Sunday, September 29, 2019

Perlu panaskan enjin ?

Ada orang ambil masa beberapa minit untuk panaskan enjin kenderaan.
Nak jaga enjin katanya supaya tahan lama.
Ada orang "start" enjin terus jalan.
Tak sempat nak panaskan enjin.
Sebab nak berkejar solat jemaah di masjid.
Supaya tak panas di hari pembalasan nanti.

#PermaiMenulis #GengPermai #enjin #panas #sejuk #solat

Thursday, September 26, 2019

Temuduga pegawai masjid dan guru takmir

Tugasan hari ini : 



Pagi : panel temuduga pegawai masjid kariah daerah Lipis. Untuk jawatan imam, bilal dan siak.




Petang : panel temuduga guru takmir daerah Lipis.

Soalan ada macam-macam. Kut mana pun kuasailah bacaan al-Quran dan hukum tajwid. Pasti ada soalan berkaitan al-Quran.
Kalau nak temuduga guru Kafa dan guru Quran asrama pun serupa.

Ada yang boleh membaca dengan bertajwid tetapi tidak menguasai hukum tajwid secara teori.
Ada pula yang tidak dapat membaca dengan baik. Tetapi teori hukum tajwid dia hafal. Boleh sebut nama hukum dan huruf-huruf yang terlibat, tetapi bila baca langgar semacam.

Kadangkala, ada yang menyertakan deretan sijil kelulusan. Siap tamat menghafal al-Quran, peroleh ijazah bersanad, graduan Al-Quran dan Sunnah bla bla.
Tapi.. hukum tajwid 5 pun tak tahu. Ayyoo..

Kita inginkan mereka yang menguasai hukum tajwid dan dapat membaca dengan mengikut hukum tajwid.
Jom mengaji.

#PermaiMenulis #GengPermai #takmir #kafa #jaip #masjid

Friday, September 20, 2019

Suatu Perjalanan

Perjalanan masih panjang. Ada masa kita letih dan perlukan rehat. Tapi jangan hentikan perjalanan ini sehingga tiba ke destinasi.






Lama dah tak merasa naik Pegoet. Kereta ni kerusi depan sebelah driver boleh sumbat 2 orang. 
Saya pernah menggunakan kereta Pegoet 305 semasa di Maahad Tahfiz dulu. Bila pergi workshop untuk baiki tak semua pomen yang boleh buat. Stering dah la berat, tiada power stering. Tapi driver arab padang pasir cool je.

#PermaiMenulis #pegoet #egypt #travel

Wednesday, September 11, 2019

Makam Sultan Ahmad (1475-1497) di Lubuk Pelang, Bukit Ketupat Jerantut.


Berziarah ke Makam Sultan Ahmad (1475-1497) yang memerintah Pahang era kesultanan Melaka. Makam terletak di Lubuk Pelang, Bukit Ketupat Jerantut.
Lubuk Pelang suatu masa dahulu dikatakan sebagai pusat pengajian Islam. Hamzah Fansuri dari Acheh pernah sampai ke Lubuk Pelang ketika pemerintahan Sultan Iskandar Mahkota Alam di Acheh.
Mengikut cerita Pondok pengajian di Lubuk Pelang beroperasi sehingga tahun 1640M.

Cuma tiada 'signboard' menunjukkan arah ke makam. Mungkin ada sebab-sebabnya. 
Penunjuk Waze pun krik-krik. 


Friday, September 06, 2019

Haji PMRAM Naik Kapal Laut

Suatu Kenangan. Zaman ini ambil gambar pakai kamera digital dah. Tapi penggunaan kamera hp masih belum meluas. Hp yang canggih sikit masa tu Nokia Sabun, Daun.
Dukacitanya banyak gambar-gambar lama yang telah ghaib bersama rosaknya hard disc. Maka, saya ambil langkah uploadkan gambar-gambar yang masih ada. Sebagai rujukan sendiri dan buat tatapan sahabat semua.

#PermaiMenulis #HajiPmram2006




Thursday, September 05, 2019

Pensil 2B dan UPSR

Memori UPSR.
Cikgu pesan supaya guna pensil 2B jenama Staeadler. Harganya pada masa tersebut 60 sen sebatang. Mahallah bagi saya.
Biasanya saya hanya menggunakan pensil kayu HB yang berwarna merah atau pun pensil kayu  2B juga, tetapi bukan yang berjenama staeadler dan harganya pun murah.
Itupun bukan saya yang beli, tetapi ayah yang beli berkotak-kotak, saya ambil je.
Tetapi untuk peperiksaan sebenar, saya pun gunalah pensil mahal tersebut.
Persepsi ketika itu takut kononnya kalau pakai  2B yang murah, tak jelas jawapan yang dihitamkan dan sistem komputer yang menanda kertas jawapan objektif tak dapat nak kenal pasti jawapan yang telah ditandakan. Tapi sebenarnya cikgu yang cerita begitu. Haha.
Nak pakai "pensil picit" yang guna "dakwat" 2B pun cikgu tak beri.huhu.



......
Pentingnya senjata dalam peperangan.
Ibaratnya pensil sebagai senjata.
Peperiksaan UPSR adalah peperangan.
Maka buat calon-calon peperiksaan, periksa  senjata kalian. Bawa spare dan asah tajam-tajam.
Kalau ada banyak sangat pensil, tawarkan pada sahabat.
Semoga  dipermudahkan buat semua calon UPSR.

#PermaiMenulis
#memori
#upsr
#peperiksaan