kewangan akan disalurkan pada bulan Januari tahun hadapan.
Majlis disempurnakan oleh YB Dato' Sri IR Hj Soffi bin Tan Sri Hj Abdul Razak, Exco Kerajaan Negeri Pahang . Mewakili YAB Dato' Sri Menteri Besar.



Sama-sama berdoa agar kita dijauhkan dari sebarang musibah.

#PermaiMenulis #pejabatagamaislamdaerahlipis #MajlisDaerahLipis #KerajaanNegeriPahang #nadma #WangIhsan

Saturday, November 13, 2021

Mesyuarat Agong Angkasa

Selamat bermesyuarat agong kepada para perwakilan Angkasa (MAPA).
Angkasa sangat utuh dan kuat kerana menghimpunkan gabungan Koperasi-koperasi di seluruh Malaysia.
Maju koperasi, insya-Allah kekuatan ekonomi umat Islam dapat dijayakan.
Paling penting jangan berpecah atau mempunyai agenda peribadi. Seperti pegang jawatan di Angkasa hanya untuk mencari peluang membina kekayaan peribadi atau kroni sahaja.




#koperasi #mapa #angkasa #mesyuarat #perwakilan #PermaiMenulis

Thursday, November 11, 2021

Pagi dengan ilmu

Bukan mengajar tetapi hanya ingin memberitahu. Sekadar kongsi apa yang diketahui.
Mudahan diberkati.



#PermaiMenulis #duha #lipis

Tuesday, November 09, 2021

Calon Angkasa

Mesyuarat Agong Perwakilan Angkasa (MAPA 2021) dijadualkan berlangsung pada 13.11.2021. Saya salah seorang perwakilan, maka
Seminggu ini hampir setiap hari saya menerima kiriman mesej daripada calon-calon yang bertanding sebagai Anggota Lembaga di Mesyuarat Agong Perwakilan Angkasa (MAPA 2021).
Nada ayatnya sama sahaja iaitu menawarkan diri dan meminta perwakilan memberi sokongan dengan mengundi mereka nanti.

Ini baru jadi calon untuk Anggota Lembaga Angkasa sudah beria benar lobi melobi.
Agak-agak Kalau calon pilihanraya umum (PRU), negeri (PRN), kecil (PRK) lebih hebat lagi atau biasa-biasa sahaja ?

Amanah dan tanggungjawab Kepimpinan sangatlah besar. Bukan semata-mata untuk bersuka-suka apatah lagi dilihat sebagai batu loncatan untuk menjadi kaya raya.

Firman Allah SWT :
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh" (al-Ahzab : 72)

Kalam masyhur ada menyatakan :
Jawatan bukan suatu tashrifan (kemuliaan) tapi satu taklifan (beban).

Tapi peliknya ada yang suka untuk menerima bebanan. Kenapa ye ?




#Angkasa #mapa #koperasi #skm #koop #PermaiMenulis #Perwakilan

Thursday, November 04, 2021

Usul Dakwah

Buku Usul Dakwah susunan Syeikh Dr Abdul Karem Zaidan merupakan antara buku teks yang menjadi silibus untuk peperiksaan perkhidmatan awam Pegawai Hal Ehwal Islam kerajaan Negeri Pahang. Selain daripada kitab Matla' Badrain dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pahang.
Alhamdulillah, saya antara yang agak beruntung kerana lulus awal peperiksaan tersebut. Ada yang sampai beberapa kali terpaksa ulang semula mengambil peperiksaan.

Buku pertama saya cetakan Pustaka Salam kemudiannya dipinjam secara berterusan dan berantaian oleh mereka yang akan menduduki peperiksaan sehinggalah tidak dapat dikesan dan dijejaki oleh tuannya.

Buku berikutnya cetakan Pustaka Fajar mengandungi dua jilid. Malangnya jilid kedua juga hilang dari simpanan. Terpaksalah saya membeli semula jilid kedua. Jadilah jilid pertama cetakan tahun 2007 dan jilid kedua cetakan tahun 2018.

Untuk mendapatkan ilmu selain daripada berguru ialah melalui kitab/ buku-buku. Malang jika para asatizah miskin khazanah buku. Berasa kedekut untuk membeli buku. Tetapi tiada masalah untuk berhabis duit kepada perkara lain seperti makeup kenderaan, sering bertukar sport rim kereta (hanya contoh dan tidak tuju kepada sesiapa).

Bayangkan, Jika untuk menduduki peperiksaan pun tiada buku sendiri. Bagaimana dengan buku-buku lain yang tiada dalam silibus ?




*Gambar buku, kelihatan ada beza antara jilid 1&2. Serta slip keputusan peperiksaan Perkhidmatan Awam SUK Pahang.

#Usuldakwah #PermaiMenulis #Daie #buku #kitab #baca #perkhidmatanawam

Wednesday, November 03, 2021

Pemuda dan Perubahan

Pemuda dan Perubahan.
Orang muda suka mencuba sesuatu yang baru.
Inginkan kelainan dan tak suka dikawal.
Namun dalam fasa mencuba dan membuat eksperimen, sebaiknya orang muda membuat rujukan dengan sumber-sumber yang telah sedia ada seperti orang lama yang masih ada atau maklumat melalui bahan bacaan.
Rugi jika orang muda membuat sesuatu kekhilafan yang pernah dilakukan oleh generasi silam.
Namun bukanlah jumud kena "follow" 100% apa yang telah dilakukan oleh orang lama.
Kena sesuai dan selaraskan dengan keadaan semasa.

لكل زمان رجال
Setiap zaman ada "rijalnya" (tokohnya)



#PermaiMenulis #Pemuda #rijal #perubahan